tajuk dekolonisasi dalam bidang …repository.um.edu.my/23789/1/seminar dekolonisasi medan.pdf ·...

15
1 TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG PENYELIDIKAN SAINS POLITIK ISLAM: PENGALAMAN DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA Oleh Dr Bharuddin bin Che Pa 1 dan Afriadi Sanusi 2 Pendahuluan Siasah syar‘iyyah merupakan satu cabang ilmu dalam bidang fiqh yang kini lebih dikenali sebagai Ilmu Sains Politik Islam atau Islamic political Sciences. Aspek utama yang menjadi teras kepada bidang siasah syar‘iyyah ialah mempelajari dan mengkaji tentang kaedah mengendalikan urusan pemerintahan negara mengikut landasan syara‘ berpandukan al-Qur’an, al-Sunnah dan Ijtihad ulama yang boleh menjamin kepentingan dan kemaslahatan rakyat. Kertas kerja ini akan membincangkan peranan jabatan Siasah Syar‘iyyah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (selepas ini disebut APIUM) sebagai sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan dalam bidang politik Islam. Penyelidikan merupakan salah satu visi dan misi utama penubuhan Jabatan Siasah Syar‘iyyah, di APIUM. Sebahagian dari aspek penyelidikan di Jabatan berkenaan adalah berteraskan disiplin ilmu siasah syar‘iyyah dan sebahagian lagi berteraskan ilmu politik dan pentadbiran moden barat. Ada juga bidang penyelidikan yang berbentuk perbandingan antara teori-teori Islam dan teori sekular barat. Berlakunya kolonisasi dalam penyelidikan Ijazah Tinggi peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah adalah sesuatu yang dibimbangi. Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan yang terdapat di Jabatan Siasah Syar‘iyyah APIUM. Bagi mengelakkan berlakunya kolonisasi ilmu, keseluruhan penyelidikan yang dibuat di Jabatan Siasah Syar‘iyyah mestilah berada di atas landasan dan konsep Islam yang kukuh. Pengertian Siasah Dari Segi Bahasa Perkataan siasah syar‘iyyah berasal dari dua perkataan bahasa Arab iaitu al-Siasah dan al-Syar‘iyyah. Kedua-dua perkataan tersebut perlu diperjelaskan sebagai kunci bagi memahami konsep siasah syar‘iyyah yang sebenar. Perbincangan akan dimulakan dengan pengertiannya dari segi bahasa. Kemudian pengertian kedua-dua perkataan tersebut secara gandingan akan diperjelaskan pula dari segi istilah. Mengikut Kamus Arab, perkataan siasah adalah kata terbitan (masdar) daripada kata dasar sasa yasusu - siasatan. Apabila disebut sasa al-amr, siyasatan ia bermaksud mentadbir dan mengendalikan sesuatu urusan, pekerjaan dan sebagainya dengan baik. 3 Menurut Ibn Manzur kata dasarnya sasa atau sawasa adalah jelas menunjukkan perkataan siasah adalah istilah yang berasal dari perkataan arab. Sebab itu beliau menolak pandangan yang mengatakan perkataan siasah berasal dari bahasa Farsi atau Monghul. 4 Dalam penggunaan istilah bahasa Arab perkataan siasah memberi maksud yang sangat umum termasuklah mengendalikan urusan yang berkaitan dengan manusia, haiwan dan pelbagai urusan yang lain. 5 Jika disebut sasa al-dabbah misalnya, ia memberi maksud seseorang itu menjaga atau memelihara binatang. Selain itu siasah juga diertikan sebagai arahan dan larangan serta tugas mendidik yang menjadi sebahagian dari usaha mentadbir. 6

Upload: vudien

Post on 05-Mar-2018

261 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

1

TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG PENYELIDIKAN SAINS POLITIK ISLAM:

PENGALAMAN DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA Oleh

Dr Bharuddin bin Che Pa1 dan Afriadi Sanusi

2

Pendahuluan

Siasah syar‘iyyah merupakan satu cabang ilmu dalam bidang fiqh yang kini lebih

dikenali sebagai Ilmu Sains Politik Islam atau Islamic political Sciences. Aspek

utama yang menjadi teras kepada bidang siasah syar‘iyyah ialah mempelajari dan

mengkaji tentang kaedah mengendalikan urusan pemerintahan negara mengikut

landasan syara‘ berpandukan al-Qur’an, al-Sunnah dan Ijtihad ulama yang boleh

menjamin kepentingan dan kemaslahatan rakyat. Kertas kerja ini akan

membincangkan peranan jabatan Siasah Syar‘iyyah, Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya (selepas ini disebut APIUM) sebagai sebuah institusi pendidikan

dan penyelidikan dalam bidang politik Islam.

Penyelidikan merupakan salah satu visi dan misi utama penubuhan Jabatan Siasah

Syar‘iyyah, di APIUM. Sebahagian dari aspek penyelidikan di Jabatan berkenaan

adalah berteraskan disiplin ilmu siasah syar‘iyyah dan sebahagian lagi berteraskan

ilmu politik dan pentadbiran moden barat. Ada juga bidang penyelidikan yang

berbentuk perbandingan antara teori-teori Islam dan teori sekular barat. Berlakunya

kolonisasi dalam penyelidikan Ijazah Tinggi peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah

adalah sesuatu yang dibimbangi. Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih

lanjut beberapa bidang penyelidikan yang terdapat di Jabatan Siasah Syar‘iyyah

APIUM. Bagi mengelakkan berlakunya kolonisasi ilmu, keseluruhan penyelidikan

yang dibuat di Jabatan Siasah Syar‘iyyah mestilah berada di atas landasan dan

konsep Islam yang kukuh.

Pengertian Siasah Dari Segi Bahasa

Perkataan siasah syar‘iyyah berasal dari dua perkataan bahasa Arab iaitu al-Siasah

dan al-Syar‘iyyah. Kedua-dua perkataan tersebut perlu diperjelaskan sebagai kunci

bagi memahami konsep siasah syar‘iyyah yang sebenar. Perbincangan akan

dimulakan dengan pengertiannya dari segi bahasa. Kemudian pengertian kedua-dua

perkataan tersebut secara gandingan akan diperjelaskan pula dari segi istilah.

Mengikut Kamus Arab, perkataan siasah adalah kata terbitan (masdar) daripada

kata dasar sasa – yasusu - siasatan. Apabila disebut sasa al-amr, siyasatan ia

bermaksud mentadbir dan mengendalikan sesuatu urusan, pekerjaan dan sebagainya

dengan baik.3 Menurut Ibn Manzur kata dasarnya sasa atau sawasa adalah jelas

menunjukkan perkataan siasah adalah istilah yang berasal dari perkataan arab.

Sebab itu beliau menolak pandangan yang mengatakan perkataan siasah berasal dari

bahasa Farsi atau Monghul.4 Dalam penggunaan istilah bahasa Arab perkataan

siasah memberi maksud yang sangat umum termasuklah mengendalikan urusan

yang berkaitan dengan manusia, haiwan dan pelbagai urusan yang lain.5 Jika

disebut sasa al-dabbah misalnya, ia memberi maksud seseorang itu menjaga atau

memelihara binatang. Selain itu siasah juga diertikan sebagai arahan dan larangan

serta tugas mendidik yang menjadi sebahagian dari usaha mentadbir.6

Page 2: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

2

Perkataan siasah boleh digunakan dalam pelbagai aspek, namun demikian semua

maksudnya tidak terkeluar dari maksud asalnya iaitu melakukan sesuatu tindakan

yang menguntungkan atau mendatangkan kebaikan.7 Keuntungan dan kebaikan

tersebut diperolehi dengan pelbagai cara seperti dengan cara memimpin,

merancang, mengurus, mentadbir, mengendalikan urusan, mejaga keperluan,

membantu dan sebagainya.8 Oleh itu siasah adalah satu istilah yang sangat

berkaitan dengan urusan kerajaan dan rakyat, skopnya ialah bagaimana pihak

kerajaan mengendalikan hal-ehwal kenegaraan yang memberi kebaikan dan

keuntungan kepada rakyat dan masyarakat.

Pengertian Syar‘iyyah Dari Segi Bahasa

Perkataan Syar‘iyyah diambil dari lafaz syara‘( شرع ). Ia sebagai menjelaskan atau

membuktikan mengenai sesuatu yang disandarkan kepada syara‘ dan menerimanya

sebagai sesuatu yang sah. Secara literalnya, perkataan syar‘iyyah memberi maksud

tentang sesuatu yang sah di sisi syarak.9 Namun dari segi bahasanya ia bermaksud

jalan yang lurus dan tempat laluan air. Tempat laluan air itulah yang disebut al-

Syar’. Selain itu ia juga disamakan dengan perkataan al-Din dan al-Millah10

.

Di dalam pengajian Ilmu Fiqh para Fuqaha mentakrifkan al-Syariah sebagai

hukum-hakam yang diwahyukan oleh Allah kepada para Nabi untuk dibawakan

kepada sekalian hambaNya. Dinamakan hukum-hukum tersebut syariah kerana ia

suatu ajaran yang lurus dan disamakan kedudukannya seperti tempat aliran air

kerana Syariah Islam menghidupkan jiwa dan akal manusia sebagimana air

menghidupkan tubuh badan.11

Dari segi kaedah Bahasa Arab perkataan syar‘iyyah menunjukkan sesuatu yang

disandarkan (dinisbahkan) kepada syarak dan syarak menerimanya sebagai sesuatu

yang sah, atau secara literalnya perkataan syar‘iyyah memberi maksud tentang

sesuatu yang sah di sisi hukum syarak.12

Apabila Syariah dinisbahkan kepada

agama, maka ia adalah suatu perkara yang disyarakkan oleh Allah. Atau dengan

kata lain perkataan syariah bermaksud sesuatu hukum yang dinisbahkan kepada

hukum syarak sebagai syariah yang wajib dilaksanakan dalam pentadbiran negara,

di mana pemimpin-pemimpin dan pentadbir yang tidak melaksanakan hukum-

hukum Allah sebagai syariah akan menerima balasan buruk di akhirat kelak.13

Definisi Siasah Syar‘iyyah Menurut Istilah

Penggunaan istilah siasah syar‘iyyah dikesan telah berlaku semenjak dahulu lagi

melalui penulisan para ulamak Silam. Para ulamak telah mengemukakan pelbagai

definisi terhadap istilah siasah syar‘iyyah mengikut kefahaman dan persepsi

masing-masing. Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan oleh mereka ianya

boleh diklasifikasikan kepada dua aspek utama iaitu:

Pertama: Siasah syar‘iyyah merupakan kaedah pentadbiran dan pemerintahan

negara menurut perspektif Islam.

Page 3: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

3

Kedua: Siasah Syar‘iyyah sebagai kaedah penentuan hukum di bawah bidangkuasa

kerajaan Islam.

Dalam kertas kerja ini penulis akan membincangkan siasah syar‘iyyah mengikut

pengertian pertama iaitu; Siasah syar‘iyyah merupakan kaedah pentadbiran dan

pemerintahan negara menurut perspektif Islam. Siasah dalam konteks ini

menekankan kepada maksud pengendalian urusan pemerintahan negara mengikut

landasan syarak samada berpandukan kepada al-Qur’an, al-Sunnah atau Ijtihad bagi

menjamin kepentingan dan kemaslahatan rakyat. Ianya merangkumi seluruh aspek

pentadbiran dan pemerintahan negara seperti politik, pentadbiran, kewangan,

ekonomi, sosial, kemasyarakatan dan sebagainya.

Siasah Syar‘iyyah Mengikut Pandangan Ulama silam

Para Ulama silam telah memberikan pelbagai definisi terhadap siasah syar‘iyyah mengikut

pandangan masing-masing, yang sesuai dengan realiti pada zaman mereka. Di antara ulama yang

memberikan definisi tersebut ialah:

i. Ibn Aqil menyatakan siasah syar`iyyah ialah :

Suatu tindakan oleh pemimpin yang boleh menyelamatkan orang ramai dan

menghindarkan mereka dari kehancuran, walaupun tindakan tersebut tidak dilakukan oleh

Rasulullah s.a.w. atau pun tidak ada wahyu berkenaan perkara tersebut.14

ii. Ibn Nujaim berpendapat:

Siasah syar‘iyyah ialah satu tindakan sesuatu dari pihak pemerintah berdasarkan

kemaslahatan yang dilihatnya sekalipun tidak ada dalil secara langsung dan terperinci ke

atas perbuatan itu.15

iii. Ibn Abidin menegaskan:

Siasah ialah mengelokkan keadaan orang ramai dengan membimbing dan memimpin

mereka ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat.16

iv. Al-Bujairimi menyatakan:

Siasah ialah mengelokkan urusan rakyat dan mentadbir urusan mereka.17

v. Al-Nasafi pula berpendapat:

Siasah ialah mengendalikan urusan rakyat kepada kebaikan secara lemah lembut atau

kekerasan.18

Siasah Syar‘iyyah Mengikut Pandangan Ulama Kini

Para sarjana Islam masa kini bersetuju dengan pentakrifan yang telah dibuat oleh ulama

terdahulu. Di antara ulama yang bersetuju dengan pentakrifan di atas ialah:

i. Riqz Muhammad al-Zalbani di mana beliau menjelaskan:

Siasah Syar‘iyyah ialah mengendalikan urusan awam atau bersama berdasarkan hikmat

yang tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah walaupun tindakan

tersebut tidak disokong oleh dalil-dalil juz`i.19

Page 4: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

4

ii. Fathi Ahmad al-Durayni pula berpendapat:

Siasah ialah menjalankan pentadbiran negara (umat) sama ada hal ehwal dalam negara

atau luar negara berpandukan maslahah.20

iii. Dr. Muhammad Na‘im Yasin menjelaskan:

Siasah ialah pentadbiran hal ehwal rakyat yang dijalankan oleh pemimpin Islam atau

pembantunya berdasarkan maqasid al-Ammah.21

walaupun perkara itu tidak menepati pendapat para imam mazhab.22

iv. Syeikh Abd al-Rahman Taj mendefinisikan siasah syar‘iyyah sebagai:

Hukum-hukum atau peraturan yang mengatur perjalanan pentadbiran negara dan rakyat,

di mana ianya hendaklah bertepatan dengan ruh syariah, selaras dengan usul-usul

kulliyah, seterusnya dapat mencapai objektif kemasyarakatan, walaupun hukum-hukum itu

tidak disebut secara langsung oleh nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah.23

v. Syeikh Abd al-Wahab Khallaf pula menjelaskan:

Siasah Syar‘iyyah ialah menjalankan pentadbiran awam sebuah negara Islam berdasarkan

sesuatu yang menjamin kebaikan dan mengelakkan keburukan dimana ia tidak terkeluar

dari batas-batas syariat dan dasar-dasar umumnya walaupun perkara itu tidak menepati

pendapat para imam mazhab.24

Berdasarkan beberapa pandangan di atas bolehlah dirumuskan bahawa

siasah syar‘iyyah merupakan sistem politik yang mentadbir kerajaan Islam, yang

mengurus urusan kerajaan dan rakyat dalam setiap aspek. Kaedah pentadbiran ini

dipetik dari nas-nas syariah yang terdiri dari al-Qur’an dan al-Sunnah yang

ditafsirkan oleh para ulama. Jika sekiranya kaedah pengurusan itu tidak disebut oleh

nas al-Qur’an dan al-Sunnah maka ia hendaklah diambil daripada pendapat imam

mujtahid. Dengan syarat ianya tidak bertentangan dengan ketetapan-ketetapan

umum dan kaedah-kaedah asas yang ditetapkan oleh syariah Islam. Begitu juga

secara dasarnya ia tidak boleh bercanggah dengan dalil-dalil yang nyata serta

semangat perundangan Islam. Oleh itu siasah syar`iyyah adalah suatu istilah yang

digunakan membabitkan hubungan rakyat dan pemimpin dengan berpandukan

sumber hukum dan kaedah ijtihad bagi membentuk sistem politik Islam.25

Hasil

rumusan ijtihad mereka dalam pelbagai bidang dan sektor inilah membentuk polisi–

polisi kerajaan bagi memandu bidang-bidang yang berkaitan.

Rujukan Utama Dalam Penyelidikan Bidang Siasah Syar‘iyyah

Sumber utama bagi pengajian dan penyelidikan siasah syar‘iyyah ialah kitab-kitab turath

(buku-buku klasik) yang ditulis oleh para ulama Islam yang terkenal. Sebahagian besar buku-buku

tersebut ditulis dalam bahasa Arab dan di terbitkan di negara-negera Timur Tengah seperti di

negara Lubnan, Mesir, Syaria, Jordan dan lain-lain. Sebagai contoh di sini disenaraikan beberapa

judul buku yang telah diterbitkan sebagaimana berikut:

i. Al-Farabi (m. 339 H.), Abu Nasr Muhammad Ibn Muhammad, Kitab Ara’ Ahl al-

Madinah al-Fadilah, Beirut: Al-Matba‘ah al-Katulikiyah, 1959.

Page 5: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

5

ii. Al-Mawardi (m. 450 H.), Abu al-Hasan ‘Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Basri al-

Baghdadi, al-Ahkam al-Sultaniyyah Wa al-Wilayah al-Diniyyah, Beirut: Dar al-Kutub

al-‘Ilmiyyah, t.t.

iii. Abu Ya‘la (458 H.), Muhammad Ibn al-Husayni al-Farra’, al-Ahkam al-Sultaniyyah,

Kaherah: Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Awladuh, cet. kedua, 1966.

iv. Al-Juwayni (m. 478 H.), Abdul Malik Ibn Abdullah Ibn Yusuf Ibn Muhammad Ibn

Hayyuyah al-Juwayni al-Naisaburi, Ghiath al-Umam Fi Iltiyath al-Zalam,

Iskandariyyah, t.t.

v. Abu Yusuf, Ya‘qub Ibn Ibrahim, Al-Kharaj, Kaherah: al-Matba‘ah al-Salafiyyah, cet.

ke 6, 1997.

vi. Al-Ghazali (m. 505 H.), Abu Hamid Muhammad Ibn Muhammad, al-Iqtisad Fi al-

I‘tiqad, Kaherah: Maktabah Wa Matba‘ah Muhammad ‘Ali Sabih Wa Awladuh, 1981.

vii. Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m.751 H.), Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Ayyub, Syams al-

Din, A‘lam al-Muwaqqi‘in, Kaherah: Maktabah al-Kulliyah al-Azhariyyah, 1968.

viii. Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m.751 H.), Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Ayyub, Syams al-

Din, Al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah, 1995.

ix. Ibn Taymiyyah (m. 782 H.), Ahmad Ibn ‘Abd al-Halim Ibn ‘Abd al-Salam Ibn ‘Abd

Allah Ibn Abi al-Qasim Abu al-‘Abbas, al-Siyasah al-Syar‘iyyah Fi Islah al-Ra‘i Wa

al-Ra‘iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t.

x. Ibn Khaldun (m. 808 H.), ‘Abd al-Rahman Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, Tarikh al-

‘Allamah Ibn Khaldun, Beirut: Maktabat al-Madrasah Wa Dar al-Kitab al-Lubnani, j. I,

cet. kedua, 1961.

xi. Al-Mawdudi (m. 1400H.), Abu al-A‘la, Nizam al-Hayah Fi al-Islam, al-Ittihad al-

Islami al-‘Alami Li Munazzamah al-Tullabiyyah, 1981.

xii. Al-Mawdudi (m. 1400H.), Nazariyyat al-Islamiyyah al-Siyasiyyah, Damsyiq: Dar al-

Fikr, 1968.

xiii. Khallaf, ‘Abd al-Wahhab, Dr., Al-Siyasah al-Syar‘iyyah Aw Nizam al-Dawlah al-

Islamiyyah Fi al-Syu’un al-Dusturiyyah Wa al-Kharijiyyah Wa al-Maliyyah, Beirut:

Muassasah al-Risalah, 1984.

Kolonisasi Dalam Bidang Pendidikan

Kolonisasi dalam bidang pendidikan bermaksud proses menjadikan pendidikan itu

dikuasai oleh pengaruh-pengaruh tertentu, contohnya dipengaruhi oleh pemikiran

barat. Kolonisasi dalam pendidikan berlaku tahap demi tahap sehinggalah pengaruh

barat berlaku secara terang-terangan dalam pendidikan. Hal ini dapat disedari

melalui method pembelajaran yang memisahkan nilai-nilai keagamaan dan

keduniaan. Penjajah barat memberi perhatian yang serius dalam bidang pendidikan

di negara-negara yang mereka jajah. Lord Macaulay ketika memperkenalkan sistem

pendidikan Inggeris di India pernah berkata:

Kita harus berusaha sedapat mungkin membentuk satu golongan yang boleh

menjadi perantaraan antara kita dengan jutaan rakyat pribumi yang kita perintah.

Segolongan orang (rakyat) masih India dari sudut kulit dan darahnya, tetapi sudah

di Inggeriskan citarasa, pemikiran, moral dan inteleknya.

Page 6: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

6

Kata-kata di atas jelas menunjukkan pihak penjajah berusaha bersungguh-sungguh

menerapkan sistem pendidikan barat kepada penduduk sesebuah negara supaya

orang-orang yang terdidik boleh menjadi perantaraan untuk meneruskan proses

kolonisasi di negara berkenaan. Melalui proses kolonisasi pendidikan, penjajah

barat sentiasa berusaha melahirkan anak-anak pribumi yang berfikiran penjajah.

Perkara ini jelas sebagaimana penegasan dibuat oleh Lord Cromer dalam bukunya

“Modern Egypt”:

England bersedia memberi kemerdekaan politik sepenuh kepada tanah

jajahannya sebaik saja tersedianya jenerasi intelek dan ahli-ahli politik

yang telah dibentuk melalui pendidikan Inggeris dan mendukung nilai-

nilai Inggeris. Tetapi kerajaan Inggeris tidak akan bertolak ansur walau

sesaat untuk penubuhan sebuah negara Islam yang merdeka.26

Kolonisasi telah berlaku serentak dengan proses modernisasi dan westernisasi. Modernisasi ialah

nama bagi pandangan hidup keduniaan. Ia bersifat anti tradisi, sekular, progresif, humanis,

rasionalis, meterialist, experimental, individualis, menyamaratakan, berfikiran bebas dan

sentimental atau lebih tepat lagi amat dipengaruhi oleh hawa nafsu.27

Westernisasi pula bermaksud

gerakan pembaratan atau menjadikan sistem sesebuah negara itu sama seperti sistem yang

diamalkan dinegara barat. Gerakan membaratkan negara Islam adalah satu gerakan yang berusaha

an mengubah pengertian nilai-nilai Islam dan memutuskan hubungan umat Islam dengan dengan

zaman lampau mereka yang gilang gemilang. Ia juga usaha untuk meleburkan nilai-nilai hidup

Islam dengan menimbulkan benih-benih keraguan terhadap agama, bahasa, sejarah, fikiran dan

kepercayaan kaum Muslimin.28

Akibat proses kolonisasi dan pengaruh modernisasi serta

westernisasi umat Islam tidak lagi memahami pengertian Islam secara tepat. Lebih menyedihkan

apabila umat Islam berpecah kepada dua golongan iaitu lahirnya golongan agama dan golongan

sekular. Mereka saling bercakaran di antara satu sama lain dan amat merugikan masa depan umat

Islam.

Dekonolisasi Pendidikan Sains politik Islam Di APIUM

Pendidikan siasah syar‘iyyah telah diperkenalkan oleh Akademi Pengajian Islam sejak

Akademi tersebut mula ditubuhkan secara rasmi pada 1 haribulan April 1981. Dibawah struktur

lama sebelum 1996, Akademi Pengajian Islam dikenali dengan nama Akademi Islam. Terdapat

dua fakulti yang ada di Akademi Islam pada masa itu iaitu fakulti Syari‘ah dan fakulti Usuluddin.

Pada peringkat awal di kedua-dua fakulti tersebut tidak terdapat jabatan-jabatan seperti yang ada

sekarang. Kursus Siasah Syar‘iyyah dan politik Islam ada ditawarkan untuk pelajar-pelajar di

Fakulti Syariah. Cuma sebahagian dari kursus tersebut sahaja dikira sebagai kursus wajib dan

sebahagian yang lain pula dianggap sebagai kursus elektif untuk pelajar-pelajar Syariah. Manakala

kursus-kursus pentadbiran pula ditawarkan secara elektif bagi pelajar-pelajar dari fakulti

Usuluddin dan fakulti Syariah.

Penubuhan Jabatan Siasah Syari’yyah adalah hasil daripada penstrukturan semula

antara Jabatan pengajian Islam dan Akademi Islam pada 15 Januari 1996, yangmana kedua-duanya

sebelum ini merupakan dua komponen yang terpisah.29

Ini bertujuan supaya kursus-kursus dalam

bidang sains politik Islam dapat diajar secara lebih mendalam dan lebih berkesan.30

Daripada

penstrukturan semula inilah nama asal Akademi Islam telah ditukar kepada Akademi Pengajian

Islam Universiti Malaya (APIUM). Jabatan Siasah Syar‘iyyah di APIUM juga merupakan satu-

satunya jabatan politik dan pentadbiran Islam yang ditubuhkan di Malaysia. Di bawah strukturnya

Page 7: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

7

yang baru selepas tahun 1996 Akademi Pengajian Islam dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu

Bahagian Pengajian Syariah, Bahagian Pengajian Usuluddin dan Bahagian Pengajian Bersama.

Setiap bahagian mengandungi beberapa jabatan. Jabatan Siasah Syar‘iyyah telah diletakkan di

bawah program pengajian Syariah dimana ianya merupakan salah satu daripada lima jabatan yang

baru ditubuhkan di Bahagian Pengajian Syariah. Penubuhanya adalah selari dengan penubuhan

jabatan-jabatan lain di Bahagian Pengajian Syariah. Objektif umum penubuhannya ialah supaya

kursus-kursus dapat ditawar dan diajar dengan lebih mendalam dan berkesan serta lebih mudah

difahami, tersusun dan mudah untuk dikuasai oleh pelajar dengan berkesan, di samping bagi

melahirkan ilmuan agama yang pakar di dalam bidang masing-masing. Sumber rujukan utama

dalam bidang Sains Politik Islam ialah al-Quran, al-Sunnah, Ijma` Ulama’ dan Qiyas. Program

yang dikendalikan oleh Jabatan Siasah Syar‘iyyah pada masa itu lebih dikenali sebagai Sarjana

Muda Syariah (Siasah Syar‘iyyah) atau ijazah yang dianugerahkan ialah Ijazah Sarjana Muda

Syariah, Siasah Syar‘iyyah (Major).31

Sebelum semakan semula kurikulum dilakukan pada tahun

2009, bagi memenuhi keperluan Ijazah Sarjana Muda Syariah seseorang pelajar hanya perlu

menyelesaikan sebanyak 102 jam kredit atau dalam tempoh pengajian selama 6 semester sahaja.32

Pada tahun 2009 usaha penyemakan semula kurikulum telah dilakukan di Jabatan Siasah.

Tujuan semakan tersebut ialah bagi memenuhi keperluan Kerangka kelayakan Malaysia

yang menggariskan supaya jumlah kredit bagi program sarjana muda mesti sekurang-

kurangnya mengandungi 120 jam kredit pembelajaran dan memberi penekanan kepada hasil

pembelajaran. Semakan Kurikulum itu juga merupakan salah satu mekanisme untuk

mengukur dan sebagai penanda aras (benchmark) serta memastikan kursus yang

ditawarkan dalam program adalah relevan kepada perkembangan ilmu dan kehendak

pasaran samada di peringkat tempatan atau di peringkat antarabangsa.33

Program Sarjana Muda

Syariah (Sains Politik Islam) yang baru diperkenalkan mulai semester 1 sesi pengajian

2010/2011 merupakan program pengajian dijalankan secara sepenuh masa dan keperluan jam

kreditnya telah ditetapkan sebanyak 125, dalam tempoh pengajian sekurang-kurangnya 7

semester dan maksimum 11 semester.

Visi utama Program Sains Politik Islam di APIUM ialah untuk melahirkan program

cemerlang dan terkemuka dalam bidang Sains Politik Islam yang mendapat pengiktirafan di

peringkat global. Misinya pula ialah untuk melahirkan graduan cemerlang dalam bidang Sains

Politik Islam dengan menyediakan program pengajian terkini. Objektif kurikulum pula ialah

untuk melahirkan graduan cemerlang dalam bidang Sains Politik Islam yang memiliki nilai,

etika, integriti dan profesionalisme yang tinggi agar dapat berdaya saing dalam persekitaran

kompetitif, dan dapat menyumbang secara berkesan kepada pembangunan negara dan global.

Dari segi hasil pembelajaran program (programme outcome) adalah diharapkan para siswazah

dapat :

i. Menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang Sains Politik Islam.

ii. Menggunakan kemahiran perisian komputer untuk memahami dan menganalisis isu

politik Islam.

iii. Menunjukkan tanggungjawab sosial dan tanggungjawab terhadap persekitaran

ketika melibatkan diri dalam bidang politik dan pentadbiran Islam.

iv. Mengamalkan nilai-nilai positif, sikap terpuji dan profesionalisme dalam bidang politik

dan pentadbiran Islam.

v. Mengamalkan komunikasi berkesan, bekerja secara berpasukan dan memiliki sifat-sifat

kepimpinan semasa melibatkan diri dalam masyarakat.

vi. Menggunakan keupayaan saintifik dalam menyelesaikan masalah masyarakat yang

berkaitan dengan politik dan pentadbiran Islam.

Page 8: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

8

vii. Memiliki dan menguruskan maklumat dan pengetahuan yang relevan dengan politik dan

pentadbiran Islam, serta mengutamakan pembelajaran sepanjang hayat.

viii. Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan dalam kerjaya politik dan

pentadbiran Islam.

Dekolonisasi Bidang Penyelidikan Di APIUM

Berlakunya kolonisasi dalam penyelidikan Ijazah Tinggi peringkat Sarjana dan

Doktor Falsafah di APIUM adalah sesuatu yang dibimbangi. Satu aspek yang

mempengaruhi banyak perkara dalam penyelidikan ialah perspektif atau sudut dari

mana penyelidikan itu dilaksanakan. Sesuatu masalah itu boleh dikaji dari

perspektif yang berbagai-bagai-bagai yang melahirkan rumusan yang tidak

semestinya sama, malah mungkin bertentangan.34

Misalnya seorang penyelidik

yang mengkaji tentang etika seseorang pemimpin dari perspektif barat akan

melahirkan rumusan yang berbeza dengan rakannya yang melihat masalah itu dari

perspektif Islam. Bagi penyelidik pertama yang dikatakan etika ialah cabang

kepada ilmu falsafah yang membincangkan mengenai apakah perkara yang baik dan

apakah perkara yang buruk, betul atau salah yang dikenali sebagai falsafah moral.

Beliau berpendapat etika yang baik itu ditentukan oleh manusia berasaskan akal

fikiran mereka. Ini bermakna akal yang baik pada seseorang manusia itu mampu

menentukan sesuatu itu baik atau buruk. Neraca kepada timbangan tersebut ialah

akal yang dibekalkan kepada manusia dan ianya suatu yang berubah mengikut

perubahan manusia dan masa. Kemungkinan juga beliau berpendapat seorang

pemimpin yang baik itu pemimpin yang bermoral. Kayu ukur bagi moral pula ialah

adat dan kebiasaan setempat. Jika masyarakat setempat menganggap seseorang

pemimpin itu baik maka dari sudut moralnya ia diterima sebagai baik. Sebaliknya

jika orang ramai menganggap beliau buruk maka dari sudut moralnya ia adalah

dianggap buruk. Oleh itu konsep moral dianggap sebagai lebih praktikal berbanding

dengan konsep etika kerana konsep etika merupakan teori yang lahir dari pemikiran

manusia sedangkan moral lebih bersifat praktis yang lahir dari amalan masyarakat

setempat.

Bagi penyelidik kedua yang membuat kajian menurut perspektif Islam pula

berpendapat istilah etika dan moral menurut perspektif barat adalah memberi

pengertian yang berbeza dengan konsep etika dan moral dari perspektif Islam. Dari

perspektif Islam perkataan moral dan etika masih boleh digunakan tetapi ia

memberi maksud akhlak. Moral dan etika dalam Islam adalah akhlak dalam Islam.35

Akhlak mempunyai hubungankait yang sangat rapat dengan konsep ketuhanan.

Dengan kata lain konsep akhlak yang terdapat dalam Islam mestilah merujuk

kepada sumber akhlak yang dijelaskan oleh Tuhan (Allah) melalui dalil al-Qur’an

dan al-Sunnah. Sebab itu penyelidik akan merumuskan ilmu akhlak ialah suatu

ilmu yang membahaskan perbuatan manusia dan mengajar manusia tentang

bagaimanakah perbuatan baik yang sepatutnya dikerjakan oleh mereka. Begitu juga

ia menjelaskan apakah perbuatan buruk dan jahat yang sepatutnya dihindarkan oleh

manusia terhadap Tuhannya, dalam pergaulannya dengan manusia, dengan

makhluk-makhluk lain dan alam sekeliling yang berkaitan dengan kehidupannya.

Oleh itu pemimpin yang beretika menurut pengkaji kedua ialah para pemimpin

yang berakhlak dengan akhlak Islam. Sumber rujukan kepada kajian mereka ialah

sumber hukum dalam Islam iaitu al-Quran, al-Sunah, Ijma‘ Ulama dan al-Qiyas.

Page 9: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

9

Penyelidikan merupakan salah satu visi dan misi utama penubuhan Jabatan Siasah

Syar‘iyyah, di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Sebahagian

dari aspek penyelidikan di Jabatan berkenaan adalah berteraskan disiplin ilmu

siasah syar‘iyyah dan sebahagian lagi berteraskan ilmu politik dan pentadbiran

moden barat. Ada juga bidang penyelidikan yang berbentuk perbandingan antara

teori-teori Islam dan teori sekular barat. Dua bidang penyelidikan utama terdapat di

Jabatan Siasah Syar‘iyyah, APIUM iaitu bidang politik dan bidang pentadbiran.

Penyelidikan dalam bidang politik Islam ialah seperti; Prinsip-prinsip Siasah

Syar‘iyyah, Sejarah Politik Islam, Institusi Politik Islam, Perhubungan

Antarabangsa Islam, Kepimpinan Islam, Etika Berpolitik Dalam Islam, Pemikiran

Politik Islam Perbandingan, Islam dan Ideologi Moden serta lain-lain. Manakala

penyelidikan dalam bidang pentadbiran pula merangkumi beberapa bidang seperti;

Pentadbiran Awam di Malaysia, Pentadbiran Islam, Etika Islam Dalam Pentadbiran

Awam, Pengurusan Kualiti Perbandingan, Pentadbiran Politik Masyarakat Malaysia

serta Pentadbiran Kakitangan dan Organisasi. Penjelasannya adalah seperti berikut:

1. Institusi Politik Islam

Penyelidikan dalam bidang ini bertujuan untuk mengkaji institusi-institusi politik yang terdapat

dalam sistem kerajaan Islam serta fungsi institusi tersebut dalam membangunkan masyarakat dan

negara. Bidang-bidang yang akan diteliti ialah konsep pengagihan kuasa kepada legislatif,

eksekutif dan judikatif menurut perspektif Islam. Selain itu aspek lain yang perlu diteliti ialah

perbahasan tentang konsep al-Dawlah, al-Khilafah, al-wizarah, al-Imamah dan pertubuhan

politik yang lain sebagai sebuah institusi utama dalam sistem politik Islam.

2. Perhubungan Antarabangsa Islam

Penyelidikan dalam bidang ini akan meneliti aspek perhubungan antarabangsa dalam Islam dan

peraturan yang mengawal masyarakat antarabangsa. Ianya akan meliputi : Konsep perhubungan

Islam Antarabangsa dan sejarah perkembangannya, serta sumber-sumbernya. Turut dikaji ialah

Negara, termasuk persoalan-persoalan mengenai rakyat, negeri dan kedaulatan. Begitu juga

persoalan-persoalan tentang kelahiran dan pengiktirafan terhadap kewujudan sesuatu negara itu,

hak-hak dan segala kewajipannya di peringkat antarabangsa. Penelitian yang sangat penting ialah

bentuk-bentuk perhubungan Antarabangsa Islam yang meliputi konsep perdamaian dan

peperangan. Konsep diplomasi menurut perspektif Islam juga akan dikaji.

3. Kepimpinan Islam

Penyelidikan dalam bidang ini bertujuan untuk meneliti tentang konsep kepimpinan serta sumber

kuasa politik dalam sistem pemerintahan sebuah negara menurut perspektif Islam. Konsep

kepimpinan Islam mengikut al-Qur’an dan al-Sunnah perlu diteliti. Selain itu ia juga

membincangkan persoalan penyerahan kuasa politik kepada pihak pimpinan dan peranan Majlis

al-Syura dalam kerajaan Islam.

4. Etika Berpolitik Dalam Islam

Aspek yang difokaskan dalam bidang penyelidikan ini ialah adab-adab dan peraturan yang

digariskan oleh Islam dalam menjalankan kegiatan politik dan pentadbiran. Etika merupakan satu

elemen yang amat penting dalam politik kerana ia dapat memimpin ahli politik dan masyarakat

kepada kegiatan politik yang sihat dan membina. Perkara utama yang perlu ditekankan ialah

etika ahli politik dan etika-etika berpolitik seperti ikhlas, amanah, bertanggungjawab,

Page 10: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

10

bersungguh-sungguh, istiqamah, tidak khianat, berani, tegas dan sebagainya. Contoh-contoh

amalan etika politik dalam sejarah pemerintahan Islam perlu diteliti. Penilaian terhadap amalan

etika politik semasa juga perlu diteliti.

5. Pemikiran Politik Islam Perbandingan

Bidang ini secara umumnya mengkaji pemikiran Islam secara topikal yang menyentuh tentang

pemikiran tokoh, aliran tradisi dan moden melalui perbandingan. Faktor-faktor yang mempunyai

kesan terhadap lahirnya kepelbagaian politik juga akan dikaji. Selain itu, turut diselidik ialah

aliran pemikiran politik yang dibawa oleh tokoh atau aliran tertentu. Pelajar juga akan mengkaji

pemikiran politik yang diketengahkan dalam topik tertentu secara perbandingan.

6. Prinsip Siasah Syar‘iyyah

Penumpuan bidang ini ialah meneliti tentang konsep Siasah Syar‘iyyah dan juga metode-metode

yang digunakan dalam Siasah Syar‘iyyah. Ia juga mengkaji tentang aplikasi penggunaan Siasah

Syar‘iyyah dalam bidang politik, terutama untuk menyelesaikan permasalahan semasa.

7. Sejarah Politik Islam

Bidang ini bertujuan untuk meneroka perkembangan politik Islam dalam sejarah

pemerintahan negara-negara Islam di zaman lampau. Ini termasuklah di zaman Rasullullah,

zaman sahabat, tabi‘in dan seterusnya. Penelitian dalam bidang ini dijalankan dalam bentuk

analisis dan perbincangan secara kritis terhadap fakta-fakta sejarah yang ada. Ini termasuklah

menilai sumber-sumber sejarah dan kaedah mengambil pengajaran darinya.

8. Islam dan Ideologi Moden

Dalam bidang ini penyelidikan ditumpukan kepada berbagai-bagai ideologi moden dan

menganalisa perbezaan-perbezaan atau persamaannya dengan Islam sebagai sistem hidup yang

menyeluruh.

9. Pentadbiran Awam Di Malaysia

Bidang ini akan menumpukan kajian tentang teori pentadbiran awam dan perlaksanaannya dalam

konteks Malaysia. Ia juga akan mengkaji perkembangan dan gaya Pentadbiran Awam di

Malaysia dari sebelum hinggalah selepas kemerdekaan. Selain itu penelitian ditumpukan kepada

beberapa perubahan yang berlaku dalam pentadbiran awam di Malaysia berasaskan perubahan

dan tuntutan masyarakat.

10. Pentadbiran Islam

Perkara utama yang diteliti ialah konsep pentadbiran dalam Islam serta perkembangannya di

zaman kegemilangan Islam. Antaranya di zaman Rasulullah s.a.w dan khulafa’ al-Rasyidin.

Selain dari itu, ia juga bertujuan mengenalpasti struktur, sistem serta peranan para pentadbir pada

ketika itu. Sistem-sistem utama seperti syura, khilafah dan wizarah juga akan diteliti.

11. Etika Dalam Pentadbiran Awam

Penelitian bidang ini bertujuan untuk memahami aspek etika Islam dalam berorganisasi bagi

mencapai matlamat melahirkan bakal-bakal penjawat awam Islam yang berakhlak mulia. Fokas

utamanya ialah konsep-konsep penting tentang etika kerja dalam pentadbiran Islam, contoh-

contoh etika dalam sejarah Islam, kepentingan beretika dalam perkhidmatan awam dan kajian

kes-kes semasa yang memaparkan isu etika penjawat awam.

Page 11: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

11

12. Pengurusan Kualiti Perbandingan

Penyelidikan dalam bidang ini bertujuan untuk meneliti konsep dan ciri-ciri pengurusan kualiti

secara perbandingan dengan konsep Islam. Pendapat guru-guru kualiti juga akan diteliti.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) juga akan diteliti secara perbandingan dengan konsep

Islam. Suatu cadangan perlu dibuat ke arah mengintegrasikan pengurusan kualiti konvensional

dengan menyuntik elemen-elemen pengurusan Islam terhadap pengurusan kualiti masa kini.

13. Pentadbiran Politik Dan Masyarakat Malaysia

Penyelidikan bidang ini bertujuan mengkaji konsep pentadbiran politik serta latar belakang

pentadbiran politik dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Ia melibatkan secara

ringkasnya sejarah politik di Malaysia. Penelitian diberi terhadap struktur pentadbiran politik

Malaysia (seperti perlembagaan, parlimen, birokrasi, parti-parti politik dan pilihanraya) dan

peranan masyarakat sebelum dan selepas kemerdekaan. Penggubalan dasar yang melibatkan

elemen etnisiti dan komunalisme serta kaitannya dengan sistem politik negara. Akhirnya

meninjau kesan pentadbiran politik dengan budaya politik masyarakat.

14. Pentadbiran Kakitangan dan Organisasi

Kajian bidang ini bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek utama dan masalah-masalah

mengenai pentadbiran kakitangan di sesebuah organisasi. Antara perkara-perkara yang akan

dikaji termasuklah kepentingan pentadbiran kakitangan di sesebuah organisasi . Selain itu,

konsep-konsep utama, isu, cabaran dan teknik-teknik utama pentadbiran kakitangan. Beberapa

aspek kelakuan organisasi akan turut dikaji.

Metodologi Penyelidikan

Bagi menjamin ketulinan kajian dan dekolonisasi dalam bidang penyelidikan para

mahasiswa APIUM dipersiapkan dengan ilmu kaedah dan metodologi Penyelidikan. Perkataan

metodologi berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu "metodos" yang bermakna jalan atau cara.

Sedangkan kalimat "logos" memberi pengertian sebagai ilmu.36

Metodologi adalah ilmu tentang

cara penyelidikan. Oleh kerana itu, metodologi kajian atau penyelidikan merupakan asas penting

dalam sesebuah penyelidikan ilmiah, khususnya penyelidikan dalam bidang keilmuan Islam.

Metode juga merupakan suatu teknik terpenting untuk mendapatkan fakta dan data. Sebuah

kajian yang dijalankan dengan menggunakan metodologi yang sesuai dan tepat dapat

menghasilkan natijah yang bermutu dan berkualiti. Maka dari itu, metodologi kajian ialah suatu

cara atau usaha yang sistematik dan objektif dengan maksud untuk memperoleh dan

mengumpulkan data-data yang relevan dan berkesan yang berkaitan dengan tujuan kajian. Bagi

mencapai objektif kajian ini, para penyelidik di APIUM biasanya mengguna pakai dua kaedah

kajian. Pertama kaedah kajian perpustakaan (library research). Kaedah ini digunakan oleh para

penyelidik untuk meneliti buku-buku dan bahan-bahan penerbitan yang bersumberkan

perpustakaan. Kaedah kedua ialah kaedah kajian lapangan (field research). Teknik ini digunakan

oleh pengkaji dengan cara melakukan observasi langsung di lapangan atau menggunakan teknik

Questionary dan Interview. Teknik questionary ialah dengan membuat soal selidik dengan pihak

yang berkait langsung atau tidak langsung dengan objek kajian, misalnya membuat soal selidik

dalam bentuk choose; (a ,b, c, atau d). Soal selidik juga dibuat dalam bentuk essay, agar

responden dapat memberikan jawabannya secara bebas. Sementara teknik interview ialah

melakukan temu bual dengan sumber yang berkaitan langsung dengan tajuk yang dikaji.

Biasanya setelah proses pengumpulan data selesai dijalankan, data-data yang

dikumpul tadi perlu menjalani satu lagi proses untuk menjadikan ia suatu maklumat yang asli

Page 12: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

12

dan tepat. Proses ini dinamakan sebagai analisis data. Ada beberapa metode dalam

menganalisis data tersebut, antaranya ialah; metode induktif, deduktif dan metode

Komperatif. Menggunakan pendekatan induktif ialah penyelidik mengumpulkan maklumat

secara berterusan bagi menjelas atau menghuraikan fenomena yang dikaji. Secara generatif

juga beliau akan mencari hubungan-hubungan antara fakta-fakta atau keterangan-

keterangan yang terkumpul untuk mengenali bentuk-bentuk untuk merumuskan sesuatu

gagasan fikiran.37

Dalam pendekatan deduktif pula penyelidik menggunakan teori atau

gagasan fikiran yang ada atau dibentuknya sendiri berasaskan pemikiran atau pengalaman

tertentu untuk melihat fenomena yang berlaku. Beliau akan menggunakan teori atau gagasan

fikiran itu samada untuk membantunya dalam mengumpul data dan menjelaskan fenomena

yang dikaji atau membandingkannya dengan keadaan yang berlaku dalam masyarakat, atau

pun untuk mengaplikasikan teori itu dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perbezaan

antara pendekatan deduktif dengan pendekatan induktif ialah pergerakannya dari yang

bersifat umum menuju kepada yang lebih khusus, iaitu apa yang digagas atau diteorikan

dengan keadaan yang sebenar berlaku dalam situasi yang dukaji.

Metod Komperatif pula adalah cara membuat kesimpulan dengan melakukan

perbandingan pada data yang diperolehi. Penggunaan kaedah ini adalah amat penting kerana

ia dapat mengungkap persoalan masalah utama kajian. Selain itu kaedah ini adalah penting

dalam menilai pendapat sarjana Islam yang berautoriti sahaja ketika wujudnya percanggahan

pendapat dalam beberapa aspek tertentu. Dalam penyelidikan Islam banyak terdapat

perbandingan sanad tentang periwayatan sesuatu hadith seperti hadith Muslim, Bukhari, Abu

Dawud, al-Baihaqi dan sebagainya.38

Kesimpulan

Kesimpulannya, bidang siasah syar‘iyyah yang kini lebih dikenali dengan Ilmu Sains Politik

Islam merupakan satu cabang ilmu yang sangat penting dalam pengajian Islam. Ilmu ini sentiasa

relevan sepanjang masa kerana ia sentiasa sesuai dengan perubahan masa dan keadaan. Oleh itu

penyelidikan dalam bidang siasah syar‘iyyah atau sains politik Islam sepatutnya terus dilakukan di

pusat-pusat Pengajian tinggi Islam. Tanggungjawab utama penyelidik Muslim hari ini ialah

melakukan penyelidikan secara berkesan sehingga dapat melahirkan hasil penyelidikan yang

bermutu tinggi. Berbekalkan metod penyelidikan Islam yang tersusun dan berdisiplin diharapkan

tidak berlaku kolonisasi dalam bidang penyelidikan di APIUM. Para pensyarah sudah tentu

memainkan peranan yang sangat penting untuk menentukan hala tuju masa depan yang gemilang

kepada para pelajar bimbingannya. Para mahasiswa pula perlu menerima segala cadangan yang

baik untuk kemajuan diri mereka dalam bidang penyelidikan. Dengan ini dekolonisasi dalam

bidang penyelidikan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Page 13: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

13

Nota Hujung

1 Dr Bharuddin Che Pa merupakan pensyarah dan Ketua Jabatan Siasah Syar`iyyah, Aras 3 Blok A, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Email: [email protected]. Tel: +603

79676005.

2 Calon PhD, Jabatan Siasah Syar`iyyah, Aras 3 Blok A, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603

Kuala Lumpur, Malaysia. Email: [email protected]. Tel +6012 2955829.

3 Al-Muqirri (1994), al-Misbah al-Munir, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, j. 2, h. 295.

4 Ibn Manzur (1990), Lisan al-‘Arab, Beirut, j. 6, h. 108. Lihat juga al-Razi, Fakhr al-Din Muhammad Ibn ‘Umar

Ibn Hussin (1992), Mukhtar al-Sihhah, Beirut: t. pt., h. 135.

5 Al-Zubaydi (t.t.), Taj al-‘Arus Min Jawahir al-Qamus, Beirut: Dar al-Maktabah al-Hayah, j. 4, h. 169; Lihat juga

Ibrahim Anis (t.t.), al-Mu‘jam al-Wasit, t.tp., h. 462.

6 Al-Tahir, Ahmad al-Zawawi (t.t.), Tartib al-Qamus al-Muhit, Beirut, j. 2, h. 646.

7 Ibn Manzur (1990), op.cit., j. 7 h. 413.

8 Shukeri Mohammad (1999), Siasah Syar`iyyah dan kedudukannya Sebagai Metod Penentuan hukum. Dalam

Abdul Karim Ali dan Raihanah Hj. Azhari (ed.) (1999), Hukum Islam Semasa bagi Masyarakat Malaysia yang

Membangun, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam, h. 99.

9 Ibrahim Anis dan lain-lain (t.t.), t.tp., Al-Mu‘jam al-Wasit, c. 2, j. 1, h. 681.

10

Badran Abu al-‘Ayn (t.t) al-Syari‘ah al-Islamiyyah. Iskandariyyah: Mu’assasah Syabab al-Jami‘ah, h. 27.

11

Yusuf Hamid al-‘Alim (Dr.), (t.t.), al-Maqasid al-‘Ammah Li al-Syari‘ah al-Islamiyyah, Khartoum: Dar al-

Sudaniyyah Li al-Kutub, h. 19-21.

12

Ahmad al-‘Ayid (t.t.), Mu‘jam al-Asasi, t.tp., al-Munazzamah al-Arabiyyah Li al-Tarbiyyah Wa al-Thaqafah wa

al-‘Ulum: Jami‘ah al-Duwal al-‘Arabiyyah, Larus, h. 681.

13

Haji Said Haji Ibrahim (1997), Manhaj Ilmu Fiqh, Kuala Lumpur: Dar al-Ma‘rifah, h. 3833.

Page 14: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

14

14

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (t.t.), al-Turuq al-Hukmiyyah Fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Beirut: Dar al-Kutub al-

‘Ilmiyyah, h. 11.

15

Zainuddin Ibn Nujaim (t.t.), al-Bahr al-Ra’iq Syarh Kanzu al-Daqa’iq, c. ke 3, Dar al-Kitab al-Islami, j. 5. h. 11.

16

Muhammad Amin Ibn ‘Abidin (1966), Hasyiyah Radd al-Mukhtar ‘Ala al-Durr al-Mukhtar, c. 3, Beirut: Dar al-

Fikr, j. 4, h. 15.

17

Sulayman Ibn ‘Umar Ibn Muhammad al-Bujayrimi (1965), Hasyiyah al-Bujayrimi ‘Ala al-Manhaj, Kaherah:

Mustafa al-Babi al-Halabi Wa Awladuh, j. 2, h.178.

18

Najm al-Din Ibn Hafs al-Nasafi (1311 H.), Talabah al-Talabah Fi al-Istilah al-Fiqhiyyah, Baghdad: Maktabah al-

Muthna, h.167.

19

Rizq Muhammad al-Zalbani (t.t.), Mudhakkirah Fi Maddah al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Kaherah: Matba‘ah al-

Syarq, h. 19.

20

Fath al-Durayni (1987), Khasa’is al-Tasyri‘ al-Islami Fi al-Siyasah Wa al-Hukm, Beirut, h. 189.

21

Muhammad Na‘im Yasin, Dr. (1992), Muzakkirah Fi al-Siyasah al-Syar‘iyyah, Amman: Jami‘ah al-Urduniyyah.

22

Abd al-Wahab Khallaf (1988) al-Siyasah al-Syar‘iyyah fi al-Syu’un al-Dusturiyyah wa al-Kharijiyyah wa al-

Maliyyah. Kuwait: Dar al-Qalam Li Nasr wa al-Tawzi‘, h. 17.

23

‘Abd al-Rahman Taj (1415 H), al-Siyasah al-Syar‘iyyah Wa al-Fiqh al-Islami, Kaherah: al-Azhar, h. 12.

24

Abd al-Wahab Khallaf (1988), op. cit., h. 17.

25

Sistem politik Islam bermaksud peraturan –peraturan dasar dan kaedah-kaedah pelaksanaan yang menjadi garis

panduan serta landasan para pemimpin dan kerajaan dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negara yang

melibatkan pelbagai sektor dan kementerian.

26

Penegasan beliau ini dibuat pada tahun 1908. Lord Cromer merupakan seorang perancang penjajahan Inggeris di

Asia Barat.

27

Wan Mohd Ali, Mordenisasi dalam Islam, dalam Islam Dan Modernisasi, Kuala Lumpur: ABIM, 1977.

28

Oleh Anwar Jundi, (pengarang Islam Terkemuka), dalam majalah Mimbar Islam.

29

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Buku Panduan Program Ijazah Dasar Tahun Akademik 1997/98,

Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 3.

30

Akademi Islam Universiti Malaya (1986), Dalil Akademi Islam Universiti Malaya 1986/87, Kuala Lumpur:

Akademi Islam Universiti Malaya, hh. 136-137.

31

Nama tersebut masih digunakan dalam Ijazah Sarjana Muda Syariah yang dianugerahkan kepada pelajar-pelajar

Jabatan Siasah Syar‘iyyah dalam Konvekesyen yang diadakan pada 5 Oktober 2011 yang lalu. Lihat Universiti

Malaya, Istiadat Konvokesyen 3-8 Oktober 2011, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hh. 145-153.

32

Akademi Pengajian Islam (2003), Buku Panduan Program Ijazah Dasar Tahun Akademik 2003/2004, Kuala

Lumpur: Akademi Pengajian Islam, h. 36.

33

Lihat Jabatan Siasah Syar‘iyyah (2009), Dokumen Pengiktirafan Program Sedia Ada Untuk Kelulusan

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kuala Lumpur: Jabatan Siasah Syar‘iyyah, h. 3.

34

Idris Awang (2001), Kaedah Penyelidikan: Suatu Sorotan, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti

Malaya, h. 23.

Page 15: TAJUK DEKOLONISASI DALAM BIDANG …repository.um.edu.my/23789/1/Seminar DEKOLONISASI Medan.pdf · Kertas kerja ini akan membincangkan secara lebih lanjut beberapa bidang penyelidikan

15

35

Mohd Nasir Omar (1992), Falsafah Etika Barat Dan Islam, c. 2. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam,

Jabatan Perdana Menteri, hh. 20-21.

36

Koentjara ningrat (t.t), Metod-Metod Penelitian Masyarakat. Jakarta: P.T Granada Pustaka, h. 13.

37

Louy Safi (1998), Asas-asas Ilmu Pengetahuan: Satu Kajian Perbandingan Kaedah-kaedah Penyelidikan Islam

dan Barat, Kuala Lumpur: The International Institut of Islamic Thought, h. 40.

38

Idris Awang, op.cit., h. 84.