tahun 2 (1.5.1)

7
Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Modul : Kemahiran Aspek :1 – Kemahiran Pergerakan Standard kandungan : Pergerakan Berirama 1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan mengikut irama. Standard pembelajaran : 1.5.1 Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo. 2.4.2 Mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai dalam satu rangkaian pergerakan mengikut tempo. 5.1.3 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti. Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : (i) Psikomotor Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo lagu. (ii) Kognitif Memilih pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai dalam membuat satu rangkaian pergerakan mengikut tempo. (iii) Afektif Menunjukkan rasa gembira melalui riak wajah serta melibatkan diri semasa melakukan aktiviti.

Upload: joelhew

Post on 27-Sep-2015

20 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo

TRANSCRIPT

Mata pelajaran: Pendidikan JasmaniModul : Kemahiran Aspek:1 Kemahiran PergerakanStandard kandungan: Pergerakan Berirama 1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan mengikut irama.Standard pembelajaran: 1.5.1 Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo. 2.4.2 Mengenal pasti pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai dalam satu rangkaian pergerakan mengikut tempo. 5.1.3 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :(i) Psikomotor Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo lagu. (ii) Kognitif Memilih pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai dalam membuat satu rangkaian pergerakan mengikut tempo.(iii) Afektif Menunjukkan rasa gembira melalui riak wajah serta melibatkan diri semasa melakukan aktiviti.

Tarikh:27 APRIL 2015Masa:9.40 pagi 10.10 pagiTahun:2 BestariBilangan Murid:L-7P-7Penerapan nilai:Berkerjasama Kemahiran berfikir:Mengkategorikan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotorStrategi utama:KontekstualBahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran:

1. Pembesar suara 2. CD muzik3. Kon

Bahagian/MasaAktivitiFokus Pembelajaran & Organisasi KelasCatatan

Permulaan( 5 minit )

1. Kehadiran2. Kesihatan3. PakaianSenam Aerobik

Kehadiran murid direkodkan. Memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Memastikan pakaian murid kemas.

Fokus PembelajaranMemanaskan badan dengan iringan muzik untuk mewujudkan kesediaan diri dalam PnP.Organisasi Kelas Murid mengambil ruang masing-masing dalam kawasan yang ditanda dengan kon secara hadap ke arah guru. Murid dikehendaki melakukan pelbagai pergerakan anggota badan dengan iringan muzik.Murid perlu mengikut pergerakan yang ditunjukkan oleh guru

Ciri Strategi: Menghubungkait (Relating)

BSPP1. CD Muzik2. Pembesar Suara

Catatan:Menerusi akiviti ini, murid-murid dapat menghubungkaitkan kepentingan mewujudkan kesediaan diri.

Perkembangan( 10 minit ) Pergerakan Bermuzik

Fokus PembelajaranMelakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor mengikut tempo lagu.

Organisasi Kelas

Secara berpasangan, murid diminta menghadap rakan dengan tangan cekak pada pinggang. Kemudian, lakukan langkah bleking, iaitu lompat pada kaki kiri sambil letak tumit kaki kanan ke depan. Lompat pada kaki kanan sambil letak tumit kaki kiri ke depan. Sekali lagi, lompat pada kaki kiri sambil letak tumit kaki kanan ke depan. Akhiri dengan dua tepukan. Kemudian, cangkuk tangan kanan dengan pasangan. Lari lapan langkah ikut arah jam. Lepaskan tangan dan tepuk dua kali. Ulang kedua-dua pergerakan sebanyak tiga kali berterusan dengan iringan muzik.

Ciri Strategi Mengalami

BSPP1. Pembesar Suara2. CD muzik

CatatanMelaui aktiviti ini, murid-murid berpeluang untuk mengalami pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan iringan muzik.

Kemuncak( 10 minit )

Mari Bergerak

Fokus PembelajaranMerancang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang sesuai dalam membuat satu rangkaian mengikut tempo.

Organisasi Kelas

Dalam kumpulan bertujuh, rancang satu formasi pergerakan berirama menggunakan lagu yang sama. Pergerakan adalah bebas dengan menggunakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Murid boleh menggunakan pergerakan yang sama dengan bahagian perkembangan tetapi boleh menggantikan sesetengah bahagian dengan perlakuan lain seperti tepuk tangan menjadi hentak kaki atau tepuk paha. Dua kumpulan akan bergiliran membuat persembahan. Kumpulan yang menunggu akan menolong rakan menepuk tangan untuk tempo lagu.

Ciri StrategiMemindahkan(Transferring)

BSPP1. Pembesar Suara2. CD muzik3. Borang penilaian

CatatanMalalui aktiviti ini, murid-murid dapat mengingati dan memindahkan pergerakan-pergerakan yang dipelajari di bahagian perkembangan menjadikannya satu rangkaian yang bertempo.

Penutup( 5 minit )Penyejukan Badan & RumusanFokus Pembelajaran:Kualiti pergerakan semasa menyejukkan badanOrganisasi kelas Murid menjalankan aktiviti menyejukkan badan dalam satu bulatan melalui pergerakan berikut:i. Goyang kakiii. Goyang tanganiii. Lompat setempativ. Lari anak

Guru menjalankan sesi soal jawab dan rumusan isi pelajaran. Antara soalan yang dilontarkan ialah:i. Nyatakan tiga jenis pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.ii. Bagaimana kita merancang rangkaian perlakuan apabila ada iringan muzik?

Ciri Strategi :Memusatkan murid

BSSP1. Kon

Catatan:Melalui aktiviti menyejukkan badan, murid-murid dapat menurunkan suhu badan dan kadar nadi secara perlahan-lahan.

Melalui rumusan daripada guru, murid-murid akan lebih memahami isi pelajaran.