tajuk 2 bercerita mtq (p)

Upload: faizal-afendi

Post on 08-Apr-2018

289 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 TAJUK 2 Bercerita Mtq (p)

    1/3

    TAJUK 2 (P) : KISAH NABI IDRIS AS

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    Terima kasih Pengerusi Majlis, panel hakim, penjaga masa serta hadirin sekalian.

    Tajuk cerita saya ialahKisah Nabi Idris as.

    Nabi Idris as. adalah keturunan ke-6 dari Nabi Adam as. Baginda adalah putera

    pertama Nabi Adam as. yang dilantik sebagai rasul. Dalam kalangan bangsa Ibrani,

    baginda dikenali dengan nama Khunuh. Sejak kecil lagi, Nabi Idris as. sangat suka

    menuntut ilmu. Maka tidak hairanlah baginda dianugerahkan dengan pelbagai

    kepandaian dan kemahiran sehingga digelar dengan nama Idris.

    Firman Allah :

    Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris (yang

    tersebut) di dalam Al Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang yang

    sangat membenarkan dan seorang Nabi.

    ( Ayat 56 , Surah Maryam )

    Nabi Idris as. merupakan insan pertama yang menulis menggunakan pena dan

    memakai baju yang berjahit termasuklah menggunakan kulit sebagai pakaian.

    Ya kawan-kawan,

    Marilah kita mencontohi kejayaan pelajar cemerlang PMR dan SPM tahun

    2010 yang lalu. Ya ini membuktikan kepada kita bahawa ilmu

    pengetahuan sangat penting dalam kehidupan.

    Kehebatan, kebolehan dan kepandaian Nabi Idris as. amat dikagumi oleh Malaikat

    Izrail as. Ini mendorongnya ingin berjumpa dan berkenalan dengan baginda.

    Dengan menyamar sebagai manusia

    Datangnya Izrail ingin berjumpaIdris menerima dengan gembira

    Dijemput untuk menginap di rumahnya

    Setelah berkenalan, Nabi Idris as. melayan tetamunya itu dengan hati yangikhlas. Baginda mempelawa Malaikat Izrail untuk menggunakan keperluan yang

    ada di rumahnya.

    Tetapi, Malaikat Izrail menolak dengan baik. Dia menjelaskan kedatangannnya

    hanya untuk sama-sama beribadat dengan baginda. Nabi Idris as. berasa hairan

    siapakah tetamunya itu lalu bertanya. Izrail menjawab:

    Akulah Izrail, malaikat maut.

  • 8/7/2019 TAJUK 2 Bercerita Mtq (p)

    2/3

    Firman Allah:

    Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka

    mengabdi kepadaKu.

    ( Ayat 56 , Surah Az-Zaariat )

    Ya kawan-kawan,

    Program j-QAF dilaksanakan untuk membantu para pelajar meningkatkanilmu agama. Ingatlah sesungguhnya ibadah yang ikhlas adalah

    penyelamat kehidupan akhirat.

    Semasa Malaikat Izrail datang pada kali kedua, Nabi Idris bertanyatujuan

    kedatangannya. Izrail menjawab:

    Aku datang untuk menziarahmu dengan izin Allah.

    Nabi Idris menyatakan hajatnya

    Ingin merasa dicabut nyawaDengan izin Allah yang Maha kuasaHibanya Izrail melaksanakan tugasnya

    Setelah dimatikan untuk seketika

    Dihidupkan kembali seperti biasaMerasalah Idris dicabut nyawaUmpama binatang dilapah kulitnya

    Firman Allah:

    Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.

    ( Potongan ayat 185 , Surah Ali-Imran )

    Ya kawan-kawan,

    Peristiwa yang berlaku kepada pelombong yang terperangkap selamalebih 3 bulan di San Jose, Chile adalah bukti kekuasaan Allah. Oleh itu,

    kita hendaklah sentiasa mengingati mati dan mendekatkan diri kepadaAllah.

    Nabi Idris as. terus memohon permintaan kepada Malaikat Izrail. Kali ini baginda

    ingin melihat Neraka Jahannam. Dengan izin Allah Malaikat Izrail membawa Nabi

    Idris as. ke neraka.

    Neraka tercipta tempat seksaanDipenuhi api panas membara

    Kala jengking dan ular dapat habuan

  • 8/7/2019 TAJUK 2 Bercerita Mtq (p)

    3/3

    Itulah balasan kepada penghuninya

    Firman Allah:

    Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) Neraka Jahannam; dan

    demi sesungguhnya, (Neraka Jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempattinggal.

    ( Potongan ayat 206 , Surah Al-Baqarah )

    Ya kawan-kawan,

    Hari ini sering berlaku kes-kes pembunuhan kejam di negara kita.

    Ingatlah setiap perbuatan jahat yang dilakukan, nerakalah balasannya.

    Setelah melihat dahsyatnya neraka, Nabi Idris ingin pula ke syurga. Dengan izin

    Allah, Malaikat Izrail pun membawa Nabi Idris melawat syurga.

    Indahnya syurga tiada terkira

    Rasa ingin tinggal selamanyaHasrat dihati terus dilaksana

    Mengekalkan diri di dalam syurgaNamun kuasa Allah mengatasi segalanyaIdris diwafatkan jua akhirnya

    Firman Allah:

    Dan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal saleh (berada)di dalam taman-taman syurga.

    Ya kawan-kawan,

    Berusahalah mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Contohilah

    keluarga Tokoh Maal Hijrah Selangor 2011, Dato Dr. Harun Din.

    Kisah Nabi Idris jadikan renunganIlmunya tinggi tiada tandingan

    Iman tak goyah digoda syaitanJadikan ia sebagai pengajaran

    Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Terima kasih.