tajuk 13 kemahiran mengarang.pptx

29
Tajuk 13 Kemahiran Mengarang Mencari Isi – Menggunakan Bahan Rangsangan Mengaitkan Isi dengan Tajuk, Kohesi, Koheren, dan Pemerengganan Kemahiran Kosa Kata, Gaya Persembahan, Mengedit dan Mengembangkan Idea – Peta Minda

Upload: mokhtarppg

Post on 20-Nov-2015

264 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Tajuk 13 Kemahiran Mengarang

Tajuk 13Kemahiran MengarangMencari Isi Menggunakan Bahan RangsanganMengaitkan Isi dengan Tajuk, Kohesi, Koheren, dan PemerenggananKemahiran Kosa Kata, Gaya Persembahan, Mengedit dan Mengembangkan Idea Peta Minda

Objektif MengarangObjektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:

Melatih murid-murid melahirkan idea Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea

Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betulMelatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betulMenggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari

Peringkat PengajaranPeringkat pengajaran mengarang melibatkan aktivit-aktiviti pramengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.

Pramengarang(i) Berbincang untuk menentukan format(ii) Berbincang untuk menentukan isi(iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik yang lain(iv) Membuat peta minda atau carta alir cerita(v) Menentukan watak(vi) Menyaring bahan(vii) Menulis draf

Semasa mengarang(i)Mentransformasikan perancangan kepada bentuk karangan(ii) Menentukan format(iii) Mengambil kira aspek penghuraian yang melibatkan kosa kata, sistem bahasa, gaya bahasa, tanda baca, ejaan (termasuk bentuk huruf) dan wacana.(iv) Mengambil kira aspek kohesi dan koherensPasca mengarang(i) Menyemak karangan(ii) Melakukan pembetulan(iii) Membuat penambahan sekiranya perlu(iv) Menghantar karangan

BINAAN KARANGANPENDAHULUANISIPENUTUP

PENDAHULUANKomponen pengenalan atau pendahuluan karangan biasanya mengandungi maklumat umum tentang topik karangan. Penulisannya tidak terlalu panjang.. Penyataan yang ditulis hendaklah ringkas dan padat bertujuan untuk menarik pembaca membaca karangan tersebut.

PENDAHULUAN KARANGANTerdapat pelbagai cara. Antarnya adalah dengan menggunakan;

isu semasaunsur sejarahkata-kata tokoh terkenalunsur soalangabungan

ISI KARANGANSetiap isi karangan hendaklah ditulis dalam satu perenggan.Setiap perenggan itu harus mengandungai pernyataan umum dan pernyataaan khusus.Pernyataaan umum ialah ayat topik / isi utama dan diikuti dengan pernyataan khusus / huraian / isi sampingan.Biasanya, ayat topik berada dalam ayat pertama dalam sesuatu perenggan.Contoh;Fesyen wanita sekarangan telah banyak berubah. Seluar jean semakin popular dalam kalangan wanita. Malah potongan rambut sudah menjadi ala-ala seorang lelaki.

Menurut Kamarudin Hj.Husin (1997 : 100) pemerengganan yang baik harus mempunyai ciri-ciri kesatuan, pertautan dan penekanan.Kesatuan (Unity)Bermaksud tumpuan atau pemusatan keseluruhan penulisan kepad judul dominan yang merupakan fokus perbincangan itu.Penulis perlu menyusun dengankemas, rapi dan berkesinambungan bahan-bahan yang ditulisnya dalam satu kesatuan yang mantap dan jitu.Isi yang dikemukakan berfokus kepada tajuk. Semakin tepat dan mantap setiap isi menyentuh tajuk maka semakin kukuhlah sifat kesatuan penulis tersebut.

Contoh 1 karangan tentang Sambutan Kemerdekaan

Bangun awal, bersiap untuk ke bandar.Mengayuh basikal ke bandar.Sampai awal, orang masih tidak ramai.Majlis bermula, penganjur, ucapan perasmia oleh menteri.Pertunjukan bunga api, kereta berhias.Aktiviti menjamu selera.Pulang dengan hati terhibur.

Contoh 2 karangan tentang Sambutan Kemerdekaan

Bangun awal, bersiap untuk ke bandarMengayuh basikal ke bandarJumpa kawan pergi mandi di sungai.Bapa datang bawa ke rumah nenekMain congkak dengan sepupu.Menjamu selera. di rumah kawanTidur di rumah nenek.

Pertautan (kohesi)iaitu pertalian antara satu unsur dengan unsur lain yang terdapat dalam sesuatu penulisan itu.Setiap ayat mesti mempunyai hubungan erat dengan ayat yang lain dan setiap perenggan dengan perenggan yang lain.

Contoh;

Ali, Ahmad dan Omar ke masjid pada awal pagi.

Mereka ke sana untuk sembahyang sunat duha.

Terdapat empat jenis pertautan yang lazim terdapat dalam sesuatu penulisan;Pertautan dari segi logik hubungan yang munasabah dari segi logik fikiran antara unsur dengan unsur yang lain. Hubungan itu mungkin berbentuk sebab dan akibat, bukti dan kesimpulan, fakta dan ulasan dan sebagainya. Penanda wacana yang sesuai digunakan seperti, oleh yang demikian,walau bagaimanapun, namun begitu, berhubungan dengan itu.

Pertautan waktu memperlihatkan kesinambungan antara peristiwa dari segi masa. Pertautan ini dapat dihasilkan melalui penggunaan , pada masa dahulu,sebelum itu, kini, lantas, selepas itu, kemudian, sejak zaman dan lain-lain.

Pertautan ruang memperlihatkan pertalian kedudukan benda-benda yang terdapat dalam ruang alam ini. Lazimnya terdapat dalam penulisan bentuk penceritaan. Penggunaan bahasa di dalam, di atas, di belakang, di kiri, ke kanan, di samping, ke sana, ke hujung, di belakang.

Pertautan emosi memperlihatkan hubungan perasaan terhadap sesuatu peristiwa yang dialami.Pertautan ini juga lazimnya terdapat dalam karangan penceritaan. Penggunaan bahasa; dengan perasaan marah, terlal geram, amat sedih, begitu jemu.

PenekananPenyusunan semua unsur dalam sesebuah penulisan dengan cara yang paling sesuai, yang difikirkan dapat mencapai matlamat penulisan tersebut.Penekan oleh penulis pada bahagian tertentu yang ingin ditonjolkan penulis. Cth; Karangan Dadah - kesan dadah, punca, cara mengatasi ?

Runtutan (Koheren)Merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna.Contoh;Penyakti kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains berkembang maju , tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi.

Kesinambungan idea dapat dikesan melalui perkataan AIDS, gegala, penyakit dan masalah tidak dapat diatasi.

Teks yang bertaut tidak semestinya runtut.

Contoh;

Wanita itu membeli baju baharu berwarna biru. Warna biru ialah warna kegemasan muda-muda kini. Muda-mudi kini banyak yang terlibat dalam masalah sosial.

PENUTUPBahagian ini merupakan kesimpulan, rumusan atau pandangan penulis.

Kemahiran Kosa Kata, Gaya Persembahan, Mengedit dan Mengembangkan Idea Peta Minda

Kosa KataKebolehan menggunakan perkataan / diksi / kosa kata/ leksikal yang beragam dan luas dengan tepat dan berkesan.

Pengajaran hendaklah dibuat secara tak formal tetapi terancang. tentang undang-undang bahasa yang merangkumi aspek morfologi dan sintaksis supaya murid-murid boleh;Menggunakannya dengan tepat dan berkesan dalam menulis.Menggunakan berbagai-bagai jenis kata dalam pelbagai konteksMembina frasa dan ayat dengan tepat, indah dan jelas dalam pelbagai konteks penulisan.

Contoh perkataan yang perlu diajar kepada murid-murid; Sofistikated Canggih Releven Domestik Marabahaya Enteng Bersekongkol Berkarisma

GayaKebolehan mengunakan ayat dan ungkapan dalam bentuk yang menarik dan dengan bahasa yang berkesan.Murid menguasai format pelbagai jenis karangan.Murid dapat menyusun isi dan membuat huraian.

Menurut Watkins, (dalam Kamarudin Hj. Husin, 1997 : 57), gaya menunjukkan unsur-unsur penting yang seharusnya menjadi tupuan para guru bahahasa bagi membina aspek gaya penulisan pellajar-pelajar. unsur-unsur tersebut ialah;Pemilihan perkataan dan ekspresifSusunan perkataan dalam ayat-ayatKeragaman dalam pola-pola ayat.

MengeditDalam penulisan sesebuah karangan kerja mengedit sangat penting. Biasanya kerja mengedit dilakukan sebanyak dua kali;Kali pertama - murid menyemak sendiri draf yang telah siap dan cuba memperkemaskan dari segi isi, tatabahasa adan pemerengganan.Kali kedua Draf yang telah diedit sendiri diberi kepada rakan atau guru untuk mendapatkan maklum balas tentan gpenulisan tersebut. Semua pandangan daripada mereka akan digunakan untuk meningikan mutu penulisan.

sekian, terima kasih