tahap sm modul 404 sistem & aplikasi bahasa namaformat peperiksaan bahasa melayu spm mulai 2021...

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 40 4B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama : _____________________________

Upload: others

Post on 05-Mar-2021

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tahap SM Modul 404 Sistem & Aplikasi Bahasa NamaFormat Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 404B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM Modul 404 Sistem & Aplikasi Bahasa NamaFormat Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021

Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)

B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa

1. Morfologi (6%-8%)

2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu

Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%)

B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%)

8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Tahap SM Modul 404 Sistem & Aplikasi Bahasa NamaFormat Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

A. Morfologi

Kata Kerja dan Kata Sendi Nama

Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja tak

transitif berpelengkap dan dua kata sendi nama. Kemudian anda dikehendaki

membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk

menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak

boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan

itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.

Amin dan Razak tidak lagi bertegur sapa selepas mereka bergaduh tempoh hari.

Kawan-kawan yang lain cuba meleraikan perselisihan faham mereka tetapi gagal.

Sesiapa yang cuba membangkitkan perkara ini akan diherdik oleh Amin dan Razak.

Oleh hal yang demikian, hubungan mereka bertambah buruk. Amin menganggap

bahawa Razak yang bersalah dalam hal ini. Razak pula menganggap bahawa Amin

terlalu sensitif.

Dua kata kerja tak transitif berpelengkap :

Dua kata sendi nama :

Ayat daripada kata kerja tak transitif berpelengkap:

i. _________________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________

Ayat daripada kata sendi nama:

i. _________________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________

[6 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Tahap SM Modul 404 Sistem & Aplikasi Bahasa NamaFormat Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

B. Sintaksis

Tukarkan ayat silaan dan ayat permintaan yang bergaris dalam petikan di bawah

kepada ayat penyata.

Tuan-tuan dan puan-puan yang kami hormati,

Sila ambil perhatian,

(1) Sesiapa yang belum mendaftarkan diri untuk menyertai pameran buah-buahan,

silalah berbuat demikian sekarang di kaunter urus setia pameran.

(2) Minta tuan-tuan dan puan-puan yang menyertai pertandingan buah-buahan berada

di gerai masing-masing pada pukul 9.00 pagi.

(3) Tolong labelkan buah-buahan anda dengan label yang telah diberikan mengikut

kategori yang telah ditetapkan.

(4) Sila ambil perhatian. Para hakim akan membuat pengadilan bermula pada pukul

9.30 pagi.

(5) Tolong pastikan gerai anda kemas dan bersih.

(6) Jika ada apa-apa masalah, sila berjumpa dengan pihak urus setia.

Tuan-tuan dan puan-puan serta pengunjung yang dihormati, jemputlah masuk ke

dalam dewan pameran ini kerana semua gerai sudah bersedia untuk menerima

kunjungan anda.

[6 markah]

1. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

2. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Tahap SM Modul 404 Sistem & Aplikasi Bahasa NamaFormat Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

4. __________________________________________________________________

5. __________________________________________________________________

6. __________________________________________________________________

C. Penyuntingan Bahasa

Nota :

Kesalahan Tatabahasa Kesalahan Ejaan

• Kata tugas

• Ayat

• Istilah

• Imbuhan

• Hukum DM

• Kata majmuk

• BA→ BM

• Vokal

• Tanda baca (A/a; “ ”; “-”)

• Imbuhan (gg/kk)

Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan

betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikannya lebih

daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu

menyalin pelikan tersebut.

Mereka yang lahir sebelum tahun 1990an, pastinya mempunyai pengalaman bermain

permainan tradisional seperti batu Seremban, galah panjang, tarik upih, congkak,

baling selipar, tengteng, gasing dan sepak raga.

Namun, dek peredaran masa, proses pembandaran dan perkembangan teknoloji

menyebabkan permainan berkenaan terkena tempias yang mengakibatkannya kian

pupus ditelan zaman. Perkara itu Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Tahap SM Modul 404 Sistem & Aplikasi Bahasa NamaFormat Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

Universiti Putra Malaysia (UPM) akui, Prof Dr Abdul Muati Ahmad bila banyak

generasi muda hari ini langsung kurang mengetahui permainan terbabit.

Sudah tentu scenario itu sesuatu yang merugikan kerana permainan berkenan

sebahagian daripada kazanah warisan masyarakat Melayu yang dilupai sedangkan

permainan ini mempunyai nilai sendiri dan perlu di pelihara.

No. Kesalahan Pembetulan

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

[13 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Tahap SM Modul 404 Sistem & Aplikasi Bahasa NamaFormat Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

D. Alih Bahasa

Nota :

Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu

selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu

menggunakan bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit

ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang

iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan

kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun banyak digunakan.

v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.

vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa

Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalam pelbagai bidang

Bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,

pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata

umum.

viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu

seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat

sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil

daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab.

Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard

a. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud

secara keseluruhan.

b. Kenai pasti watak dan peranannya.

c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana

tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.

d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap,

mangkat, bersiram, gering dan sebagainya hendaklah dikekalkan.

e. Kata ganti nama diri seperti baginda, bonda, anakanda, permaisuri, kekanda

dan lain-lain juga dikekalkan.

f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan

ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Tahap SM Modul 404 Sistem & Aplikasi Bahasa NamaFormat Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks

bahasa standard.

h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana anda

akan menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan

isi terpesong.

i. Keseluruhan teks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan

mana-mana ayat atau bahagian teks.

j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan

tidak mengubah maksud asal kata tersebut.

k. Setiap ayat yang dibuat perlu memperlihatkan kohesi dan koheren sehingga

menghasilkan alih bahasa yang tepat.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis

petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan

maksud asalnya.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah.

Maka kata Patih Gajah Mada, "Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh

memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, "Jangan tiada dikasihi

anakku ini, kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan

sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung."

Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari

pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.

(Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'(Hal.29)

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,)

Kementerian Pendidikan Malaysia

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(6 markah)

Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Tahap SM Modul 404 Sistem & Aplikasi Bahasa NamaFormat Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

E. Peribahasa

(a) Baca ayat-ayat di bawak dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang

sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

Zainal tahu bahawa dia sering dipandang rendah dan dihina oleh penduduk

kampung disebabkan hidupnya yang serba daif. Kadangkala, kata-kata hina yang

dilontarkan oleh pemuda-pemuda yang nakal terhadapnya amat melukakan

perasaannya. Namun, Zainal cuba menghadapi segala cabaran tersebut dengan tenang.

Dia tahu sebagai manusia, kesilapan tidak dapat dielakkan. Dalam hatinya, Zainal

sentiasa memaafkan mereka.

i.

ii.

iii.

(b) Isi setiap tempat kosong dalam ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.

Setiap orang pasti ingin mencapai kejayaan dalam hidup. Oleh itu, kita perlu

berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang tentunya tidak mudah untuk

dicapai dalam masa yang singkat kerana (i) _____________________________ .

Lantaran itu, kita tidak wajar bersikap tamak dalam mengejar sesuatu yang

diidamkan bagi mengelakkan (ii) _________________________________________

kerana kita sendiri yang akan menanggung kerugian. Setelah mencapai kejayaan,

jangan menjadi (iii) _______________________________________ , sebaliknya

hargailah pertolongan orang-orang yang telah membantu kita mencapai kejayaan

tersebut.

[6 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Tahap SM Modul 404 Sistem & Aplikasi Bahasa NamaFormat Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai
Page 11: Tahap SM Modul 404 Sistem & Aplikasi Bahasa NamaFormat Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai
Page 12: Tahap SM Modul 404 Sistem & Aplikasi Bahasa NamaFormat Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my