mencetak tahun 2
DESCRIPTION
dsv tahun 2 bidang mencetakTRANSCRIPT
Tarikh/ hari : 4 Mac 2015 / Khamis
Masa : 10.10 pagi – 11.10 pagi (60 minit)
Mata pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Tahun : 2 Al Farabi
Jumlah murid : 27 orang
Bidang kegiatan : Membuat corak dan rekaan
Jenis kegiatan/ Aktiviti : Mencetak
Isi kandungan
Tema : Alam semulajadi
Tajuk : Pembalut hadiah.
Standard Kandungan:
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, warna, imbangan, kontra, dan harmoni yang terdapat pada alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik cetakan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti membuat corak.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam membuat corak. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.
Standard Pembelajaran:
2.1 Persepsi Estetik :Murid dapat menyatakan unsur rupa dan warna, prinsip keseimbangan pada corak rekaan. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Rupa – organik atau geometri 2.1.1.2 Warna – primer
2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Harmoni – perulangan motif
2.2 Aplikasi Seni: Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik cetakan.. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 2.2.1.1 Alat – bongkah cetak, tali parcel, berus lukisan, palet dan surat khabar.2.2.1.2 Bahan – gam UHU, kertas lukisan, dan warna air.
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.2.2.2.1 Teknik – cetakan.
2.3 Ekspresi Kreatif :Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan corak cetakan.
2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif 2.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik cetakan dalam penghasilan corak.2.3.3 Menggunakan bahasa seni visual : rupa, warna, imbangan, kontra dan harmoni dalam penghasilan karya. 2.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
2. 4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan 2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
Hasil Pembelajaran:Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1. Menyatakan unsur rupa, warna serta imbangan pada corak rekaan.2. Mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak
teknik cetakan.3. Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan teknik
dalam penghasilan corak cetakan.4. Membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni
visual
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah didedahkan dengan hasil seni cetakan dan teknik basah atas keringPenerapan Nilai : Kerjasama, kebersihan dan kekemasanPenggabungjalinan : Penyerapan Sains alam semulajadi dan Bahasa Inggeris (Beach)Pemulihan : Dicadangkan bagi mereka yang gagal melakukan aktiviti.KBKK : SumbangsaranStrategi/ Kaedah : Konseptual, Pembelajaran Masteri, Demonstrasi dan Tunjuk Cara, Pendekatan SDPBahan Bantu Mengajar : Lagu “Happy birthday to you”, “Big Book”, contoh hasil karya cetakan pembalut hadiah,
dan carta langkah teknik cetakan pembalut hadiah. Bahan Bantu Belajar :Dokumen Standard DSV KSSR, Buku Panduan DSV KSSR, Rancangan Pengajaran
Tahunan DSV Tahun 2, laptop dan speakerAlat, bahan dan media
Alat : Berus lukisan dan paletBahan : Kertas lukisan dan cat air
EMK : Kreativiti dan Inovasi, TMK, Keusahawanan dan Nilai murni
Isi Kandungan AKtiviti Pengajaran dan Pembelajaran BBM Catatan
Set Induksi(3–5 minit)
Lagu: “Happy Birthday to you”
Sesi soal jawabSoalan:Apakah yang kamu gunakan untuk membalut hadiah?
Jangkaan jawapan:Pembalut hadiah.
Tajuk pelajaran:Pembalut hadiah.
1. Guru memasang lagu “Happy Birthday To You”2. Guru meminta murid membayangkan pemandangan di
majlis harijadi.3. Guru memasang lagu “Happy Birthday To You” dan
meminta murid menyanyi.4. Murid dirangsang untuk meneka tajuk pembelajaran yang
akan dipelajari dengan sesi soal jawab.5. Guru mengaitkan tajuk pelajaran hari ini dengan teknik
yang bakal diajar-catan basah atas kering
Peralatan:Telefon pintar, lagu, speaker
EMK:Teknologi Maklumat dan Komunikasi
KBKK:Sumbangsaran
Pendekatan SDP
Langkah 1 Pengenalan:
Pengenalan tajuk pelajaran hari ini iaitu menggambar catan pemandangan di tepi pantai
Definisi catan:Cetakan ialah proses terapan blok ke atas sesuatu permukaan.
1.1 Guru mempamerkan maksud rupa organik berserta contoh.
1.2 Guru menerangkan warna primer dalam bentuk carta serta contoh karya cetakan berunsur pengulangan.
1.3 Guru menggunakan “Big book” untuk menyatakan definisi teknik cetakan pembalut hadiah.
1.4 Guru mempamerkan contoh karya yang menggunakan teknik catan basah atas kering.
1.5 Murid menyebut contoh unsur seni dalam contoh hasil karya menggunakan warna primer.
Contoh hasil karya – Pembalut hadiah menggunakan teknik cetakan
“Big Book” Cetakan
Strategi:Konseptual(EK1)
Langkah 2 Pewujudan Konsep:Penerokaan alat dan bahan
2.1 Guru menunjukkan cara menghasilkan imbangan simetri dengan teknik lipatan menggunakan kertas lukisan.2.2 Guru menunjukkan bahan dan alatan yang akan digunakan bagi teknik cetakan menggunakan blok, basah atas kering kepada murid-murid menggunakan “big book”
2.2 Guru mengedarkan bongkah cetakan kosong.2.3 Murid melakarkan corak bunga di atas bongkah cetakan.
Berus lukisan, palet, kertas lukisan, cat air, Gam UHU, Bongkah cetakan, tali parcel. Gunting.
“Big Book” Cetakan
Kaedah:Demonstrasi
Langkah 3 Tunjuk Cara:Guru mengeluarkan cetakan pembalut hadiah dan menunjukkan cara untuk mencetak menggunakan teknik basah atas kering kepada murid-murid melalui carta langkah.
3.1 Murid memerhati guru membuat corak dan rekaan pembalut hadiah menggunakan Carta Langkah.3.2 Murid memberi tumpuan sepenuhnya kepada tunjuk cara guru dan melihat kepada carta langkah yang disediakan guru.3.3 Murid menyapukan gam pada lakaran bunga.3.4 Murid menampal tali parcel di atas gam mengikut lakaran bunga sehingga selesai.3.5 Guru memantau dan membantu murid menggunting dan melekatkan tali parcel diatas lakaran bunga.
Gam UHU, Bongkah cetakan,tali parcel, gunting.
“Big Book” Cetakan
Teknik:Tunjuk cara
Strategi:Belajar cara belajar
Langkah 4 Penghasilan Produk 1.1 Murid mengeluarkan alat dan bahan untuk menjalankan penghasilan produk cetakan pembalut hadiah.
1.2 Murid menghasilkan cetakan pembalut hadiah.seperti langkah-langkah yang telah ditunjukkan.
1.3 Guru membimbing murid mewarna cetakan dan mencetak serta mengikat reben keatas karya hasil murid.
Berus lukisan, palet, kertas lukisan, cat air, bongkah cetakan, Reben.
Strategi:Pembelajaran Masteri
Nilai:Ketelitian, kekemasan dan kebersihan
Langkah 5 Apresiasi Seni 5.1 Guru menggantung hasil karya murid dihadapan papan putih.
5.2 Guru membimbing murid menyatakan unsur seni yang digunakan dalam hasil karya.
5.3 Murid menyatakan perasaan mereka semasa menjalankan aktiviti.
Hasil karya murid
EMK:Kreativiti dan inovasi
Nilai:Keyakinan diri
Penutup Rumusan isi pelajaran Kognitif:8.1 Murid merumuskan aktiviti yang berkaitan dengan teknik cetakan bongkah dengan bimbingan guru.8.2 Murid menyanyi lagu “Happy Birthday To You” sambil bertukar-tukar hadiah mereka dengan rakan.
Sosial:8.3 Murid mengemas kelas seperti keadaan asal.
Hasil karya murid
Nilai: Kebersihan