taklimat pengenalan cukai pegangan 2020 · 2020. 7. 23. · kontra rm600,000 kredit bank rm400,000...

99
TAKLIMAT PENGENALAN CUKAI PEGANGAN 2020 CAWANGAN TIDAK BERMASTAUTIN 1

Upload: others

Post on 21-Oct-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • TAKLIMAT PENGENALAN CUKAI PEGANGAN 2020

    CAWANGAN TIDAK BERMASTAUTIN

    1

  • 2

    PENGENALAN

  • APA ITU CUKAI PEGANGAN

    3

  • Adalah cukai yang perlu dipotong dari bayaran yang tertentu (di bawah

    skop pengenaan Cukai Pegangan) semasa ia dibayar kepada penerima

    pemastautin atau tidak bermastautin mengikut kadar yang ditentukan

    oleh PPPDK (DTA) atau ACP 1967 dan dibayar kepada Lembaga Hasil

    Dalam Negeri Malaysia

    10 % [CUKAI PEGANGAN] dipegang oleh PEMBAYAR & dibayar kepada LHDNM

    Baki 90% dibayarkepada PENERIMA

    90%

    10%

    Wang yang ditahan / dipegang daripada bayaran kepada

    penerima dikenali sebagai CUKAI PEGANGAN.

    CUKAI PEGANGAN

    4

  • Syarikat

    Kerajaan

    Individu atau perkongsian

    Badan Amanah

    Estet di bawah pentadbiran

    PEMBAYAR / PAYER

    5

  • Individu / badan selain individu PEMASTAUTIN / BUKAN

    PEMASTAUTIN yang menerima sebarang bentuk

    pendapatan (di bawah skop pengenaan Cukai Pegangan),

    di mana cukai pegangan ditolak daripada amaun kasar

    bayaran yang diterima.

    PENERIMA / PAYEE

    6

  • TANGGUNGJAWAB PEMBAYAR

    PEMBAYAR

    7

  • TANGGUNGJAWAB PEMBAYAR

    • Memotong dan meremitkan cukai pegangan kepadaLHDNM dan membayar amaun bersih kepada penerima.

    • Cukai Pegangan perlu diremit dalam tempoh satu (1) bulanselepas bayaran itu dibayar atau dikreditkan kepadapenerima.

    Contoh:

    Tarikh bayaran kpd payee tidak mastautin 28 Februari 2019

    Tarikh akhir bayaran ke LHDNM pada / sebelum 28 Mac 2019

    8

  • • Bayaran lewat:

    Kenaikan cukai = 10% atas jumlah Cukai Pegangan yanggagal dijelaskan dalam tempoh

    [subseksyen 107A(2), 109(2), 109A(2), 109B(2), 109D(3),109E(4), 109F(2) dan 109G(2) ACP 1967

    > 1 bulanKENAIKAN CUKAI

    10% ATAS JUMLAH WHT

    Tarikh bayarankepada payee

    tidak mastautin

    Tarikh bayaranWHT kepada

    LHDNM

    TANGGUNGJAWAB PEMBAYAR

    9

  • CUKAI PEGANGAN

    AM

    AU

    N B

    ERSIH

    DIB

    AYA

    R

    PEMBAYAR / PAYER

    PENERIMA / PAYEE

    Bayaran10%

    90%

    PROSES BAYARAN CUKAI PEGANGAN

    10

  • KEPENTINGAN CUKAI PEGANGAN

    Keupayaan Mengutip Cukai

    Aliran Tunai Yang Stabil

    Pematuhan Sukarela

    Mengurangkan Beban Kutipan

    KENAPA PERLU?

    11

  • TARAF MASTAUTIN

    INDIVIDUSEKSYEN 7

    SEKSYEN 8

    SYARIKAT

    BADAN AMANAHSUBSEKSYEN 61(3)

    12

  • 13

    JENIS PENDAPATAN YANG TERTAKLUK KEPADA

    CUKAI PEGANGAN &

    CARA BAYARAN / PENGEMUKAAN CUKAI PEGANGAN

  • Royalti & Faedah

    S. 109

    Pendapatan

    Tertentu Kelas

    KhasS.4A / S. 109B

    Pendapatan

    Pelaburan

    Amanah

    Hartanah (REIT)

    S. 109D

    Pendapatan

    pelaburan dana

    keluarga, takaful

    keluarga @ am

    S. 109E

    Skim anuititertangguh / skim persaraan swasta

    (carumandikeluarkan < umur55 tahun) S. 109G

    Pendapatan

    di bawah

    S. 4(f)

    Bayaran

    KontrakS. 107A

    PENDAPATAN BUKAN PEMASTAUTIN YANG TERTAKLUK KEPADA WHT

    BukanPemastautin

    14

  • Pendapatan

    Pelaburan Amanah

    Hartanah (REIT)

    S. 109D

    Pendapatan pelaburan

    dana keluarga, takaful

    keluarga @ am

    S. 109E

    skim anuititertangguh / skim persaraan swasta

    (caruman dikeluarkan< umur 55 tahun)

    S. 109G

    Faedah (selain daripada

    faedah yg dikecualikan)

    S. 109 C

    Pemastautin

    PENDAPATAN PEMASTAUTIN YANG TERTAKLUK KEPADA WHT

    15

  • PENDAPATAN YANG TERTAKLUK KEPADA CUKAI PEGANGAN

    16

    BilJenis

    Pendapatan

    Seksyen

    ACP 1967

    Status

    Penerima

    Cukai

    Muktamad?

    Kadar

    Cukai

    Pegangan

    Borang Bayaran

    1

    Bayaran

    Kontrak untuk

    Servis

    107A

    Kontraktor

    Tidak

    Bermastautin

    Tidak 10% + 3% CP 37A

    2 Royalti 109Orang Tidak

    BermastautinYa 10% CP 37

    3 Faedah 109Orang Tidak

    BermastautinYa 15% CP 37

    4Penghibur

    Awam109A

    Penghibur

    Awam Tidak

    Bermastautin

    Ya 10%

    Borang Performa

    B / Borang 154 /

    Rujuk Garis

    Panduan di Laman

    Web Rasmi

    PUSPAL

    5Pendapatan

    Kelas Khas109B

    Orang Tidak

    BermastautinYa 10% CP 37D

    Borang WHT 14-11-2019/CP37A.pdfBorang WHT 14-11-2019/CP37.pdfBorang WHT 14-11-2019/CP37.pdfBorang WHT 14-11-2019/BORANG_PERFOMA_B_2013_1.pdfBorang WHT 14-11-2019/CP37D.pdf

  • 17

    Bil Jenis PendapatanSeksyen

    ACP 1967Status Penerima

    Cukai

    Muktamad?

    Kadar

    Cukai

    Pegangan

    Borang

    Bayaran

    6

    Faedah (kecuali

    faedah yang

    dikecualikan) dibayar

    oleh Institusi

    Kewangan yang

    diluluskan

    109CIndividu

    BermastautinYa 5% CP 37C

    7Pelaburan Amanah

    Hartanah (REIT)109D

    i. Selain daripada

    syarikat

    pemastautin

    Ya

    10%

    CP 37Eii. Syarikat bukan

    pemastautin24%

    iii. Pelabur institusi

    asing10%

    Samb.

    Borang WHT 14-11-2019/CP37C.pdfBorang WHT 14-11-2019/CP37E.pdf

  • 18

    Bil Jenis PendapatanSeksyen

    ACP 1967

    Status

    Penerima

    Cukai

    Muktamad?

    Kadar

    Cukai

    Pegangan

    Borang

    Bayaran

    8Dana Keluarga/Dana Takaful Keluarga/Dana Am

    109E

    i. individu danlain-lain

    Ya 8%

    CP 37E(T)ii. syarikat tidak

    bermastautinYa

    24%

    9Pendapatan di bawahseksyen 4(f) ACP 1967

    109FOrang Tidak

    BermastautinYa 10% CP37F

    10

    Bayaran kepada pencarumskim anuiti tertangguh atauSkim Persaraan Swasta / Private Retirement Scheme (PRS) yang mengeluarkancaruman sebelum mencapaiumur 55 tahun

    109GOrang

    Bermastautin / Tidak Mastautin

    Ya 8% CP37G

    Samb.

    Borang WHT 14-11-2019/CP37E(T).pdfBorang WHT 14-11-2019/CP37F.pdfBorang WHT 14-11-2019/CP37G.pdf

  • 19

    Bil. Jenis Bayaran Seksyen ACP 1967Borang

    Bayaran

    11. Slip Pengiriman Cukai yang Dinaikkan 109(2) / 109B(2) / 109D(3) / 109E(4) / 109F(2) / 109G(2)

    CP147

    12. Slip Pengiriman Cukai yang Dinaikkan

    107A(2) CP147(I)

    BORANG BAYARAN UNTUK KENAIKAN CUKAI PEGANGAN

    Borang WHT 14-11-2019/CP147.pdfBorang WHT 14-11-2019/CP147(I).pdf

  • CONTOH 1

    TARIKH BAYARAN

    KEPADA

    PENERIMA

    BAYARAN

    RM200,000

    Servis

    DIGI MALAYSIAAPPLE US

    (27 Ogos 2019)

    (2 Ogos 2019)

    20

  • CONTOH 2

    TARIKH

    MENGKREDIT

    Kontra RM600,000

    Kredit Bank RM400,000

    Servis [10 - 15 Okt 2019]

    (18 Nov 2019)

    Invois [RM1 Juta 30 Okt 2019]

    ABC PteLtd

    XYZ SDN BHD

    21

  • PENERBITAN PENDAPATAN

    KERAJAAN MALAYSIA

    TUNTUTAN BELANJA

    SEKSYEN 15 / 15A / 15B

    Pendapatan Kasar berkaitan dengan Faedah

    & Royalti, Kelas Khas [4A], Laba atau

    Keuntungan Dalam Kes-Kes Tertentu [4(f)]

    dianggap terbit dari Malaysia, jika:

    • S 15(a) / 15A(c)(i) / 15B(a)

    Pembayar adalah Kerajaan, Kerajaan

    Negeri atau pihak berkuasa tempatan

    • S 15(b) / 15A(c)(ii) / 15B(b)

    Pembayar adalah seorang pemastautin

    • S 15(c) / 15A(c)(iii) / 15B(c)

    Bayaran dituntut sebagai belanja dalam

    akaun perniagaanPEMASTAUTIN 22

  • Syarikat Pemastautin US

    Cawangan

    Engage

    Syarikat Pemastautin HK

    KHIDMAT

    NASIHAT(berkaitan peluang

    pelaburan baru]

    CONTOH 3

    (+) BAYARAN

    Syarikat A

    23

  • Amaun dibayar oleh Syarikat A (bukan pemastautin Malaysia)

    Amaun bayaran kepada syarikat HK TIDAK DICAJ sebagaiperbelanjaan terhadap pendapatan yang terakru atau diperoleh dariMalaysia oleh Cawangan Syarikat A di Malaysia (perbelanjaanditanggung oleh ibu pejabat di US dan bukan cawangan di Malaysia)

    Pendapatan Tidak Terbit Dari Malaysia

    CONTOH 3

    24

  • Syarikat Pemastautin US

    Cawangan

    Engage

    Syarikat Pemastautin HK

    KHIDMAT

    NASIHAT

    CONTOH 3

    Syarikat A

    (kajian semula proses

    perniagaan yang kini diguna

    pakai oleh caw M’sia]

    (+) INVOIS

    25

  • Amaun bayaran kepada Syarikat HK DICAJ sebagai perbelanjaan terhadappendapatan yang terakru atau diperoleh dari Malaysia oleh CawanganSyarikat A di Malaysia

    Pendapatan Dianggap Terbit Dari Malaysia

    CONTOH 3

    26

  • SEKSYEN 107A

    BAYARAN KONTRAK

    27

  • SEKSYEN 107A

    BAYARAN

    KONTRAK

    “Mana-mana orang (Pembayar) yang bertanggungjawab membuat bayaran

    kontrak kepada kontraktor tidak bemastautin berhubung dengan

    perkhidmatan di bawah suatu kontrak, orang tersebut hendaklah memotong

    cukai apabila membuat bayaran kontrak itu” 28

  • DEFINISI

    SUBSEKSYEN 107A(5)PERKARA DEFINISI

    Bayaran KontrakApa-apa bayaran yang dibuat bagi perkhidmatan di bawah suatu kontrak

    kepada kontraktor tidak bermastautin atau ejennya

    Kontraktor Tidak

    Bermastautin

    Mana-mana orang yang tidak bermastautin dalam Malaysia mengikut

    peruntukan Sek 7 atau Sek 8 ACP yang mengusahakan mana-mana

    perkhidmatan di bawah suatu kontrak dalam Malaysia

    Perkhidmatan Di Bawah

    Suatu Kontrak

    Perlaksanaan sebarang kerja atau perkhidmatan professional dalam

    Malaysia yang berkait projek kontrak

    Perkhidmatan ProfesionalBerhubung perkhidmatan orang tidak mastautin termasuk: Nasihat

    perundingan, teknikal, industri, komersial / Saintifik

    Projek KontrakSuatu pengusahaan atau projek atau Skim yang dilaksanakan diMalaysia 29

  • KADAR CUKAI

    S107A(1)(a)

    S107A(1)(b)

    10%

    3%

    INTERIM

    DEPOSIT

    • Daripada bayaran kontrak (bahagian

    perkhidmatan) atas akaun cukai kena bayar

    kontraktor tidak bermastautin

    • Untuk selesaikan Cukai Kena Dibayar

    kontraktor tidak bermastautin

    • Kadar Cukai: 01.01.1983 – 21.09.2001 = 15%

    • Daripada bayaran kontrak (bahagian

    perkhidmatan) atas cukai pekerja

    • Akan dikembali jika semua tanggungan cukai

    pekerja asing selesai

    • 01.01.1983 – 21.09.2001 = 5% 30

  • PENGENAAN CUKAI

    107A 109B

    31

  • UJIAN

    TIDAK

    Ada PE /

    POB (S12) ?

    107A

    109B

    YA

    Pendapatan SS 4A(i) & 4A(ii)

    32

  • 107A / 109B

    SEKSYEN 107A SEKSYEN 109BBerkaitan projek kontrak Projek dan perkhidmatan ad-hoc

    Pendapatan perenggan 4(a) Pendapatan Subseksyen 4A(i) & (ii)

    Wujud PE [takrifan PPPDK (branch,

    office or place of management di

    Malaysia); ATAU

    Mempunyai Place of Bussiness

    (POB) di Malaysia [SS 12(3) &

    12(4)]

    PE / POB tidak wujud

    BNCP perlu dikemukakan BNCP tidak perlu dikemukakan

    Cukai Interim Cukai muktamad 33

  • XYZ Pte Ltd diberi projek pembinaan, pemasangan loji & jenteradan penyeliaan di Malaysia untuk tempoh lebih 6 bulan

    Pekerjanya menyediakan perkhidmatan perundingan melaluipejabat cawangan di Pengerang, Johor

    Wujud PE / POB kerana tempoh projek pembinaan adalah lebih 6bulan / mempunyai office di Malaysia.

    Bayaran kontrak diterima oleh XYZ Pte Ltd bagi projek pembinaandan perkhidmatan perundingan tertakluk kepada cukai peganganS107A

    34

    CONTOH 4

  • ABC Pte Ltd, sebuah syarikat Korea bukan pemastautin,telah dianugerahkan kontrak untuk membina jambatan dinegeri Selangor dengan nilai sebanyak RM130 juta. Butir-butir bayaran kontrak adalah seperti berikut:

    • Bahagian Perkhidmatan : RM25 juta

    • Bahagian Bahan : RM105 juta (Tidak tertakluk)

    Bahagian perkhidmatan tertakluk kepada cukai peganganpada kadar 10% dan 3%. Maka, cukai pegangan yangperlu diremitkan kepada LHDNM adalah RM3.25 juta.

    CONTOH 5

    35

  • TERBITAN PENDAPATAN PE / POB(Derivation of PE / POB Income)

    Bayaran kontrak yang diterima oleh kontraktor tidak bermastautin yangmempunyai PE atau POB di Malaysia dianggap sebagai pendapatanperniagaan [4(a)]

    Seksyen 12 menerangkan keadaan di mana pendapatan kasar daripadaperniagaan terbit atau dianggap terbit dari Malaysia

    Perenggan 12(1)(a) menjelaskan apa-apa jua pendapatan kasar daripadasuatu perniagaan yang tidak boleh dikaitkan kepada operasi perniagaanyang dijalankan di luar Malaysia hendaklah diambil kira sebagaipendapatan yang terbit dari Malaysia

    36

  • SEKSYEN 109

    FAEDAH

    37

  • DEFINISI

    Tiada definisi ‘faedah’ dalam ACP 1967

    DEFINISI AM

    Suatu amaun yang perlu dibayar untuk penggunaan suatu jumlah wang yang

    dipanggil principal @ Compensation for delayed payment

    Berdasarkan kamus dan kes undang-undang, pendapatan faedah diertikan

    sebagai:

    • pulangan atau bayaran bagi kegunaan wang milik satu pihak oleh pihak lain;

    • bahagian satu syer pemiutang atas keuntungan yang dianggap diterima oleh

    penghutang daripada penggunaan wang pinjaman itu; atau

    • pampasan atas gantirugi bagi penahanan wang atau wang yang tidak

    dibayar (atau pampasan bagi bayaran yang lewat) 38

  • PENERBITAN PENDAPATAN FAEDAHSeksyen 15 ACP

    Pendapatan Kasar berkaitan dengan Faedah dianggap terbit dari Malaysia, jika:

    • Subseksyen 15(a) - Pembayar adalah Kerajaan, Kerajaan Negeri atau pihak

    berkuasa tempatan

    • Perenggan 15(b)(i) - Pembayar adalah seorang pemastautin

    • Perenggan 15(b)(ii) –

    Faedah dibayar berkaitan wang yang dipinjam dan digunakan atau dilaburkan ke

    atas aset yang menghasilkan apa-apa pendapatan kasar yang diperoleh dari

    Malaysia; atau

    Faedah dibayar berkaitan dengan hutang yang dijamin oleh harta atau aset yang

    terletak di Malaysia

    • Subseksyen 15(c) - Bayaran dituntut sebagai belanja dalam akaun

    perniagaan39

  • KADAR CUKAI

    CUKAI

    MUKTAMAD

    Kadar domestik 15% [subperenggan 6(1)(b)(i) danPerenggan 1 Bahagian II, Jadual 1]

    Kadar lebih rendah di bawahPPPDK antara Malaysia denganNegara Mastautin penerima

    ATAU

    40

  • Contoh Faedah Yang Tertakluk Kepada Cukai Pegangan

    41

  • Dalam kes di mana penalti bayaran lewat dibayar kepada bukan pemastautin oleh pembayar,

    perlu ditentukan sama ada penalti bayaran lewat dianggap sebagai pendapatan faedah atau

    tidak.

    Tanpa PPPDK di antara Malaysia dan negara mastautin penerima bukan mastautin atau jika

    terdapat PPPDK tetapi tidak disebut sama ada penalti bayaran lewat dianggap sebagai

    pendapatan faedah atau tidak, undang-undang domestik Malaysia dikuatkuasakan.

    Mengikut seksyen 4B, ACP, penalti bayaran lewat yang kena dibayar kepada bukan

    pemastautin akan dianggap sebagai pendapatan faedah di bawah perenggan 4(c), ACP.

    [Tertakluk kepada Cukai Pegangan di bawah Seksyen 109, ACP]

    Penalti Bayaran Lewat – Pendapatan Faedah?

    Contoh:

    • PPPDK di antara Malaysia dan India - Artikel 11(4): penalti bagi bayaran lewat tidak dianggap sebagai faedah

    bagi tujuan Artikel 11 [Peruntukan Seksyen 109, ACP TIDAK TERPAKAI]

    • PPPDK di antara Malaysia dan Singapura – Artikel 11: tidak disebut sama ada penalti bayaran lewat dianggap

    sebagai pendapatan faedah atau tidak [Peruntukan Seksyen 109, ACP TERPAKAI] 42

  • Pengecualian Cukai Pegangan ke atas pendapatan Faedah yang diterima oleh

    Penerima Tidak Mastautin:

    1. Perenggan 33 Jadual 6

    2. Perenggan 33A Jadual 6

    3. Perenggan 33B Jadual 6

    4. Perenggan 35 Jadual 6

    5. Faedah yang dibayar oleh syarikat yang menjalankan perniagaan di Labuan.

    Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 16) 1991 -[P.U.(A) 161]

    PENGECUALIAN

    43

  • FAEDAH YANG DIKECUALIKAN DARI CUKAI PEGANGAN

    Perenggan 33 Jadual 6

    Faedah dibayar kepada orang tidak bermastautin oleh orang yang menjalankanperniagaan pembankan atau Islamic banking business yang dilesenkan di bawah AktaPerkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ataudari mana-mana institusi yang diluluskan oleh Menteri di Malaysia selain daripada:

    • Faedah yang terakru kepada sesuatu perniagaan yang dijalankan di Malaysia olehpenerima tidak bermastautin;

    • Faedah atas pembiayaan yang diperlukan untuk mengekalkan dana kerja bersihseperti yang telah ditetapkan oleh Menteri

    44

  • Subperenggan 33A(1) Jadual 6

    Faedah yang dibayar kepada syarikat tidak bermastautin berkenaan dengan:

    a) Sekuriti yang dikeluarkan oleh Kerajaan; atau

    b) Sukuk atau debentur yang dikeluarkan dalam Ringgit Malaysia, selain daripadastok pinjaman boleh ubah yang diluluskan or authorized by, or lodged withSuruhanjaya Sekuriti

    Subperenggan 33A(2) Jadual 6

    Pengecualian ini tidak terpakai kepada faedah yang dibayar atau dikredit kepadasyarikat dalam kumpulan yang sama

    45

    Samb.

  • Subperenggan 33B(1) Jadual 6

    Faedah dari sukuk berpunca dari Malaysia yang dibayar atau dikreditkan kepada orang tidakbermastautin (selain stok pinjaman boleh ubah):

    a) Dikeluarkan dalam mata wang asing; dan

    b) Diluluskan or authorized by, or lodged with, Suruhanjaya Sekuriti atau Pihak BerkuasaPerkhidmatan Kewangan Labuan/LabuanFinancial Sevices Authority (Labuan FSA)

    Subperenggan 33B(2) Jadual 6

    Pengecualian ini tidak terpakai kepada

    i. faedah yang dibayar atau dikredit kepada syarikat dalam kumpulan yang sama

    ii. faedah yang dibayar atau dikreditkan ke-

    (i) bank yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013;

    (ii) bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013; atau

    (iii) institusi pembangunan kewangan yang ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan

    Pembangunan 2002 46

    Samb.

  • Perenggan 35 Jadual 6

    Faedah atau diskaun yang dibayar kepada individu, badan amanah dan listedclosed-end fund tidak bermastautin berkenaan dengan:

    a) Sekuriti atau bon-bon yang diterbitkan atau dijamin oleh Kerajaan;

    b) Debentur atau sukuk selain daripada stok pinjaman boleh ubah yangdiluluskan or authorized by, or lodged with Suruhanjaya Sekuriti; atau

    c) Deleted

    d) Bon Simpanan Malaysia yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia;

    47

    Samb.

  • SEKSYEN 109

    ROYALTI

    48

  • DEFINISI

    SEKSYEN 2 ACP 1967BAYARAN KEPADA BUKAN PEMASTAUTIN

    49

  • Seksyen 2

    a) Penggunaan atau hak menggunakan berkenaan dengan mana-mana hakcipta,perisian, hasil kerja artistik dan saintifik, paten, model atau rekabentuk, pelan,proses rahsia atau formula, cap dagangan (jenama) atau apa-apa jua harta danhak

    b) Penggunaan atau hak menggunakan pita-pita bagi siaran radio atau televisyen,filem wayang gambar, filem atau pita video atau apa-apa cara pengeluaransemula di mana filem atau pita telah atau akan digunakan atau dikeluarkansemula di Malaysia, atau harta atau hak lain yang seumpamanya

    c) Penggunaan atau hak menggunakan, know-how atau maklumat mengenaiteknikal, industri, komersil, pengetahuan saintifik, pengalaman atau kemahiran

    d) Penerimaan atau hak untuk menerima, imej-imej visual atau bunyi, ataukeduanya, dipancarkan kepada orang awam melaluii. Satelit; atauii. Kabel, fibre optik atau teknologi yang serupa

    50

    DEFINISI ROYALTI

  • e) Penerimaan atau hak untuk menerima, imej-imej visual atau bunyi, ataukeduanya, dipancarkan kepada orang awam melalui

    i. Satelit; atau

    ii. Kabel, fibre optik atau teknologi yang serupa

    f) Penggunaan atau hak menggunakan, sebahagian atau keseluruhanbahagian spektrum frekuensi radio seperti dinyatakan di dalam lesentertentu

    g) Menghalang penggunaan hak atau menghalang pemberian penggunaanhak bagi semua perenggan di atas

    h) Pemberian milikan atas mana-mana harta, pengetahuan atau maklumat yangdisebut dalam perenggan a, b atau c di atas

    51

    Samb.

  • KADAR CUKAI

    CUKAI

    MUKTAMAD

    Kadar domestik 10% [subperenggan 6(1)(b)(i) danPerenggan 2 Bahagian II, Jadual 1]

    Kadar lebih rendah di bawahPPPDK antara Malaysia denganNegara Mastautin penerima

    ATAU

    52

  • PELEPASAN DI BAWAH S 110

    Cukai pegangan di bawah seksyen 109B, ACP adalah cukai muktamad.

    Walau bagaimanapun, Jika seorang penerima tidak bermastautinmempunyai pendapatan daripada punca lain selain daripada pendapatanFaedah dan Royalti, pembayar cukai perlu memfail Borang Nyata CukaiPendapatan (BNCP) Borang C atau M]

    Pendapatan faedah dan royalti boleh dilaporkan dalam BNCP dan dalamkes ini pendapatan faedah akan dikenakan cukai pada kadar 15%, royalti10% dan pelepasan di bawah seksyen 110 ACP 1967 akan diberi terhadapcukai pegangan yang telah dibayar (perenggan 109(3)(a) ACP)

    53

  • SEKSYEN 4A

    PENDAPATAN KELAS KHAS

    54

  • SEKSYEN 4A

    PERKHIDMATAN

    • Penggunaan harta / hak

    • Pemasangan /

    pengendalian loji, jentera /

    kelengkapan

    NASIHAT / BANTUAN /

    PERKHIDMATAN BERKAITAN

    PENGURUSAN / PENTADBIRAN

    SEWA HARTA

    ALIH

    “..pendapatan yang terbit dari Malaysia boleh dikenakan cukai di bawah Akta ini.”

    PERENGGAN 4A(i) PERENGGAN 4A(iii)PERENGGAN 4A(ii)

    55

  • PERENGGAN 4A(i)

    Penggunaan

    Harta / Hak

    Pemasangan /

    Pengendalian

    loji, jentera /

    kelengkapan

    PERKHIDMATAN

    56

  • amaun yang dibayar sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikanoleh orang yang tidak bermastautin atau pekerjanya berkaitan dengan:

    • penggunaan harta atau hak yang dimiliki oleh orang yang tidakbermastautin itu, atau

    • pemasangan atau pengendalian mana-mana loji, jentera ataukelengkapan yang dibeli daripada orang yang tidak bermastautin itu

    Contoh:• Bayaran bagi penyediakan staf untuk perkhidmatan memberi

    nasihat atau penyeliaan• Bayaran untuk perkhidmatan pemasangan dan urusan mentauliah

    57

    PERENGGAN 4A(i)

  • Beli loji jana kuasa

    CAJ PERKHIDMATAN

    PEKERJAB Ltd [Pemastautin US] A Sdn Bhd

    CONTOH 6

    • A Sdn Bhd membeli sebuah loji jana kuasa daripada B Ltd, sebuah syarikat yang bermastautin di US.

    • B Ltd menghantar dua orang juruteranya ke Malaysia untuk menyelia pemasangan dan pengendalian loji

    tersebut.

    • Fi yang dibayar untuk perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja B Ltd berkaitan dengan pemasangan loji

    yang dibeli oleh B Ltd dianggap diperoleh dari Malaysia dan dikenakan cukai di bawah perenggan 4A(i),

    ACP.

    • Amaun kasar yang dibayar kepada B Ltd adalah tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen

    109B, ACP pada kadar 10%.

    TERTAKLUK WHT

    58

  • Beli Peralatan X-RAY

    CAJ PEKERJA

    (PEMASANGAN 5 HARI) D Bhd

    CONTOH 7

    TERTAKLUK WHT

    • D Bhd membeli mesin X-ray daripada C Pte Ltd, sebuah syarikat yang bermastautin di India

    • C Pte Ltd menghantar seorang pekerja ke Malaysia untuk tempoh 5 hari bagi pemasangan mesin

    X-ray tersebut.

    • Bayaran untuk perkhidmatan yang diberikan oleh C Pte Ltd berkaitan dengan pemasangan X-ray

    dianggap diperoleh dari Malaysia dan dikenakan cukai di bawah perenggan 4A(i), ACP. Amaun

    kasar yang dibayar kepada C Ltd adalah tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen

    109B, ACP pada kadar 10%.

    C Pte Ltd [Pemastautin India]

    59

  • PERENGGAN 4A(ii)

    NASIHAT / BANTUAN /

    PERKHIDMATAN BERKAITAN

    PENGURUSAN /

    PENTADBIRAN

    60

  • amaun yang dibayar kepada orang yang tidak bermastautin sebagai balasanbagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan yang diberikan berkaitan denganpengurusan atau pentadbiran bagi mana-mana duga niaga, usaha, projek atauskim yang bercorak saintifik, perindustrian atau komersial

    Contoh:

    • Perkhidmatan pengurusan dan pemasaran

    • Perkhidmatan perunding

    • Perkhidmatan perundangan berkaitan dengan hutang atau peraturan agensi

    • Perkhidmatan teknikal di antara syarikat

    • Kursus latihan yang direka khas

    • Perkhidmatan pengujian dan penentukuran

    61

    PERENGGAN 4A(ii)

  • KADAR CUKAI

    CUKAI

    MUKTAMAD

    Kadar domestik 10% [Perenggan6(1)(e) dan Bahagian V, Jadual 1]

    Kadar lebih rendah di bawahPPPDK antara Malaysia denganNegara Mastautin penerima

    ATAU

    62

  • E Sdn Bhd, menandatangani satu perjanjian dengan F Pte Ltd, sebuah

    syarikat Singapura pada bulan April 2017. Syarikat Singapura akan

    membekalkan pakar atau staf teknikal untuk menjalankan pemeriksaan

    kejuruteraan dan kerja-kerja pembetulan di Malaysia bagi tempoh 2 bulan.

    Fi bagi perkhidmatan yang diberikan oleh E Pte Ltd dianggap diperoleh dari

    Malaysia dan dikenakan cukai di bawah perenggan 4A(ii), ACP pada kadar

    10% di bawah seksyen 109B, ACP.

    Jika boleh disahkan bahawa E Pte Ltd adalah bermastautin di Singapura,

    cukai pegangan adalah pada kadar 5% mengikut PPPDK di antara Malaysia

    dan Singapura.

    CONTOH 8

    63

  • Sebuah firma perundangan di Sepanyol telah diupah oleh sebuah

    syarikat Malaysia untuk memberi nasihat mengenai suatu perjanjian

    pengurangan hutang dan suatu perjanjian agensi. Perkhidmatan

    tersebut dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia.

    Fi bagi perkhidmatan yang diberikan di Malaysia dianggap diperoleh

    dari Malaysia dan dikenakan cukai di bawah perenggan 4A(ii), ACP. Fi

    tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 109B, ACP pada

    kadar 10%.

    jika boleh disahkan bahawa firma perundangan adalah bermastautin di

    Sepanyol, cukai pegangan adalah pada kadar 5% mengikut PPPDK di

    antara Malaysia dan Sepanyol.

    CONTOH 9

    64

  • PERENGGAN 4A(iii)

    HARTA ALIH

    Definition of “Moveable Property”: “all property other than immovable property” [Interpretations Act 1948 and 1967] 65

  • Sewa atau bayaran lain yang dibuat kepada orang yang tidak bermastautin dibawah mana-mana perjanjian atau peraturan bagi penggunaan mana-manaharta alih

    Definition of “Moveable Property”: “all property other than immovable property”[Interpretations Act 1948 and 1967]

    Contoh:

    sewaan komputer, kapal dan kapal udara, pelantar penggerudian minyak,kereta atau apa-apa harta alih dalam dan luar Malaysia,

    66

    Kadar Cukai Pegangan =

    10% daripada Pendapatan Kasar

    [Perenggan 6(1)(e) dan Bahagian V, Jadual 1]

    PERENGGAN 4A(iii)

  • Terdiri daripada sewa atau pembayaran lain yang dibuat kepada orang tidak

    bermastautin bagi penggunaan mana-mana harta alih termasuk sewa atau

    pembayaran lain yang dibuat bagi penggunaan pelantar penggerudian minyak,

    bot, kapal, kereta, kapal terbang atau lain-lain peralatan di dalam atau di luar

    Malaysia.

    Berikut adalah aktiviti yang tergolong di bawah skop perenggan 4A(iii), ACP

    1967:

    (a) Penyewaan ruang (slot hire) / carter

    (b) Pajakan kapal / kapal terbang

    (c) Carter Waktu - Sewa khas mengikut masa

    (d) Carter Pelayaran - Sewa khas mengikut pelayaran / penerbangan tertentu

    67

    PERENGGAN 4A(iii)

  • TIDAK TERTAKLUK

    • Pembelian barangan

    • Sewa harta tidak alih

    • Bayaran Pendahuluan & Deposit yang dipulangkan

    • Penginapan hotel

    • Fi jaminan bersangkutan dengan mana-mana pinjaman, keberhutangan ataukomisen bagi surat kredit

    • Pembayaran ganti merujuk kepada pembayaranatau perbelanjaan tunai langsung yang dilakukanoleh penerima (Reimbursements) [kos tambangkapal terbang, perjalanan, penginapan, telefondan caj fotokopi]

    • Pembayaran / Perbelanjaan Tunai Langsung(Disbursements) adalah perbelanjaan yangdilakukan oleh pembayar dan dibayar kepadapihak ketiga bagi pihak penerima

    • Pembayaran pendahuluan bagi perkhidmatanyang akan dilaksanakan dan ia adalahsebahagian daripada amaun kasar yang kenadibayar

    • Bayaran Pendahuluan & Deposit yang tidakdipulangkan 68

    TERTAKLUK

    BAYARAN YANG TERTAKLUK / TIDAK TERTAKLUK WHT

  • PELEPASAN DI BAWAH S 110

    Cukai pegangan di bawah seksyen 109B, ACP adalah cukai muktamad.

    Walau bagaimanapun, jika seorang penerima tidak bermastautin mempunyaipendapatan daripada punca lain selain daripada pendapatan di bawah seksyen4A, ACP 1967 beliau perlu memfail Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP)Borang C atau M]

    Pendapatan di bawah seksyen 4A, ACP 1967 boleh dilaporkan dalam BNCPdan dalam kes ini pendapatan ini akan dikenakan cukai pada kadar 10% danpelepasan di bawah seksyen 110, ACP 1967 akan diberikan terhadap cukaipegangan yang telah dibayar [perenggan 109B(3)(a), ACP 1967]

    69

  • 70

    PINDAAN AKTAPindaan ke atas Seksyen 15A

    Berkuat kuasa 17.1.2017, pendapatan di bawah perenggan 4A(i) dan 4A(ii), ACPyang diperoleh dari Malaysia dikenakan cukai tanpa mengira sama adaperkhidmatan dilaksanakan di dalam atau di luar Malaysia

    Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2017 [P. U. (A) 323/2017]

    Berkuat kuasa 6/9/2017 – Menteri Kewangan mengecualikan seseorang yang tidakbermastautin daripada membayar cukai pendapatan berhubung pendapatan dibawah subseksyen 4A(i) & 4A(ii) yang dilaksanakan di luar Malaysia

    Nota:17/1/2017 – 5/9/2017Pendapatan di bawah perenggan 4A(i) dan 4A(ii), ACP yang diperoleh dariMalaysia tertakluk kepada cukai pegangan tanpa mengira sama adaperkhidmatan dilaksanakan di dalam atau di luar Malaysia

  • NOTA AMALAN 1/2017 Panduan berkenaan pemakaian pindaan Seksyen 15A

    1. Kontrak yang ditandatangani dan dilaksanakan di luar Malaysia selepas 17.1.2017 –Tertakluk Cukai Pegangan

    2. Pertindihan:

    Kontrak yang ditandatangani sebelum 17.1.2017, dan perkhidmatan dilaksanakan diluar Malaysia bagi tempoh sebelum dan selepas 17.1.2017

    Perkhidmatan dilaksanakan di luar Malaysia sebelum 17/1/2017 – Tidak TertaklukCukai Pegangan

    Perkhidmatan dilaksanakan di luar Malaysia selepas 17/1/2017 - Tertakluk CukaiPegangan

    3. Kontrak yang ditandatangani dan dilaksanakan di luar Malaysia sebelum 17.1.2017tetapi bayaran selepas 17/1/2017 – Tidak Tertakluk Cukai Pegangan

    4. Kontrak yang ditandatangani dan bayaran dibuat sebelum 17/1/2017 tetapiperkhidmatan dilaksanakan di luar Malaysia selepas 17.1.2017 – Tidak TertaklukCukai Pegangan 71

  • PERKHIDMATAN DILAKSANAKAN DI DALAM DAN LUAR MALAYSIA

    ASAS MENGAGIHKAN SERVIS DILAKSANAKAN DALAM MALAYSIA DAN LUARMALAYSIA

    (TIDAK TERPAKAI UNTUK TEMPOH 17.1.2017 - 05.09.2017)

    Dalam kes di mana kontrak memerlukan pelaksanaan perkhidmatan di dalam dan juga di

    luar Malaysia, bahagian nilai kontrak yang bersangkutan dengan perkhidmatan yang

    dilaksanakan di Malaysia hendaklah ditentukan secara adil dan wajar.

    Pembahagian nilai kontrak ini hendaklah dibuat berdasarkan ke atas nilai perkhidmatan yang

    dilaksanakan di Malaysia.

    Adalah penting supaya nilai kontrak tersebut diagihkan secara munasabah berdasarkan

    fakta setiap kes kerana hanya bahagian nilai kontrak yang bersangkutan dengan

    perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia sahaja tertakluk kepada cukai pegangan di

    bawah seksyen 109B, ACP 1967.72

  • KRONOLOGI LATAR BELAKANG SEKSYEN 4A

    • 1983• Kes Euromedical

    • 21.10.1983• Pengenalan Seksyen 4A• Perkhidmatan dilaksanakan dalam dan luar

    Malaysia

    • 21.09.2002• Perkhidmatan dilaksanakan di Malaysia sahaja

    • 2002-2017 (15 years)• Perkhidmatan dilaksanakan di Malaysia sahaja

    • 17.01.2017-05.09.2017• Perkhidmatan dilaksanakan dalam dan luar

    Malaysia

    • 06.09.2017• Perkhidmatan dilaksanakan di Malaysia sahaja

    73

    KES EUROMEDICAL [1983]

    AKTA KEWANGAN 1983

    AKTA KEWANGAN (NO. 2) 2002

    1983-2017

    AKTA KEWANGAN 2017

    PERINTAH CUKAI PENDAPATAN PENGECUALIAN NO 9 (2017)

  • SEKSYEN 109C

    FAEDAH DIBAYAR KEPADA PEMASTAUTIN

    • Seksyen ini telah mendapat pengecualian semenjak 30 Ogos 2008

    • Kadar cukai adalah 5% [Perenggan6(1)(f) dan Bahagian VI Jadual 1] 74

  • 75

    PENGECUALIAN CUKAIMULAI 30.8.2008 [P.U.(A) 351 & PINDAANNYA DALAM P.U.(A) 211]

    Menteri mengecualikan:

    A. Seorang bukan pemastautin atas faedah yang dibayar/ dikredit oleh BankKerjasama Rakyat Malaysia Berhad

    B. Individu mastautin atas faedah yang diterima daripada:

    i. Sijil deposit boleh niaga; atau

    ii. Diskaun semula penerimaan jurubank atas perjanjian belian semula ataumana-mana surat cara pembiayaan dagangan yang serupa yangdidagangkan dalam dana pasaranwang; atau

  • C. Seorang individu bermastautin atas faedah atau bonus yang diterimadaripada wang yang didepositkan dengan institusi berikut:

    i. Bank atau syarikat kewangan yang dilesenkan atau yang disifatkandilesenkan di bawah Financial Services Act 2013

    ii. Bank yang dilesenkan di bawah Islamic Financial Services Act 2013

    iii. Institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan di bawah AktaInstitusi Kewangan Pembangunan 2002

    iv. Lembaga Tabung Haji

    v. Malaysian Building Society Berhad

    vi. Borneo Housing Mortgage Berhad

    vii. Koperasi berdaftar di bawah AktaKoperasi76

    PENGECUALIAN CUKAI (Samb.)

  • SEKSYEN 109D

    AMANAH PELABURAN HARTA TANAH (REIT)

    77

  • Definisi REIT

    78

    Takrifan Suruhanjaya Sekuriti

    • Suatu perantara pelaburan yang melabur sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhanasetnya dalam harta tanah

    • Pelaburan boleh melalui pegangan langsung atau pegangan saham dalam syarikat tidaktersenarai di mana aset utamanya terdiri daripada harta tanah

    Sekiranya 90% atau lebih daripada jumlah pendapatan REIT yang tersenarai di Bursa Malaysia

    dalam tahun asas suatu TT diagihkan kepada pemegang unit, REIT dikecualikan cukai untuk TT

    tersebut. Walau bagaimanapun, pemegang unit dikenakan cukai ke atas agihan pendapatan ini.

    Oleh kerana pendapatan yang diagihkan oleh REIT adalah dikecualikan cukai, tiada kredit cukai

    di bawah subseksyen 110(9A) ACP diberikan kepada pemegang unit.

    Rujukan: KU No. 9/2018

    PERCUKAIAN BAGI PEMEGANG UNIT AMANAH PELABURAN HARTA TANAH / TABUNG

    AMANAH HARTA

  • Kadar Cukai Pegangan

    Kategori Tempoh Kadar WHT

    (i) Selain daripada syarikat pemastautin

    1.1.2007-31.12.2008 15%

    1.1.2009-31.12.2019 10%

    (ii) Syarikat bukanpemastautin

    TT 2007 27%

    TT2008 26%

    TT2009-2015 25%

    TT2016 dan seterusnya 24%

    (iii) Pelabur institusi asing 1.1.2007-31.12.2008 20%

    TT 2009 – TT 2019 10%

    TT 2020 – TT 2025Nota: Pindaan Bajet 2020

    10%

    79

  • SEKSYEN 109E

    DANA KELUARGA / DANA TAKAFUL KELUARGA /

    DANA AM

    80

  • SEKSYEN 109E• Diperkenalkan mulai TT 2008

    • Terpakai untuk keuntungan dari dana keluarga, dana takaful semulakeluarga atau dana am

    • Seksyen 60AA – peruntukan berkaitan perniagaan Takaful

    • Mulai 1.1.2008

    • Pendapatan yang diagihkan di bawah seksyen 60AA kepada pesertaselain syarikat pemastautin dikenakan cukai pegangan pada kadaryang dinyatakan pada Bahagian XI, Jadual1

    81

    Kategori Tempoh Kadar WHT

    (i) Selain daripada syarikat pemastautin

    Mulai 1.1.2018 8%

    (ii) Syarikat bukan pemastautin TT 2008 26%

    TT 2009 dan seterusnya 25%

  • SEKSYEN 109F

    BAYARAN DI BAWAH PERENGGAN 4(f) KEPADA

    PENERIMA BUKAN PEMASTAUTIN

    82

  • PERENGGAN 4(f)• Pendapatan atau keuntungan yang tidak tergolong di bawah mana-mana

    perenggan 4(a) hingga 4(e)

    • Seksyen 109F berkuat 83kuasa mulai 1.1.2009, Cukai Pegangan perludikenakan kepada penerima tidak bermastautin atas pendapatan dariperenggan 4(f)

    83

    KRITERIA PENENTUAN

    • Bayaran bersifat hasil dan bukan modal

    • Bayaran tidak tergolong di bawah mana-mana perenggan 4(a) hingga4(e)

    • Bayaran bersifat pendapatan pelbagai / kasual / sekali-sekala

    • Bayaran untuk urusniaga terpencil

    • Urusniaga tidak berulang

  • CONTOH PENERIMAAN PERENGGAN 4(f)

    • Pengacaraan sekali sekala daripada aktiviti penghebahan atau pengacaraan

    di TV, pemberian ceramah, penulisan artikel dan lain-lain

    • Fi memperkenalkan pelanggan kepada orang profesional

    • Komisen memperkenalkan pembeli dan penjual dalam urusan hartanah

    yang bukan sebahagian daripadabroker tanah

    84

    Kadar Cukai Pegangan =

    10% daripada Pendapatan Kasar

    [Perenggan 6(1)(k) & Bahagian XIII, Jadual 1]

  • DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

    Dokumen yang perlu disimpan jika sesuatu servis tidak tertaklukkepada Cukai Pegangan 109F:

    1. salinan kontrak atau perjanjian perniagaan;

    2. salinan surat daripada juruaudit yang mengesahkanpendapatan yang diterima oleh orang tidak bermastautin adalahdalam perjalanan biasa perniagaan atau profesionnya;

    3. salinan akaun beraudit orang tidak bermastautin;

    4. salinan notis taksiran orang tidak bermastautin; dan

    5. salinan pendaftaran perniagaan atau lesen orang tidakbermastautin.

    85

  • SEKSYEN 109GBAYARAN KEPADA PENCARUM SKIM ANUITI TERTANGGUH ATAU SKIM

    PERSARAAN SWASTA / PRIVATE RETIREMENT SCHEME (PRS)

    86

  • SEKSYEN 109GTerpakai kepada pencarum skim anuiti tertangguh atau skim persaraan swasta/private retirement scheme (PRS) yang mengeluarkan caruman sebelummencapai umur 55 tahun

    Pengecualian:

    • Kematian

    • Meninggalkan Malaysia selama-lamanya (leaving permanently)

    • penyakit serius

    • kehilangan upaya kekal

    • ketidakupayaan mental

    • Mulai 1.1.2020 (Bajet 2020) – Penjagaan Kesihatan & Perumahan(sepertimana yang ditetapkan di dalam garis panduan yang dikeluarkan olehSuruhanjaya Sekuriti)

    87

    Kadar Cukai Pegangan =

    8% [Perenggan 6(1)(l) & Bahagian XVI, Jadual 1]

  • IMPLIKASI PERJANJIAN

    PENGELAKAN CUKAI DUA

    KALI (PPPDK / DTA)88

  • TUJUAN MENGADAKAN PPPDK?

    Meningkatkan:

    Kemasukan pelabur asing ke dalam negara

    Pertukaran barangan dan perkhidmatan

    Pergerakan modal dan orang

    Ekonomi Negara

    Menentukan Negara mana mendapat hak untuk mencukai

    Mengelakkan pencukaian dua kali

    Mencegah pengelakan dan pelarian cukai

    PPPDK tidak mengenakan cukai

    89

  • (PPPDK/DTA)

    Status sehingga 21 Jun 2019:Berkuat kuasa - 74 (2 Perjanjian terhad)Diwartakan - 6Dalam rundingan - 25

    Tax Information Exchange Agreement (TIEA)Berkuatkuasa - 1Dalam rundingan - 3

    Pengecualian Cukai (Exemption Order) – 1Taiwan Economic and Cultural Office

    90

  • PPPDK YANG TELAH BERKUAT KUASA

    KedudukanPPPDK

    Malaysia @ 21/6/2019

    91

  • INTERAKSI PPPDK DAN CUKAI PEGANGAN

    Kadar Cukai Pegangan ditentukan dalam PPPDK

    Biasanya kadarnya lebih rendah atau sama daripada kadar domestik

    Sekiranya kadarnya adalah lebih tinggi dari kadar domestik,

    kadar domestik terpakai

    92

  • Artikel 11 – Faedah Negara yang membayar faedah boleh mengenakan cukai, tetapi terhad

    kepada kadar yang rendah jika penerima bayaran adalah pemunyabenefisial dan bermastautin di Negara Penjanji yang satu lagi

    Faedah yang diterima oleh Kerajaan, Kerajaan Negeri dan Kerajaantempatan mendapat pengecualian cukai. Istilah ‘Kerajaan’ selalunyatermasuk Bank Negara dan Bank Export-Import (EXIM Bank)

    Faedah dianggap terbit dari Negara itu jika pembayar adalah pemastautindi Negara itu, atau dibayar oleh PE atau pusat kegiatan tetap (fixed base)di negara itu

    93

  • Artikel 12 – Royalti

    Negara yang membayar royalti boleh mengenakan cukai tetapi terhad

    kepada kadar yang rendah jika penerima bayaran adalah pemunya

    benefisial dan bermastautin di Negara Pejanji yang satu lagi

    Istilah ‘royalti’ adalah bayaran yang diterima sebagai balasan bagi ….

    penggunaan, hak mengguna kelengkapan perindustrian, komersial atau

    saintifik ….”

    Royalti dianggap terbit dari Negara itu jika pembayar adalah pemastautin

    di Negara itu, atau dibayar oleh PE atau pusat kegiatan tetap (fixed base)

    di negara itu

    94

  • Contoh Negara-Negara Perjanjiandengan Artikel Fi bagi

    Perkhidmatan Teknikal (FTS)

    • United Kingdom

    • Singapura

    • India

    • Hong Kong

    • Sepanyol

    • Jerman

    Contoh Negara-Negara PerjanjianTanpa Artikel Fi bagi

    Perkhidmatan Teknikal (FTS)

    • China

    • Indonesia

    • Filipina

    • Italy

    • Australia

    95

    Artikel 13 – Fi bagi Perkhidmatan Teknikal

  • Artikel 13 – Fi bagi Perkhidmatan Teknikal

    Dari segi PPPDK yang sedia ada, Malaysia mengambil pendirian, bahawaMalaysia mempunyai hak untuk mencukai selagi tiada halangan dalamPPPDK.

    Pindaan Seksyen 15A ACP 1967 - Malaysia telah mengenakan cukaipegangan ke atas mana-mana pendapatan di bawah perenggan 4A(i) dan4A(ii) tanpa mengira sama ada perkhidmatan dilaksanakan di Malaysia ataupun luar Malaysia (Tempoh 17/1/2017 – 5/9/2017)

    Bagi PPPDK yang telah berkuat kuasa, hanya 4 Negara di mana Malaysiaterhalang dari mengenakan Cukai Pegangan iaitu Singapura, Sepanyol,Australia dan Turkmenistan

    Rujukan: Nota Amalan No. 2/2017

    96

    Singapore.pdfSpain.pdfAustralia.pdfTurkmenistan.pdf

  • Artikel 21 – Pendapatan Lain

    • Artikel ini adalah untuk pendapatan yang tidak disebut dalam artikel yangsebelumnya dalam perjanjian berkaitan

    • Selalunya diberikan hak pencukaian eksklusif kepada negara mastautin

    • Sekiranya terdapat PE di negara terbitnya pendapatan, negara tersebut bolehmengenakan cukai

    • Negara di mana terbitnya punca pendapatan lain juga boleh mengenakan cukai

    Contoh: Pendapatan amanah, Bayaran nafkah (Alimony), Sek. 4(f) ACP 1967

    97

  • PUBLIC RULING AND GUIDELINES ON WHT

    98

    No. Item Name Date of Issue

    1 PR No. 10/2019 Withholding Tax on Special Classes of Income 10.12.2019

    2 PR No. 6/2017 Withholding Tax on Income of A Non Resident Public Entertainer

    12.10.2017

    3 PR No. 1/2010 Withholding Tax on Income Under Section 4(f) 19.04.2010

    4 Technical Guideline

    Guidelines On Taxation Of Electronic Commerce Transactions

    13.05.2019

    5 PN 1/2018 Tax Treatment of Digital Advertising 16.03.2018

    6 PN 2/2017 Amendment to S15A and DTA 23.06.2018

    7 PN 3/2017 Clarification on Effective Date of IT EO 9/2017 07.12.2017

  • TERIMA KASIH

    THANK YOU

    www.hasil.gov.my