tahniah! teraju - fptv.uthm.edu.myfptv.uthm.edu.my/download/newsletter/newsletter april 2018.pdf ·...

6
FPTV 4/2018 NEWSLETTER Juara Karnival Sukan Staf UTHM Kontinjen TERAJU yang disertai oleh FPTV bersama lima jabatan lain telah berjaya muncul sebagai johan keseluruhan dalam Karnival Sukan Staf UHTM yang telah diadakan pada 26-29 April yang lalu. Turut serta dalam kontinjen tersebut ialah Pejabat Bendahari, Pusat Teknologi Maklumat, Pusat Pendidikan Berterusan, Kolej Kediaman Tun Syed Nasir dan Kolej Kediaman Tanpa Asrama dinobatkan juara keseluruhan apabila berjaya meraih empat emas, dua perak dan tiga gangsa. Selain itu, Kontinjen Teraju juga memenangi perbarisan terbaik semasa karnival itu berlangsung. Karnival tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Staf UTHM ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan peningkatan ukhwah sesama staf. Hasrat ini kemudian diterjemahkan dengan semangat juang yang tinggi dari semua peserta yang mewakili FPTV sehingga mampu meraih juara. Tahniah FPTV! Yang Berbahagia Dekan FPTV, Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad menjulang trofi kejuaraan APRIL 4 / 2018 TAHNIAH! TERAJU NEWSLETTER Pasukan TERAJU bergambar selepas diumumkan sebagai juara keseluruhan Karnival Sukan Staf UTHM Kontinjen TERAJU semasa menyertai acara perbarisan Pasukan tarik tali bergambar bersama Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan sebelum acara bermula

Upload: lehuong

Post on 25-Jul-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FPTV

4/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Juara Karnival Sukan Staf UTHM

Kontinjen TERAJU yang disertai oleh FPTV bersama lima jabatan lain telah berjaya muncul sebagai johan keseluruhan dalam Karnival Sukan Staf UHTM yang telah diadakan pada 26-29 April yang lalu. Turut serta dalam kontinjen tersebut ialah Pejabat Bendahari, Pusat Teknologi Maklumat, Pusat Pendidikan Berterusan, Kolej Kediaman Tun Syed Nasir dan Kolej Kediaman Tanpa Asrama dinobatkan juara keseluruhan apabila berjaya meraih empat emas, dua perak dan tiga gangsa. Selain itu, Kontinjen Teraju juga memenangi perbarisan terbaik semasa karnival itu berlangsung. Karnival tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Staf UTHM ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan peningkatan ukhwah sesama staf. Hasrat ini kemudian diterjemahkan dengan semangat juang yang tinggi dari semua peserta yang mewakili FPTV sehingga mampu meraih juara. Tahniah FPTV!

Yang Berbahagia Dekan FPTV, Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad

menjulang trofi kejuaraan

APRIL

4 / 2018

TAHNIAH! TERAJU

NE

WS

LE

TT

ER

Pasukan TERAJU bergambar selepas diumumkan sebagai juara keseluruhan Karnival Sukan Staf UTHM

Kontinjen TERAJU semasa menyertai acara perbarisan

Pasukan tarik tali bergambar bersama Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan sebelum acara bermula

FPTV

4/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada 12 April 2018 yang lalu, telah berlangsung sesi pertemuan Timbalan Naib Canselor (TNC) (Akademik & Antarabangsa) UTHM, Prof Dr Hj Ismail bin Abd Rahman ke FPTV. Sesi yang dihadiri oleh staf FPTV ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Dekan FPTV, Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad seterusnya disusuli dengan pembentangan tentang perjalanan program dan aktiviti yang lepas, semasa dan juga sasaran FPTV sepanjang tahun 2018. Sesi pertemuan ini diteruskan dengan ucapan daripada Prof Dr Hj Ismail. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan tentang Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang perlu dicapai oleh fakulti pada tahun 2018. Beliau juga berharap agar FPTV dapat memberikan komitmen yang jitu dalam menjayakan sasaran KPI universiti.

SESI PERTEMUAN TNC AKADEMIK & ANTARABANGSA DAN WARGA FPTV

Dari kiri: Dr Faizal Amin Nur Bin Yunus, PM Dr Abdul Rasid Bin Abdul Razzaq, Prof Dr Hj Ismail bin Abd Rahman dan Prof Dr

Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad

Prof Dr Hj Ismail bin Abd Rahman menyampaikan ucapan beliau

Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad memberikan ucapan alu-aluan kepada hadirin

Sebahagian daripada staf yang hadir ke sesi pertemuan

4 / 2018

APRIL

FPTV

4/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada 8-12 April 2018 yang lalu telah berlangsung program Lawatan Verifikasi SKM di FPTV. Proses verifikasi ini adalah untuk membuat penilaian terhadap pelajar FPTV sebagai syarat untuk dianugerahkan SKM untuk sesi April 2018. Penganugerahan SKM ini selari dengan program Dual Accreditation Certification yang dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Vokasional ini yang mana pelajar akan dianugerahkan SKM di samping Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (ISMPV) setelah tamat pengajian Menurut Ketua Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Dr Mohd Hasril bin Amirudin, pada tahun 2018, sebanyak enam program bertauliah telah melalui proses verifikasi SKM mengikut tahap yang ditentukan iaitu Program Jurubina Bangunan (Tahap 2), Rekabentuk Multimedia Pengarangan (Tahap 3), Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam (Tahap 3), Operasi Pemesinan (Tahap 3), Pemasangan dan Penyelengaraan Elektrik - Tiga Fasa (Tahap 3) dan Penyeliaan Pemasangan & Penyelenggaraan HVAC (Tahap 3) yang melibatkan seramai 176 calon. Melalui proses verifikasi ini, pelajar dinilai dari dua aspek iaitu teori dan amali di samping penyediaan portfolio bagi subjek yang terlibat. Pada sesi kali ini kesemua 176 calon telah lulus dan berjaya memperolehi SKM. Untuk rekod, semenjak Dual Accreditation Certification pada tahun 2012, seramai 305 orang pelajar telah pun Berjaya mendapat SKM. Lawatan verifikasi SKM yang seterusnya dijadual bakal berlangsung pada bulan Oktober akan datang.

LAWATAN VERIFIKASI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

Para pelajar tekun menduduki ujian amali SKM

Pelajar program Binaan Bangunan sedang menyiapkan tugasan amali

Sesi bergambar bersama pihak pengurusan FPTV dan pegawai verifikasi selepas majlis penutup Lawatan Verifikasi SKM

Pelajar program Multimedia Kreatif sedang menjalani ujian amali di makmal

Sebahagian pelajar yang telah lulus ujian SKM

4 / 2018

APRIL

FPTV

4/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada 22-24 Mac 2018 yang lalu, FPTV dan komuniti Felda Chempelak Barat, Labis telah mengadakan satu program khidmat masyarakat yang bertempat di Felda Chempelak Barat. Program dua hari ini dirasmikan oleh ADUN Tenang iaitu Yang Berhormat Azahar Bin Ibrahim. Seramai 100 orang pelajar dari FPTV menyertai program tersebut dan diketuai oleh Dr Jamil Bin Abd Baser selaku Timbalan Dekan HEPA. Objektif penganjuran khidmat masyarakat ini ialah untuk mendedahkan pelajar tentang keperluan sumbangan terhadap komuniti setempat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti ceramah kerjaya, sukaneka, ceramah perdana, literasi komputer dan pengurusan homestay. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dapat diteruskan untuk kumpulan pelajar yang akan datang.

Pada 10 Mac 2018 yang lalu, FPTV melalui HEPA telah mengadakan Majlis Jalinan Mesra Bersama Sekolah angkat yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Salleh. Program ini adalah anjuran bersama Institut Perguruan Guru Kampus Tun Hussein Onn (IPGKTHO), Batu Pahat dan SK Penghulu Salleh. Majlis ini dirasmikan oleh ADUN Semerah iaitu Tn Hj Mohd Ismail bin Roslan dan turut dihadiri oleh Timbalan Dekan HEPA, Dr Jamil Bin Abd Baser dan En Hazni Bin Md. Harith selaku Pengerusi Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK Penghulu Salleh. Antara aktiviti yang diadakan sesi Bual Bicara PIBG dan ceramah motivasi ibu bapa. Tujuan program ini adalah salah satu usaha untuk mengeratkan hubungan FPTV dengan sekolah-sekolah angkat yang terpilih.

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI FELDA CHEMPELAK

Dr Jamil Bin Abd Baser bersama pelajar selepas aktiviti melukis mural

Dr Tamil Selvan A/L menyampaikan taklimat mengenai FPTV

Dr Jamil Bin Abd Baser bersama pelajar

bersama komuniti Felda Chempelak

MAJLIS JALINAN MESRA BERSAMA SEKOLAH ANGKAT

Tn Hj Mohd Ismail Bin Roslan merasmikan majlis

Encik Hazni Bin Harith menyampaikan cenderahati kepada Tn Hj Mohd Ismail Bin

Roslan

Sesi bergambar selepas majlis perasmian

4 / 2018

APRIL

FPTV

4/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada 8-10 Mac 2018 yang lepas, telah berlangsung Kem Kepimpinan Unit Beruniform yang melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Johor Bahru. Kem Kepimpinan yang diberi nama Mukhayyam Sanawi Unit Beruniform ini disertai oleh 80 orang pelajar dan dipimpin oleh 12 orang pelajar Program Multimedia Kreatif selaku fasilitator dalam program dua hari tersebut. Objektif penganjuran kem kepimpinan sedemikian ialah untuk menerapkan peserta dengan asas kepimpinan dan semangat jati diri. Kem ini dirasmikan oleh Mejar Mohd Safiee Bin Idris yang mewakili Dekan FPTV. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kem berlangsung ialah ceramah motivasi, aktiviti fizikal dan perkhemahan serta pengisian kerohanian. Kem Kepimpinan ini diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Pengetua SMK Agama Johor Bahru iaitu Tn. Haji Mohd Azhar Bin Tumin.

Pada 2-3 Mac yang lepas, seramai 20 pelajar program Multimedia Kreatif (Kohort 8) FPTV telah menyertai aktiviti khidmat masyarakat di Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Salleh, Batu Pahat. Program yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) itu diketuai oleh Timbalan Dekan HEPA iaitu Dr Jamil Bin Abd Baser. SK Penghulu Salleh telah dipilih sebagai lokasi bagi aktiviti khidmat masyarakat kerana ia sebahagian aktiviti kerjasama antara HEPA dan SK Penghulu Salleh selaku sekolah angkat kepada FPTV. Matlamat pengajuran aktiviti sedemikian ialah untuk memupuk semangat muhibah antara pelajar yang bakal guru bersama masyarakat setempat. Selain itu juga, melalui aktiviti sedemikian pelajar dapat menerapkan sikap prihatin terhadap masyarakat dan sumbangan tenaga kepada komuniti setempat. Aktiviti ini adalah merupakan salah satu kerjasama antara HEPA dan Aktiviti yang dipilih pada kali ini ialah aktiviti melukis mural pada dinding bangunan di SK Penghulu Salleh yang merupakan sekolah angkat FPTV.

KEM KEPIMPINAN PELAJAR SMK AGAMA JOHOR BAHRU

KHIDMAT MASYARAKAT OLEH PELAJAR MULTIMEDIA

KREATIF KOHORT 8

Pelajar tiba di FPTV, lokasi kem berlangsung Pelajar bermain permainan ‘Butakah aku?’ Sebahagian daripada pelajar sedang mendengar ceramah yang disampaikan

Dr Jamil Bin Abd Baser bersama pelajar Multimedia Kreatif di SK Penghulu Salleh

Dr Jamil Bin Abd Baser bersama pelajar bergambar dengan hasil mural yang siap dilukis

4 / 2018

APRIL

FPTV

4/2018

NE

WS

LE

TT

ER

Pada 3 April 2018 yang lepas, satu taklimat mengenai kemasukan pelajar Kolej Vokasional (KV) ke FPTV UTHM telah diadakan. Seramai 245 pelajar cemerlang dan guru kaunseling dari seluruh KV Zon Johor telah menghadiri taklimat yang diadakan dewan Dewan Kuliah A, G3, UTHM. Taklimat yang dirasmikan oleh Dekan FPTV, Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad itu turut dihadiri oleh Pengarah KV Batu Pahat, Encik Azhar Bin Abd Rahman dan Pengerusi Kaunseling KV Zon Johor merangkap Pengarah Program dari pihak KV, Encik Abdul Ghani Bin Jahari. Tujuan utama penganjuran taklimat ini adalah untuk mempromosikan program-program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Vokasional (ISMPV) yang ditawarkan di FPTV. Taklimat tersebut meliputi penerangan tentang syarat kemasukan secara terus, kemasukan melalui APEL dan peluang keusahawanan selepas tamat pengajian kepada pelajar KV yang disampaikan oleh Dr Tamil Selvan A/L Subramaniam selaku Pengarah Program dan juga penyelaras promosi fakulti, Dr. Saifulizam Bin Puteh (Ketua APEL UTHM) dan Dr. Mohd Yussni Bin Hashim (Ketua Jabatan Keusahawanan Pelajar, UTHM). Hasil daripada program ini, beberapa cadangan aktiviti untuk masa depan antara FPTV dan KV telah dicadangkan, seperti menjadikan program seumpama ini sebagai program tahunan serta menggiatkan lagi usaha promosi melibatkan KV Zon Melaka dan Negeri Sembilan. Program ini juga telah mendapatkan liputan akhbar Sinar Harian.

KV ZON JOHOR MENYERTAI TAKLIMAT KEMASUKAN KE FPTV, UTHM

Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad bergambar kenangan bersama pelajar dan guru kaunseling KV Zon Johor

Dekan FPTV Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad menyerahkan skrol kepada pelajar sebagai gimik perasmian

Liputan akhbar Sinar Harian

Dekan FPTV Prof Dr Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad bersama Encik Azhar Bin Abd Rahman, Encik Abdul Ghani Bin Jahari dan pelajar

selepas sesi perasmian

4 / 2018

APRIL