taklimat lip dan penggunaan modul e-buletin taklimat...

8
LINUS - Laksana Impian Negara Untuk Sukses Taklimat “Bicara LINUS2.0” Peringkat Daerah Alor Gajah 2018 Edisi Jan - Mac 2018 Rabu, 17 Januari. Satu program taklimat Bicara LINUS2.0 bersama-sama semua setiausaha dan penyelaras LINUS sekolah-sekolah rendah daerah Alor Gajah telah diadakan bertempat di Dewan Mutiara, Sekolah Kebangsaan Lesong Batu. Taklimat berkenaan diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini berhubung pelaksanaan program LINUS2.0 bagi tahun 2018 kepada semua sekolah rendah di daerah ini. Selain itu, beberapa pengisian yang lain turut disampaikan dalam taklimat berkenaan termasuklah pembentangan analisis data saringan 2, 2017 oleh FasiLINUS daerah dan wakil JPN Melaka serta perkongsian bahan bantu belajar bagi kegunaan murid yang terlibat program LINUS2.0 untuk disebarluaskan di peringkat sekolah. Wakil dari JPN Melaka iaitu Encik Mohd Yusof bin Ab Rahman (Penyelia Matematik JPN Melaka) turut hadir pada taklimat berkenaan untuk membentangkan analisis data saringan 2, 2017 peringkat negeri Melaka. Taklimat turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pegawai PPD Alor Gajah, Encik Awell Luding bin Hamid mewakili Pegawai Pendidikan Daerah. Encik Awell Luding dalam ucapan perasmiannya telah berkongsi dengan semua hadirin tentang perkembangan terkini pendidikan di daerah Alor Gajah serta berharap agar program LINUS2.0 di daerah ini akan terus berjalan dengan baik seterusnya membantu dalam melonjakkan lagi prestasi akademik daerah secara keseluruhan pada masa akan datang. ~ Taklimat Bicara LINUS2.0 1 Taklimat LIP Dan Penggunaan Modul Murid 2 Taklimat Pentadbiran Saringan 1, 2018 Membaca / Lisan 3 Taklimat Pentadbiran Saringan LINUS2.0 Untuk Guru Pemulihan Khas 4 Dalam edisi ini : e-buletin LINUS2.0 Ucapan perasmian oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah, Encik Awell Luding bin Hamid. Ucapan oleh Penyelia Matematik JPN Melaka, Encik Mohd Yusof bin Ab Rahman.

Upload: trinhtu

Post on 05-Jun-2018

258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LINUS - Laksana Impian Negara Untuk Sukses

Taklimat “Bicara LINUS2.0” Peringkat Daerah Alor Gajah 2018

Edisi Jan - Mac 2018

Rabu, 17 Januari. Satu program taklimat Bicara LINUS2.0 bersama-sama semua setiausaha dan penyelaras LINUS

sekolah-sekolah rendah daerah Alor Gajah telah diadakan bertempat di Dewan Mutiara, Sekolah Kebangsaan

Lesong Batu. Taklimat berkenaan diadakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini berhubung

pelaksanaan program LINUS2.0 bagi tahun 2018 kepada semua sekolah rendah di daerah ini. Selain itu, beberapa

pengisian yang lain turut disampaikan dalam taklimat berkenaan termasuklah pembentangan analisis data saringan

2, 2017 oleh FasiLINUS daerah dan wakil JPN Melaka serta perkongsian bahan bantu belajar bagi kegunaan murid

yang terlibat program LINUS2.0 untuk disebarluaskan di peringkat sekolah. Wakil dari JPN Melaka iaitu Encik Mohd

Yusof bin Ab Rahman (Penyelia Matematik JPN Melaka) turut hadir pada taklimat berkenaan untuk membentangkan

analisis data saringan 2, 2017 peringkat negeri Melaka. Taklimat turut diserikan dengan kehadiran Timbalan

Pegawai PPD Alor Gajah, Encik Awell Luding bin Hamid mewakili Pegawai Pendidikan Daerah. Encik Awell Luding

dalam ucapan perasmiannya telah berkongsi dengan semua hadirin tentang perkembangan terkini pendidikan di

daerah Alor Gajah serta berharap agar program LINUS2.0 di daerah ini akan terus berjalan dengan baik seterusnya

membantu dalam melonjakkan lagi prestasi akademik daerah secara keseluruhan pada masa akan datang. ~

Taklimat Bicara LINUS2.0 1

Taklimat LIP Dan Penggunaan Modul

Murid

2

Taklimat Pentadbiran Saringan 1, 2018

Membaca / Lisan

3

Taklimat Pentadbiran Saringan

LINUS2.0 Untuk Guru Pemulihan Khas

4

Dalam edisi ini :

e-buletin

LINUS2.0

Ucapan perasmian oleh Timbalan Pegawai Pendidikan

Daerah Alor Gajah, Encik Awell Luding bin Hamid.

Ucapan oleh Penyelia Matematik JPN Melaka, Encik Mohd

Yusof bin Ab Rahman.

Rabu, 21 Februari. Taklimat LIP dan penggunaan modul murid ini telah berlangsung pada sebelah petang bertempat

di Bilik Mesyuarat PPD Alor Gajah. Seramai 77 orang setiausaha / penyelaras LINUS sekolah hadir pada taklimat

berkenaan yang telah diadakan dalam tiga sesi mengikut zon sekolah bimbingan bermula 21 hingga 23 Februari

yang lalu, Semua guru yang hadir telah diingatkan untuk memantapkan lagi perancangan dan pelaksanaan

program-program intervensi LINUS di peringkat sekolah. Pihak sekolah turut diingatkan pemantauan berterusan oleh

Pegawai FasiLINUS akan berjalan sepanjang tahun bagi memastikan segala program intervensi yang telah

dirangcang oleh pihak jawatankuasa LINUS sekolah dilaksanakan dengan baik seterusnya memberi impak positif

kepada perkembangan penguasaan konstruk murid LINUS. Berhubung penggunaan modul murid, semua

setiausaha / penyelaras LINUS sekolah perlu memastikan modul yang dibekalkan ke sekolah masing-masing

digunakan secara optimum oleh murid. Pada akhir taklimat, semua sekolah telah menerima edaran modul murid

program LINUS2.0 bagi kegunaan tahun 2018. ~

Taklimat LINUS Improvement Plan (LIP) Dan Penggunaan Modul Murid Program LINUS2.0 Bagi Tahun 2018

Muka Surat 2

Gambar-gambar semasa Taklimat LINUS Improvement Plan

(LIP) Dan Penggunaan Modul Murid Program LINUS2.0 Bagi

Tahun 2018.

Rabu, 28 Februari. Bertempat di Dewan Mutiara, Sekolah Kebangsaan Lesong Batu telah diadakan satu taklimat

berkaitan pentadbiran dan pelaksanaan saringan 1/2018 membaca/lisan. Semua setiausaha / penyelaras LINUS

sekolah rendah daerah Alor Gajah telah hadir pada taklimat berkenaan. Semasa taklimat berkenaan, FasiLINUS telah

memaklumkan berkaitan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian untuk disampaikan kepada semua

guru yang menjalankan saringan di sekolah. Semua sekolah diingatkan agar memastikan proses saringan membaca /

lisan dapat dilaksanakan secara telus dan berintegriti serta akur kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh

Lembaga Peperiksaan berdasarkan garis panduan pentadbiran saringan yang dibekalkan. Saringan membaca / lisan

akan dilaksanakan oleh semua sekolah rendah bermula 1 Mac hingga 6 April ini. ~

Taklimat Pentadbiran Saringan 1/2018 LINUS2.0 (Literasi BM / Literasi BI / Numerasi) Membaca / Lisan

Muka Surat 3

Gambar-gambar semasa Taklimat Pentadbiran Saringan

1/2018 LINUS2.0 (literasi BM / Literasi BI / Numerasi)

Membaca / Lisan.

Khamis, 1 Mac. . Taklimat ini telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Khas Dan Pendidikan

Swasta JPN Melaka bersama-sama Unit Pengurusan Akademik (LINUS2.0) PPD Alor Gajah yang berlangsung secara

serentak di dua lokasi berasingan mengikut kelompok pemulihan masing-masing di SK Demang Taha (kelompok 7

dan kelompok 8) dan SK Lesong Batu (kelompok 9 dan kelompok 10). Pegawai FasiLINUS Literasi Bahasa Melayu dan

Numerasi PPD Alor Gajah telah dijemput bagi menyampaikan taklimat berkenaan. Pada taklimat berkenaan, banyak

input yang telah disampaikan kepada semua Guru Pemulihan Khas daerah ini khususnya berkaitan pengurusan dan

pelaksanaan saringan LINUS2.0. Taklimat yang dianjurkan ini adalah satu langkah yang amat baik dan sangat

berkesan dalam memberi kefahaman seterusnya membantu Guru Pemulihan Khas dalam mentadbir saringan

LINUS2.0 yang melibatkan murid-murid pemulihan dengan lebih berkesan. Unit LINUS PPD Alor Gajah

mengharapkan dengan adanya program berfokus sebegini pastinya perjalanan Program LINUS2.0 di peringkat

sekolah akan lebih lancar dan mencapai matlamatnya.

Taklimat Pentadbiran Saringan LINUS2.0 Untuk Guru Pemulihan Khas Tahun 2018

Muka Surat 4

Taklimat Pentadbiran Saringan LINUS2.0 Untuk Guru

Pemulihan Khas kelompok 9 dan 10 di SK Lesong Batu oleh

Pegawai FasiLINUS, Encik SL Daud bin Mat Liza dan Puan

Mariyam binti Ahmad ~

Taklimat Pentadbiran Saringan LINUS2.0 Untuk

Guru Pemulihan Khas kelompok 7 dan 8 di SK

Demang Taha oleh Pegawai FasiLINUS, Encik

Jasman bin Abdul Manap dan Puan Rosnah

binti Othman ~

Muka Surat 5

Rabu, 28 Februari. “Program LADAP Pentadbiran

Saringan LINUS2.0” di SK Melekek bersama

Pegawai FasiLINUS Encik Jasman bin Abdul

Manap ~

Isnin, 22 Januari. Pelancaran Program Intervensi

LINUS2.0 “Program Cahaya Hati 2018” di SJKT

Ladang Kemuning KRU ~

Khamis, 8 Mac. “LADAP Program LINUS2.0 dan

Penggunaan Aplikasi Kahoot” untuk sesi kuiz di SK Masjid

Tanah Integrasi bersama Pegawai FasiLINUS Encik SL

Daud bin Mat Liza dan Encik Munzir bin Md Rosnan. ~

Isnin, 26 Februari. “Program Sentuhan Kasih” di SK Ramuan

China Besar bersama Pegawai FasiLINUS Encik Jasman bin

Abdul Manap, Puan Rosnah binti Othman dan Cik Hajah

Kamariah binti Ismail ~

LENSA LINUS2.0 Daerah Alor Gajah

Muka Surat 6

Sabtu, 10 Mac. “Taklimat LINUS2.0 Dan Membina BBM

LINUS Bersama Ibu Bapa Penjaga Murid-Murid Tahap 1”

di SK Berisu dengan kerjasama Pegawai FasiLINUS Encik

Saifullah bin Abdul Wahab, Encik John Ayavu dan Puan

Mariyam binti Ahmad. ~

Program Intervensi LINUS2.0 : “Program Bacaan

Pagi” yang dilanksanakan di SJKT Ladang

Kemuning KRU ~

Khamis, 15 Mac. Penyampaian hadiah untuk murid-

murid LINUS yang menunjukkan peningkatan

penguasaan konstruk di SK Kuala Linggi semasa

Audit Pengurusan Akademik PPD Alor Gajah 2018

yang lalu ~

Rabu, 28 Mac. “Program Sentuhan Kasih 2018”

peringkat sekolah yang diadakan di SK Demang Taha.

Program dianjurkan bersama oleh JK LINUS dan

Pemulihan Khas sekolah dengan kerjasama Unit LINUS

PPD Alor Gajah. Program dihadiri oleh Pegawai

FasiLINUS Encik Munzir bin Md Rosnan dan Puan

Norliza binti Ismail ~

Muka Surat 7

“ PENDIDIKAN ALOR GAJAH MELAKAR GENERASI MASA HADAPAN ”

INFO LINUS2.0

Unit LINUS

Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah

78000 Alor Gajah

Melaka

Tel : 06-5562994 / 2821 / 2871

Faks : 06-5563735

E-mel : [email protected]

Portal : www.http://jpnmelaka.moe.gov.my/ppdalorgajah/

Perkara penting edisi ini :

Pelaksanaan Dan Pemantapan Program LIP Di Sekolah

Penggunaan Modul Murid Di Sekolah

Pelaksanaan Pentadbiran Saringan 1, 2018 Membaca Dan Lisan

Taklimat Pentadbiran Saringan LINUS2.0 Untuk Guru

Pemulihan Khas