tajuk 2: sistem tempahan tiket - ftsm.ukm.my · pdf filetajuk 2: sistem tempahan tiket ......

2
TP2653 Pengaturcaraan Web Lanjutan Tajuk 2: Sistem Tempahan Tiket Penyataan Masalah Syarikat Kenderaan Mewah (SKM) telah beroperasi sejak tahun 2001 dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan koc eksekutif ke 5 destinasi di seluruh semenanjung Malaysia. Dengan pejabat operasi utama bertempat di Bandar Baru Bangi, perjalanan pergi dan balik untuk setiap destinasi dihadkan kepada 8 kali sehari (4 outbound dan 4 inbound) untuk memastikan mutu perkhidmatan pengangkutan yang disediakan berada pada tahap terbaik. Jadual perjalanan koc adalah seperti dalam Rajah 1. Destinasi Jadual perjalanan (semua koc) Muatan (semua koc) Ke Johor Bharu, Bandaraya Melaka, Kuantan, Ipoh, Alor Star 8.00 pagi, 12.00 tghari, 4.00 petang, 8.00 malam 30 penumpang Dari Johor Bharu, Bandaraya Melaka, Kuantan, Ipoh, Alor Star Rajah 1: Destinasi dan jadual perjalanan SKM ingin meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menawarkan perkhidmatan tempahan tiket berasaskan internet. Sistem berasaskan web yang akan dibangunkan dipanggil SKM@online. Antaramuka utama SKM@online memaparkan maklumat terkini mengenai jadual perjalanan koc. Untuk memastikan muatan koc tidak melebihi had penumpang, SKM@online membolehkan pemantauan dibuat untuk setiap perjalanan. SKM dikendalikan oleh seorang pentadbir sistem (admin). Admin sistem boleh melihat rekod tempahan, mengedit, memadam dan mencipta rekod tempahan tiket pelanggan. tujuan rekod, admin boleh melihat laporan penempahan dan penjualan tiket yang telah dibuat oleh pelanggan mengikut destinasi, masa, dan tarikh. Pelanggan yang ingin membuat tempahan tiket perjalanan perlu membuat pengesahan (captcha), memasukkan nama, no mykad/passport, email dan nombor telefon yang sah. Pelanggan tidak perlu mendaftar untuk menempah tiket tetapi perlu membuat pengesahan selewat-lewatnya 12 jam sebelum perjalanan sekiranya tempahan dilakukan awal. Rekabentuk Pangkalan Data Berikut adalah cadangan struktur untuk pangkalan data SKM@online: 1. Admin: Atribut untuk admin ialah id, log_id, katalaluan, nama 2. Pelanggan: Atribut untuk pelanggan ialah id, nama, no_mykad, email, no_telefon 3. Destinasi: Atribut ialah id, destinasi, masa 4. Tempahan: Atribut ialah id, waktu_tempah, tarikh, masa, id_pelanggan, id_destinasi, status

Upload: lydiep

Post on 06-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tajuk 2: Sistem Tempahan Tiket - ftsm.ukm.my · PDF fileTajuk 2: Sistem Tempahan Tiket ... telah beroperasi sejak tahun 2001 dengan menyediakan ... 3. Borang untuk admin melihat,

TP2653 Pengaturcaraan Web Lanjutan

Tajuk 2: Sistem Tempahan Tiket

Penyataan Masalah

Syarikat Kenderaan Mewah (SKM) telah beroperasi sejak tahun 2001 dengan menyediakan

perkhidmatan pengangkutan koc eksekutif ke 5 destinasi di seluruh semenanjung Malaysia. Dengan

pejabat operasi utama bertempat di Bandar Baru Bangi, perjalanan pergi dan balik untuk setiap destinasi

dihadkan kepada 8 kali sehari (4 outbound dan 4 inbound) untuk memastikan mutu perkhidmatan

pengangkutan yang disediakan berada pada tahap terbaik. Jadual perjalanan koc adalah seperti dalam

Rajah 1.

Destinasi Jadual perjalanan (semua koc) Muatan (semua koc)

Ke Johor Bharu, Bandaraya

Melaka, Kuantan, Ipoh, Alor Star

8.00 pagi, 12.00 tghari, 4.00 petang,

8.00 malam

30 penumpang

Dari Johor Bharu, Bandaraya

Melaka, Kuantan, Ipoh, Alor Star

Rajah 1: Destinasi dan jadual perjalanan

SKM ingin meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menawarkan perkhidmatan tempahan

tiket berasaskan internet. Sistem berasaskan web yang akan dibangunkan dipanggil SKM@online.

Antaramuka utama SKM@online memaparkan maklumat terkini mengenai jadual perjalanan koc. Untuk

memastikan muatan koc tidak melebihi had penumpang, SKM@online membolehkan pemantauan

dibuat untuk setiap perjalanan.

SKM dikendalikan oleh seorang pentadbir sistem (admin). Admin sistem boleh melihat rekod

tempahan, mengedit, memadam dan mencipta rekod tempahan tiket pelanggan. tujuan rekod, admin

boleh melihat laporan penempahan dan penjualan tiket yang telah dibuat oleh pelanggan mengikut

destinasi, masa, dan tarikh.

Pelanggan yang ingin membuat tempahan tiket perjalanan perlu membuat pengesahan

(captcha), memasukkan nama, no mykad/passport, email dan nombor telefon yang sah. Pelanggan tidak

perlu mendaftar untuk menempah tiket tetapi perlu membuat pengesahan selewat-lewatnya 12 jam

sebelum perjalanan sekiranya tempahan dilakukan awal.

Rekabentuk Pangkalan Data

Berikut adalah cadangan struktur untuk pangkalan data SKM@online:

1. Admin: Atribut untuk admin ialah id, log_id, katalaluan, nama

2. Pelanggan: Atribut untuk pelanggan ialah id, nama, no_mykad, email, no_telefon

3. Destinasi: Atribut ialah id, destinasi, masa

4. Tempahan: Atribut ialah id, waktu_tempah, tarikh, masa, id_pelanggan, id_destinasi, status

Page 2: Tajuk 2: Sistem Tempahan Tiket - ftsm.ukm.my · PDF fileTajuk 2: Sistem Tempahan Tiket ... telah beroperasi sejak tahun 2001 dengan menyediakan ... 3. Borang untuk admin melihat,

Elemen Sistem

Berikut adalah elemen-elemen yang perlu ada untuk SKM@online:

Borang (Forms)

1. Borang untuk admin log masuk ke dalam sistem.

2. Borang untuk pelanggan membuat tempahan tiket perjalanan dengan memasukkan tarikh

(menggunakan widget calendar), destinasi (radio button), nama, nombor mykad, email dan

nombor telefon yang sah serta pengesahan menggunakan captcha.

3. Borang untuk admin melihat, mengedit, memadam dan mengesahkan rekod tempahan yang

telah dibuat.

Laporan (Reports)

1. Laporan untuk admin yang memaparkan kesemua tempahan tiket yang dibuat mengikut

destinasi, masa dan tarikh.

2. Laporan bulanan untuk semua tempahan perjalanan.

Elemen antaramuka

1. Penggunaan widget untuk pemilihan tarikh

2. Paparan jadual tempahan tiket dalam format yang memudahkan pembacaan/proses tempahan

3. Rekaletak yang mesra pengguna dan menarik

Pemarkahan

Berikut adalah pecahan pemarkahan untuk mini projek ini:

Elemen Peratusan (%)

User management (menggunakan session) 20

Keselamatan dan pengesahan (menggunakan captcha) 20

Fungsi kalendar/masa 40

Antaramuka sistem (rekaletak, kebolehgunaan) 10

Rekabentuk pangkalan data 10