tajuk 9

21
 Nobiah Binti Sahar Rayanah Binti Samad Unit BM1 Ambilan Jun 2011 Tajuk 9 : Prtimban!an Sma"a Mn!um#ul $ata %ajian Tindakan

Upload: nur-syafiqah-noraslin

Post on 08-Oct-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

  • Nobiah Binti SaharRayanah Binti SamadUnit BM1 Ambilan Jun 2011Tajuk 9 : Pertimbangan Semasa Mengumpul Data Kajian Tindakan

  • Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan: - Kritikan luaran (keaslian data)- Kritikan dalaman (ketepatan data)Keupayaan Data Kajian DigeneralisasiEtika Kajian Tindakan

  • KesahanKesahan merujuk kepada ketepatan suatu ukuran yang digunakan.Suatu ukuran adalah sah apabila ia mengukur apa yang sepatutnya diukur berdasarkan rekabentuknya.Dalam penyelidikan tindakan, kesahan mempengaruhi kekuatan kesimpulan atau tuntutan yang dibuat pada peringkat interpretasi data.Ringkasnya, kesahan berhubung kait dengan darjat kebenaran sesuatu kajian.

  • Kesahan terbahagi dua:Kesahan dalamanKesahan luaran

  • Merujuk sejauhmana bukti diperoleh untuk menunjukkan kesan sebab-akibat.Contohnya: Dalam satu kajian terdapat dua variabel, iaitu Persekitaran bilik darjah (varibel 1); dan pencapaian akademik murid (variabel 2).Jika kita berjaya menunjukkan bahawa variabel 1 menyebabkan (mempengaruhi) variabel 2,kajian ini mempunyai kesahan dalaman. Darjah kekuatan pengaruh ini menentukan darjat kesahan dalaman tadi.

  • Merujuk kepada sama ada kajian yang dijalankan boleh dibuat generalisasi.Ini bermakna bahawa jika dapatan kajian boleh digeneralisasikan merentasi sampel, situasi, masa dan rawatan yang lain, kajian tersebut dikatakan mempunyai kesahan luaran yang baik.

  • Berdasarkan takrifan di atas, boleh dikatakan bahawa dapatan kajian yang dapat digeneralisaikan merentasi populasi keseluruhan dikatakan mempunyai kesahan luaran yang tinggi.

  • Dalam konteks kajian tindakan, konsep kesahan yang dijelaskan tadi tidak releven. Sebagai alternatif, tokoh-tokoh penyelidik menyarankan 4 kaedah untuk meningkatkan kesahan.Mengurangkan bias pemilihanMembuat penambahbaikan kepada kaedah pengumpulan dataMenggunakan triangulasi

  • Meminta maklum balas responden kajian seperti mana yang digambarkan dalam rajah di bawah:

  • Darjat autensitif bukti atau data kajian yang diperoleh.Dengan kata lain pengkaji cuba menyemak ketulenan atau kesahan sumber data.Antara soalan-soalan yang dikemukakan:Siapakah yang menulis?Siapakah kumpulan sasaran atau audien?Apakah objektif penulisan tersebut? Dan lain-lain.

  • Sebaik saja sumber data telah melalui proses menentukan autensitif, persoalan-persoalan yang timbul adalah seperti berikut:Sejauh manakah sumber data itu tepat?Sejauh manakah penulis bersifat kompeten, jujur dan tidak bias?Berapa lama laporan dihasilkan setelah berlakunya peristiwa tersebut?

  • Kritikan luaran menentukan keaslian, dan kesahan sumber,manakala kritikan dalaman pula menentukan kredibiliti atau kebolehpercayaan fakta yang dibekalkan oleh sumber data.

  • Perkataan boleh dipercayai bermakna bahawa sesuatu objek atau seseorang boleh diharap, dan akan mengeluarkan hasil yang sama pada setiap kali.Contohnya: Apabila kita katakan bahawa pemain badminton idola kita itu boleh dipercayai, ini membawa maksud bahawa pada setiap kali beliau turun ke gelanggang, beliau akan mencapai kemenangan.

  • Dalam konteks penyelidikan, instrumen yang kita gunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya kita berjaya memperolehi keputusan secara berulangan.Contohnya: Sesuatu ujian personaliti yang direkacipta untuk mengukur suatu tret seperti sifat ekstrovet menghasilkan keputusan yang hampir sama setiap kali responden berkenaan mengambil ujian tersebut.Dalam konteks penyelidikan tindakan, konsep kebolehpercayaan sedemikian menimbulkan kepercayaan.

  • Ini adalah kerana tujuan penyelidikan tindakan bukan untuk membuktikan; tetapi untuk membuat penambahbaikan.Oleh itu matlamat pengkaji juga bukan membuat satu generalisasi terhadap populasi berdasarkan dapatan yang diperolehi.Sebaliknya, generalisasi berada pada pembaca (reader generallizability).

  • Etika kajian tindakan ialah satu tatacara ikatan yang perlu dihormati dan dipertahankan oleh semua pihak yang terlibat.Pengkaji patut berpegang dan akur kepada etika pada semua peringkat kajian tindakan.

  • Dapat menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak daripada dieksploitasi oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan demi kepentingan diri.Dengan adanya etika, secara tidak langsung kita bertanggungjawab atas tindakan yang diambil dan memastikan ianya adil, tepat dan berkaitan isu yang dikaji.

  • Apabila pengkaji bebas daripada tekanan dan esploitasi pihak-pihak tertentu, mereka akan merasa selesa dan selamat untuk menjalankan kajian yang dirancang.Apabila subjek kajian (murid-murid) yakin bahawa maklumat yang mereka bekalkan dibendung oleh etika tindakan, mereka akan lebih rela untuk berkongsi pengalaman.

  • Etika dalam tindakan akan memupuk nilai kebenaran dan mengelakkan penipuan.Contoh: Terdapat etika melarang pengkaji daripada memalsukan, mencipta atau mereka data. Kesemua data yang digunakan hendaklah berbentuk empirikal dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

  • KejujuranObjektivitiIntegritiBerhati-hatiKeterbukaanMenghormati harta intelekKerahsiaanPenerbitan yang bertanggungjawabMenghormati rakan-rakan sejawat Tidak bersifat diskriminasi Kompetensi

  • Berdasarkan huraian di atas , dalam usaha menegakkan etika dalam kajian tindakan, seorang pengkaji hendaklah memberi pertimbangan serius terhadap tiga perkara iaitu: kebenaran, kerahsiaan dan keutuhan.

    Sekian Terima Kasih