tahap pengetahuan guru kemahiran hidup … · oleh organisasi/badan di mana penyelidikan...

31
TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM PENGURUSAN BENGKEL DI SEKOLAH MENENGAH DI ZON SKUDAI, JOHOR WAN LAILA BINTI WAN HUSAIN Universiti Teknologi Malaysia

Upload: vothu

Post on 09-Jun-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM

PENGURUSAN BENGKEL DI SEKOLAH MENENGAH DI ZON SKUDAI,

JOHOR

WAN LAILA BINTI WAN HUSAIN

Universiti Teknologi Malaysia

Page 2: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya WAN LAILA BINTI WAN HUSAIN

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja

Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi.

** Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di

dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

Tarikh: 12 Mei 2011 Tarikh: 12 Mei 2011

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan PSM.

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP

DALAM PENGURUSAN BENGKEL DI SEKOLAH

MENENGAH DI ZON SKUDAI, JOHOR.

(HURUF BESAR)

CIK NUR HUSNA BINTI ABD WAHID

(NAMA PENYELIA) KG. BECHAH TEMBESU

16400 PERINGAT

KOTA BHARU, KELANTAN

Page 3: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : Cik Nur Husna Binti Abd Wahid

Tarikh : 12 Mei 2011

Page 4: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM

PENGURUSAN BENGKEL DI SEKOLAH MENENGAH DI ZON SKUDAI,

JOHOR

WAN LAILA BINTI WAN HUSAIN

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan Kemahiran Hidup

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

Page 5: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : Wan Laila Binti Wan Husain

Tarikh : 12 Mei 2011

Page 6: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

iii

DEDIKASI

Jutaan terima kasih atas sokongan dan bantuan yang diberikan buat

Ayah dan ibu tersayang

Wan Husain Bin Wan Sulaiman,

Cik Zainab Binti Dollah,

Kakak, abang dan adik-adik

Yang sentiasa mendoakan kejayaan dan kesejahteraanku

Teristimewa buat tulang belakangku...

Cik Nur Husna Binti Abd. Wahid,

yang telah mendidikku dengan penuh sabar,

Jasamu kukenang ke akhir hayat

Rakan-rakan seperjuangan

Terima Kasih atas segala-galanya.

Yang sentiasa membantuku walaupun dalam situasi gentir.

Akhirnya

Jutaan terima kasih buat warga UTM

Di atas suka duka, pahit manis.

~SYUKRAN YA ALLAH~

Page 7: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang maha Pemurah dan Maha Penyayang, selawat dan

salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad S.A.W. Alhamdulillah, setinggi-tinggi

kesyukuran dipanjangkan ke hadrat Ilahi kerana kerana dengan kekuatan dan keizinan

yang diberikanNya dapatlah saya menyempurnakan kajian penulisan ini mengikut

tempoh masa yang ditetapkan

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan setingi-tinggi penghargaan dan terima

kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan sama ada berbentuk makalah atau

secara lisan atau dalam apa jua bentuk maklumat yang menyumbangkan kepada tugasan

ini.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Cik Nur Husna Binti

Abd Wahid selaku pensyarah penyelia Projek Sarjana Muda yang banyak memberi

bimbingan dan tunjuk ajar dalam menjayakan penulisan ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga tersayang dan rakan-rakan

yang banyak memberi dorongan serta perangsang untuk terus menghasilkan kajian

penulisan ini

Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ditujukan buat pihak sekolah dan guru-

guru yang terlibat di atas kerjasama yang telah diberikan kepada saya bagi melancarkan

lagi perjalanan penyiapan kajian ini. Jutaan penghargaan juga ditujukan kepada semua

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha saya menyiapkan kajian

untuk Projek Sarjana Muda ini.

SEKIAN WASSALAM

Page 8: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan guru

Kemahiran Hidup dalam pengurusan bengkel sekolah dari aspek (1) Pengurusan

peralatan, (2) Pengurusan keselamatan, (3) Pengurusan inventori dan (4) Pengurusan

kewangan. Rekabentuk kajian yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif, jenis

tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan ialah berbentuk soal selidik. Seramai 50

orang guru Kemahiran Hidup sekolah menengah harian di zon Skudai telah dipilih

sebagai sample kajian yang mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan

ini. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 responden dari Sekolah Menengah

Kebangsaan Taman Universiti dan Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Skudai bagi

melihat kebolehpercayaan item-item soal selidik. Nilai Alpha Cronbach bagi setiap

bahagian yang dikaji adalah melebihi 0.6. Analisis kajian dibuat berdasarkan frekuensi,

peratusan dan min serta data diproses dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical

Package For Social Sciense) versi 15.0. Dapatan kajian menunjukkan purata min bagi

tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam pengurusan bengkel dari aspek

penyelenggaraan alatan dan mesin adalah tinggi (3.86), pengurusan keselamatan juga

adalah tinggi (4.09), pengurusan inventori adalah sederhana (3.42) dan pengurusan

kewangan adalah sederhana (3.20). Hasil dapatan menunjukkkan terdapat perbezaan

antara pengalaman responden dengan tahap pengetahuan dalam pengurusan bengkel.

Secara kesimpulannya, tahap pengetahuan guru tentang pengurusan bengkel masih perlu

dipertingkatkan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

lancar dan sistematik.

Page 9: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

vi

ABSTRACT

This research has been carried out to determine the level of teacher’s knowledge

on workshop management based on several aspects: (1) Equipment management, (2)

Safety management, (3) Inventory management and (4) financial management. The

research design for this study is descriptive research, the type of study. This study is

built based on questionnaire. The study involved 50 Living Skills teacher from school at

Zon Skudai. The pilot study has been carried out towards 10 respondents within Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Universiti and Sekolah Menengah Kebangsaan Desa

Skudai to identify the reliability of questionnaire in these items. Cronbach Alpha value

of each part of the review is more than 0.6. Analysis for the research is based in

frequency, percentage, and average using SPSS (Statistical Package For Social Science)

software version 15.0. The findings showed that the mean for teacher’s knowledge

toward equipment maintenance is high (3.86) and safety management is also high (4.09),

inventory management is moderate (3:42), and financial management is moderate (3:20).

The result also shows that there were significant different in term’s level of knowledge

in workshop management between teacher with teaching experience more than 5 years

and teacher with teaching experience less than 5 years. In conclusion, the level of

teacher knowledge about the workshop management still needs to be improved to ensure

that teaching and learning process runs smoothly and systematically.

Page 10: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 11

1.4 Objektif Kajian 12

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Kepentingan Kajian 13

1.7 Skop Kajian 14

Page 11: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

viii

1.8 Definisi Istilah 14

1.8.1 Pengurusan 14

1.8.2 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 15

1.8.3 Bengkel Kemahiran Hidup 15

1.8.4 Penyelengaraan peralatan dan bahan 16

1.8.5 Pengurusan keselamatan 16

1.8.5 Pengurusan Inventori 16

1.9 Penutup 17

BAB II SOROTAN PENULISAN 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Matapelajaran Kemahiran Hidup 18

2.3 Bengkel Kemahiran Hidup 19

2.4 Pengurusan Bengkel 21

2.5 Penyelenggaraan Peralatan Dan Bahan 25

2.6 Pengurusan Keselamatan 27

2.7 Pengurusan Inventori 30

2.8 Pengurusan Kewangan 31

2.9 Penutup 33

BAB III METODOLOGI 34

3.1 Pengenalan 34

3.2 Rekabentuk Kajian 35

3.3 Kerangka Operasi 36

3.4 Lokasi Kajian 37

Page 12: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

ix

3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 37

3.6 Instrumen Kajian 38

3.7 Kesahan 41

3.8 Kajian rintis 42

3.9 Prosedur Kajian 43

3.10 Analisis Data 44

3.10.1 Bahagian A 44

3.10.2 Bahagian B 45

3.10.3 Ujian t Sampel Tidak Bersandar 45

3.11 Penutup 46

BAB IV PENGANALISAAN DATA KAJIAN 47

4.1 Pengenalan 47

4.2 Analisis Bahagian A 48

4.2.1 Jantina 48

4.2.2 Kelulusan Iktisas 48

4.2.3 Umur 49

4.2.4 Pengalaman Mengajar 49

4.2.5 Jawatan 50

4.2.6 Kursus 50

4.3 Analisis Bahagian B 51

4.3.1 Penyelenggaraan Peralatan

Dan Bahan 52

4.3.2 Pengurusan Keselamatan 54

4.3.3 Pengurusan Inventori 56

4.3.4 Pengurusan Kewangan 58

4.3.5 Analisis Keseluruhan 59

4.4 Ujian T 60

Page 13: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

x

4.4.1 Persepsi responden berdasarkan

faktor pengalaman mengajar 60

4.5 Penutup 62

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN

CADANGAN 63

5.1 Pengenalan 63

5.2 Rumusan 64

5.3 Perbincangan 65

5.3.1 Pengurusan Dan Penyelenggaraan

Peralatan Dan Bahan 65

5.3.2 Pengurusan Keselamatan 68

5.3.3 Pengurusan Stok Dan Inventori 70

5.3.4 Pengurusan Kewangan 71

5.4 Kesimpulan 73

5.5 Cadangan 74

5.5.1 Guru Kemahiran Hidup 74

5.5.2 Pentadbir Sekolah. 75

5.5.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 76

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 76

BIBLIOGRAFI 77

LAMPIRAN 82

Page 14: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 2.1 Jumlah kemalangan yang diterima oleh

JKKP dari tahun 1995- 2001 27

Jadual 3.1 Nama Sekolah dan Bilangan Guru Di Zon Skudai 37

Jadual 3.2 Pembahagian Item Bahagian A

Mengikut Faktor Demografi Responden 37

Jadual 3.3 Item-item Soal Selidik Mengikut Persoalan

Kajian 38

Jadual 3.4 Skala Likert 38

Jadual 3.5 Nilai Alpha Cronbach Tahap Pengetahuan Guru

dalam Pengurusan Bengkel 40

Jadual 3.6 Kriteria Menganalisis Data 42

Jadual 3.7 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 43

Jadual 3.8 Analisis Ujian t Berdasarkan Hipótesis 44

Jadual 4.1 Jadual taburan responden mengikut jantina 46

Jadual 4.2 Jadual taburan responden mengikut kelulusan

iktisas 46

Jadual 4.3 Jadual taburan responden mengikut umur 47

Jadual 4.4 Jadual taburan responden mengikut pengalaman

mengajar 47

Jadual 4.5 Jadual taburan responden mengikut jawatan 48

Jadual 4.6 Jadual taburan responden yang pernah

menghadiri kursus pengurusan bengkel 48

Page 15: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

xii

Jadual 4.7 Pendapat Responden Tentang Tahap pengetahuan

guru KH dalam melaksanakan

pengurusan penyelenggaraan peralatan dan

mesin di bengkel KH di sekolah 51

Jadual 4.8 Pendapat Responden Tentang Tahap pengetahuan

guru KH dalam melaksanakan

pengurusan keselamatan di bengkel KH

di sekolah 53

Jadual 4.9 Pendapat Responden Tentang Tahap pengetahuan

guru KH dalam melaksanakan

pengurusan inventori di bengkel KH

di sekolah 55

Jadual 4.10 Pendapat Responden Tentang Tahap pengetahuan

guru KH dalam melaksanakan

pengurusan kewangan di bengkel KH di sekolah 56

Jadual 4.11 Pendapat Responden Tentang Tahap pengetahuan

guru KH mengikut persoalan kajian 57

Jadual 4.12 Ujian t bagi perbandingan tahap pengetahuan

dalam penyelenggaraan alatan dan mesin

berdasarkan faktor pengalaman mengajar 58

Jadual 4.13 Ujian t bagi perbandingan tahap pengetahuan

dalam pengurusan keselamatan berdasarkan

faktor pengalaman mengajar 58

Jadual 4.14 Ujian t bagi perbandingan tahap pengetahuan

dalam pengurusan inventori berdasarkan faktor

pengalaman mengajar 60

Jadual 4.15 Ujian t bagi perbandingan tahap pengetahuan

dalam pengurusan kewangan berdasarkan faktor

pengalaman mengajar 60

Page 16: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 3.1 Kerangka Operasi 34

Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41

Page 17: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

xiv

SENARAI SINGKATAN

KH Kemahiran Hidup

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

KMT Kemahiran Manipulatif Teknikal

KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPSS Statistical Package for the Social Science

JKKP Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

P&P Pengajaran Dan Pembelajaran

JPA Jabatan Perkhidmatan Awam

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

Page 18: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik 81

B Surat pengesahan pelajar Fakulti

Pendidikan daripada Universiti

Teknologi Malaysia 86

C Surat kebenaran Mendapatkan Maklumat 87

D Surat Kebenaran Dari Jabatan Pelajaran Johor 88

E Surat kebenaran dari Kementerian Pelajaran

Malaysia Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) 89

F Kesahan soal selidik 90

G Senarai Sekolah Di Zon Skudai 92

Page 19: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengurusan merupakan faktor yang penting dalam menentukan tercapainya

sesuatu matlamat dalam sesebuah organisasi. Teori tentang pengurusan bermula di

Mesir kira-kira 4000 tahun dahulu. Teori ini terus mengalami perkembangan demi

perkembangan sehinggalah sekarang. Oleh sebab itu, matapelajaran pengurusan telah

mula diperkenalkan di Institut Pengajian Tinggi bagi mendedahkan para pelajar dengan

pengurusan yang akan dipraktikkan di alam pekerjaan kelak.

Organisasi dan pengurusan merupakan satu hubungan yang tidak dapat

dipisahkan. Apabila wujudnya sesebuah organisasi sama ada organisasi itu kecil atau

besar, swasta atau awam ia tetap memerlukan pengurusan atau pengendalian aktiviti-

aktiviti dalam organisasi. Pengurusan penting kerana setiap organisasi perlu diurus

dengan sempurna dan berkesan bagi mencapai matlamat yang dirancang.

Kegagalan sesebuah organisasi bukan semata-mata kerana masalah luaran tetapi

juga disebabkan oleh masalah dalaman seperti sistem pengurusan yang tidak sistematik,

tahap pengetahuan pihak pengurusan yang rendah dan kegagalan mengurus dengan baik.

Tanpa pengurusan yang betul, pelbagai masalah mungkin akan timbul, baik dari segi

kewangan, inventori, penyelenggaraan peralatan dan bahan hinggalah kepada masalah

Page 20: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

2

peribadi di kalangan para pekerja. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya

pembaziran sumber dan meningkatkan kos pengeluaran.

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang

terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan

mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia merangkumi

penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, teknologi, dan sumber alam semula

jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang

menjalankan fungsi pengurusan.

Istilah pengurusan mempunyai pelbagai takrifan berdasarkan pemahaman setiap

individu. Pengurusan merupakan satu proses pengagihan semua input organisasi

termasuk sumber ekonomi dan sumber kakitangan dengan cara perancangan,

pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan mengeluarkan output (segala

barangan dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi

tercapai (Jaafar dalam Zainol, 2008)

Pengurusan adalah satu proses yang melibatkan penyelenggaraan, pengawalan

dan penggabungan sumber-sumber sama ada berupa tenaga manusia, alatan, mesin

ataupun bahan dalam satu sistem yang bersepadu dibentuk untuk mencapai objektif yang

telah ditetapkan. Pengurusan yang baik dapat dilihat apabila sesebuah organisasi dapat

mencapai matlamat dengan cara paling mudah, berkesan dengan kos yang paling

minimum.

Pengurusan adalah semua bentuk aktiviti yang dilakukan untuk memberi

kepuasan kepada pengguna setelah mereka menggunakan barangan atau servis. Proses

ini perlu dilakukan secara ekonomik dan berkesan. Aktiviti pengurusan merangkumi

aktiviti merancang, menyusun, mengarah, mengorganisasi dan mengawal. Dengan

pengurusan yang baik dan sistematik matlamat sesebuah organisasi dapat dicapai dengan

mudah dan berkesan (Yahya dalam Zainol, 2008)

Page 21: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

3

Di peringkat sekolah, pengurusan juga perlu dititikberatkan supaya sekolah dapat

berfungsi dengan lebih berkesan dan efisyen. Selain itu, pengurusan juga merupakan

faktor penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran subjek seperti

Kemahiran Hidup dapat dilakukan dengan lancar dan sistematik. Hal ini kerana

matapelajaran ini banyak melibatkan kerja-kerja amali di bengkel yang memerlukan

pengurusan yang cekap, teratur dan selamat.

Bengkel adalah pusat operasi pengajaran dan pembelajaran subjek seperti

Kemahiran Hidup. Walau bagaimana bentuk dan struktur organisasi dan fizikal, proses

pengajaran dan pembelajaran subjek ini tetap berjalan. Penyusunan, penggunaan dan

penyelenggaraan alat atau bahan, serta langkah-langkah mengelak kemalangan yang

dijalankan dengan teratur akan melahirkan produk yang baik serta iklim pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan.

Aktiviti-aktiviti pengurusan dan penyelenggaraan adalah merangkumi aspek-

aspek merancang, melaksana, menyusun, menilai, mengarah, mengkoordinasi dan

mengawal (Yahya dalam Zainol, 2008). Guru-guru Kemahiran Hidup pada hari ini

terpaksa memikul satu tanggungjawab yang besar kerana bengkel diletakkan dibawah

pengurusan mereka di samping menjalankan tugas utama iaitu mengajar. Oleh sebab itu,

guru Kemahiran Hidup seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas tentang

pengurusan bengkel terkini bagi menyediakan pelajar dengan suasana persekitaran

bengkel yang baik dan selamat. Persekitaran seperti ini akan merangsang pelajar untuk

belajar dan proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan.

Pada asasnya tujuan pendidikan Kemahiran Hidup diperkenalkan di sekolah

untuk melahirkan insan yang berdikari, berkemahiran menggunakan teknologi, faham

berkenaan ekonomi dan mempunyai sikap yakin diri, kreatif, inovatif, inisiatif dan produktif

serta boleh berinteraksi dengan baik (KPM). Selain itu, pendidikan Kemahiran Hidup

mendedahkan pelajar kepada kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan yang bakal

diceburi. Oleh itu, segala kemudahan yang disediakan di bengkel perlu dapat membantu

Page 22: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

4

pelajar mendapatkan pengalaman bekerja sebagai persediaan sebelum menceburi dunia

pekerjaan yang sebenar. Justeru itu, pengendalian dan pengurusan bengkel perlu

dilakukan dengan sistematik dan cekap (Mohmad Sarif bin Albi, 2003).

Menurut Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007 bengkel-bengkel yang

dibina diarahkan supaya diurus dan diselenggara dengan bersistematik. Pengurusan dan

penyelenggaraan bengkel melibatkan aspek-aspek keceriaan, kebersihan, inventori,

pengurusan stor, penyenggaraan dan keselamatan mestilah diberi keutamaan bagi

mengelak berlakunya pembaziran aset kerajaan dan menjamin keselamatan para guru

dan pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran di bengkel. Bagi mencapai

matlamat tersebut pengurusan bengkel yang cekap, teratur dan selamat menjadi faktor

utama.

Untuk mempelajari subjek ini pelajar-pelajar juga memerlukan sebuah bengkel

yang konduksif dengan kelengkapan alat dan bahan-bahan yang bersesuaian. Secara

fizikal bilik-bilik dan bengkel Kemahiran Hidup yang telah wujud di sekolah pada masa

ini berjauhan dan berasingan di antara satu sama lain. Keadaan ini menyebabkan

pelajar-pelajar sentiasa bergerak mengikut kesesuaian. Selain pelajar, peralatan dan

bahan-bahan juga terpaksa beralih daripada satu bengkel ke satu bengkel yang lain

(Laporan PPK, 2005).

Dengan ini pihak Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Teknik dan

Vokasional telah menyarankan agar guru-guru Kemahiran Hidup dapat mengamalkan

pengurusan bengkel Kemahiran Hidup ini melalui pendekatan kolaboratif. Ini bagi

mempastikan agar pengurusan bengkel Kemahiran Hidup dapat dilakukan dengan lebih

sistematik agar pengajaran dan pembelajaran subjek ini menghasilkan impak yang

optimum (PPK, 2005). Tanpa pengetahuan dan ilmu yang mencukupi dalam pengurusan

bengkel, guru-guru tidak mampu menguruskan bengkel dengan baik dan berkesan.

Dengan ini akan memberi impak yang besar dalam proses pengajaran dan pengajaran.

Page 23: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Rakyat semakin sedar tentang pentingnya pendidikan dalam kehidupan mereka.

Begitu juga dengan pemimpin negara, mereka sedar tentang kepentingan pendidikan

sebagai prasyarat penting dalam membangunkan bangsa dan penentukan hala tuju serta

corak masa depan negara. Untuk mencapai matlamat dalam membina masyarakat dan

negara yang maju dalam acuan sendiri, Kementerian Pendidikan Malaysia telah

memperkenalkan matapelajaran Kemahiran Hidup untuk pelajar tingkatan 1 hingga 3.

Subjek ini bertujuan untuk melahirkan pelajar celik teknologi, kesedaran ekonomi dan

pengurusan diri (PPK, 1991).

Pada tahun1991, mata pelajaran teknikal di sekolah menengah rendah yang

terdiri daripada pilihan mata pelajaran Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Sains

Pertanian dan Perdagangan telah diganti dengan perubahan Kurikulum Baru Sekolah

Menengah (KBSM) iaitu Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Kemahiran

Hidup Bersepadu berkonsepkan penyatuan dalam semua mata pelajaran teknikal

gabungan keempat-empat pilihan, iaitu Kemahiran Teknologi, Perdagangan dan

Keusahawan, Pertanian dan Ekonomi Rumah Tangga (KPM, 1991).

Matapelajaran ini bertujuan untuk melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran

hard and solf skills. Selain itu, untuk membentuk sebuah masyarakat yang

berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri

eletronik yang pesat berkembang di negara ini. Secara tidak langsung akan melahirkan

pelajar yang peka dengan perkembangan dan perubahan teknologi serta berminat dengan

perkembangan baru berasaskan kepada sains dan teknologi.

Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup yang bercorak kerja praktis dan amali,

membolehkan pelajar-pelajar menggunakan alat tangan untuk membuat perkakas yang

mudah, mengendali, menyelenggara dan membaikpulih alat atau mesin mudah serta

berkebolehan merekacipta. Penguasaan kemahiran membekalkan pelajar dengan

Page 24: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

6

kemahiran yang akan diaplikasikan dalam kehidupan harian yang banyak bergantung

kepada kemajuan teknologi. Pengalaman yang diperolehi menjadikan pelajar lebih

berkeyakinan, celik teknologi dan sentiasa bersedia seandainya keadaan memerlukan

mereka melakukan sesuatu untuk kehidupan tanpa bergantung kepada individu lain.

Proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) dalam mata pelajaran Kemahiran

Hidup membolehkan pelajar-pelajar mengendalikan pelbagai jenis alatan dan bahan.

Bengkel yang sempurna semestinya mempunyai alatan dan mesin yang cukup serta

segala kemudahan yang lengkap untuk memudahkan pelajar menjalankan kerja-kerja

praktis dalam matapelajaran manipulatif. Perbelanjaan yang besar telah diperuntukkan

oleh kerajaan bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan

lancar. Tanggungjawab mengurus dan menyelenggara bengkel telah diamanahkan

kepada guru-guru Kemahiran Hidup memandangkan tiada kakitangan yang khusus untuk

menjalankan tugas ini seperti di makmal sains.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mahukan penyelenggaraan bengkel di

sekolah dilakukan dengan lebih bersistematik dan berkesan, bagi menangani masalah

aset pendidikan awam. Justeru itu, JPA telah meluluskan penubuhan Bahagian

Perolehan dan Penyelenggaraan Aset yang pertama seumpamanya di KPM bagi

menangani masalah pengurusan aset pendidikan awam Negara secara bersistematik dan

berkesan.

“Sebelum ini, penyelenggaraan aset dilaksanakan tetapi tidak fokus dan tidak

secara sistematik menyebabkan jumlah perbelanjaan untuk penyelenggaraan

meningkat kerana ia disediakan secara ad-hoc apabila berlaku sesuatu masalah.”

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

(14 Ogos 2007, Berita Harian)

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah

mengumumkan Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelenggaraan Aset dan

FasilitiNegara (Nafam) pada 14 Ogos 2007. Penubuhan jawatankuasa ini disifatkan

bahawa kerajaan memandang serius ke arah usaha mengurangkan kos penyelenggaraan

Page 25: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

7

harta awam yang seterusnya akan menentukan standard bagi pengurusan dan

penyelenggaraan aset negara.

Berdasarkan kepada tujuan penubuhan jawatankuasa berkenaan, semua pihak

yang terlibat dalam pengurusan bengkel di sekolah-sekolah perlulah mengembleng

tenaga bagi memastikan pengurusan bengkel dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya

walaupun tidak melibatkan kos penyelenggaraan yang besar. Dengan cara ini dapat

menjimatkan wang rakyat dan memelihara aset kerajaan dengan sebaik-baiknya.

Menurut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991, kerajaan mengarahkan

penggunaan borang-borang baru bagi pengurusan harta modal, inventori dan bekalan

pejabat. Penggunaan borang-borang baru ini adalah untuk mempertingkatkan lagi

pengurusan harta modal, inventori dan bekalan pejabat melalui penggunaan borang-

borang baru di Kementerian/Jabatan/ Agensi Kerajaan. Kemudian disusuli pula dengan

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 menekankan pengurusan harta modal,

inventori dan bekalan pejabat. Ini bermakna pihak kerajaan memandang serius terhadap

pengurusan bagi mengelak berlakunya pembaziran kewangan yang berterusan sekiranya

sistem pengurusan yang berkualiti tidak dilaksanakan dengan jayanya.

Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah menjalankan satu program untuk untuk

mendorong guru-guru bengkel meningkatkan tahap pengurusan dan penyelenggaraan

bengkel di sekolah. Ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan bengkel. Pemberian

anugerah “bengkel gemilang” kepada sekolah-sekolah yang telah berjaya melaksanakan

pengurusan dan penyelenggaraan bengkel di peringkat negeri. Penilaian dibuat dan

pengiktirafan diberikan ke atas pengurusan dan penyelenggaraan bengkel yang berjaya

mencapai tahap yang dikehendaki atau ditetapkan di bawah satu piawaian yang telah

digariskan oleh JPN.

Page 26: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

8

Sekolah-sekolah yang dibina dalam Rancangan Malaysia Ke-6 dan Ke-7 telah

disediakan dengan bilik-bilik dan bengkel-bengkel mengikut keperluan matapelajaran

Kemahiran Hidup. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM60.3 juta untuk

menyediakan bengkel tersebut (Kerajaan Malaysia, 1991). Peruntukan yang besar ini

seharusnya diguna, diselenggara dan dijaga dengan cara maksimum supaya peruntukan

tidak menjadi satu pembaziran. Ketiadaan kakitangan yang khusus (Pembantu bengkel

atau makmal) dan guru yang berpengalaman dalam bidang pengurusan bengkel boleh

menyebabkan pengurusan bengkel tidak sempurna dan tidak terurus.

Tanggungjawab menguruskan bengkel tidak boleh dipandang enteng kerana

memerlukan tumpuan yang lebih. Proses pengurusan bengkel yang baik memerlukan

pengetahuan yang mendalam. Oleh itu guru-guru perlu dibekalkan dengan pengetahuan

tentang pengurusan bengkel bagi memastikan perjalanan proses pengajaran dan

pembelajaran boleh berjalan dengan lancar. Bengkel yang diselenggara dengan baik

secara tidak langsung akan menarik minat pelajar dan menjamin keselamatan di

sepanjang proses P&P.

Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang

meliputi proses-proses menyediakan perancangan perbelanjaan, merekod inventori,

kawalan stok dan pelupusan. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan alatan

dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan (perancangan

pembelian alat, pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan, kaedah

penyusunan dan penyimpanan alat, dan penyelenggaraan alatan). Pengurusan bengkel

memerlukan guru-guru yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal pengurusan

bengkel supaya kerja-kerja penyelenggaraan dapat dijalankan dengan lancar dan

sempurna.

Page 27: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

9

Guru Kemahiran Hidup menghadapi pelbagai masalah yang sering timbul dalam

pengurusan bengkel seperti kekurangan peralatan dan bahan, masalah untuk memastikan

keselamatan dan keselesaan dalam bengkel. Perkara ini diakui oleh Wan Zahid (1990).

Pengurus yang lemah akan gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan akan

memberi kesan yang besar kepada pelajar. Contohnya, peralatan yang diperlukan oleh

pelajar semasa amali didapati rosak atau hilang, ini akan menganggu proses

pembelajaran.

Menurut Jemaah Nazir (1999) kebanyakan sekolah di Malaysia masih

bermasalah dalam pengurusan bengkel. Pihak sekolah memberi perhatian yang serius

terhadap aspek keselamatan pelajar semasa berada di bengkel. Namun begitu masih

terdapat banyak kelemahan yang perlu diambil perhatian seperti alat pemadam api yang

disediakan tidak mencukupi. Selain itu, latihan kecemasan tidak dijalankan mengikut

jadual yang ditetapkan, pelan laluan kecemasan dan buku rekod kemalangan juga tidak

disediakan. Hal seperti ini nampak remeh tetapi boleh mendatangkan bahaya kepada

pelajar dan juga guru yang menggunakan bengkel tersebut.

Pengurusan bengkel yang sistematik dan berkualiti amat diperlukan bagi

memastikan kelancaran perjalanan dan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu dapat mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku di dalam

bengkel jika pengurusan dilaksanakan dengan baik. Untuk mendapatkan suasana dan

keadaan bengkel yang rapi,ceria dan harmonis, memerlukan masa yang lama dan

kepakaran untuk mengurusnya. Keadaan ini akan menyebabkan beban guru Kemahiran

Hidup akan bertambah.

Tahap pengetahuan dan perlaksanaan pengurusan serta penyelenggaraan bengkel

yang baik akan menentukan kejayaan perlaksanaan pengurusan dan penyelenggaraan

bengkel serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Memang tidak

dinafikan guru-guru yang terlibat telah menjalankan tanggungjawab untuk mengurus

bengkel dengan baik. Namun begitu, tugas mengurus bengkel tidak pernah selesai

Page 28: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

10

kerana guru kekurangan kemahiran dan pengetahuan bagi membolehkan mereka

menjalankan tugas dengan lebih sistematik. Guru-guru yang mempunyai latarbelakang

Sains Rumah Tangga, Sains Pertaniaan dan perdagangan dan keusahawanan masih

memerlukan bimbingan dan latihan dalam mengendalikan bengkel dan kelas-kelas amali

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Guru-guru teknikal seperti ini telah mengikuti

latihan secara formal semasa di pusat pengajian dan mengikuti kursus-kursus jangka

pendek. Namun begitu, kursus yang mereka hadiri kurang menekankan aktiviti-aktiviti

pengurusan dan penyelenggaraan bengkel.

Memang tidak menafikan guru-guru bengkel yang bertanggungjawab dalam

melaksanakan tugas pengurusan bengkel ini dan mentadbir dengan penuh dedikasi, akan

tetapi adalah dikhuatiri mereka ini menjalankan tugas-tugas pengurusan dan mentadbir

bengkel dengan kemampuan yang minimum kerana kurangnya pengetahuan tentang

pengurusan bengkel. Selain itu mereka juga tidak mampu untuk menjalankan kerja-

kerja penyelenggaraan kerana sehingga kini tiada kursus yang khusus untuk tujuan ini

dilakukan. Sedangkan proses penyelenggaraan di bengkel perlu dilakukan oleh orang

yang mahir dalam bidang tersebut. Tanpa pengetahuan yang mendalam, guru-guru akan

terbeban dengan tugas ini. Bebanan tugas ini sedikit-sebanyak mempengaruhi proses

pengajaran dan pembelajaran, seterusnya menimbulkan ketidakpuasan bekerja.

Di samping itu juga, pengurusan bengkel merupakan satu bidang yang perlu

ditekankan kerana aktiviti-aktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja dan

kepuasan kepada perlaksanaan program dan pengguna. Pengetahuan, kebijaksanaan dan

kepakaran guru-guru Kemahiran Hidup untuk mengurus dan melaksanakan

tanggungjawab terhadap pengurusan bengkel perlu dikaji. Oleh itu kajian ini dilakukan

untuk meninjau dan mengetahui tahap pengetahuan guru-guru Kemahiran Hidup dalam

pengurusan bengkel sekolah di Zon Skudai, Johor.

Page 29: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

11

1.3 Penyataan Masalah

Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran bercorakkan vokasional. Bengkel

merupakan prasyarat penting bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran

subjek seperti ini. Pengurusan sesebuah bengkel haruslah mempunyai satu organisasi

yang mantap untuk melancarkan proses P&P. Oleh sebab itu, Guru Kemahiran Hidup

bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja mengurus, mengawal dan

menyelenggarakan bengkel secara bersistematik dan cemerlang.

Pengurusan bengkel yang cekap, sistematik dan teratur sangat diperlukan dalam

proses P&P di dalam bengkel. Jika perlaksanaannya tidak sistematik dan tidak cekap,

ianya secara tidak langsung akan mengganggu proses P&P di dalam bengkel. Guru-guru

dan pelajar-pelajar tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap kerja-kerja

amali yang dilakukan. Dengan ini objektif kerajaan untuk membekalkan asas kemahiran

hidup dan vokasional kepada pelajar tidak akan tercapai sepenuhnya.

Pengurusan masih memerlukan pemerhatian yang serius supaya kelancaran

pelaksanaannya dapat dipastikan. Dari masalah yang dinyatakan, penyelidik merasakan

perlu dilakukan penyelidikan tentang tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam

pengurusan bengkel sekolah di Zon Skudai. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap

pengetahuan guru-guru Kemahiran Hidup dalam pengurusan bengkel di zon Skudai

Guru Kemahiran Hidup masa kini telah dibekalkan dengan pelbagai kursus pengurusan

bengkel secara berterusan. Selain itu, matapelajaran pengurusan bengkel diwajibkan di

Institut Pengajian Tinggi untuk bakal guru sebelum mereka melangkah ke sekolah.

Tahap pengetahuan dalam pengurusan bengkel yang baik akan menentukan kejayaan

dalam perlaksanaan pengurusan dan penyelenggaraan bengkel serta keberkesanan proses

P&P.

Page 30: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

12

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini ialah untuk mengkaji tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam

pengurusan bengkel di sekolah. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenalpasti:

1.4.1 Tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam penyelenggaraan peralatan dan

bahan di bengkel Kemahiran Hidup.

1.4.2 Tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam pengurusan keselamatan di

bengkel Kemahiran Hidup.

1.4.3 Tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam pengurusan inventori di

bengkel Kemahiran Hidup.

1.4.4 Tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam pengurusan kewangan di

bengkel Kemahiran Hidup.

1.4.5 Mengenalpasti perbezaan signifikan diantara tahap pengetahuan guru Kemahiran

Hidup dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup terhadap aspek pengalaman

mengajar.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan beberapa objektif di atas, beberapa persoalan boleh dikemukakan di

sini:

1.5.1 Apakah tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam penyelenggaraan

peralatan dan bahan di bengkel Kemahiran Hidup?

Page 31: TAHAP PENGETAHUAN GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). ... Rajah 3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 41 . ... KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

13

1.5.2 Apakah tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam pengurusan

keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup?

1.5.3 Apakah tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam pengurusan inventori

di bengkel Kemahiran Hidup?

1.5.4 Apakah tahap pengetahuan guru Kemahiran Hidup dalam pengurusan kewangan

di bengkel Kemahiran Hidup?

1.5.5 Adakah terdapat perbezaan signifikan diantara tahap pengetahuan guru

Kemahiran Hidup dalam pengurusan bengkel Kemahiran Hidup terhadap aspek

pengalaman mengajar?