mitos pelancongan di kundasang sabah · pdf filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan...

30
KANDUNGAN (1) PENDAHULUAN (i) Pengenalan (ii) Positivisme (Sains Ruang dan Tingkahlaku) (iii) Kestrukturan Maxrist (2) ASAS PERMASALAHAN (i) Profail Kawasan Kes Esperimen (ii) Kundasang Sebagai Pusat Pelancongan (iii) Mitos Pelancongan di Kundasang (3) ANALISIS POSITIVISME (i) Penjelasan Berasaskan Faktor Ruangan (ii) Penjelasan Berasaskan Faktor Tingkahlaku (iii) Rumusan Penemuan Positivisme (4) ANALISIS KESTRUKTURAN MARXIST (i) Latarbelakang Ekonomi Kapitalisme di Kundasang (ii) Monopoli Limpahan Keuntungan (iii) Pengaliran Keluar Pendapatan (iv) Rumusan Penemuan Kestrukturan Marxist (5) PERBANDINGAN ANALISIS POSITIVISME DAN KESTRUKTURAN MARXIST (i) Pendahuluan (ii) Rumusan Akhir Research is to see what every one has seen, and think what nobody has thought. Albert Szent-Gyorgyl Mitos Pelancongan Di Kundasang (Sabah): Perbandingan Analisis Positivisme dan Kestrukturan Marxist Oleh : Ramzah Dambul Universiti Malaysia Sabah Epistemologi Geografi

Upload: dinhtruc

Post on 03-Feb-2018

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

KANDUNGAN

(1) PENDAHULUAN

(i) Pengenalan (ii) Positivisme (Sains Ruang dan Tingkahlaku) (iii) Kestrukturan Maxrist

(2) ASAS PERMASALAHAN

(i) Profail Kawasan Kes Esperimen (ii) Kundasang Sebagai Pusat Pelancongan (iii) Mitos Pelancongan di Kundasang

(3) ANALISIS POSITIVISME

(i) Penjelasan Berasaskan Faktor Ruangan (ii) Penjelasan Berasaskan Faktor Tingkahlaku (iii) Rumusan Penemuan Positivisme

(4) ANALISIS KESTRUKTURAN MARXIST

(i) Latarbelakang Ekonomi Kapitalisme di Kundasang (ii) Monopoli Limpahan Keuntungan (iii) Pengaliran Keluar Pendapatan (iv) Rumusan Penemuan Kestrukturan Marxist

(5) PERBANDINGAN ANALISIS POSITIVISME DAN KESTRUKTURAN MARXIST

(i) Pendahuluan (ii) Rumusan Akhir

Research is to see what every one has seen, and think what nobody has thought.

Albert Szent-Gyorgyl

Mitos Pelancongan Di Kundasang (Sabah): Perbandingan Analisis Positivisme dan Kestrukturan Marxist

Oleh :

Ramzah Dambul Universiti Malaysia Sabah

Epistemologi Geografi

Page 2: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

(1) PENDAHULUAN

(i) Pengenalan

Kajian yang diusulkan ini sedikit berbeza dengan penyelidikan-penyelidikan yang lazim

dalam geografi. Asas utama penyelidikan ini bukan untuk menjelaskan fenomena

pelancongan dan pembangunan di Kundasang. Kajian ini bertujuan membincangkan

sejauhmana pendekatan teoritis yang lazim digunakan dalam disiplin geografi mampu

menjelaskan isu-isu penting yang bersabit dengan aspek pembangunan di sesuatu

petempatan. Dengan menjadikan Kundasang sebagai medan eksperimen, kajian ini

cuba menunjukkan bahawa pola dan proses manusia boleh dilihat pada pelbagai satah

pandangan – sama ada berlandaskan teori ruang fizikal (fahaman positivisme) atau

teori mod ekonomi (kestrukturan Marxist).

Kajian ini secara asasnya menghujahkan bahawa setiap pendekatan mempunyai batas

upaya sebagai satu kerangka penyelidikan. Justeru, lompang ilmu yang wujud perlu

saling dilengkapkan oleh perspektif alternatif. Dalam kes ini, saling melengkapkan itu

dirujuk sebagai integrasi di antara pendekatan positivisme dan kestrukturan Marxist.

Pendekatan positivisme dan kestrukturan Marxist adalah dua dogma yang masih

releven dalam bidang ilmu geografi sehingga dekad ini – meskipun kedua-duanya saling

bersaing dan telah menerima pelbagai kritikan sejak awal kemunculan (Amriah, 1992).

Kertaskerja ini dimulakan dengan satu overview ringkas terhadap kedua-dua

pendekatan yang diintegrasikan dalam kajian ini. Hal ini akan memudahkan kefahaman

terhadap aplikasinya dalam kajian kes di Kundasang.

(ii) Positivisme (Sains Ruang dan Tingkahlaku)

Secara am, pendekatan ini bersifat sangat objektif. Ia melihat kebenaran dari sudut

pengalaman empirikal- yang boleh diuji dan diteorikan dalam bentuk model ruang atau

matematik. Positivisme menekankan kepentingan hukum-hukum universal yang

diyakini boleh menjelaskan dan meramalkan semua fenomena ruangan di atas lanskap

bio-fizikal dan sosio-budaya manusia. Ia mempunyai dua aliran utama yang dikenali

sebagai – sains ruang dan aliran tingkahlaku. Sains ruang memberi pemberatan

kepada faktor-faktor ruangan fizikal sebagai dominan kepada semua pola ciptaan

manusia.

Page 3: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Aliran tingkahlaku cuba ’memanusiakan’ perspektif positivisme dengan mengambilkira

unsur perilaku insan, iaitu memperakukan elemen ’decision-making’. Tetapi

positivisme tingkahlaku ini secara dasarnya mengadaikan bahawa manusia adalah

organisma mekanik. Maksudnya, manusia bukan dilihat sebagai ’insan berakal’ dan

segala tindakannya masih boleh dinilai secara objektif dan diformulakan (positivisme

tingahlaku adalah berbeza dengan aliran humanistik yang tidak dibicangkan di dalam

kertaskerja ini).

Secara ringkas, kedua-dua aliran positivisme ini merumuskan bahawa manusia sentiasa

rasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada

sebarang keadaan akan berusaha untuk meminimumkan geseran jarak bagi mencapai

manfaat maksimum. Manusia rasional juga dianggap sentiasa memberikan tindabalas

wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan persekitaran. Misalnya,

diandaikan bahawa tindakan seseorang dipandu oleh tahap pendidikan dan maklumat

yag dimilikinya.

(iii) Kestrukturan Marxist

Pendekatan ini dikategorikan sebagai fahaman radikal dalam geografi . Asas utama

dogma ini adalah kepercayaan bahawa kepincangan order sosial komuniti berpunca

dari struktur dan proses sosio-ekonomi. Ia dirujuk kepada bagaimana formasi

masyarakat terolah di sekitar mod pengeluaran kapitalisme. Penyelesaian kepada

masalah dunia mengikut dogma ini adalah usaha untuk membina satu teori yang

mampu menghasilkan ”proses dan struktur” yang adil untuk semua umat manusia

(Amriah, 1981 & 1992). Sesuai dengan sifat radikalnya, dogma ini banyak memberi

sanggahan negatif kepada sistem ekonomi kapitalisme, dan secara halus menggalakkan

reformasi ke arah penyusunan semula kelas-kelas masyarakat.

(2) ASAS PERMASALAHAN

(i) Profail Kawasan Kes Eksperimen

Kundasang adalah sebuah petempatan di daerah Ranau, bahagian tengah negeri Sabah.

Ia terletak dalam kawasan Banjaran Crocker yang mempunyai ketinggian sekitar 4000

kaki hingga 6000 kaki. Jarak pusat urban Kundasang dari pekan Ranau adalah limabelas

kilometer. Kawasan ini mempunyai beberapa buah kampung utama, antaranya –

Lembah Permai, Cinta Mata, Kauluan, Sinisian, Dumpiring dan Kinasaraban. Pekan

Page 4: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Kundasang yang berada di tengah-tengah berfungsi sebagai pusat bandar bagi

petempatan ini.

Pada skala geografi makro negeri Sabah, wilayah kecil ini mempunyai beberapa ciri

istimewa dari segi fungsi dan letakan. Sumber ekonomi utama penduduk Kundasang

adalah berasaskan aktiviti pertanian. Kawasan pergunungan ini menjadi pembekal

utama sayur-sayuran hawa sederhana di negeri Sabah. Malah, sejak penghujung tahun

1980-an, eksport hasil pertanian dari kawasan ini juga telah menembusi pasaran Brunei

dan Sarawak (temubual dengan Seto Mun Yee - Pegawai Koperasi Pembangunan Desa

[KPD], cawangan Kundasang).

Persekitaran Kundasang dilingkungi hutan malar hijau khatulistiwa yang padat dengan

khazanah alam semulajadi. Empat kilometer dari pusat urban Kundasang terletaknya

Taman Kinabalu yang mempunyai hutan simpan tropika (antara yang tertua di dunia).

dan paling kaya dengan biodiversiti. Di kawasan hutan simpan ini juga berdirinya

Gunung Kinabalu, kemuncak tertinggi di Asia Tenggara. Keistimewaan ini diperkuatkan

oleh tarikan pelbagai spesies eksotik, di mana taman ini menawarkan koleksi orkid dan

tumbuhan periuk kera terbesar di dunia, serta turut dikenali kerana penemuan bunga

raflesia yang unik.

Dari segi letakan relatif, Kundasang boleh dianggap antara singgahan penting di

sepanjang jalanraya utama yang menghubungkan Kota Kinabalu dan Sandakan.

Perjalanan darat dari Kota Kinabalu ke Kundasang mengambil masa kira-kira dua

hingga tiga jam, manakala perjalanan dari Sandakan memakan masa selama lima

hingga enam jam. Dengan kedudukannya hampir di tengah-tengah laluan, Kundasang

boleh dianggap sebagai titik komplimentari bagi wilayah pantai barat dan pantai timur

negeri Sabah. Pemborong sayur-sayuran dari Sandakan (pantai timur) dan Kota

Kinabalu (pantai barat) lazimnya akan terus ke Kundasang tanpa bergantung kepada

mana-mana bandar perantaraan. Justeru, Kundasang boleh dianggap mempunyai lokasi

geografi yang strategik dan darjah aksessibiliti yang memuaskan. Jalanraya yang

menghubungkan Kota Kinabalu, Kundasang dan Sandakan adalah antara kemudahan

jalan darat berturap yang pertama dibina di negeri Sabah. Ia siap sepenuhnya pada

tahun 1972 (Sulong, 1983:36).

Page 5: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

(ii) Kundasang Sebagai Pusat Pelancongan

Sehingga tahun 1998, tidak terdapat satu bentuk rangka perancangan formal yang

diperkenalkan bagi membangunkan mukim Kundasang (Temuramah dengan Bernard

Kimin, Penolong Pegawai Daerah Ranau, Bahagian Pembangunan, September 1999).

Namun begitu, berdasarkan beberapa in-put yang telah dihalakan ke kawasan ini –

terdapat percubaan yang jelas untuk mengangkat pelancongan sebagai katalis

pembangunan. Ini bersesuaian dengan sifat semulajadi kawasan ini. Ia kaya dengan

unsur alam yang boleh dikomoditikan dalam sektor pelancongan berasaskan ekologi

(ecotourism). Di samping itu, suasana desa dan sektor pertanian kawasan ini

mendorong kepada pengembangan bidang agrotourism – cabang pelancongan yang

mengkomersilkan persekitaran luar bandar sebagai dagangan estetik.

Sejak awal tahun 1980-an, usaha-usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan, badan

berkanun (khasnya Koperasi Pembangunan Desa [KPD]) dan agensi-agensi swasta bagi

membangunkan kawasan ini. Pada awal tahun 1980-an, sebuah bangunan kedai 12 unit

telah didirikan di kawasan urban Kundasang. Ini serentak dengan pembinaan Hotel

Perkasa di sebuah bukit berhampiran (4560m) sebagai mercu tanda pekan Kundasang.

Pada pertengahan 1980-an, KPD telah memperkenalkan secara meluas item-item

pertanian eksotik yang mempunyai nilai komersil tinggi – seperti strawberi, asparagus

dan bunga-bunga hawa sederhana. Serentak itu, pelbagai industri sokongan bagi

bidang pelancongan tumbuh dengan pesat menjelang akhir tahun 1980- an seperti

kabin penginapan, kemudahan rekreasi dan pusat hiburan. Pada awal 1990-an, sebuah

padang golf lapan belas lubang telah dibangunkan berhampiran Kampung Cinta Mata.

Di samping itu, acara-acara bertaraf antarabangsa untuk menarik lebih ramai

pelancong turut diperkenalkan seperti Mt. Kinabalu International Climbathon dan

World Mountain Running Trophy.

Menjadikan sektor pelancongan sebagai katalis pembangunan wilayah bukanlah satu

idea baru. Mengikut Christaller (1963), terdapat cabang ekonomi yang tidak

bergantung kepada pemusatan tempat dan pengelompotan industri. Dalam hal ini,

sektor pelancongan dirujuk sebagai alat yang boleh membangunkan ekonomi bagi

wilayah-wilayah mundur dan terpencil. Dengan sifat Kundasang seperti yang telah

dihuraikan sebelum ini, pemilihan industri pelancongan sebagai katalis pembangunan

amat bertepatan.

Page 6: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Bagaimana pelancongan boleh menjana pembangunan dalam ruang fizikal dan ruang

sosio-ekonomi sesebuah wilayah? Mekanismanya hampir sama dengan model kutub

pertumbuhan dan strategi-strategi lain yang menggunakan pendekatan pusat

petempatan. Sektor pelancongan diharap mampu melahirkan natijah penggandaan dan

limpahan ekonomi, seterusnya akan tersebar saksama ke seluruh wilayah yang

disabitkan (Kadir Din, 1984). Dalam konteks ini aktiviti pelancongan disifatkan sebagai

industri asas yang diyakini mampu menerbitkan pelbagai aktiviti ekonomi bidangan.

Proses ini secara teoritisnya boleh terjana secara mandiri sehingga impak kumulatif

akan membawa transformasi positif. Transformasi ruangan ini merangkumi pelbagai

aspek, termasuklah transisi sistem sosio-ekonomi, perkembangan infrastruktur,

peningkatan khidmat perbandaran dan perubahan struktur petempatan.

(iii) Mitos Pelancongan di Kundasang

Konteks pembangunan adalah aspek yang diberatkan dalam usaha menyoroti isu

pelancongan di Kundasang. Tetapi konsep pembangunan adalah begitu ’subjektif’. Ia

mempunyai pelbagai takrif (Katiman Rostam, 1990:274). Dalam pengertian

konvensional, pembangunan sering disinonimkan dengan kemajuan fizikal dan alam

benda. Mutu pembangunan diukur secara kuantitatif, seperti nilai KNK, perangkaan

kadar buta huruf dan peratusan penduduk miskin. Namun, material bukanlah satu-

satunya perkara utama di dalam hidup manusia. Pembangunan tidak berlaku dalam

’hampawa’ atau vakum. Ia adalah unsur sosio-budaya dan hubungan individu

masyarakat; bukan sahaja hubungan manusia-alam (Zainal Kling, 1989:26).

Hal tersebut turut diakui oleh Dahlan (1989, m.s 1) menerusi saranannya dengan kata-

kata berikut:

”Selagi masyarakat dan tamadun manusia dicirikan oleh kesampaian yang

terbatas dan ketidaksamarataan peluang-peluang, dan selagi manusia diburu

oleh keperluan untuk menguasai bahan-bahan untuk dieksplotasi, maka selama

itulah perkembangan, haluan dan orientasi masyarakat dan tamadun manusia

menjadi bahan perdebatan dan polemik pembangunan”

Dimensi pembangunan yang ditekankan dalam kajian ini adalah soal survival yang

sengit. Agendanya tidak boleh mengabaikan usaha untuk menghentikan kuasa

Page 7: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

idealisme ekonomi yang boleh mengheret kepada kemunduran, kemiskinan dan

pemingiran sosial. Menurut Dahlan (1989) lagi, dalam sistem pengeluaran ekonomi,

logik pasaran tidak harus menindas soladiriti seperti yang termaktub dalam Artikel 3

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat - ”Setiap individu mempunyai hak ke atas

kehidupannya”. Berasaskan pemahaman-pemahaman ini, terdapat tiga mitos

pelancongan di Kundasang yang dikaitkan dengan kegagalan industri ini sebagai katalis

pembangunan yang efektif dan adil.

(i) Pertumbuhan pusat urban yang lembab (rujuk JADUAL 1): Ini dirujuk kepada

kegagalan pekan Kundasang untuk berkembang sebagai pusat penawaran khidmat

perbandaran yang efektif. Sejak dibangunkan sebagai pusat urban pada tahun 1981,

pertumbuhan fungsi perbandarannya berkembang begitu perlahan dan lembab-

sedangkan jumlah penduduk dan pelancong luar terus meningkat tahun demi tahun.

Fenomena ini akan dijelaskan dari sudut persaingan lokasi (dengan bandar-bandar

berhampiran) dan kepincangan pola sirkit pelancongan (tidak `memihak’ kepada lokasi

Kundasang).

(ii) Kebocoran pendapatan: Hal ini dikaitkan dengan kedatangan masyarakat migran

(kapitalis dan pekerja asing) ke kawasan Kundasang – sama ada untuk melabur

mahupun bekerja sebagai buruh. Masyarakat migran ini telah melebarkan kuasa

ekonomi kapitalisme dan telah merencat perkembangan sistem ekonomi tradisional.

Malangnya, limpahan ekonomi non-tradisional yang dijana dan diolah oleh para migran

(dengan mengeksplotasikan sepenuhnya sumber-sumber yang ada di Kundasang) –

akhirnya dibawa keluar dari kawasan ini dan dilambakkan di tempat-tempat lain.

(iii) Tahap ’mandiri’ penduduk setempat yang lemah1: Pada perspektif yang lebih

luas, penduduk Kundasang boleh dilihat sebagai mangsa kepada dinamik pembangunan

yang melampaui tahap ketersediaan mereka – dari segi latar pendidikan dan keserasian

kepada elemen-elemen urbanisasi. Jadi, timbul pelbagai gejala kemasyarakatan yang

menjurus kepada persoalan keadilan sosial. Antaranya, termasuklah isu penjualan

tanah (kepada kapitalis luar), pencemaran alam sekitar, perubahan pola demografi

1Mitos ketiga ini tidak dianalisis secara mendalam dan kritikal dalam kertaskerja ini

Page 8: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

dan komposisi penduduk, kewujudan petempatan setinggan serta meningkatnya kadar

penghijrahan para penduduk muda ( di kalangan kaum pribumi).

(3) ANALISIS POSITIVISME

Mengapa ketiga-tiga mitos tersebut dikaitkan dengan Kundasang, bagaimana cara

terbaik untuk mengolah penjelasannya?

(i) Penjelasan Berasaskan Faktor Ruangan

Dengan menggunakan pendekatan positivisme sains ruang, bahagian ini akan

menganalisa faktor-faktor fizikal yang melibatkan isu geseran jarak dan persaingan

lokasi. Secara ideal, pusat urban Kundasang dijangka menjadi medan bagi dua proses

ekonomi yang penting, iaitu (i) sebagai kutub tadahan bagi limpahan ekonomi yang

dibawa masuk oleh pelancong (menerusi aktiviti membeli-belah); dan (ii) sebagai

lanskap pertumbuhan bagi ekonomi-ekonomi terbitan sektor pelancongan ( seperti

kedai cenderamata, kedai gambar, motel penginapan dan restoran). Malang sekali,

dua gejala negatif timbul hingga menggagalkan Kundasang sebagai kutub tadahan dan

lanskap pertumbuhan. Masalah-masalah tersebut adalah seperti berikut;

(a) Persaingan Lokasi

Bagi membolehkan pekan Kundasang menarik pola pembelian para pelancong, pusat

urban ini seharusnya mempunyai kekuatan internal sebagai sebuah pekan yang

mandiri. Ia seharusnya mampu menawarkan khidmat perbandaran asas dan penjualan

item keperluan domestik yang lengkap. Kekuatan dalaman ini hanya dapat dibina

sekiranya permintaan pengguna (khususnya penduduk tempatan) dapat memacu fungsi

perniagaan dengan dinamik dan konsisten. Sayang sekali, hal ini tidak berlaku kerana

temubual penyelidik dengan para peniaga mendapati bahawa lebih 50% daripada kedai

perniagaan mendapat purata pelanggan harian kurang daripada 25 orang (lihat

JADUAL 2).

Menurut teori ambang penduduk dan penawaran orde barangan, sebuah wilayah

pertempatan harus mempunyai jumlah penduduk yang mencukupi sebelum khidmat-

khidmat perbandaran dapat diwujudkan pada suatu pusat tertentu (Christaller, 1966).

Ini mungkin menjadi salah satu punca asas kenapa pekan Kundasang gagal memainkan

fungsi perbandaran dengan efektif. Statistik bulan Mei 1999 (data diambil dari hospital

Page 9: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

daerah Ranau) menganggarkan bahawa jumlah penduduk mukim ini kurang daripada

6000 orang. Dengan jumlah yang agak kecil ini (hanya sebilangan sahaja merupakan

pengguna aktif), ditambah pula dengan kuasa beli yang rendah (purata pendapatan

penduduk RM600-RM1000), maka, unsur-unsur urbanisasi yang cuba diterapkan di

wilayah ini agak sukar untuk berkembang secara mandiri.

Apabila pacuan pengguna harian tidak cukup kuat, ia secara langsung melemahkan

tahap penawaran khidmat perniagaan – di mana kepelbagaian fungsi dan barangan

jualan akan terbatas. Dengan tahap penawaran fungsi perniagaan yang kurang rencam,

trend pembelian pelancong cenderung dilencongkan ke kawasan-kawasan lain –

terutamanya pekan Ranau yang berada kurang 15 kilometer dari pusat urban

Kundasang. Pekan Ranau adalah pusat bandar yang lebih berkembang dari segi

penawaran khidmat perbandaran.

Kebanyakan penduduk Kundasang sendiri (termasuk para pelancong) lebih gemar

membeli-belah di pekan Ranau. Pola pembelian pengguna yang sebegini bentuknya

telah membantu memperkukuhkan kuasa urban pekan Ranau, sekaligus merencat

daya-saing Kundasang. Tetapi, masalah ambang penduduk jika diperhalusi bukanlah

faktor kritikal yang boleh merencat pertumbuhan bandar bagi wilayah sebuah wilayah

pelancongan seperti Kundasang. Kedatangan pelancong yang jumlahnya secara purata

melebihi sepuluh ribu orang setiap bulan (data Taman Kinabalu Januari- Disember

1997; Borneo Mail, 12 Julai 1999) sepatutnya boleh memberi rangsangan tambahan

kepada pusat urban Kundasang.

(b) Kepincangan Bentuk Sirkit Pelancongan

Bentuk sirkit pelancongan di daerah pergunungan ini sebenarnya secara ’tidak

disedari’ telah mengabaikan ’pusat urban’ Kundasang sebagai salah satu ruang keliaran

pelancong yang signifikan. Faktor-faktor tersebut akan dinilai dari segi – pertama,

kepincangan sirkit pelancongan pada skala mikro (diperingkat daerah Ranau); dan

kedua, pada skala makro (di peringkat negeri Sabah).

Masalah pertama ini lebih bersifat gejala internal bagi daerah Ranau. Ia dicetuskan

oleh bentuk pergerakan pelancong di peringkat mikro yang tidak ’menguntungkan’

ruang keliaran di Kundasang. Penjelasannya mudah – para pelancong yang mengunjungi

Page 10: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

pergunungan Crocker (di mana Kundasang terletak) mempunyai satu bentuk trip

aktiviti yang tersendiri (dan lazimnya telah ditentukan oleh agensi pelancongan).

Jadual aktiviti pelancong ini disusun dengan mengambilkira ’jarak perjalanan’ yang

diambil untuk tiba ke Kundasang (100 kilometer dari Kota Kinabalu dan 250 kilometer

dari Sandakan). Harus diakui, jarak ini akan memberi kesan geseran dari segi masa dan

’mood’ pelancong.

Pada hari pertama, para pelancong yang ’keletihan’ hanya akan bermalam di kabin-

kabin penginapan sekitar kawasan Kundasang untuk menikmati hawa pergunungan

(atau membuat aktiviti ’memanas badan’ bagi persediaan mendaki Gunung Kinabalu).

Mengikut jadual trip aktiviti yang ideal (seperti yang diatur oleh kebanyakan agensi

pelancongan Sabah), selepas fasa pendakian tamat atau setelah menikmati udara

pergunungan yang dingin (bagi yang tidak mendaki Gunung Kinabalu), destinasi

selanjutnya adalah taman air panas di Poring ( ke arah pekan Ranau). Lazimnya,

semasa mobiliti perantaraan inilah para pelancong akan mengambil kesempatan

membeli barang keperluan harian atau mencari item-item tempatan sebagai

cenderamata.

Masalah kedua adalah dengan kedudukan pusat urban Kundasang dalam sirkit

pelancongan di peringkat negeri Sabah. Untuk mengunjungi kawasan peranginan

daerah Ranau (yang mempunyai Taman Kinabalu dan Taman Air Panas Poring),

terdapat dua ’gate way’ utama para pelancong – iaitu kemasukan dari Kota Kinabalu

dan Sandakan . Secara praktikalnya, para pelancong akan membeli barangan keperluan

mereka di Sandakan atau Kota Kinabalu (untuk kegunaan pada hari pertama) dan

dipekan Ranau (untuk kegunaan pada hari berikutnya). Semasa berada di kawasan

Kundasang pula, (oleh kerana kepenatan setelah menempuh satu perjalanan yang

jauh) para pelancong lebih gemar menghabiskan masa menghirup udara segar di

Taman Kinabalu atau berehat di dalam kabin masing-masing. Masalah penat inilah yang

dirujuk sebagai geseran jarak dalam bentuk ’mood’.

Maksudnya, kualiti lokasi Kundasang dalam konteks pelancongan negeri Sabah telah

dijejaskan oleh kedudukannya sebagai suatu titik lompatan dan bukan destinasi akhir.

Kewujudan Kota Kinabalu di pantai barat dan Sandakan di pantai timur, menghasilkan

medan ’tarik-tolak’ bagi lokasi Kundasang dalam konteks ruang keliaran pelancong

Page 11: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

pada skala makro. Maksudnya, para pelancong yang ingin menjelalah seluruh Sabah

(khasnya pelancong luar negara) – akan menjadikan Kota Kinabalu dan Sandakan

sebagai destinasi utama, dan Kundasang hanya titik perantara. Inilah yang dikatakan

sebagai penurunan kualiti lokasi pekan Kundasang akibat daya penarikan dua bandar

lain dari dua hujung yang bertentangan.

(ii) Penjelasan Berasaskan Faktor Tingkahlaku

Apabila kawasan Kundasang ingin dimahsyurkan sebagai destinasi pelancongan ala

’Cameroon Highland’ pada tahun 1976, Datuk Mohd. Harris Salleh yang ketika itu

menjadi Ketua Menteri Sabah telah berkata: “I want to see this area terraced, farm

road established, farm irrigated with sprinkles and vegetables covering these hills in

GREEN”.

Kata-kata ringkas ini jelas menggambarkan sifat positivisme pihak berautoriti bahawa

‘penampilan fizikal’ akan menjadi daya penarik bagi industri pelancongan. Gariskasar

Pelan Pembangunan Ranau 2010 turut menggagaskan strategi pembangunan

berbentuk positivisme – seperti meningkatkan kemudahan, mengangkat semula tradisi

masyarakat tempatan, serta memajukan taraf pendidikan dan kemahiran penduduk

(Borneo Mail, 12 Julai 1999). Semua rancangan ini bertujuan untuk merangsang reaksi

kelompok sasaran (penduduk tempatan dan pelancong) agar bertindakbalas secara

positif ke arah pemantapan sektor pelancongan. Ini selari dengan andaian bahawa

manusia bersifat ekonomi atau organisma mekanik.

Dari sudut positivisme tingkahlaku, terdapat dua bentuk utama rangsangan yang

diterapkan dalam strategi pembangunan kawasan ini. Pertama, rangsangan fizikal

dengan memperbaiki perkhidmatan urbanisasi dan taraf infrastruktur asas seperti

sistem jalanraya berturap, serta memperbanyakkan kemudahan awam (misalnya,

telefon dan tandas). Ini diharap mampu merangsang kedatangan para pelancong dan

mengekang proses mobiliti penduduk tempatan ke kawasan-kawasan luar Kundasang.

Kedua, ’rangsangan manusiawi’ dengan meningkatkan mutu pendidikan dan kemahiran

masyarakat setempat. Keadaan ini diharap mampu menarik penglibatan para penduduk

asli Kundasang dengan lebih rancak dalam sektor pelancongan – yang merupakan satu

bentuk ekonomi bidangan peringkat tertiari.

Page 12: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Strategi pembangunan ini kurang efektif kerana intensiti rangsangannya tidak cukup

kuat, atau bentuk rangsangan itu sendiri kurang lengkap. Natijahnya, tindakbalas

wajar yang diharap daripada masyarakat setempat dan para pelancong tidak menjadi

kenyataan. Dua kelemahan paling ketara dalam usaha membangkitkan rangsangan ini

adalah dari aspek – (i) pembangunan infrastruktur pusat urban Kundasang yang tidak

lengkap; dan (ii) program-program latihan dan sokongan inovasi keusahawanan yang

kurang efektif. Ini adalah faktor perencat utama kepada tingkahlaku positif,

sungguhpun dari segi ketersampaian ruang (kemudahan perhubungan), Kundasang tidak

menghadapi masalah besar.

Masalah pertama, pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan awam yang kurang

memberangsangkan di pusat urban Kundasang itu sendiri. Paling ketara, pusat urban

Kundasang tidak mempunyai kawasan ’meletak kenderaan’, terutama sekali untuk bas-

bas persiaran yang bersaiz besar. Struktur fizikal bagi kawasan pekan Kundasang tidak

memberikan ruang yang selesa dan mencukupi untuk pergerakan dan tempat

perhentian kenderaan-kenderaan besar. Jaringan jalan di kawasan terletaknya

bangunan kedai adalah begitu pendek dan sempit. Ruang-ruang meletak kereta yang

disediakan sekadar cukup untuk menampung kenderaan penduduk tempatan. Dalam

pada itu, pusat urban Kundasang juga serba kekurangan dari segi kemudahan-

kemudahan awam- termasuklah kemudahan yang paling asas seperti telefon dan

tandas awam. Pusat urban ini juga amat lemah dari segi penawaran khidmat

perbandaran order separa-tinggi (yang paling kepada pelancong) seperti institusi

kewangan dan pejabat pos.

Kombinasi semua kekurangan fizikal yang disebutkan ini telah merencat ’keinginan’

para pelancong luar singgah lebih lama di pusat urban Kundasang. Inilah yang

dikatakan tingkahlaku negatif yang disebabkan oleh rangsangan negatif persekitaran.

Sedangkan, kualiti dan kuantiti in-put ekonomi yang boleh dilimpahkan oleh para

pengunjung luar ke satu-satu kawasan berkadar terus dengan tempoh masa mereka

berada di tempat tersebut.

Masalah kedua berkaitan dengan kelemahan rangsangan non-fizikal. Tingkahlaku

negatif juga boleh dianalisis berdasarkan sifat-sifat rangsangan spiritual yang wujud

dalam sesuatu persekitaran sosio-budaya. Secara kasarnya, rangsangan-ransangan yang

Page 13: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

wujud dalam persekitaran sosio-budaya masyarakat Kundasang (buat masa ini) boleh

disifatkan sebagai kurang serasi dengan orientasi pembangunan kawasan ini yang

beralih dari bentuk ekonomi tradisional kepada ekonomi komersial (Lim, 1995).

Menurut Redifield (1947:293), masyarakat desa mempunyai tingkahlaku tradisional

dalam ertikata – tindakan mereka spontan, tidak banyak menyoal dan tidak terdapat

percubaan serta pemikiran untuk mencapai kepuasan intelek. Begitu juga,

perlaksanaan serta perhubungan antara institusi-isntitusi adalah bercorak biasa dan

kumpulan keluarga adalah unik. Manakala, tindakan-tindakan ekonomi pula lebih

banyak didasarkan kepada tarikan status daripada pacuan pasaran. Masyarakat daerah

pergunugan Kundasang boleh dikatakan masig tebal dengan ciri-ciri penduduk desa.

Rumusan umum ini didasarkan kepada ciri lokasi petempatan yang bersifat ’pinggiran’,

dan sistem sosio-ekonomi yang masih banyak disandarkan kepada sektor-sektor primer.

Begitu juga, tahap pendidikan bagi kebanyakan penduduk, khususnya ”generasi tua”

(peserta aktif dalam ekonomi) rata-ratanya hanya pada tingkat pendidikan primer atau

sekunder.

Justeru itu, program-program pencelahan (atau agensi-agensi perubah) harus

memainkan peranan untuk menganjak sifat-sifat dalaman ’penduduk desa’ kepada satu

pola tingkahlaku yang lebih serasi dengan sistem ekonomi bandaran. Sebagaimana

yang dimaklumi, bidang pelancongan di Kundasang telah membawa perubahan kepada

sistem ekonomi tempatan dengan dua cara – (i) berkembangnya sektor pertanian

komersial yang memerlukan in-put inovasi yang tinggi – sama ada segi material,

teknikal yang mahupun modal; (ii) munculnya pelbagai peluang ekonomi terbitan

berasaskan pelancongan- seperti industri perhotelan, hiburan dan perniagaan

makanan. Bagi membolehkan masyarakat tempatan mengadaptasi dan mengambil

bahagian dalam bentuk ekonomi baru ini, kemahiran pengurusan dan ilmu

pengetahuan adalah suatu keperluan kritikal-selain daripada modal fizikal.

Sehingga kini, tidak terdapat sebarang program latihan khusus (menjurus kepada

sektor pelancongan) yang dihalakan kepada penduduk desa di Kundasang. Rangka

cadangan ke arah itu hanya terdapat dalam GKPP Ranau 2010 (yang masih di

peringkat gagasan dan perancangan. Sehingga September 1999, seorang sahaja

usahawan bumiputera Kundasang yang menceburi bidang perhotelan (pemilik Rina Ria

Page 14: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Lodge, Dr. Lungkiam Dambul). Dalam kebanyakan kes, penduduk tempatan Kundasang

sekadar penyumbang tenaga kerja di kabin-kabin penginapan atau pusat-pusat hiburan

milik para kapitalis etnik Cina. Situasi sebegini (di mana penduduk tempatan tidak

mempunyai kuasa penyeliaan dan autoriti membuat keputusan) bukanlah satu bentuk

penyertaan yang cukup bermakna (Mohd Yaakob 1989:142-143).

Koperasi Pembangunan desa (KPD) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) telah

mengusahakan program-program latihan pertanian berorientasikan teknologi semasa

(teknik pengaliran, penggunaan baja kimia dan racun serangga) di kalangan petani

tempatan. KPD telah merangka beberapa projek pertanian yang tersusun dengan

memperkenalkan item-item tanaman komersial – misalnya , cendawan dan markisa.

PPK pula menumpukan usaha kepada sokongan dan galakan kaedah tani yang lebih

berinovasi, menerusi skim projek berkelompok. Dalam kebanyakan program, agensi

perubah memberi bantuan in-put teknologi seperti peralatan, bahan-bahan kimia (baja

dan racun), serta termasuk khidmat nasihat.

Malang sekali, kebanyakan peserta projek ini hanya mengambil bahagian secara ”part

time” dan tidak bertahan lama (temubual dengan Seto Mun Yee, pegawai KPD

cawangan Kundasang; dan Almelur Dahlan, pegawai PPK cawangan Kinabalu). Menurut

Mohd. Yaakob (1989:147-148), kajian yang dilakukan oleh tiga agensi pembangunan-

SERU, SINAR dan INSAN – merumuskan bahawa terdapat lima isu kritikal yang

berkaitan dengan penglibatan penduduk luar bandar Sabah dalam projek-projek

ekonomi yang dianjurkan oleh agensi-agensi perubah. Lima isu tersebut adalah; (i)

masalah ketersampaian dari segi infrastruktur ekonomi (modal, kemudahan) dan

inovasi pengetahuan; (ii) ganjaran yang tidak memuaskan; (ii) penduduk tempatan

kurang berminat; (iv) tahap penglibatan yang tidak kosisten; dan (v) menghentikan

penglibatan pada bila-bila masa kerana bosan atau hilang minat. Kelima-lima

tingkahlaku negatif ini juga boleh dikesan di kawasan Kundasang apabila usaha KPD

dan PKP untuk memberikan rangsangan-rangsangan positif gagal menganjak tinggi

tahap keterlibatan penduduk secara menyeluruh.

Persoalannya, mengapakah para penduduk memberi reaksi ’tidak wajar’ kepada

rangsangan-rangsangan positif yang disogokkan? Di sinilah pentingnya persoalan

mengenai tahap kesediaan mental dan pemikiran penduduk diambilkira. Dalam hal ini,

Page 15: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Mohd Yaakob (1989:156) sekali lagi menegaskan bahawa sebarang program pencelahan

oleh agensi perubah harus mempertimbangkan dinamik dan tahap transformasi sosial

yang sedang dialami oleh masyarakat desa yang disabitkan. Maksudnya, untuk

mendapatkan reaksi balas berbentuk positif, rangsangan spiritual berbentuk

pendidikan dan latihan kemahiran perlu diaruhkan terlebih dahulu dengan secukupnya,

sebelum rangsangan fizikal yang berbentuk program-program spesifik diperkenalkan.

(iii) Rumusan Penemuan Positivisme

Penjelasan secara positivisme telah memaparkan dua faktor utama bagi gejala mitos

yang dirujuk, iaitu – (i) pertumbuhan pusat urban yang lembab dan lemah; dan (ii)

suasana persekitaran fizikal dan sosio-budaya yang kurang merangsang. Namun

demikian, terdapat beberapa perkara yang gagal diungkap dengan lebih jitu dan

terperinci oleh fahaman positivisme.

Jika dua faktor di atas dinilai dengan teliti, kombinasinya belum cukup kuat untuk

menerbitkan gejala songsang sepertimana yang telah dan sedang berlaku di

Kundasang. Maksudnya, darjah dan intensiti impak sosio-ekonomi yang dicerap di

Kundasang (menerusi indikator tertentu, seperti mengukur prestasi perniagaan di

pusat urban) – membayangkan bahawa terdapat mekanisma lain yang sama-sama

berperanan. Mekanisma yang tercicir ini harus dikaji dengan pendekatan berbeza. Ini

diharap mampu memberi penjelasan yang lebih menyakinkan terhadap fenomena

mitos pelancongan di daerah pergunungan ini, sekaligus merungkai permasalahan –

mengapa limpahan ekonomi tidak tersebar dengan saksama ke seluruh ruang dan

komuniti sasaran.

(4) ANALISIS KESTRUKTURAN MARXIST

Mengapa positivisme belum dapat menjelaskan mitos Kundasang dengan sepenuhnya?

Antara beberapa persoalan penting yang menjadi teras permasalahan dalam kajian

adalah – (i) mengapakah tahap mandiri pusat urban Kundasang terlalu lemah?; (ii)

mengapakah persepsi penduduk asli serta para pelancong begitu negatif terhadap

pusat urban Kundasang?; (iii) mengapakah aliran modal asing yang masuk ke kawasan

Kundasang gagal memberi kesan pengganda dan limpahan ekonomi?; (iv) mengapakah

kedatangan para pekerja migran (yang hampir mencapai angka 1500 orang) tidak

memberi sumbangan kepada fungsi runcit dan perkhidmatan urbanisasi?. Persoalan (i)

Page 16: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

dan (ii) dijawab dengan baik menerusi pendekatan positivisme. Bahagian ini akan cuba

menjawab persoalan (iii) dan (iv).

(i) Latarbelakang Ekonomi Kapitalisme di Kundasang

Asas bagi pendekatan kestrukturan Marxist di dalam geografi adalah kepercayaan

bahawa ketaksamaan kesejahteraan manusia adalah berpunca daripada struktur dan

proses masyarakat itu sendiri. Ringkasnya, ia adalah persoalan tentang bagaimana

kehidupan terolah disekitar mod pengeluaran kapitalisme. Dalam sistem ekonomi

kapitalisme, konflik kepentingan di antara pekerja dan pemodal adalah suatu unsur

yang abadi dan berterusan (Amriah, 1988:129). Justeru itu, penilaian ke atas mod

ekonomi kapitaslisme adalah dasar penghujahan utama bagi kaedah teoritis

marxisime.

Sebenarnya, negeri Sabah sudah terdedah kepada bentuk ekonomi liberal seawal tahun

1881 apabila Syarikat Berpiagam Borneo Utara (yang mentadbir Sabah pada era

tersebut) membuka peluang pelaburan kepada pemodal-pemodal British (Abd Samad,

1989:94). Selepas negeri Sabah (atau dikenali sebagai Borneo Utara) diserahkan

kepada kolonial Inggeris pada tahun 1946, dasar yang sama masih terus diamalkan.

Usaha memperkenalkan tanaman komersial (seiring dengan kedatangan para pemodal

asing) seperti getah, kopi dan teh, telah mengakibatkan wilayah-wilayah yang terlibat

mengalami perubahan dari segi susunan masyarakat dan struktur sosio-masyarakat

khasnya dalam aspek pemilikan tanah (Abd Samad, 1989:90). Akibat pembukaan

pelaburan asing ini juga , Sabah telah mula menjadi tumpuan para migran (khasnya

dari China dan India). Setelah beberapa tahun, sebahagian komuniti migran etnik Cina

yang berada di Sabah tanpa disedari telah menganjak status mereka daripada ’buruh’

kepada ’usahawan’ (Lee, 1976). Ini adalah susur-galur permulaan kapitalisme di Sabah,

yang dicetuskan oleh dasar kapitalis penjajah British, dan diperkembangkan oleh

masyarakat migran (khasnya kaum Tionghua).

Kundasang adalah antara sebahagian kawasan di negeri Sabah yang mendapat kesan

langsung akibat dari ”revolusi’ ekonomi ini. Pun demikian, semasa era Syarikat

Berpiagam Utara dan kolonial Inggeris (1881-1963) – soal penyertaan penduduk

tempatan belum menjadi isu yang penting. Sebaik mendapat peluang menjajari sistem

kehidupan dan budaya sesuatu masyarakat, cengkaman kapitalisme memang sukar

Page 17: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

dirungkai lagi. Ia akan tumbuh dan berkembang, kerana kapitalisme sentiasa dicanang

oleh pendokong-pendokong tamadun maju (negara-negara barat) sebagai mazhab

ekonomi paling ideal dan sempurna. Ekonomi tradisional (seperti pertanian saradiri)

dan sebarang bentuk lain yang menolak kapitalisme dianggap sebagai suatu pilihan

menuju kemunduran (Amriah, 1988).

Berdasarkan sorotan latarbelakang ini, Kundasang semenangnya tidak boleh berundur

lagi dari ladaan ekonomi sejagat. Tambahan pula, dalam dekad kebelakangan ini,

trend globalisasi turut meluaskan jangkauan ekonomi gaya kapitalisme yang akarnya

telah menjalar sejak era penjajahan. Giddens (1990:64) telah memperihalkan situasi

ini menerusi catatan berikut;

”...... today, in any part of the world, is aware that what happens in a local

neighbourhood is likely to be influenced by factors – such as word money and

commodity markets – operating at an indefinite distance away from the

neighbourhood itself.”

Kebenaran ungkapan Giddens ini terserlah dalam kajian kes di Kundasang. Peranan

kabilah perdagangan dari kalangan etnik Cina begitu signifikan, sekalipun paksi

pelaburannya berpusat di tempat-tempat yang jarak geografinya begitu jauh dari

Kundasang – seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Kuala Lumpur, Brunei, Singapura dan

Hong Kong. Perspektif kestrukturan Marxist akan memberikan beberapa penjelasan

berasaskan dua gejala sosio-ekonomi yang tidak sihat, iaitu, monopoli limpahan

keuntungan dan pengaliran keluar pendapatan.

(ii) Monopoli Limpahan Keuntungan

Temubual penyelidik bersama para pekedai mendapati bahawa permintaan para

pelancong dan para pekerja migran terhadap khidmat perniagaan di pusat urban

Kundasang amatlah rendah (sila rujuk JADUAL 2). Positivisme menghujahkan bahawa

perkembangan lembab pusat urban Kundasang (dari segi kemudahan asas dan fungsi

perbandaran) adalah punca utama mengapa sirkit pelancongan dilencong ke tempat

lain dan tidak menguntungkan kawasan Kundasang. Justifikasi positivis ini merupakan

hujah yang logik dan kukuh. Tetapi, penjelasan ini hanya berasaskan model-model

pola ruangan. Ia tidak dapat menjawab dua persoalan yang melibatkan proses manusia

Page 18: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

– pertama, dimana para pelancong membeli-belah semasa mereka berada di kawasan

Kundasang?; dan kedua, di mana pula para pekerja asing (yang jumlah melebihi 1500

orang) membeli barangan keperluan harian?

Pekan Ranau mungkin boleh dipilih menjadi tempat singgahan membeli-belah semasa

mobiliti pelancong dari Taman Kinabalu ke Taman Air Panas Poring. Tetapi semasa

berada di kawasan Kundasang (bagi para pelancong yang menginap) di mana mereka

berbelanja? Begitu juga, tidak mungkin para pekerja asing (yang kebanyakannya masuk

secara ”haram”) membeli keperluan mereka di pekan Ranau. Ini kerana pekan ini lebih

ketat penguatkuasaan undang-undang berhubung pendatang tanpa izin. Rondaan polis

di kawasan pekan adalah lebih kerap kerana ibupejabat polis kawasan Kinabalu

terletak di pekan Ranau. Jadi, kalau bukan di pusat urban Kundasang, di mana pekerja

asing ini berbelanja? Persoalan ini akan terjawab dalan analisis terperinci terhadap ciri

keusahawanan para pemodal etnik Cina.

Memaksimumkan keuntungan adalah matlamat abadi dalam amalan kapitalisme.

Bagaimana mekanismanya di Kundasang? Monopoli limpahan ekonomi oleh para

kapitalis etnik Cina dapat dikesan menerusi gaya perniagaan mereka yang sentiasa

berusaha merebut semua peluang – sama ada dalam bidang perhotelan, mahupun

bidang pertanian komersial. Sehingga September 1999, 14 daripada 15 rangkaian kabin

penginapan dan pusat hiburan adalah merupakan milik usahawan pendatang dari

kalangan etnik Cina (data daripada lapangan). Secara kasarnya, hampir 50% daripada

tanah sekitar kawasan Kundasang (khususnya tanah yang sesuai untuk penanaman

sayur hawa sederhana) juga telah dipindahmilik, dan 20% lagi disewakan kepada para

pemodal luar (generalisasi berdasarkan temubual dengan – Berhard Kimin, Penolong

Pegawai Daerah Ranau [bahagian pembangunan]; Almelur Dahlan, [pegawai PPK;

Johnny Samin, pengusaha tanaman sayur dan aktivis politik tempatan). Ringkasnya,

kuasa modal para kapitalis Cina ini telah menjadi penggerak utama proses ekonomi di

Kundasang.

Monopoli ekonomi ini tidak berakhir setakat menguasai industri perhotelan dan

pertanian komersil. Dalam masa yang sama, mereka turut menguasai fungsi peruncitan

dan perniagaan barang-barang keperluan asas. Pada setiap kabin penginapan, sebuah

kedai runcit mini diwujudkan. Oleh itu, para pelancong yang menginap di Kundasang

Page 19: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

tidak perlu bersusah payah pergi ke pusat urban untuk membeli belah. Barangan

keperluan harian yang ditawarkan di kabin sudah mencukupi.

Para pemodal yang mengusahakan tanaman sayur komersial pula, mendapatkan

khidmat tenaga buruh migran Indonesia dan Filipina, yang kebanyakannya merupakan

pendatang tanpa izin. Kadar upah yang rendah menjadikan kaum migran ini lebih

berdayasaing daripada buruh tempatan. Untuk memudahkan penyeliaan para pekerja,

golongan tauke Cina ini menyediakan perumahan pekerja di kawasan-kawasan ladang

(jauh daripada pusat urban Kundasang). Para pekerja migran ini tidak digalakkan pergi

ke pekan Kundasang ataupun pekan Ranau atas sebab keselamatan (kebanyakannya

tidak mempunyai visa perjalanan yang sah). Barangan keperluan (seperti makanan dan

item-item domestik lain) dibekalkan terus oleh majikan masing-masing menerusi

sistem potongan gaji. Dalam setengah kes, golongan tauke ini turut menyediakan kedai

runcit mini di kawasan penempatan para buruh mereka. Pendeknya, para pemodal

berusaha mengaut keuntungan berganda – dari hasil tanaman ladang dan kedai

perniagaan runcit.

Apakah natijah amalan keusahawanan sebegini kepada sistem ekonomi tempatan

Kundasang? Ia menyekat sebaran kemakmuran ekonomi secara terbuka, bahkan telah

menutup peluang ke arah agihan seimbang. Para pengusaha bidang perhotelan

mendapat keuntungan dari bayaran sewa penginapan, dan turut mengambil peluang

menyapu bersih wang perbelanjaan harian pelancong menerusi fungsi runcit yang

diwujudkan di kabin. Hanya sedikit wang pelancong yang akan mengalir keluar kepada

para pengusaha kedai (kaum bumiputera) di pusat urban.

Berbekalkan kekuatan modal kapital, golongan kapitalis yang mengusahakan sektor

pertanian komersial turut menguasai pengeluaran dan pasaran sayuran-sayuran hawa

sederhana. Dengan adanya kelebihan dari segi amalan teknologi moden dan kemahiran

inovasi tani, maka, tahap produktiviti dan kualiti hasilan mereka jauh lebih tinggi.

Situasi ini sekaligus mematikan daya-saing pengusaha tempatan. Tidak cukup dengan

itu, mereka menyediakan pula fungsi perniagaan runcit kepada buruh-buruh ladang.

Dengan itu, sebahagian gaji dibayar kepada para buruh akan kembali kepada kabilah

pedagang tribalisme ini. Sebaliknya, para pekedai dan peruncit tempatan hanya akan

mendapat sedikit sahaja manfaat dari agihan perbelanjaan pekerja migran ini.

Page 20: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Inilah yang dikatakan monopoli ekonomi, di mana mekanisma perniagaan

distrukturkan sedemikian rupa untuk mencatu dan mengawal aliran wang. Natijahnya,

tidak banyak keuntungan melimpah ke dalam sistem ekonomi tempatan. Dalam mod

ekonomi kapitalisme, pemodal dan modal sememangnya dianggap sebagai dewa-dewa

pembangunan (Dahlan, 1989:21). Kayu ukur bagi ekonomi liberal ini hanyalah

peningkatan KNK semata-mata, dan tidak timbul persoalan tentang bagaimana dan

kepada siapa kekayaan material itu telah disebarkan.

(iii) Pengaliran Keluar Pendapatan

Selain daripada isu monopoli keuntungan, kebocoran pendapatan juga adalah satu lagi

proses negatif yang secara tidak langsung telah diterbitkan oleh mod ekonomi

kapitalisme.Terdapat dua punca utama bagaimana ekonomi yang dijana di Kundasang

dipam keluar ke tempat-tempat lain. Pertama, menerusi ragam perbelanjaan para

kapitalis etnik Cina yang dihalakan ke bandar asal masing-masing. Kedua, melalui

penghantaran wang ke luar negara oleh para pekerja asing. Ini adalah satu mekanisma

kitaran ”modal & untung” yang tidak adil. Sumber kewangan yang dijana di

Kundasang dengan mengeksploitasi sumber-sumber di kawasan ini, seharusnya

dibiarkan mengalir dalam takungan ekonomi tempatan. Keadaan ini akan membantu

Kundasang untuk membentuk satu sistem ekonomi yang lebih teguh dan mandiri.

Malangnya, sebahagian besar out-put kewangan yang dihasilkan telah dipulangkan

kembali kepada golongan pemodal. Catuan yang terkumpul ini seterusnya dilambakkan

di bandar asal masing-masing – dimana terletaknya rumah pertama para pemodal dan

tempat keluarga mereka bermastautin. Model pengaliran tersebut digambarkan secara

terperinci dalam RAJAH 1 (Model Dwi-Ruang Ekonomi Kes Kundasang).

Wilayah luar Kundasang dirujuk sebagai bandar asal para kapitalis, seperti Kota

Kinabalu, Sandakan, Singapura, Kuala Lumpur, Hong Kong; dan ia juga termasuk

negara asal para pekerja asing, iaitu Indonesia dan Filipina. Punca pengaliran

kewangan terbesar dilabelkan sebagai (A) dan (B) – masing-masing mewakili kebocoran

pendapatan yang diakibatkan oleh tindakan buruh migran dan golongan pemodal.

Sudah semestinya para tauke akan menggunakan sebahagian besar keuntungan yang

diperolehi di Kundasang untuk menampung kos sara hidup di tempat asal mereka.

Page 21: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Kundasang sendiri tidak mampu menawarkan khidmat perbandaran yang sesuai dengan

gaya hidup dan citarasa golongan elit ini.

Para pekerja migran pula (kebanyakannya lelaki dan mempunyai tanggungan di negara

asal) akan menghantar kiriman wang bulanan untuk keluarga mereka di Indonesia dan

Filipina. Kedua-dua mekanima kebocoran ini memberi penjelasan tambahan – mengapa

peningkatan jumlah penduduk migran (hasil kedatangan para pemodal dan pekerja

asing) tidak mampu memberi kesan signifikan kepada pertumbuhan pusat urban

Kundasang.

Soalnya, apakah kaitan di antara fenomena ’kebocoran pendapatan’ ini dengan sistem

ekonomi kapitalisme? Gaya ekonomi ala kapitalisme adalah pendokong konsep

pelaburan dan pasaran terbuka. Liberalisasi ini dengan sewenang-wenangnya telah

mengizinkan kemasukan pelabur luar, kuasa modal dan buruh migran ke kawasan

Kundasang. Akibatnya, muncullah satu sistem ekonomi baru yang mendedahkan

Kundasang kepada risiko dan trend ekonomi global. Dalam masa yang sama,

kecanggihan ekonomi bandaran ini telah mematikan daya-saing penduduk tempatan

yang masih ’kekampungan’ (hal ini dihujahkan dalam analisis faktor-faktor

tingkahlaku).

Situasi ini menjadikan para pengusaha pribumi sebagai satu entiti pasif dalam sistem

ekonomi baru yang sedang rancak berkembang. Akhirnya, mereka hanya mampu

’melihat’, tetapi tidak berupaya mengolah orientasi kitaran modal-keuntungan yang

’menghubungkan’ kawasan Kundasang dengan kawasan luar. Mekanisma perhubungan

dinamik ini bertindak sebagai saluran di mana berlakunya kebocoran pendapatan. Pun

begitu, para penduduk tempatan terpaksa menerima keadaan ini seadanya. Penggerak

utama kepada mekanisma kebocoran tersebut adalah ’tenaga’ yang dijana oleh modal

kapital para pelabur etnik Cina. Ianya adalah sesuatu yang berada di luar kawalan

masyarakat tempatan sendiri.

(iii) Rumusan Penemuan Kestrukturan Marxist

Keseluruhan sorotan secara marxisme ini, memperlihatkan bagaimana kod pengeluaran

kapitalisme telah mengolah dan membentuk satu proses dan struktur sosio-ekonomi

yang baru di Kundasang. Struktur dan proses yang sebegitu rupa telah mewujudkan

Page 22: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

pertalian antara pemodal, pelancong, penduduk tempatan dan pekerja migran melalui

satu jaringan orde dan pengaruh yang saling berangkai. Akhirnya ia menghasilkan satu

dinamik aliran keluar-masuk modal dan pendapatan (ke dalam dan ke luar kawasan

Kundasang). Keseluruhan mekanisma ini telah meletakkan penduduk tempatan sebagai

elemen penerima yang kurang aktif dan tidak autoritatif.

Jelas di sini, mod yang dibawa oleh pihak luar (golongan pemodal dan buruh migran)

telah menjadi entiti dominan dalam asas kewujudan sistem dan fungsi sosio-ekonomi

yang baru ini. Wan Azmi (1993:81) dalam bukunya, ”Dasar Sosial Di Malaysia” telah

menulis:

”Untuk memahami masyarakat sepenuhnya, dari perspektif sosiologikal atau

ilmu kaji kemasyarakatan, kita terpaksa mempelajari segala aspek strukturnya

– atau bentuk susunan yang diwujudkan dalam masyarakat”

Walaupun struktur komuniti manusia adalah dinamik, Wan Azmi (1993) menjelaskan

bahawa satu sistem dominan akan pasti dapat diwujudkan dalam satu-satu fasa masa

tertentu. Dengan panduan sistem inilah manusia akan menyusunatur segala keperluan

material (atau kebendaan) mengikut apa yang dinamakan sebagai sistem ekonomi.

Dalam analisis kes di Kundasang, jelas dapat disimpulkan bahawa amalan kapitalisme

telah mengambil peranan sebagai ’sistem penentu’ yang dominan.

Ini melangkaui dimensi huraian positirvisme yang lebih banyak berkisar kepada faktor

ruangan dan analisis tingkahlaku mekanik. Pendekatan kestrukturan Marxist telah

membahaskan dengan panjang lebar kesan pengaruh kapitalisme kepada isu

ketidakseimbangan pembangunan. Dalam proses analisis tersebut, tiga perkara utama

telah disentuh – (i) mekanisma perniagaan dan penjanaan modal golongan kapitalis

(khususnya dari kalangan etnik Cina); (ii) isu-isu berhubung monopoli peluang ekonomi,

dari bidang perhotelan, pertanian komersial termasuklah fungsi perniagaan runcit; dan

(iii) perihal kebocoran pendapatan ke kawasan-kawasan luar Kundasang.

Page 23: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

(5) PERBANDINGAN ANALISIS POSITIVISME DAN KESTRUKTURAN MARXIST

(i) Pendahuluan

”One of the most obvious characteristics of contemporary human geography is its

diversity of approach”- demikian tulisan Cloke, Philo dan Sadler (1991) seawal

halaman pertama di dalam buku Approaching Human Geography. Keseluruhannya,

mereka menghujahkan bahawa situasi kontemporari seharusnya mendorong para

pendokong ilmu geografi supaya meningkatkan kepekaan terhadap persoalan kaedah

teoritis disiplin ini. Sesungguhnya, realiti dunia terlalu rencam dan kompleks. Justeru

itu, perspektif yang pelbagai adalah cara terbaik untuk “menghampirkan” manusia

kepada penemuan suatu kebenaran sejati. “Menghampirkan” dan bukan

“membawa”, kerana menurut Amriah (1992) kebenaran mutlak hanya wujud dalam

agama.

Metod positivisme dan kestrukturan Marxist yang dijadikan alat untuk menyelongkar

‘misteri’ di sebalik isu-isu pembangunan Kundasang – setiap satunya mempunyai

kelebihan dan kekurangan. Positivisme membahaskan gejala songsang di Kundasang

dengan tumpuannya kepada masalah pertumbuhan pusat urban. Set faktor yang

dikenalpasti sebagai pencetus keadaan ini adalah elemen-elemen geseran jarak dan

persaingan lokasi di ruangan. Kundasang yang terperosok jauh di pergunungan

Banjaran Crocker mengalami geseran jarak dalam konteks mobiliti pelancong dari dua

‘gateway’ utama – Kota Kinabalu dan Sandakan. Ini mempengaruhi trip aktiviti

pelancong semasa berada di Kundasang sekaligus mencetuskan implikasi sirkit

pelancongan yang ‘dilencongkan’. Keadaan bertambah buruk kerana pekan Ranau yang

berhampiran, mempunyai kuasa perbandaran yang lebih kuat. Jadi, apabila berlaku

persaingan lokasi, pusat urban Kundasang selalunya akan menjadi mangsa

peminggiran.

Selain daripada itu, persekitaran fizikal dan sosiobudaya Kundasang juga gagal

memberikan rangsangan yang cukup stimulatif bagi perkembangan sektor pelancongan.

Kemudahan-kemudahan awan dan infrastruktur asas tidak dibangunkan dengan baik.

Begitu juga, sumber tempatan tidak dipupuk dengan kemahiran dan anjakan minda,

selaras dengan transformasi sosio-ekonomi semasa. Rangsangan negatif ini (yang

mencetuskan reaksi ’dingin’ para pelancong) telah berganding dengan masalah-

masalah geseran jarak untuk mempertahankan pertumbuhan pusat urban Kundasang.

Page 24: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Apabila pusat urban tidak mampan dan mandiri, maka fungsinya sebagai ’kutub

tadahan’ dan ’lanskap pertumbuhan’ tidak dapat direalisasikan.

Pun begitu, penjelasan positivisme tidak mencukupi. Kombinasi semua penemuan

positivisme boleh diringkaskan sebagai- ”pelancong tidak berminat berbelanja di

Kundasang”. Positivisme membentangkan beberapa pola sirkit lencongan para

pelancong. Penjelasan begini terlalu menekankan pada pola dan bentuk. Ia hanya

menjawab persoalan ”apa” yang berlaku di Kundasang. Tetapi, unsur persoalan

”siapa” yang melibatkan proses dan struktur masyarakat tidak dibahaskan dengan

terperinci.

Statistik pejabat Taman Kinabalu menunjukkan bahawa purata jumlah pelancong

dikawasan pergunungan ini adalah 18 228 orang setiap bulan (1997). 38% daripada

mereka menginap sekurang-kurangnya semalaman di Kundasang. Persoalannya, bagi

para pelancong yang menginap – di mana mereka berbelanja semasa berada di

Kundasang? Dalam analisis kestrukturan Marxist persoalan ini dijawab dengan

menjelaskan modus operandi para usahawan etnik Cina yang bertindak

’memaksimumkan untung’ dan menyekat pengaliran keluar wang pelancong ke sistem

ekonomi tempatan. Ini adalah bentuk penjelasan yang lebih difokuskan kepada unsur

persoalan ”siapa”.

Dalam pada itu, positivisme juga gagal menjelaskan sebab mengapa kedatangan para

migran (pemodal kaum Cina dan buruh-buruh migran) yang hampir menjangkau jumlah

seramai 1500 orang, tidak memberi kesan signifikan kepada permintaan fungsi

perniagaan di pusat urban Kundasang. Sekali lagi analisis secara marxisme merungkai

masalah ini dengan meninjau pengaruh tribalisme golongan ’tauke’ yang mengamalkan

mod ekonomi kapitalisme. Sama ada bergiat dalam bidang perhotelan, mahupun

penanaman komersial sayur-sayuran hawa sederhana, para pemodal luar ini telah

menggunakan sepenuhnya kelebihan modal kapital untuk mendominasi ekonomi.

(ii) Rumusan Akhir

Kepelbagaian metod teoritis dalam pendekatan geografi kotemporari, bukanlah tanda

krisis epistemologi yang boleh menggugat kemampuan disiplin ini. Kajian kes ini

membuktikan bahawa dogma yang berbeza boleh digunakan untuk mendekati realiti

Page 25: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

dunia dari pelbagai sudut. Aplikasi pendekatan positivisme dan kestrukturan Marxisme

mempunyai kekuatan, kelemahan dan had-had penjelasan yang tersendiri. Setiap

metod teoritis yang dipraktikkan telah memberi sumbangan penting di dalam

mengupas permasalahan ketidakseimbangan pembangunan Kundasang – dengan skop

isu masing-masing yang saling melengkapi.

Sintesis akhir bagi semua penemuan, dari ketiga-tiga kaedah analisis ternyata berjaya

mengolah satu rumusan integrasi yang lebih jitu terhadap kajian kes – mitos industri

pelancongan di Kundasang, Sabah. Sungguhpun, mitos pembangunan tersebut belum

berakhir, namun, rahsia dan misteri yang terselindung sekurang-kurangnya sudah

dapat dikesan dan agak difahami.

BIBLIOGRAFI Abd Samad Hadi. 1989. Pergantungan dan Penyatuan Ekonomi Ruang: Satu Penelitian

Kembali Pengalaman Negeri Sabah di dalam buku Integrasi Sabah oleh Hairi Abdullah, Zulkifly Mustapha dan Fatimah Kari (penyunting). Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Amriah Buang. 1981. Distance, Accessibility and Agricultural Productivity: Some

Preliminary Findings From Subdistrict Parit, Penisular Malaysia di dalam jurnal Ilmu Alam Bilangan 10. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

__________: 1987. Lokasi dan Prestasi Pekebun Kecil Getah Daerah Parit,

Semenanjung Malaysia : Sangkalan Terhadap Rumusan Positivisme Bahagian Pertama di dalam jurnal Ilmu Alam Bilangan 16. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

__________:1988. Lokasi dan Prestasi Pekebun Kecil Getah Daerah Parit, Semenanjung

Malaysia : Sangkalan Terhadap Rumusan Positivisme di dalam jurnal Ilmu Alam Bilangan 17. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

__________:1990. Lokasi dan Prestasi Pekebun Kecil Getah Daerah Parit, Semenanjung

Malaysia : Sangkalan Terhadap Rumusan Positivisme di dalam jurnal Ilmu Alam Bilangan 19. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

__________:1992. Epistemological Problems in Human Geography: An Overview and

Preliminary Islamic Evaluation di dalam jurnal The American Journal Of Islamic Social Sciences Bilangan 9. The Association of Muslim Social Scientists & The International Institute of Islamic Thought

Bird, Bella (D.M). 1989. Langkawi From Mahsuri to Mahathir: Tourism for whom? Kuala

Lumpur: INSAN

Page 26: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Borneo Mail. 12 Julai 1999. Rancangan 10 Tahun Bangunkan Ranau Christaller, W. 1963. Some Consideration of Tourism Location in Europe: The Perpheral

Regions – The Underdeveloped Countries – Recreation Areas. Papers Regional Science Association, Paper 12, Lund Congress, m.s 95-105

Christaller, W. 1966. The Central Places of Southern Germany (terjemahan C.W.

Baskin). Englewood Cliffs: Parentice-Hall Cloke, P., Philo, C. & Sadler, D. 1991. Approaching Human Geography An Introduction

To Contemporary Theoritical Debates. London: Paul Chapman Publishing Ltd Dahlan, HM. 1989. Beberapa Pandangan Terhadap Isu-Isu Pembangunan di dalam buku

Integrasi Sabah oleh Hairi Abdullah, Zulkifly Mustapha dan Fatimah Kari (penyunting). Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Dube, S.C 1984. Development Perspectives for the 1980’s. Kuala Lumpur: Pelanduk

Publication Giddens, Anthony. 1990. The Consequences of Modernity. Cambridge: Polity Press Johnstan, R.J. 1989. Geografi dan Ahli Geografi (terjemahan oleh Mohktar Ahmad).

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kadir Din. 1984. Tourist Regions and Development Problems in Malaysia di dalam jurnal

Ilmu Alam Mei 1984, (m.s 65-82). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia Katiman Rostam. 1990. Konsep Asas Geografi Manusia. Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia Lee, Edwin. 1976. The Towkays Of Sabah. Singapore: Singapore University Press Lim, Dominic. 1995. Landuse in Kundasang: Should the Government Interverne? Kota

Kinabalu: Institute Development of Sabah Mohd Yaakub Johari. 1989. Pembangunan Peringkat Kampung dan Tempatan:

Penyertaan Penduduk Tempatan dalam Pembangunan di dalam buku Integrasi Sabah oleh Hairi Abdullah, Zulkifly Mustapha dan Fatimah Kari (penyunting). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Perroux, F. 1983. A New Concept of Development. London: Croom Helm Redfield, R. 1947. The Folk Society di dalam jurnal The American Journal of Sociology

Bilangan 52 Seers, D. 1972. What we are trying to measure? di dalam Measuring Development oleh

N. Baster (penyunting). London: Cass

Page 27: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Schaeffer, F.K. 1953. Pengecualian dalam Geografi: Pemeriksaan Metodologi (terjemahan). Annals, Association of American Geographers Bilangan 6

Simon, H.A. 1957. Model of Man: Social and Rational. New York: John Wiley Sulong Mohamad. 1983. Road Development and Rural Change in Sabah di dalam Sabah –

Traces of Change Kajian Etnografi Sabah Jilid 3 oleh H.M Dahlan (Penyunting). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia & Yayasan Sabah

________. 1984. Pembangunan dan Persekitaran Semenanjung Malaysia (terjemahan).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Whelan, F.G. 1968. Stories from Sabah History. Singapore: Heinemann Educational

Books (Asia) Ltd Zainal Kling. Pembangunan Komuniti : Masalah dan Prospek dalam Pembangunan

Tenaga Manusia di dalam buku Integrasi Sabah oleh Hairi Abdullah, Zulkifly Mustapha dan Fatimah Kari (penyunting). Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Page 28: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Jadual (1): Ringkasan bentuk-bentuk perkhidmatan dan fungsi kediaman yang disediakan oleh unit-unit bangunan kedai di pusat urban Kundasang BENTUK FUNGSI PERKHIDMATAN BILANGAN

(1) Tempat Kediaman 15

(2) Kedai Runcit 11

(3) Pusat Hiburan * pusat snooker, games, muzik

8

(4) Kedai Makan (Restoren) 9

(5) Pusat Inter-Net (Kafe Siber) 3

(6) Khidmat Perubatan 2

(7) Pejabat Persendirian 2

(8) Fungsi-Fungsi Lain Order Tinggi * bank, menjual tayar, racun

8

(9) Fungsi-Fungsi Lain Order Rendah * kedai cenderamata, kedai gambar

5

JUMLAH UNIT FUNGSI

63

Sumber: Kerjalapangan penyelidik pada September 1999 * Terdapat pertambahan unit kedai dari jumlah 12 unit (1981) kepada 24 unit (1990)

Page 29: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Soalan Ringkasan Jawaban 28 Responden Terhadap Setiap Soalan 0-25 orang 26-75 orang 76-150 orang >150 orang (1)

15 10 3 0 <RM 3,500 RM3,500 hingga

<RM5,000 RM5,000 hingga < RM10,000

>RM10,000 (2)

10 13 3 2 0-5 orang 5-15 orang 15-30 orang Lebih 30 orang (3)

8 16 3 1 Tidak Puas Hati Kurang Puas Hati Puas Hati Amat Puas Hati (4)

0 8 19 1 JADUAL (2): Maklumbalas para pengusaha unit-unit kedai di Pusat Urban Kundasang berkaitan isu-isu pendapatan, kedatangan pelancong dan persepsi terhadap prestasi perniagaan Sumber : Kerjalapangan penyelidik pada September 1999

Temubual Bersama Para Peniaga Di Pusat Urban Kundasang: Tujuan utama temubual ini adalah untuk melihat sejauhmana pacuan permintaan pengguna dari kalangan penduduk tempatan dan para pelancong. Seramai 28 responden yang terlibat dalam bidang keusahawanan berbentuk – kedai runcit, pusat hiburan dan unit-unit fungsi lain (order rendah) telah dipilih sebagai sample. Soalan-soalan asas adalah:

(1) Berapakah jumlah pelanggan harian? (2) Berapakah pendapatan kasar bulanan? (3) Berapakah jumlah pelanggan dari kalangan pelancong (dalam sebulan)? (4) Adakah anda puas hati dengan prestasi perniagaan?

Page 30: MITOS PELANCONGAN DI KUNDASANG SABAH · PDF filerasional dan bertindak mengikut pertimbangan ekonomik. Contohnya, manusia pada ... wajar (yang prediktif) terhadap rangsangan-rangsangan

Petunjuk : (Rajah ini adalah model pengkaji sendiri) (A)= Pengaliran pendapatan pekerja asing ke negara masing-masing (terutamanya Indonesia, Filipina); (B)=Pengaliran pendapatan para pemodal (kapitalis etnik Cina) ke Bandar-bandar asal mereka terutamanya – Kota Kinabalu, Sandakan, Kuala Lumpur, Singapura, Hong Kong); (a)= Bayaran gaji kepada para pekerja; (b)= Pembelian barang-barang asas (keperluan domestic) dari majikan mereka; (c)=Bayaran penginapan di kabin dan pembelian barang keperluan dari ‘kedai runcit’ mini di setiap kabin; (d)= Bayaran penduduk terhadap perkhidmatan pusat-pusat hiburan di kabin-kabin usahawan etnik Cina (contohnya- ‘karaoke’); (e)=Penggunaan wang pekerja asing untuk aktiviti perbelanjaan ‘sampingan’ (contohnya – menonton teater, makan di restoren); (f) = Penggunaan wang pelancong untuk aktiviti pembelian di pusat urban Kundasang dan pasar sayur-sayuran.

: Pengaliran positif (menguntungkan penduduk tempatan) :Pengaliran negatif (kebocoran pendapatan)

RAJAH (1) : Model Dwi-Ruang Ekonomi Kundasang (Kebocoran Pendapatan)

ALIRAN MASUK MODAL KAPITALIS LUAR

ALIRAN MASUK ‘WANG’ PELANCONG

(A)

(B)

(a)

(b)

(c) (d) (e)

(f)

pekerja asing

penduduk Kundasang pelancong

luar

para pemodal

Kawasan Dalam Kundasang

Kaw

asan

Kua

r Kun

dasa

ng