sistem penempahan makmal komputer ahmad …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf ·...

25

Upload: phamdiep

Post on 24-Mar-2018

329 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara
Page 2: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara
Page 3: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER

SECARA ATAS TALIAN DI FSKSM

AHMAD FARIZ B ABD RAHIM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat

Universiti Teknologi Malaysia

OGOS, 2005

Page 4: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara
Page 5: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

i

Untuk umi, abah, keluarga tersayang dan juga sahabat-sabahat yang dikasihi

kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan serta doa yang panjang kepada Yang Maha Esa untuk kejayaan diri ini. Semoga dengan sumbangan

yang diberikan dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Page 6: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

ii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, selawat dan

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga serta sahabat-

sahabat baginda. Alhamdulilah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurniaNya dapatlah kiranya penulis menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini

dengan jayanya.

Dalam kesempatan ini, penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih

kepada penyelia Projek Sarjana Muda, iaitu Prof Madya Dr Mohd Salihin B

Ngadiman di atas bimbingan, tunjuk ajar dan perbincangan di sepanjang tempoh

penyelidikan Projek Sarjana Muda ini. Juga tidak dilupakan kepada Prof Madya Dr

Daud B Daman, En Mohd Shafry B Mohd Rahim, Prof Madya Sarudin B Kari, Encik

Abdullah B Bade, Encik Ismail Fauzi B Isnin, Encik Mohd Taib B Wahid, Puan

Sarina Bt Sulaiman, Tuan Syed Othmawi B Abd Rahman dan juga pensyarah-

pensyarah lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam proses

untuk menyiapkan projek ini. Juga tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih

diucapkan kepada En Wahid B Saleh, Juruteknik Kanan FSKSM kerana telah banyak

memberi panduan dan tunjuk ajar.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada teman-teman

seperjuangan yang banyak menyumbangkan buah fikiran dan pendapat yang sedikit

sebanyak menambahkan keupayaan saya dalam menyiapkan projek ini.

Page 7: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

iii

ABSTRAK

Selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat pada masa kini, dengan

penggunaan internet yang semakin meluas, pihak Fakulti Sains Komputer dan Sistem

Maklumat berpeluang untuk menggantikan sistem manual untuk penempahan

makmal yang sedia kepada sistem penempahan yang dibangunkan di atas talian.

Ianya memudahkan pensyarah untuk membuat tempahan penggunaan makmal,

memudahkan pensyarah mengetahui jadual terkini penggunaan makmal,

memudahkan juruteknik membuat pemantauan terhadap penempahan makmal dan

juga memudahkan pelajar untuk mendapatkan jadual penempahan makmal. Sistem

Penempahan Makmal Komputer Di atas Talian yang dibangunkan ini adalah sistem

untuk menguruskan penempahan makmal yang memberi peluang kepada pensyarah

untuk membuat tempahan makmal secara atas talian, tanpa perlu menghubungi

juruteknik yang bertugas. Selain itu, sistem yang dibangunkan ini juga mampu

memaparkan jadual terkini penempahan makmal. Sistem ini membenarkan

pensyarah,juruteknik makmal dan pentadbir sahaja untuk membuat tempahan.

Metodologi yang digunakan untuk pembangunan sistem ini ialah metodologi

prototaip penjelajahan. Pembangunan projek ini dapat memberi kemudahan kepada

pensyarah untuk membuat tempahan makmal dan juga memberi kemudahan kepada

para pelajar untuk mengetahui jadual terkini penempahan makmal.

Page 8: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

iv

ABSTRACT

Through the development of IT technology and with the wide usage of

internet, the Faculty of Science Computer and Information System have opportunity

to replace the recent manual system for lab reservation with an online one. This

online reservation system provide facilities for the lecturer to make lab reservations

and to be informed about the latest schedule on the usage of the labs, to provide

facilities for technicians to monitor the labs reservations and also easier for the

students to be informed about the lab reservation schedules. This Online Lab

Reservation System is a system that manage the labs reservations, which given

lecturers the opportunity to make their reservation online, without contacting the

technician on duty. Furthermore, the system can generate the latest schedule on the

labs reservations. The scope of this project is the online development and it can only

allow reservation by lecturers, lab technicians and system administrator. Explorer

prototype methodology is used in this system development. Lastly, the systems

provides facilities to lecturers, in reserving labs and also provide students

information on the latest reservation labs schedules.

Page 9: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

v

JADUAL KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

DEDIKASI i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

KANDUNGAN v-viii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH x

SENARAI ISTILAH xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Projek 1-2

1.2 Latar Belakang Masalah 2-3

1.3 Pernyataan Masalah 4-5

1.4 Matlamat Projek 5

1.5 Objektif Projek 5-6

1.6 Skop Projek 6-7

1.7 Kepentingan Sistem 7-8

1.8 Ringkasan 8

Page 10: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

vi

BAB 2 KAJIAN LATAR BELAKANG MASALAH

2.1 Pendahuluan 9

2.2 Pengenalan Pengurusan Projek 10

2.3 Kajian Terhadap Latar Belakang Organisasi 11-12

2.4 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 12

2.4.1 Sistem Penempahan Tiket

Wayang Secara Atas Talian 13-14

2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang

Air Asia 14-15

2.5 Kajian Terhadap Teknologi

2.5.1 Internet 15-18

2.5.2 World Wide Web 18-19

2.5.3 Hypertext Transfer Protocol(HTTP) 20

2.5.4 PHP 20-22

2.5.5 Perisian 22-23

2.5.6 My SQL 23

2.6 Ringkasan 24

BAB 3 METODOLOGI PEMBANGUNAN

3.1 Pendahuluan 25

3.2 Kajian Ke atas Metodologi 26

3.2.1 Kajian Ke atas Paradigma 26-27

3.2.1.1 Model Spiral 27-28

3.2.1.2 Model Prototaip 29-31

3.2.1.3 Model Air Terjun 31-33

3.2.1.4 Kajian Perbandingan 33-34

3.2.1.5 Justifikasi Pemilihan Metodologi 35

3.3 Pembangunan Metodologi Prototaip Penjelajahan 36

3.3.1 Fasa Keperluan 37

3.3.2 Fasa Analisis 37

Page 11: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

vii

3.3.3 Fasa Rekabentuk Sistem 38

3.3.4 Fasa Implementasi 38-39

3.3.5 Prototaip dan Pengujian Sistem 39

3.3.6 Fasa Aplikasi 39

3.4 Analisa Keperluan Sistem 40

3.4.1 Spesifikasi Keperluan Perkakasan 40-41

3.4.2 Spesifikasi Keperluan Perisian 41-43

3.5 Perancangan Kerja 43

3.6 Ringkasan 44

BAB 4 REKABENTUK SISTEM

4.1 Pengenalan 45

4.2 Senibina Sistem 45-47

4.2.1 Pengguna 47-48

4.2.2 Modul Login 48

4.2.3 Modul Pemilihan Subjek 48

4.2.4 Modul Penempahan 49

4.2.5 Modul Penyelenggaraan 49

4.2.6 Modul Paparan 49

4.3 Rekabentuk Proses 50

4.3.1 Carta Alir 50-51

4.3.2 Rajah Aliran Data 51

4.3.3 Rekabentuk Pangkalan Data 51-52

4.4 Rekabentuk Antaramuka 52

4.5 Rekabentuk Input 52-53

4.6 Rekabentuk Output 53

4.7 Spesifikasi Input 53

4.8 Spesifikasi Output 54

4.9 Ringkasan 54

Page 12: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

viii

BAB 5 PERLAKSANAAN DAN HASIL

5.1 Pendahuluan 55

5.2 Kaedah Capaian Data Dari Pangkalan Data 56

5.2.1 Pembangunan Pangkalan Data 56

5.3 Pembangunan Modul-Modul Sistem 57-60

5.4 Pembangunan Subsistem 60

5.5 Pengujian Sistem 61

5.5.1 Pengujian Unit 61-62

5.5.2 Pengujian Integrasi 62

5.6 Teknik Pengujian 62

5.6.1 Pengesanan Ralat 63

5.6.2 Penghapusan Ralat 63

5.6.3 Menjejak Kesan Ralat 64

5.7 Hasil Projek 64-65

BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

6.1 Perbincangan 66-67

6.1.1 Kelebihan Sistem 67

6.1.2 Kekurangan Sistem 67

6.1.3 Cadangan 68

6.2 Kesimpulan 69

BIBLIOGRAFI 70-71

LAMPIRAN A 72-73

LAMPIRAN B 74-80

LAMPIRAN C 81-86

LAMPIRAN D 87

LAMPIRAN E 88

LAMPIRAN F 89-91

LAMPIRAN G 92

LAMPIRAN H (MANUAL PENGGUNA) 1-25

Page 13: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

ix

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Senarai nama juruteknik untuk setiap makmal 12

2.2 Aplikasi Pangkalan Data yang Menyokong PHP 22

3.1 Menunjukkan perbandingan metodologi berdasarkan

kelemahan dan kelebihan 34

3.2 Spesifikasi Keperluan Perkakasan 41

3.3 Perisian dan Fungsinya 43

4.1 Peranan dan Capaian Pengguna 47-48

Page 14: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

x

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Langkah-langkah Pengurusan Projek 10

2.2 Perkhidmatan teragih 19

2.3 Contoh Kod Aturcara 21

2.4 Format Pernyataan SQL dalam Pangkalan Data

PhpMyAdmin 23

3.1 Model Spiral 27

3.2 Model Prototaip 30

3.3 Model Prototaip Penjelajahan 30

3.4 Model Air Terjun 32

4.1 Senibina Sistem Penempahan Makmal 46

5.1 Mesej Ralat Jika Data Yang Salah Dimasukkan 57

5.2 Rajah Akhir Iaitu Jadual Penempahan Makmal 65

Page 15: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

xi

SENARAI ISTILAH

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Data Flow Diagram(DFD) Rajah Aliran Data

Work Flow Diagram(WFD) Rajah Aliran Kerja

Entity Relationship Diagram(ERD) Rajah Hubungan Entiti

Page 16: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

xii

SENARAI SINGKATAN

Singkatan Makna

CERN European Laboratary For Particle Physics

CGI Common Gateway Interface

CPU Center Processing Unit

DFD Data Flow Diagram

FSKSM Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat

HTML Hypertext Markup Language

HTTP Hypertext Transfer Protocol

JARING Joint Academic & Research Integrated Networking

KLCC Kuala Lumpur City Centre

PHP Hypertext PreProcessor

RUP Rational Unified Process

TCP/IP Transmission Control Protocol/Internet Protocol

TGV Tanjung Golden Village

UML Unified Modelling Languange

UTM Universiti Teknologi Malaysia

WWW World Wide Web

Page 17: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Gantt Projek 72-73 B Carta Alir Pensyarah 74-75

Carta Alir Pentadbir 76-77

Carta Alir Juruteknik 78-79

Carta Alir Pelajar 80

C Rajah Konteks 81

Rajah Aliran Data Peringkat 0 82

Rajah Aliran Data Peringkat 1 83-86

D Rajah Hubungan Entiti 87

E Antaramuka Sistam 88

F Maklumat Makmal 89-91

G Borang Tempahan 92

H Manual Pengguna 1-25

Page 18: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Projek

Dewasa ini, negara-negara di dunia sedang pesat berkembang seiring dengan

teknologi canggih yang diperkenalkan pada abad ke-21 ini. Perkembangan ini telah

memberi perubahan yang drastik kepada generasi dunia yang mana ianya dapat

dilihat dengan wujudnya teknologi pengkomputeran dan sistem maklumat.

Penggunaan teknologi ini membantu manusia dalam segenap hal seperti

memudahkan pengurusan agar menjadi lebih mudah dan efisyen. Ditambah pula

dengan kemudahan internet, maka penggunaan komputer menjadi lebih mencabar

dan meluas lagi. Ini kerana internet menyediakan satu jaringan komunikasi yang

luas dan tanpa sempadan dan boleh dicapai di seluruh dunia.

Sehubungan dengan itu, organisasi yang mengawal makmal komputer

yang terdapat di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat, Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) akan dijadikan sebagai rujukan bagi membantu dalam

pembangunan sistem cadangan ini. Kajian terhadap permasalahan yang wujud dapat

dikaji dan dianalisis supaya keperluan pengguna dapat dipenuhi. Sistem

Penempahan Makmal Komputer yang akan dibangunkan ini akan digunakan oleh

Page 19: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

2

empat kategori pengguna iaitu admin, pensyarah, juruteknik makmal dan juga

pelajar. Dengan adanya sistem ini, diharap ianya dapat membantu pihak pengurusan

makmal komputer di FSKSM untuk menguruskan jadual penggunaan dan

penempahan makmal secara lebih efisyen dan sistematik secara atas talian.

1.2 Latar Belakang Masalah

Makmal komputer yang terdapat di Fakulti Sains Komputer dan Sistem

Maklumat (FSKSM) merupakan makmal-makmal komputer yang disediakan oleh

pihak fakulti untuk para pelajar FSKSM khasnya. Secara umumnya, makmal

komputer yang ada sekarang terdiri daripada Makmal Umum dan juga makmal di

setiap jabatan. Makmal Umum ialah makmal komputer yang berada di aras lima di

bangunan FSKSM. Makmal Umum ini boleh digunakan oleh semua pelajar dan juga

pensyarah yang berdaftar di FSKSM. Manakala makmal di setiap jabatan pula terdiri

daripada makmal untuk Jabatan Kejuruteraan Perisian, makmal untuk Jabatan Sistem

Maklumat, makmal untuk Jabatan Grafik dan Multimedia, makmal untuk Jabatan

Sistem Komputer dan Komunikasi dan juga makmal untuk Jabatan Pemodelan dan

Pengkomputeran Industri. Makmal-makmal untuk setiap jabatan ini boleh

dibahagikan lagi kepada beberapa jenis makmal iaitu makmal yang dikhaskan untuk

pelajar yang membuat Projek Sarjana Muda (PSM) dan juga makmal pembelajaran.

Makmal yang berada di aras lima di bangunan FSKSM dibuka bermula pada

pukul 8.00 pagi dan ditutup pada pukul 11 malam setiap hari bermula pada hari Isnin

sehingga hari Khamis. Untuk hari Jumaat pula, makmal-makmal akan dibuka seperti

biasa dan ditutup pada pukul 1.00 tengah hari. Manakala pada hari minggu, makmal

hanya akan dibuka jika ada tempahan penggunaan makmal. Selain itu, makmal-

makmal tersebut juga dilengkapi dengan kelengkapan-kelengkapan yang pelbagai.

Kelengkapan-kelengkapan yang disediakan boleh ditambah mengikut keperluan

Page 20: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

3

pensyarah. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelengkapan-kelengkapan

tersebut, sila lihat pada Lampiran F.

Di dalam sistem semasa, penempahan penggunaan makmal komputer akan

diuruskan oleh juruteknik yang ditugaskan untuk setiap makmal. Maklumat-

maklumat penempahan akan dimasukkan dan disimpan di dalam satu borang.

Contoh borang yang digunakan boleh dilihat pada Lampiran G. Dengan

menggunakan kaedah manual seperti inilah, pihak juruteknik akan memantau

perjalanan penggunaan makmal. Daripada pemerhatian dan kajian yang dibuat,

sistem manual yang digunakan ini kurang efektif dan tidak selamat kerana

kehilangan data mungkin akan berlaku sekiranya borang yang digunakan untuk

menyimpan maklumat itu hilang atau rosak.

Berdasarkan kajian dan analisa yang dibuat, satu jadual penempahan dan juga

penggunaan untuk makmal komputer secara atas talian amat perlu dihasilkan

memandangkan pihak Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat adalah sebuah

fakulti yang matapelajaran terasnya berkaitan dengan komputer, maka jadual

penggunaan makmal haruslah lebih sistematik supaya pembelajaran para pelajar

tidak terganggu dengan perkara-perkara remeh seperti pertindihan kelas, makmal

yang penuh dan sebagainya.

Berdasarkan kajian dan analisa yang dibuat juga, keperluan sistem

penempahan makmal komputer secara atas talian ini amat diperlukan bagi membantu

pihak pengurusan dalam menyusun jadual penempahan dengan lebih efisyen dan

sistematik. Selain itu, pelajar juga banyak menggunakan makmal komputer untuk

pelbagai tujuan. Antaranya ialah untuk tujuan pencarian maklumat, pembelajaran

dan sebagainya. Dengan adanya sistem ini, ia juga membantu para pelajar untuk

membuat perancangan dari awal untuk menggunakan makmal supaya penggunaan

makmal mereka tidak terganggu.

Page 21: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

4

1.3 Pernyataan Masalah

Merujuk kepada latar belakang masalah yang telah dibincangkan, beberapa

masalah telah dikenalpasti terutamanya dalam proses pengurusan penempahan

penggunaan makmal di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat. Maka timbul

persoalan iaitu “Bolehkah Sistem Penempahan Makmal Komputer ini dibangunkan

dan dapatkah sistem ini membantu mengurangkan masalah-masalah yang wujud

dalam proses pengurusan penempahan makmal yang tidak efisyen di samping

membantu dalam penyebaran maklumat berkenaan dengan penempahan makmal

dengan berkesan?” Untuk memastikan persoalan utama terjawab, beberapa soalan

tambahan dikemukakan bagi menjawab persoalan utama kajian. Persoalan-persoalan

sokongan adalah seperti berikut :

i. Adakah sistem ini dapat memperbaiki cara manual yang digunakan dalam

memaparkan status terkini penggunaan dan penempahan makmal?

ii. Sejauh manakah sistem ini dapat membantu pihak juruteknik untuk membuat

pemantauan ke atas makmal komputer yang ada?

iii. Adakah sistem yang akan dibangunkan ini dapat membantu pentadbir dalam

menguruskan jadual penggunaan dan penempahan makmal komputer dengan

lebih baik?

iv. Adakah sistem ini memberi panduan kepada pelajar untuk mengetahui status

penggunaan dan penempahan makmal yang telah disusun?

Page 22: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

5

Bagi mencapai matlamat sistem, persoalan-persoalan pada Bahagian 1.3

akan dijadikan sebagai panduan supaya sistem yang dibangunkan nanti dapat

mencapai objektif sistem.

1.4 Matlamat Projek

Membangunkan sebuah sistem tempahan makmal yang bersepadu di atas

talian untuk digunakan oleh pensyarah, juruteknik, pelajar dan juga pentadbir di

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat

1.5 Objektif Projek

Pembangunan Sistem Penempahan Makmal Komputer adalah berdasarkan

kepada objektif-objektif berikut :

i. Membangunkan sebuah sistem penempahan makmal komputer secara atas

talian.

ii. Sistem yang memberi peluang kepada pensyarah, juruteknik makmal dan

juga admin untuk menempah makmal secara atas talian.

iii. Sistem yang membolehkan pensyarah membatalkan tempahan yang telah

dibuat.

Page 23: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

6

iv. Sistem yang membenarkan juruteknik membatalkan tempahan yang telah

dibuat oleh pensyarah untuk makmal yang berada di bawah seliaan.

v. Sistem yang dapat memaparkan jadual terkini penempahan makmal dapat

dibangunkan.

Objektif-objektif sistem perlu dititikberatkan kerana sekiranya objektif-

objektif ini tercapai maka sistem penempahan makmal komputer yang dibangunkan

adalah berjaya.

1.6 Skop Projek

Skop merupakan sempadan sistem di mana ia meliputi proses yang terlibat

dalam menakrifkan dan mengawal apa yang perlu dan tidak perlu dimasukkan ke

dalam projek. Pembangunan sistem penempahan makmal komputer secara atas

talian ini adalah berdasarkan kepada skop berikut :

i. Sistem ini akan digunakan oleh empat kategori pengguna iaitu pentadbir iaitu

admin, pensyarah, juruteknik makmal dan juga pelajar di Fakulti Sains

Komputer dan Sistem Maklumat.

ii. Pentadbir perlu memasukkan jadual penggunaan makmal pada permulaan

semester.

Page 24: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

7

iii. Admin, pensyarah dan juruteknik makmal sahaja yang dibenarkan untuk

membuat tempahan dan juga membatalkan tempahan manakala pelajar hanya

dibenarkan melihat jadual terkini penempahan dan penggunaan makmal.

iv. Sistem hanya meliputi tempahan untuk makmal-makmal umum (KPU)

sahaja.

v. Pensyarah hanya dibenarkan membatalkan tempahan untuk tempahan yang

telah dibuat oleh dirinya sahaja.

vi. Juruteknik makmal hanya dibenarkan membuat tempahan dan membatalkan

tempahan untuk makmal seliaannya sahaja.

Sistem penempahan makmal komputer yang dibangunkan ini adalah

berpandukan kepada skop yang telah dinyatakan.

1.7 Kepentingan Projek

Sistem penempahan makmal komputer yang akan dibangunkan, membantu

pensyarah dalam menguruskan aktiviti pembelajaran yang akan diadakan di makmal

komputer di mana sistem dapat menyediakan jadual penggunaan dan juga

penempahan untuk setiap makmal. Selain itu, sistem ini juga akan memudahkan

pihak pentadbir untuk melakukan penyemakan dan juga pemantauan terhadap

penggunaan makmal komputer di FSKSM.

Page 25: SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER AHMAD …ir.fsksm.utm.my/309/1/ahmadfarizac020004d05ttp.pdf · 2.4.2 Sistem Tempahan Tiket Kapal Terbang Air Asia 14-15 2.5 ... 2.3 Contoh Kod Aturcara

8

Selain itu, dengan wujudnya sistem ini, ia dapat membantu para pelajar untuk

merancang jadual penggunaan makmal mereka sendiri dengan ini, pelajar dapat

melihat status setiap makmal sebelum menggunakan makmal-makmal tersebut.

1.8 Ringkasan

Di dalam bab ini, pengenalan mengenai projek Sistem Penempahan Makmal

Komputer diterangkan bagi memberi pemahaman yang jelas dan mendalam

mengenai latar belakang masalah dan permasalahan yang timbul. Pemahaman

terhadap masalah-masalah ini dijadikan rujukan untuk membangunkan sistem. Pada

bab ini juga ada diterangkan mengenai objektif, skop, dan kepentingan projek yang

dicadangkan.