tajuk 4 - bahasa melayu prmerdeka dan pascakolonial

Upload: nash-melaka

Post on 06-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bAHASA MELAYU

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

BMM 3112 Tajuk 4Bahasa Melayu Pramerdeka dan pascakolonial1

bahasa kamu ,saya percaya,diucapkan oleh lebih 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu.

O.T Dusseck

2

Bahasa Melayu Sebelum MerdekaDikenali sebagai Bahasa Melayu pramerdeka.Memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Tertubuhnya Asas50 pada 6 Ogos1950.Diasaskan oleh beberapa orang penulis Singapura.Antara tokoh penting,Kamaludin Muhammad (Kris Mas),Usman Awang(tongkat Waran), Masuri SN, Mohd Arif Ahmad/Mas, Abdul Wahab Muhamad atau Awamil.3

Secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini adalah untuk:Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu; Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang; dan Mengadakan pembaharuan dalam sastera. 4

Lembaga Bahasa Melyu 1951Mengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya, mempertinggi dan menghidupkan Bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang hidup;Membincangkan hal-hal kesulitan Bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga; Menyesuaikan penggunaan Bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran zaman;Menerbitkan risalah, buku, kitab, majalah, dan seumpamanya; danBekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan Lembaga.5

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (22 Jun 1956)Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain; danMenyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. 6

Laporan Razak 1956Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah;Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah menengah jenis kebangsaan.

7

Bahasa Melayu dalam sistem PendidikanZaman Pramerdeka (Sebelum 19571. Laporan Barnes 1951 - menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan kaum Melayu2. Laporan Fenn-Wu 1951 - menyemak pendidikan kaum Cina3. Ordinan Pelajaran 19 52 - mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan4. Laporan Razak 1956 - meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaanyang sama bagi semua sekolah.8

Laporan Barnes 1951 Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan meningkatkan taraf pencapaian dalam Bahasa Inggeris. Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih bersesuaian dan Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan tempatan dengan fungsi yang sama.9

Laporan Fenn-Wu 1951Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes. Laporan ini mencadang agar usaha merapatkan jurang perbezaan lakukan dengan menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikanyang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu digunakansebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-Wu dikatakan memperkecil keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.10

Ordinan Pelajaran 1952Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Matlamat Penyata Pelajaran 1952 adalah: (i) Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu.(ii) Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.(iii) Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai kaum.11

Laporan Razak 1956 (Dato Abdul Razak bin DatoHussein ,Menteri Pelajaran Persekutuan mengumumkan cadangan2 jawatankuasa Pelajaran 1956 :1. Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus maju.2. Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu12

Zaman Pascamerdeka (1957-1970)Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 Tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah untuk: 1) mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 16hb Mei, 1956. 2) mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan kewangan Dasar Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran peringkat rendah dengan percuma 3) mengkaji langkah-langkah untuk mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. 13

Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai darjah satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan.14

Kementerian Pelajaran telah mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan dalam kursus-Kursus Pengajian sekolah -1956.wajib untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolahmenengah bermula pada tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera di tingkatan satu diajar dalam bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas - pendidikan universal (9 tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964).15

Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap sistem pendidikan. Laporan ini telah: memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca, menulis dan mengira. Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini. Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia ; pendidikan menengah atas melalui dua jurusan, akademik dan vokasional.Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahunMelicinkan tatacara pengurusan pelajaran dan meningkatkan mutu pelajaran .16

Falsafah Pendidikan NegaraFalsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini bermatlamatkan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.17

1973- Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan.1980- Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk tingkatan satu hingga tingkatan lima di sekolah menengah. pelaksanaannya di tingkatan enam rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan enam atas pada tahun1982. Di institusi pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan dapat dilihat dari tiga aspek: pertama, Bahasa Melayu sebagai mata kursus;kedua, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; dan ketiga, Bahasa Melayu sebagai satu pengajian dari segi sejarah, analisis linguistik, dan aspek budaya.18

SEKIAN , TERIMA KASIH Disediakan oleh :Puan Rozahiran bt HamzahPuan Rosmini bt DaapitBM3

19