persediaan pelajar pendidikan kejuruteraan, fakulti ... · iii dedikasi kepada bondaku tersayang,...

24

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,
Page 2: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,
Page 3: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI

PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MEMILIH KERJAYA

DI SEKTOR INDUSTRI SELEPAS TAMAT PENGAJIAN

FARIDAH BINTI ALJUNID

Tesis ini disampaikan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

Page 4: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………...

Nama Penulis : FARIDAH BINTI ALJUNID

Tarikh : ………………………………

Page 5: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

iii

DEDIKASI

Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie :

Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan, bantuan dan

dorongan yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya.

Semoga bonda dipanjangkan usia dan dirahmati Allah S.W.T. selalu hendaknya.

Kepada suamiku tersayang, Mohd Hanafi Bin Sabarudin :

Segala nasihat, bantuan dan dorongan yang dihulurkan selama ini adalah amat

dihargai. Semoga Allah S.W.T. panjangkan usiamu dengan kehidupan yang penuh

rahmat.

Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai :

Terima kasih tidak terhingga di atas segala bantuan, dorongan dan tunjuk ajar yang

diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang

dapat membalas dengan seadilnya segala budi baik kalian.

Aku mencari segala pengetahuan untuk segala sesuatu selain Tuhan, tetapi ilmu

tidak mahu kecuali hanya untuk Tuhan

-Imam Al-Ghazali-

Semoga dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. hendaknya

Page 6: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, saya dapat menyiapkan tesis ini.

Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia

projek sarjana muda, Cik Sarimah Binti Ismail di atas bimbingan dan dorongan

yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak

terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasanya yang

sangat besar ini.

Kerjasama daripada pelajar pendidikan kejuruteraan tahun akhir kursus

Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (SPA, SPE dan SPJ) di Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik

amatlah dihargai.

Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea

dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan

dirahmati Allah S.W.T.

Page 7: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

v

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti persediaan pelajar memilih

kerjaya di sektor industri terhadap empat aspek yang dikaji iaitu kemahiran

‘employability’, kemahiran teknikal, pengetahuan teknikal dan menerima tekanan

kerja. Kajian dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen

kepada 75 orang pelajar pendidikan kejuruteraan tahun akhir kursus Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (SPA, SPE dan SPJ) di Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia yang menamatkan pengajian pada sesi II 2006/2007. Data

dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for Sciences (SPSS)

versi 13.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian

menunjukkan responden mempunyai persediaan yang tinggi dari semua aspek yang

dikaji iaitu kemahiran ‘employability’, kemahiran teknikal, pengetahuan teknikal dan

menerima tekanan kerja untuk memilih kerjaya di sektor industri. Beberapa cadangan

telah dikemukakan bagi menambah persediaan pelajar memilih kerjaya di sektor

industri. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan

kajian ini di masa akan datang turut dicadangkan.

Page 8: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

vi

ABSTRACT

This survey research was conducted to identify students’ preparation to work

in industrial sector towards four aspects which are employability skill, technical skill,

technical knowledge and the ability to accept work pressure. The research was

conducted using questionnaire as research instrument that contributed to 75 first

degree engineering education students at the Education Faculty, Universiti Teknologi

Malaysia who completed their study in session II 2006/2007. Data was analyzed

using computer software Statistical Package for Sciences (SPSS) version 13.0 to get

the value of frequency, percentage and mean. Research findings showed that

respondents have high preparation in terms of employability skills, technical skills,

technical knowledge and able to accept work pressure to work in industrial sector. A

few recommendations were proposed to increase students’ preparation to work in

industrial sector. A few were also recommended for those who interested to make

further research.

Page 9: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK KAJIAN

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 10: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

viii

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Operasional 10

1.9 Ringkasan 13

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kemahiran Kebolehan Bekerja (Employability Skill)

15

2.3 Aspek-Aspek Dalam Kemahiran Kebolehan Bekerja (Employability Skill)

16

2.4 Kemahiran ‘Employability’ Yang Diperlukan Oleh

Majikan Di Industri 18

2.5 Kemahiran Teknikal Yang Diperlukan Oleh

Majikan Di Industri 20

2.6 Pengetahuan Teknikal Yang Diperlukan Oleh

Majikan Di Industri 23

2.7 Tekanan Kerja Di Industri 25

2.7.1 Kajian Berkenaan Tekanan Kerja 27

2.8 Ringkasan 29

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Reka Bentuk Kajian 31

3.3 Tempat Kajian 32

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 33

3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 34 3.5.2 Bahagian B: Persoalan Kajian 34 3.6 Keesahan Soal Selidik 36

3.7 Kajian Rintis 36

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 37

3.9 Analisis Data 38

3.10 Prosedur Kajian 40

Page 11: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

ix

BAB 4 ANALISA DATA

4.1 Pengenalan 43

4.2 Analisa Data 44

4.2.1 Bahagian A 44

4.2.2 Bahagian B 46

4.3 Ringkasan Dapatan Kajian 62

4.3.1 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A 62

4.3.2 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 63

4.4 Ringkasan 64

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 65

5.2 Rumusan 65

5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 66

5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item Yang

Dikemukakan 67

5.3 Perbincangan 69

5.3.1 Apakah Pelajar Bersedia Dari Aspek

Kemahiran ‘Employability’ Untuk Bekerja Di Sektor Industri?

70

5.3.2 Apakah Pelajar Bersedia Dari Aspek

Kemahiran Teknikal Untuk Bekerja Di Sektor Industri?

71

5.3.3 Apakah Pelajar Bersedia Dari Aspek

Pengetahuan Teknikal Untuk Bekerja Di Sektor Industri?

74

5.3.4 Apakah Pelajar Bersedia Dari Aspek

Menerima Tekanan Kerja Untuk Bekerja Di Sektor Industri?

75

5.4 Cadangan 76

5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 77

5.6 Kesimpulan 77

BIBLIOGRAFI 79

LAMPIRAN 82 - 89

Page 12: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Statistik pendaftaran pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (SPA, SPE dan SPJ), Fakulti Pendidikan, UTM

5

1.2

Bilangan graduan ijazah pertama yang telah dihasilkan oleh Fakulti Pendidikan, UTM dari tahun 2003 sehingga 2006

6

2.1

Kemahiran akademik dalam kemahiran ‘employability’

17

2.2

Kemahiran mengurus diri dalam kemahiran ‘employability’

18

2.3 Kemahiran berkumpulan dalam kemahiran ‘employability’

18

2.4 Faktor-faktor penyebab kepada tekanan di tempat kerja

27

3.1 Taburan saiz populasi

33

3.2

Pembahagian item mengikut persoalan kajian

35

3.3 Skala Likert (Lima mata)

35

3.4 Klasifikasi kekuatan kolerasi

38

3.5 Perubahan Skala Likert lima mata kepada tiga mata

39

3.6 Penentuan tahap peratusan

39

3.7 Skala min 40

4.1 Jantina responden 44

Page 13: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

xi

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

4.2 Bangsa responden 45

4.3 Kursus responden 45

4.4

Tempat responden menjalani latihan industri

46

4.5 Item-item mengikut persoalan kajian 47

4.6 Pengkelasan skala terhadap item 47

4.7 Taburan responden mengikut frekuensi, peratusan dan min bagi persediaan pelajar dari aspek kemahiran ’employability’

48

4.8 Taburan responden mengikut frekuensi, peratusan dan min bagi persediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal

51

4.9 Taburan responden mengikut frekuensi, peratusan dan min bagi persediaan pelajar dari aspek pengetahuan teknikal

54

4.10 Taburan responden mengikut frekuensi, peratusan dan min bagi persediaan pelajar dari aspek menerima tekanan kerja

58

4.11 Nilai purata pembolehubah dikaji

62

5.1 Purata min keseluruhan bagi soalan kajian terhadap persediaan pelajar pendidikan kejuruteraan tahun akhir kursus (SPA, SPE dan SPJ) memilih kerjaya di sektor industri.

66

5.2 Persediaan pelajar untuk bekerja di sektor industri

67

Page 14: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Prosedur kajian

42

Page 15: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

xiii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPA Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam

SPE Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Elektrik

SPJ Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal

SPSS Statistical Package for The Social Science

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

JPTK Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

ILP Institut Latihan Perindustrian

Page 16: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Surat memohon maklumat daripada Timbalan Pendaftar, Fakulti Pendidikan, UTM

82

B Borang pengesahan soal selidik Projek Sarjana Muda

84

C Set borang soal selidik 85

Page 17: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada 3 sektor utama. Sektor pertanian,

perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan adalah terletak dalam

kategori sektor pertama. Sektor kedua bersifat pemerosesan, adalah lanjutan daripada

sektor pertama. Dua aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah aktiviti

pembuatan (perkilangan) dan pembinaan. Sektor ketiga adalah sektor yang terlibat

dengan aktiviti perkhidmatan, seperti pengangkutan, penyimpanan, perhubungan,

kuasa elektrik, gas dan air, perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran,

kewangan, insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan

perkhidmatan-perkhidmatan lain.

Pertumbuhan asas ekonomi Malaysia mengalami pengembangan sebanyak

5.2% pada tahun 2005. Dasar makroekonomi yang menyokong serta keadaan

kewangan yang menggalakkan telah membolehkan ekonomi Malaysia terus berdaya

tahan, di mana sektor swasta terus menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi.

Pelbagai sektor ekonomi, kecuali sektor pembinaan, telah mencatat pertumbuhan

Page 18: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

2

yang positif pada tahun 2005. Nilai tambah sektor perkilangan meningkat 5.1%

(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2005).

Dasar kepelbagaian ekonomi yang dilaksanakan pada akhir 1960-an

menunjukkan betapa penting peranan yang dimainkan oleh sektor industri khasnya

pembuatan dalam menjana pertumbuhan ekonomi. Bermula dengan industri

penggantian import diikuti dengan industri berorientasikan eksport dan industri berat,

sektor pembuatan kini beralih kepada industri berintensifkan modal dan berteknologi

tinggi. Kronologi yang dilalui oleh sektor pembuatan menggambarkan kejayaan

sektor ini sebagai enjin pertumbuhan ekonomi. Sebahagian besar eksport negara

adalah disumbangkan oleh sektor pembuatan. Menjelang 2010, sektor ini dijangka

berkembang pada kadar purata 8.3% setahun dengan bahagian keluaran dalam negara

kasar (KDNK) meningkat 36.0%. Kejayaan ini adalah hasil daripada campur tangan

kerajaan secara berkesan melalui dasar dan strategi yang dilaksanakan. Kerajaan

berjaya mengekalkan prestasi ekonomi dengan mengikuti perkembangan yang

berlaku di peringkat dunia. Tuntutan dalam ekonomi global seperti keperluan kepada

k-ekonomi, teknologi maklumat komunikasi (ICT), penyelidikan dan pembangunan

(R&D), pelaburan langsung asing, teknologi dan pembangunan sumber manusia

menjadikan peranan kerajaan semakin penting. Usaha kerajaan yang berterusan

bersama dengan sokongan dari sektor swasta membolehkan Malaysia bergerak ke

arah negara perindustrian dalam persekitaran yang selesa dan memberangsangkan

(Nor Aini et al., 2004).

Sektor perkilangan telah banyak mewujudkan peluang pekerjaan yang baru

dan menjadi penyumbang utama dalam jumlah guna tenaga di Malaysia. Kekosongan

jawatan dari pelbagai sektor industri yang didaftarkan melalui Sistem Penjodohan

Pekerjaan (JCS) yang dibangunkan melalui Bursa Buruh Elektronik (ELX) pada

bulan Oktober 2006 adalah sebanyak 69,063. (Kementerian Sumber Manusia, 2006).

Menurut laporan rencana yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan

Malaysia (2005), pasaran pekerja dalam negeri masih teguh dan stabil. Kadar

Page 19: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

3

pengangguran terus stabil pada 3.5%. Pemberhentian pekerja yang berkurangan

mencerminkan peningkatan aktiviti ekonomi pada separuh tahun kedua. Selain itu,

jawatan kosong bertambah dengan kukuh sepanjang tahun 2005. Penempatan pekerja

juga lebih kukuh, mencerminkan peningkatan kecekapan dalam proses pemadanan

pekerja.

KDNK Malaysia diramal terus kekal pada paras yang stabil dan

memberangsangkan pada tahun ini. Ramalan ini berasaskan kepada hakikat bahawa

permintaan domestik sektor pembuatan dan perkhidmatan akan terus rancak pada

akhir tahun ini. Berikutan pertumbuhan ekonomi yang dijangka kukuh, permintaan

terhadap tenaga kerja dijangka terus meningkat pada tahun akan datang, terutama

dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Berikutan itu, jawatan baru yang diramal

dapat diwujudkan di pelbagai sektor ekonomi hasil daripada perkembangan pesat

ekonomi negara dianggarkan sebanyak 2.5 juta menjelang 2010 (Harian Metro, 22

Ogos 2006).

Pembangunan pesat teknologi masa kini mendorong industri untuk bersaing

di antara satu sama lain. Lantaran itu pemilihan pekerja menjadi sebahagian daripada

agenda penting dalam sesebuah organisasi. Kebanyakan industri sukar untuk

menerima pekerja untuk bekerja di satu-satu industri atas sebab kekurangan

kemahiran. Maka, dalam memenuhi tuntutan industri, para graduan harus

melengkapkan diri dengan memahami kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan

industri, memahami kehendak industri dan mempunyai kualiti sampingan yang

diperlukan seperti kemahiran berkomunikasi, kreativiti, kemahiran mengurus dan

sebagainya. Graduan yang mempunyai kemahiran-kemahiran tadi mudah untuk

mendapatkan pekerjaan berbanding graduan yang tidak mempunyai kemahiran

langsung. Kelebihan dalam memilih pekerja yang berkemahiran turut

menguntungkan pihak industri dari segi kos kerana tidak perlu menghantar pekerja

menjalani latihan ke tempat lain untuk meningkatkan kemahiran bekerja mereka

(Susan Impak, 2005).

Page 20: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

4

Dapatan kajian Mohamed Hairy Yahya (2005) menunjukkan para pelatih

tahun akhir Institut Latihan Perindustrian (ILP) mempunyai tahap persediaan yang

baik dari segi pengetahuan terhadap ciri-ciri pekerja berpengetahuan (k-workers) dan

aspek kompetensi pembelajaran, kompetensi teknikal dan kompetensi sosial yang

ditekankan dalam pengajian bagi melahirkan ‘k-workers’ yang diperlukan oleh

industri masa kini sebelum mereka menceburkan diri di alam pekerjaan. Graduan

seperti inilah yang diperlukan oleh industri. Justeru, graduan harus peka terhadap

keperluan industri untuk menempatkan diri dalam cabaran kerjaya di industri.

1.2 Latar Belakang Masalah

Masalah graduan menganggur sering diperkatakan sejak dua tahun

kebelakangan ini. Menurut kenyataan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Mac

2005 seramai 80,000 graduan masih menganggur dan mereka dikerahkan menjalani

latihan kemahiran selama setahun bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

Graduan yang menganggur tidak terhad kepada satu bidang tertentu sahaja tetapi

turut membabitkan graduan bidang pendidikan.

Jika dahulu, masalah pengangguran dalam kalangan graduan pendidikan

jarang kedengaran, kini ia menjadi satu isu yang hangat diperkatakan. Kebelakangan

ini akhbar sering melaporkan tentang keluhan graduan pendidikan yang masih belum

mendapat penempatan untuk mengajar walaupun telah lama menamatkan pengajian.

Kira-kira 60 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti

Malaya (UM) masih belum ditempatkan di sekolah walaupun telah tamat pengajian

sejak Ogos 2005 (Berita Harian, 18 Mac 2006).

Tidak berlaku masalah kekurangan guru di negara ini sebaliknya terdapat

lebihan kira-kira 6,000 guru pada masa ini. Keadaan berlaku kerana pada masa ini

Page 21: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

5

terdapat 12 universiti yang turut mengeluarkan siswazah perguruan selain institusi-

institusi perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (Utusan Malaysia, 26

Januari 2006).

Bagi kursus pendidikan kejuruteraan, terdapat tiga buah universiti yang

menawarkan kursus tersebut iaitu Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Tun

Hussien Onn dan Universiti Terbuka Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia

menawarkan tiga kursus pendidikan kejuruteraan iaitu Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan Kejuruteraan Awam (SPA), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kejuruteraan Elektrik (SPE) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

Kejuruteraan Mekanikal (SPJ).

Statistik pendaftaran pelajar yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengurusan

Akademik, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan seramai

279 orang pelajar mendaftar bagi kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

dari tahun 2003 sehingga 2006 (lihat jadual 1.1). Graduan daripada Kursus Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (SPA, SPE dan SPJ) yang telah dihasilkan oleh

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dari tahun 2003 sehingga 2006

adalah seramai 527 orang (lihat jadual 1.2). Daripada sejumlah graduan yang

dihasilkan, sebilangan besar daripada graduan tersebut masih belum mendapat

penempatan mengajar. Ini berdasarkan borang maklumbalas kaji selidik daripada

graduan yang dihantar kepada Fakulti Pendidikan.

Jadual 1.1 : Statistik pendaftaran pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (SPA, SPE dan SPJ), Fakulti Pendidikan, UTM Bil Kursus 2003/04 2004/05 2005/06 2006/07 Jumlah1. SPA 29 31 17 18 95 2. SPE 31 38 20 15 104 3. SPJ 28 21 15 16 80 Jumlah keseluruhan 88 90 52 49 279

Sumber Pejabat Pengurusan Akademik Fakulti Pendidikan, UTM (2007)

Page 22: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

6

Jadual 1.2 : Bilangan Graduan Ijazah Pertama yang telah dihasilkan oleh Fakulti Pendidikan, UTM dari Tahun 2003 sehingga 2006

Tahun SPA SPE SPJ Jumlah

2003 57 45 64 166 2004 54 50 66 170 2005 5 7 8 20 2006 54 61 56 171

Jumlah 170 163 194 527 Sumber Pejabat Pengurusan Akademik Fakulti Pendidikan, UTM (2007)

Justeru, memang wujud masalah pengangguran dalam kalangan graduan

pendidikan kejuruteraan. Pelajar pendidikan kejuruteraan harus memandang serius

dan peka terhadap permasalahan ini. Mereka harus bersedia menghadapi apa jua

kemungkinan dan memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran supaya dapat

bersaing dengan graduan daripada bidang lain dalam mendapatkan pekerjaan selepas

tamat pengajian. Mereka juga harus tahu alternatif lain untuk mendapatkan

pekerjaan. Sektor industri misalnya menjadi satu alternatif kepada graduan

pendidikan kejuruteraan untuk mendapatkan pekerjaan. Persoalannya kini, adakah

graduan pendidikan kejuruteraan mempunyai persediaan untuk bekerja di industri.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah penggangguran dalam kalangan graduan pendidikan menjadi satu

isu yang hangat diperkatakan kebelakangan ini. Tiada penempatan mengajar selepas

tamat pengajian menyebabkan ramai dikalangan graduan ini menganggur walaupun

telah lama menamatkan pengajian.

Industri memerlukan pekerja yang dapat memenuhi kehendak mereka.

Kombinasi kemahiran, pengetahuan dan mental yang baik yang ada pada seseorang

menjadi kriteria utama industri terhadap pemilihan pekerja. Justeru dalam kajian ini,

Page 23: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

7

penyelidik ingin mengkaji persediaan pelajar untuk bekerja di sektor industri.

Pengkaji ingin mengkaji persediaan pelajar tentang empat aspek utama iaitu

kemahiran ‘employability’, kemahiran teknikal, pengetahuan teknikal dan menerima

tekanan kerja. Sasaran utama pengkaji untuk menjalankan kajian ini adalah pelajar

pendidikan kejuruteraan tahun akhir kursus Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan (SPA, SPE dan SPJ) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia yang menamatkan pengajian pada sesi II 2006/2007. Beberapa persoalan

kajian yang dikemukakan akan menjawab penyataan masalah ini.

1.4 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:

1. persediaan pelajar untuk bekerja di sektor industri dari aspek kemahiran

‘employability’.

2. persediaan pelajar untuk bekerja di sektor industri dari aspek kemahiran

teknikal.

3. persediaan pelajar untuk bekerja di industri dari aspek pengetahuan teknikal.

4. persediaan pelajar untuk bekerja di sektor industri dari aspek menerima

tekanan kerja.

Page 24: PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI ... · iii DEDIKASI Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie : Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan,

8

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan kajian di bawah:

1. apakah pelajar bersedia dari aspek kemahiran ‘employability’ untuk

bekerja di sektor industri?

2. apakah pelajar bersedia dari aspek kemahiran teknikal untuk bekerja di sektor

industri?

3. apakah pelajar bersedia dari aspek pengetahuan teknikal untuk bekerja di

sektor industri?

4. apakah pelajar bersedia dari aspek menerima tekanan kerja untuk bekerja di

sektor industri?

1.6 Kepentingan kajian

Hasil daripada kajian dan penyelidikan ini maka diharap ianya akan dapat

dijadikan panduan oleh pihak-pihak tertentu. Antaranya ialah:

1.6.1 Pelajar pendidikan kejuruteraan

Pelajar yang mengikuti kursus pendidikan kejuruteraan dapat mengenalpasti

kehendak industri yang mana kemahiran dan pengetahuan yang ada pada mereka