tahun 4 m 2

5
Tahun: 4 Al Farabi Bidang: Menggambar Aktiviti : Gosokan Tema : Alam Semula jadi Tajuk : Buah-buahan Tarikh: 9 Ogos 2015 Masa : 60 minit (12.45-1.45 tengah hari) Objektif: Melalui tajuk ini, pelajar dapat: Menghasilkan gambar menggunakan teknik gosokan dengan menekankan bahasa seni visual. Menghasilkan gambar teknik gosokan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. Media : Alat :kertas A4 atau kertas lukisan permukaan yang mempunyai jalinan Bahan : pensel warna, dan pensel Bahan Bantu Belajar : Contoh pelbagai kesan gosokan dan gambar buah- buahan EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni iaitu bentuk, jalinan, warna, kepelbagaian, dan kesatuan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan gambar teknik gosokan. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan gambar teknik gosokan. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan gambar teknik gosokan.

Upload: zur-aliff-aliff

Post on 12-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gygyjh

TRANSCRIPT

Page 1: TAHUN 4 M 2

Tahun: 4 Al Farabi

Bidang: Menggambar

Aktiviti : Gosokan

Tema : Alam Semula jadi

Tajuk : Buah-buahan

Tarikh: 9 Ogos 2015

Masa : 60 minit (12.45-1.45 tengah hari)

Objektif: Melalui tajuk ini, pelajar dapat:

Menghasilkan gambar menggunakan teknik gosokan dengan menekankan bahasa seni visual.

Menghasilkan gambar teknik gosokan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.

Membuat apresiasi terhadap karya.

Media : Alat :kertas A4 atau kertas lukisan permukaan yang mempunyai jalinan

Bahan : pensel warna, dan pensel

Bahan Bantu Belajar : Contoh pelbagai kesan gosokan dan gambar buah-buahan

EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN

1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni iaitu bentuk, jalinan, warna, kepelbagaian, dan kesatuan yang terdapat pada alam semula jadi atau objek buatan manusia dalam penghasilan gambar teknik gosokan.

2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan gambar teknik gosokan.

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan gambar teknik gosokan.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

Page 2: TAHUN 4 M 2

STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yangada pada gosokan.

1.1.1 Unsur seni

1.1.1.1 Bentuk - ilusi

1.1.1.2 Jalinan - tampak dan sentuh

1.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau tertier

1.1.2 Prinsip rekaan

1.1.2.1 Kepelbagaian - jalinan

1.1.3.2 Kesatuan - komposisi objek

1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik gosokan.

1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

1.2.1.1 Alat - permukaan yang mempunyai jalinan dan kertas lukisan atau kertas A4

1.2.1.2 Bahan -pensel warna dan pensel

1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya

1.2.2.1 Teknik - gosokan

1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar teknik gosokan secara kreatif

1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif

1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya

1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gambar teknik gosokan

1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan menumpukan pada aspek bahasa seni visual.

1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan

1.4.2 Menceritakan pengalaman sendiri dalam proses penghasilan karya

1.4.3 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

Page 3: TAHUN 4 M 2

STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI CATATAN

Persepsi Estetik(10minit)

Guru mempamerkan contoh gambar teknik gosokan.

Guru menyatakan kesan gosokan pada permukaan yang berbeza.

Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada beberapa contoh gosokan.

SOALAN:

Teknik apakah yang digunakan dalam lukisan di atas?JAWAPAN: teknik gosokan

SOALAN: Adakah setiap permukaan mempunyai jalinan yang sama?JAWAPAN:Tidak!

BBM:Contoh gambar teknik gosokan, gambar buah buahan

Kecerdasan Pelbagai

Aplikasi Seni(10 minit)

Guru menyatakan media yang digunakan.

Guru menunjuk cara melakar rupa buah-buahan.

Guru menunjuk cara membuat gosokan pada lakaran buah-buahan.

Guru meminta murid meneroka media untuk menghasilkan gosokan.

Langkah-langkah penghasilan

Langkah1

Melakar rupa buah-buahan

Langkah 2

Gosokan pada buah-buahan

Page 4: TAHUN 4 M 2

Ekspresi Kreatif(30 minit)

Murid menghasilkan lakaran dengan bimbingan guru.

Murid menghasilkan gambar buah-buahan teknik gosokan pada pelbagai permukaan mengikut kreativiti masing - masing.

Apresiasi Seni(5 minit)

Murid mempamerkan karya masing-masing.

Murid menceritakan pengalaman semasa proses menghasilkan gambar teknik gosokan.

Murid memberikan pendapat tentang karya rakan.

Membuat penilaian berdasarkan bahasa seni visual, kekemasan, kekreatifan dan kebersihan

-Unsur seni-Prinsip rekaan

Kriteria:

-Pengunaan alat dan bahan-Kemahiran teknik-Keaslian idea berdasarkan tema-Kreativiti-Kekemasan

Penutup(5 minit)Guru mengulangi tajuk pada hari ini dan menerapkan nilai murni yang bersesuaian

Merumuskan tajuk dan menerapkan nilai murni

- Nilai kreativiti dan Estetika