tajuk ke - 2 - · pdf filebab 3 sumbangan peradaban ... ida152 15/07/2013 ... pam air...

31
IDA152 15/07/2013 MARUWIAH AHMAT 1 Maruwiah Ahmat BAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA II IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN Memaparkan sumbangan peradaban Islam dalam pelbagai aspek. Menjelaskan sumbangan peradaban Islam dalam bidang sains dan teknologi. 3.1 Keintelektualan 3.2 Kemasyarakatan 3.3 Pentadbiran dan kenegaraan 3.4 Sains dan teknologi 3.5 Perkembangan peradaban Islam semasa 2 FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN PENDAHULUAN

Upload: vuthuy

Post on 15-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 1

Maruwiah Ahmat

BAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ISLAM KEPADA PERADABAN DUNIA II

IDA 152 – ISLAM DAN PERADABAN

Memaparkan

sumbangan peradaban

Islam dalam pelbagai

aspek.

Menjelaskan sumbangan

peradaban Islam dalam

bidang sains dan

teknologi.

3.1 Keintelektualan

3.2 Kemasyarakatan

3.3 Pentadbiran dan kenegaraan

3.4 Sains dan teknologi

3.5 Perkembangan peradaban Islam semasa

2

FAEDAH PEMBELAJARAN KANDUNGAN

PENDAHULUAN

Page 2: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 2

3

SOSIOLOGI

MASYARAKAT

HAK ANGGOTA MASYARAKAT

DAN KEBEBASAN BERSUARA

PEMBELAAN KE ATAS WANITA

PEMBELAAN DAN PEMBERIAN HAK

KE ATAS GOLONGAN

PEKERJA

3.2 KEMASYARAKATAN

4

Hak Anggota Masyarakat dan Kebebasan

Bersuara

Islam menjamin kebebasan manusia kerana dalam

Islam tiada sebarang paksaan walaupun dalam soal

agama.

Sebagai contohnya, Islam memberikan kebebasan

berfikir dan bersuara tanpa mengganggu

kepentingan orang lain, memberi kebebasan bekerja

untuk keperluan manusia.

3.2 KEMASYARAKATAN

Page 3: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 3

5

Begitu juga Islam mengiktiraf perbezaan warna kulit

dan bangsa secara menyeluruh.

Mereka diberi hak yang sama sebagai rakyat dalam

negara Islam untuk mendapat keadilan melalui

kebebasan walaupun mereka tidak menganut agama

Islam.

Orang yang bukan Islam turut dipelihara hak

peribadirinya, harta bendanya dan maruahnya

dalam perkara yang tidak menjejaskan kepentingan

umat Islam dan penganutnya.

3.2 KEMASYARAKATAN

6

Pembelaan ke atas Wanita

Islam merupakan satu-satunya agama yang memberi pembelaan dan perlindungan penuh kepada kaum wanita.

Dalam masyarakat Babylon, jika suami membunuh seseorang, maka isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya.

Masyarakat Greek pula menganggap wanita lebih rendah nilainya daripada lelaki. Pelacuran pula adalah amalan biasa di setiap peringkat dalam masyarakat Greek dan Rom.

Masyarakat Mesir kuno pula menganggap wanita adalah lambang syaitan.

3.2 KEMASYARAKATAN 3.2 KEMASYARAKATAN

Page 4: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 4

7

3.2 KEMASYARAKATAN

8

Masyarakat Arab pula mewarisi tradisi membunuh anak

perempuan hidup-hidup kerana membawa sial.

Masyarakat Hindu adalah lebih dahsyat lagi. Mereka

membakar seorang isteri bersama dengan mayat

suaminya.

Keadaan ini mula berubah apabila Nabi Muhammad

SAW diutuskan menjadi Rasul. Wanita telah diberikan

hak yang sewajarnya dan tidak boleh diperlakukan

sesuka hati.

3.2 KEMASYARAKATAN 3.2 KEMASYARAKATAN

Page 5: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 5

9

Hak-hak

Wanita

dalam

Islam

Hak kerohanian

dan keilmuan

Hak berekonomi

Hak sivil

Hak mendapat pendidikan

Hak undang-undang

Hak berpolitik

Hak untuk berkahwin

3.2 KEMASYARAKATAN

10

“Syurga di bawah telapak kaki ibu.”

“Daripada Abu Hurairah r.a.: Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia condong (berat sebelah) kepada salah seorang melebihi yang lain, maka dia datang pada hari kiamat dalam keadaan bahunya senget.”

Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata: “seorang laki-laki datang, menemui Rasullah SAW, kemudian berkata: “Wahai Rosulullah, siapakan orang yang wajib aku perlakukan dengan baik?” baginda menjawab: “Ibumu.” Ia bertanya: “lalu siapa?”. Beliau menjawab: “Ibumu”. Ia bertanya : “lalu siapa?”. Baginda menjawab: “Ibumu”. Ia bertanya lagi: “Kemudian siapa lagi?”. Kemudian Rasul menjawab: “Ayahmu”.

3.2 KEMASYARAKATAN

Page 6: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 6

Pembelaan dan Pemberian Hak ke atas Golongan

Pekerja….

Islam menghubungkan majikan dan pekerja dengan ikatan

persaudaraan. Mereka diwajibkan untuk memelihara

hubungan tersebut dengan menjalankan amanah dengan

sebaik mungkin.

Hubungan baik antara majikan dan pekerja dalam sesuatu

organisasi memberikan kesan yang cukup besar dalam

pengembangan organisasi di samping menyumbang kepada

suasana harmoni, aman dan persaudaraan dalam organisasi.

11

3.2 KEMASYARAKATAN 3.2 KEMASYARAKATAN

12

Bentuk hubungan positif majikan dan pekerja:

1. Majikan bertanggungjawab melayan buruh (pemberian upah dan gaji yang berpatutan dan tepat pada masanya, elaun, cuti dan sebagainya).

2. Pekerja bertanggungjawab bekerja bersungguh-sungguh.

3.2 KEMASYARAKATAN

Page 7: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 7

13

Tanggungjawab Majikan

1. Majikan tidak harus membebani pekerja dengan sesuatu kerja yang memang tidak mampu dilaksanakan oleh pekerja tersebut.

2. Majikan seharusnya sentiasa mengutamakan kebajikan kepada pekerja.

3. Ganjaran dan dorongan perlu diberikan kepada pekerja setimpal dengan kerja yang dilakukan.

3.2 KEMASYARAKATAN

14

Matlamat akhir dari kehidupan insan menurut Islam ialah mencapai al-falah (kemenangan) dan al-sa’adah (kebahagiaan) di dunia dan akhirat. Oleh yang demikian baik majikan atau pekerja mestilah sentiasa bertakwa kepada Allah. Perasaan takwa merupakan tali pengikat antara kedua-dua pihak yang boleh melahirkan sifat belas kasihan, adil, jujur dan amanah. Dalam hal hubungan majikan pekerja ini Nabi Muhammad saw. bersabda yang bermaksud:

“Orang yang bekerja untukmu adalah saudaramu. Allah telah mentakdirkan mereka bekerja di bawahmu.”

(Riwayat al-Bukhari dan Tirmizi)

3.2 KEMASYARAKATAN

Page 8: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 8

15

Hadis Nabi Muhammad SAW:

Orang yang bekerja di bawahmu adalah saudaramu. Orang yang bekerja di bawah anda sebenarnya diizinkan Allah mengikut perintahmu. Seorang yang mengambil saudaranya sebagai pekerja wajib memberikannya makanan dari apa yang mereka makan dan memberikan pakaian dari apa kamu pakai. Dan para pekerja tidak harus dibebankan dengan tugas-tugas di luar kemampuan mereka. Jika anda telah memberikan tugas berat maka hendaklah anda menolong mereka.”

(Riwayat al-Bukhari)

3.2 KEMASYARAKATAN

16

Maulana Manazir Ahsan Gilani, seorang ulama abad ke-20 telah menganalisis hadis tersebut dan membuat beberapa peraturan berhubung dengan undang-undang pekerjaan dalam Islam iaitu:

1. Majikan dan pekerja mestilah menganggap mereka sebagai bersaudara. Persaudaraan Islam ini mestilah wujud pada setiap tahap.

2. Majikan dan pekerja adalah setaraf sekurang-kurangnya dalam keperluan asasi. Pekerja patut memperolehi apa yang dimakan oleh majikan dan pakaian seperti apa yang dipakai oleh majikan.

3. Masa dan tempoh kerja mestilah dalam batas kemampuan manusia.

4. Sekiranya jenis pekerjaan itu sukar dilakukan oleh pekerja, ini tidaklah bermakna pekerjaan itu mesti ditinggalkan atau pekerja dipaksa melakukan pekerjaan tersebut tanpa mengira akibatnya. Ia perlulah mengikut persetujuan bersama dan pekerja hendaklah diberikan semua bentuk pertolongan dan bantuan.

3.2 KEMASYARAKATAN

Page 9: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 9

17

3.3 PENTADBIRAN DAN KENEGARAAN

18

PERLANTIKAN WAKIL KHALIFAH DALAM URUSAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN

Dalam sejarah pemerintahan Islam, para khalifah telah memberi kepercayaan dan mewakilkan para pegawai kerajaan untuk menjalankan urusan pentadbiran dan kewangan negara.

Namun para pegawai ini akan dipantau dari semasa ke semasa supaya tidak berlaku pecah amanah dan kecuaian dalam pentadbiran.

3.3 PENTADBIRAN DAN KENEGARAAN

Page 10: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 10

19

3.2 KEMASYARAKATAN

Umar al-Khattab begitu tegas dan ketat dalam urusan kewangan negara, beliau juga amat ketat dalam meneliti pendapatan dan harta setiap gabenor dan pegawainya.

Setiap pegawai yang dilantik akan diminta melakukan deklarasi harta, dan peningkatan hartanya akan disemak dengan begitu kerap. Jika peningkatan berlaku, Umar r.a akan mengambil separuh untuk Baitul Mal dan dalam beberapa keadaan Umar r.a mengambil semuanya.

Selain itu, Umar r.a turut melakukan lawatan mengejut ke rumah pegawainya bagi memastikan tiada pertambahan harta secara syubhah.

20

Menggunakan Pendekatan Islam Dalam Menyatupadukan

Masyarakat

Sebelum kewujudan Islam, bangsa Arab merupakan bangsa

yang berpecah-belah dan saling berperang antara satu

sama lain.

Islam berjaya menyatukan pelbagai kaum dan suku bangsa

Arab yang berlainan di bawah satu ummah yang padu buat

pertama kalinya dalam sejarah Semenanjung Tanah Arab.

Malah Islam berjaya menyatupadukan bukan sahaja bangsa

Arab malahan pelbagai masyarakat dan kaum, pelbagai

warna kulit dan kebudayaan di bawah satu institusi sosial

yang berorientasikan tauhid, persamaan dan nilai moral.

3.3 PENTADBIRAN DAN KENEGARAAN

Page 11: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 11

21

MELAKSANAKAN DASAR PINTU TERBUKA

Dasar pintu terbuka merupakan antara ajaran

Islam.

Islam menerima dan mengalu-alukan penganut

agama lain untuk mendalami Islam dan tidak

pernah memaksa penganut agama lain untuk

memeluk agama Islam.

Begitu juga, amalan-amalan atau adat-adat yang

diamalkan sebelum Islam boleh diteruskan selagi

mana tidak bercanggah dengan syariat Islam.

3.3 PENTADBIRAN DAN KENEGARAAN

Aktiviti Pengukuhan 22

1. Apakah perbezaan layanan wanita bagi agama

Islam dan Hindu?

2. Mengapakah ibu mendapat kelebihan berbanding

bapa?

3. Apakah keistimewaan wanita ketika perang?

4. Apakah hak-hak pekerja?

5. Apakah kepentingan harta seseorang pegawai

dinilai tafsir terlebih dahulu?

Page 12: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 12

23

Sains dan Teknologi

Teknologi Pengairan

Teknologi Pertanian

Penciptaan Alatan

Perubatan

Teknologi

Pelayaran

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

24

Teknologi pengairan

Salah satu pencapaian penting dalam sektor pertanian masyarakat muslim ialah pengenalan sistem pengairan tanaman yang dikenali sebagai naurah (kincir air).

Teknologi ini dikatakan berasal dari wilayah Parsi. Mesin ini juga bergerak dengan menggunakan tenaga manusia dan haiwan seperti keldai dan unta untuk menimba air dari dalam telaga.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 13: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 13

25

(Ibn al-Jazari)

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Rajah mesin penjanaan kuasa hidro air

dari The Book of Knowledge of

Ingenious Mechanical Devices oleh al-

Jazari dalam 1206

26

Abu al-'Iz Ibn Isma‘il ibn al-Razaz al-Jazari (1136-1206) adalah seorang ilmuwan dari al-Jazira, Mesopotamia.

Penulis Kitáb fí ma'rifat al-hiyal al-handasiyya (Buku Pengetahuan Ilmu Mekanik) tahun 1206, di mana dia menjelaskan lima puluh peralatan mekanik.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 14: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 14

27

“Kitab al-Hiyal Fil Jam Bainal ilm Wal Amal” tentang pertautan antara ilmu dan amali menerangkan tentang ilmu mekanikal.

Al-Jazari mendapat gelaran Bapa Kejuruteraan Moden kerana kajiannya menjadi asas kepada perkembangan teknologi industri. Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

28

Jam lilin al-Jazari

menggunakan kaedah

bandul bayonet untuk

kali pertama pada

1206.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 15: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 15

29

Teknologi pertanian

Pencapaian cemerlang masyarakat Muslim dalam

sektor pertanian khususnya di Andalus didorong

oleh penguasaan teknologi di beberapa bidang

yang antaranya sistem pengairan, sistem

penanaman dan penyuburan tanah, sistem

penyimpanan dan pengawetan hasil pertanian

dan pengenalan beberapa spesis tanaman baru.

Lahir beberapa tokoh botani yang mengkaji

tentang kepelbagaian tumbuh-tumbuhan.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

30

Kincir angin adalah mesin yang menukar kuasa angin

kepada tenaga putaran melalui bilah yang dikenali

sebagai layar kincir angin atau kipas.

Pada asalnya kincir angin dibangunkan bagi mengisar

bijiran bagi penghasilan makanan. Sepanjang sejarah

kincir angin telah diterima untuk banyak kegunaan

pengilangan lain.

Salah satu kegunaan penting adalah bagi mengepam

air. Kincir angin yang digunakan bagi menjana eletrik

biasanya dikenali sebagai turbin angin.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 16: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 16

31

Kincir angin

pertama dibina di dunia Islam dan diperkenal-kan di Eropah melalui Andalus.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

Ibn al-Baitar - Abu Muhammad Abdallah Ibn Ahmad

Ibn al-Baitar Dhiya al-Din al-Malaqi adalah seorang

saintis terulung Muslim Sepanyol.

Beliau dilahirkan di Malaga pada akhir kurun ke-12.

Beliau merupakan seorang ahli botani dan farmasi

yang terkenal pada zaman pertengahan.

32

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Beliau belajar ilmu botani daripada Abu al-Abbas al-Nabati. Perkara

pertama yang dilakukannya ialah mengumpul tumbuh-tumbuhan dari

seluruh Sepanyol.

Pada tahun 1219, beliau mengembara ke benua Afrika untuk

menjalankan kerja-kerja mengumpul tumbuh-tumbuhan.

Pengembaraan itu menjangkau sehingga ke benua Asia Kecil. Antara

tempat-tempat yang beliau singgah dan lawati ialah Bugia,

Constantinople, Tunis, Tripoli, Barqa and Adalia.

Page 17: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 17

33

Teknologi Pelayaran

Dalam teknologi perkapalan, jurutera-jurutera

Islam telah membina kapal dagang dan kapal laut.

Dengan kemajuan orang Islam dalam bidang

astronomi, teknologi pelayaran telah dapat

membawa pedagang-pedagang dan pendakwah-

pendakwah Islam ke seluruh pelusuk dunia seperti

China ke sebelah Timur dan hingga ke England dan

Ireland di sebelah barat.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

34

Abu Abdullah Muhammad Ibn

Battuta (1304 - 1369) merupakan

seorang Barbar dari Magribi.

Beliau merupakan cendiakawan dan

ulama Mazhab Maliki, dan kadang-

kalanya berkhidmat sebagai hakim.

Namun beliau tersohor sebagai

penjelajah dan pengembara dan

menulis mengenai pengembaraanya

selama hampir 30 tahun merangkumi

lebih kurang 117,000 km.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 18: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 18

35

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Pengembaraannya selama 28 tahun itu

telah diceritakan oleh Muhammad ibn

Juzay seorang setiausaha kepada

Sultan Abi Anan di Fars untuk

direkodkan.

Rekod pengembaraannya itu dikenali

sebagai Rihlah ibn Battutah. Kitab ini

tamat ditulis pada 1357 M.

Kitab ini telah menarik perhatian

sarjana-sarjana sejarah di seluruh dunia

dan telah diterjemahkan dalam

pelbagai bahasa termasuklah bahasa

Portugis, Perancis, Inggeris dan Jerman.

36

Ia telah diterjemahkan ke bahasa Perancis oleh sarjana Barat

antara tahun 1879-1893, manakala H. A. R. Gibb

meringkaskannya ke bahasa Inggeris pada tahun 1929.

Catatannya itu adalah merupakan satu daripada sumber

sejarah abad pertengahan yang penting bagi pelbagai aspek

bagi negara-negara yang dilawatinya, baik dari segi agama,

sosial, politik, kebudayaan mahupun lainnya dapat ditemui

dalam rekod pengembaraannya.

Bagi negeri-negeri Afrika Barat, sumber sejarahnya banyak

bergantung kepada catatan itu. Demikian juga berhubung

dengan kedudukan dan perkembangan agama Islam di

beberapa negara termasuklah di Asia Tenggara, China dan

lain-lain.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 19: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 19

37

Penjelajahannya meliputi daerah yang sekarang merupakan Afrika Barat hingga ke Pakistan, India, Maldives, Sri Lanka, Asia Tenggara dan China, jarak yang jauh lebih hebat dari Marco Polo yang hidup hampir seera dengan beliau.

Ibn Battuta di Mesir, imej pd sepotong logam

abad ke-19 oleh Léon Benett

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

38

Laluan

perjalan

an Ibn

Battutah

dan

Marco

Polo

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 20: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 20

39

Ibn Battuta telah membuat lawatan ringkas ke bandar Parsi-Mongol Tabriz pada 1327.

Ibn Battuta tiba di bandar pelabuhan China

Quanzhou, juga dikenali sebagai Zaytun.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

40

Kapal layar telah direka cipta oleh pelayar Muslim sewaktu kegemilangan kerajaan Islam Andalus pada abad ke-13.

Ia digunakan oleh Portugis dan Sepanyol secara meluas kemudiannya.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 21: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 21

41

Astrolab universal bebas-

latitud direka oleh Abu Ishq

Ibrahim al-

Zarqali (Arzachel)

di Andalusia sekitar 1015.

Gambar ini adalah

dari buatan Parsi pada

abad ke-18.

Pada abad ke-10, al-

Sufi menjelaskan 1,000

ketas kegunaan berlainan

pada sebuah astrolab,

termasuk kira waktu.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

42

Ringkasan

Pengenalan

gambaran

peta dari

1154 atlas

dunia al-Idrisi.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 22: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 22

43

Rogeriana Tabula, dikeluarkan oleh al-Idrisi untuk Roger II dari Sicily pada 1154, salah satu dunia yang paling maju peta purba. Penyatuan moden, dicipta dari 70 double-page spread atlas asal.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

44

Penciptaan Alatan Perubatan

Ilmu perubatan merupakan antara bidang dalam perkembangan sains dan teknologi Islam.

Ilmu perubatan Barat yang maju pada masa kini boleh dikatakan sebahagian besarnya bersumberkan kepada ilmu perubatan yang telah dijana oleh umat Islam terdahulu.

Antara tokoh yang banyak menyumbang kepada penciptaan alatan perubatan ialah al-Zahrawi (tokoh perubatan Andalus) melalui karyanya al-Tasrif.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 23: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 23

45

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Kitab al-Tasrif boleh dianggap sebagai sebuah ensiklopedia lengkap dalam ilmu perubatan.

Di dalam kitab tersebut terkandung ilustrasi-ilustrasi bergambar alatan yang digunakan ketika melakukan pembedahan ke atas pesakit yang dicipta oleh al-Zahrawi sendiri. Kaedah-kaedah untuk menggunakan setiap alatan pembedahan juga terkandung dalam kitab tersebut.

Dilaporkan dalam kitab tersebut mempunyai lebih daripada 150 lebih ilustrasi gambar alatan pembedahan termasuklah alat untuk obstetrik dan pergigian.

46

Abu al-Qasim Khalaf ibn al-Abbas Al-Zahrawi (936 - 1013),

(Abulcasis) dianggap `Bapa Bedah Moden `.

Ensiklopedia karangannya yang bertajuk At-Tasrif merupakan bahan

rujukan penting dalam ilmu pembedahan ketika itu.

Beliau adalah orang yang pertama yang mengenal pasti penyakit

keturunan yang dikenali sebagai `haemophilia`.

Kitab at-Tasrif yang diterjemahkan oleh Gherard of Cremona dari

bahasa Arab ke dalam bahasa Latin sebelum diterjemahkan ke

dalam bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris.

Pakar bedah Perancis yang terkenal, Gus de Ghauliac (1300-

1368M) menjadikan tulisan al-Zahrawi sebagai bahan tambahan

dalam buku bedahnya.

At-Tasrif menjadi bahan rujukan selama 5 abad di Universiti Salerno

di Itali, Motpellier di Perancis dan beberapa universiti lain di Eropah.

Menurut Dr. Cambell dalam History of Arab Medicine, prinsip-prinsip

sains perubatan al-Zahrawi mengatasi karya Galen di Eropah.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 24: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 24

47

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

48

Teori-teorinya yang dimuatkan dalam kitab al-

Tasrif bukan sahaja digunakan pada zamannya,

malahan masih lagi digunakan sehingga ke hari

ini. Bukti yang paling jelas adalah daripada

peralatan pembedahannya yang hampir sama

dengan peralatan pembedahan pada masa kini.

Pembedahan bahaya yang pernah dilakukan

oleh al-Zahrawi pula ialah mengeluarkan batu

dari pundi kencing.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 25: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 25

49

Al-Zahrawi juga merupakan pakar bedah pertama yang menggunakan kapas dalam prosedur pembedahan.

Dalam bidang pembedahan ortopedik, beliau telah memperkenalkan kaedah kocher untuk mengurangkan pengalihan tulang bahu 1000 tahun sebelum Brooke memperkenalkannya semula pada tahun 1937M.

Beliau juga telah memberi sumbangan yang banyak dalam membekalkan maklumat berkenaan bentuk ubat atau dos yang sesuai, teknik dan alatan penyediaan ubat. Al-Zahrawi juga berpendapat bahawa sediaan ubat dalam bentuk tablet adalah lebih baik berbanding serbuk.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

Kocher Methode 50

Page 26: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 26

51

Al-Zahrawi juga pakar dalam bidang pergigian dan pembedahan mulut. Beliau merupakan orang pertama yang mencatatkan tentang rawatan untuk membetulkan kecacatan pada mulut.

Beliau meneliti secara spesifik tentang gigi geraham yang tumbuh tidak pada tempatnya, memberi ikatan dengan emas atau perak serta mencabutnya tanpa rasa sakit.

Tiga alat yang terkenal ciptaannya ialah:

1. Alat pemeriksaan bahagian dalam telinga.

2. Alat pemeriksaan bahagian dalam urethra (saluran tiub yang membawa air kencing dan air mani melalui kemaluan).

3. Alat yang digunakan untuk mengeluarkan bendasing daripada kerongkong.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

52

Alatan yang lain antaranya termasuklah picagari pembedahan (surgical syringe), bebenang pembedahan yang diperbuat daripada tali perut (catgut), sutera, rambut dan dawai emas atau perak, pelbagai jenis pisau beraneka bentuk khusus untuk kegunaan yang berlainan misalnya scalpel (pisau bedah kecil dan pelbagai), gunting, forcep (seperti playar) dan gergaji.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 27: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 27

Peralatan perubatan al-Zahrawi 53

54

Pembinaan Balai Cerap

Salah satu daripada pusat pengajian sains yang penting khususnya dalam bidang astronomi.

Observatori yang pertama dibina di negara Islam ialah observatori Shammasiyyah di Baghdad yang dibina pada zaman pemerintahan khalifah al-Ma’mun dan mula digunakan pada tahun 213 H/828 M.

Walau bagaimanapun, balai cerapan ini masih belum berperanan sepenuhnya sebagai sebuah pusat cerapan kerana tidak dilengkapi dengan kemudahan kediaman dan tempat untuk ahli astronomi melaksanakan kerja mereka.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 28: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 28

55

Balai

cerap pertama

digunakan

sebagai institusi

pengajian dibina

oleh ahli astronomi

Islam. Yang

termasyhur

adalah balai cerap

Maragheh, Iran.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

56

Dikatakan bahawa semasa Renaissance,

Regiomontanus, seorang ahli matematik dan ahli

astronomi Jerman, akan melihat kepada buku-buku

Islam sebagai sumber maklumat. Banyak teks Arab

telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin supaya

mereka boleh digunakan oleh saintis Eropah dalam

kajian mereka.

Di Sepanyol pada khususnya, Gerard dari Cremona

menterjemahkan 87 buku dari bahasa Arab ke

bahasa Latin, yang termasuk Al-Farghani Pada

Elemen Astronomi dan karya-karya al-Haytham.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 29: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 29

57

Selain itu, terdapat juga beberapa program cerapan yang kemungkinannya

juga merupakan observatori.

Dua jenis observatori dalam tamadun Islam;

1. Observatori yang berperanan sebagai sebuah pusat

pendidikan

2. Observatori yang tidak berperanan sebagai sebuah pusat

pendidikan.

3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI

58

Tokoh Perubatan

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina (980-1037M), atau dikenali sebagai ‘Avicenna’ di Barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran.

Bukunya Al-Qanun fi al-Tib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine.

Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti-universiti Itali dan Perancis.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 30: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 30

59

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri

daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin.

Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap,

sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung

kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini.

Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi

dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit.

Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan

itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat

dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses

penyembuhan.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

60

Abu Bakar Muhammad bin Zakaria

al-Razi (865-925 M) atau dikenali

sebagai Rhazes di Barat merupakan

pakar sains dan ahli falsafah Iran.

Beliau telah menyumbang dalam

bidang perubatan, kimia dan

falsafah.

Beliau menulis dalam lebih 184 buah

buku dan rencana dalam pelbagai

bidang sains.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

Page 31: TAJUK KE - 2 - · PDF fileBAB 3 SUMBANGAN PERADABAN ... IDA152 15/07/2013 ... Pam air al-Jazari menjana hidro elektrik 3.3 SAINS DAN TEKNOLOGI 28 Jam lilin al-Jazari menggunakan kaedah

IDA152 15/07/2013

MARUWIAH AHMAT 31

61

Al-Razi telahpun menyedari mengenai pentingnya

kebersihan, seperti yang dapat dilihat dalam

ketelitiannya ketika memilih tapak hospital Audidi.

Al-Razi telah menggantungkan daging yang baru

pada beberapa tempat yang dicadangkan sebagai

tapak hospital Audidi dan memilih tempat yang

daging menjadi busuk paling lambat. Konsep

kebersihan udara dan tempat telah disedari oleh

pakar perubatan Islam masa itu.

3.4 SAINS DAN TEKNOLOGI

Aktiviti 8 – Pemahaman (Lisan) 62

Kitab al-Tasrif adalah sebuah ensiklopedia_____

Apakah antara kegunaan astrolab?

Berikan bidang ketokohan utama tokoh-tokoh berikut:

al-Zahrawi al-Jazari

Ibn Sina al-Idrisi

Ibn Baytar al-Zarqali

al-Razi Ibn Battutah