tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran · pdf filesikap dan minat mengajar guru pelatih...

28
TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PEDAGOGI, SIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SITI FATIMAH BINTI AB. WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lethuan

Post on 01-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PEDAGOGI,

SIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN

AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SITI FATIMAH BINTI AB. WAHAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS υ

JUDUL : TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PEDAGOGI, SIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya _________________________________________________________________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. Disahkan oleh 4. ** Sila tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : No. 53, Lorong 17, Dr. Baharin Bin Abu Perumahan Kempadang Perdana, 25150 Kuantan, Nama Penyelia Pahang Tarikh : 26 APRIL 2006 Tarikh : 26 APRIL 2006

SITI FATIMAH BINTI AB. WAHAB

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

υ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

ii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. BAHARIN BIN ABU

Tarikh : 26 APRIL 2006

Page 4: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

iii

TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN PEDAGOGI,

SIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR

5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

SITI FATIMAH BINTI AB. WAHAB

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

iv

PENGAKUAN

“Adalah dengan ini saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri. Ia belum

pernah dicetak, diterbitkan atau dibukukan oleh mana-mana individu atau syarikat

penerbitan sebelum ini kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : SITI FATIMAH BINTI AB. WAHAB

Tarikh : 26 APRIL 2006

Page 6: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

v

Dedikasi Teristimewa buat ibuku, Khatijah Binti Sulong dan bapaku, Ab. Wahab Bin Dollah,

yang teramat dikasihi dan disayangi,

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan sejak kaki ini

mula menjejak ke alam persekolahan sehinggalah sekarang…

memberikan apa jua bantuan yang kuperlukan walau susah ataupun senang …

Buat kakakku, Rohayati dan abang-abangku, Zulkifli dan Muhammad Zubir,

Jutaan terima kasih kerana sentiasa memberi perangsang dan semangat kepadaku untuk meneruskan

perjuangan dalam mengejar cita-cita yang diimpikan,

serta menghulurkan apa jua bantuan yang kuperlukan…

Buat tunangku, Mohd Khairie,

Terima kasih kerana memahami diri ini, sentiasa memberikan dorongan dan semangat yang tidak pernah

mengenal jemu…

Buat adik-adikku, Siti Aishah, Siti Nazira dan Muhamad Zulhusni,

Jangan mudah berputus asa,

Teruskan usaha kalian dalam mengejar cita-cita yang diimpikan …

Buat rakan taulan,

Terima kasih atas segalanya...

Terima kasih, semoga jasa anda diberkati Allah S.W.T…

Page 7: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

vi

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia, taufiq dan

hidayah-Nya, penulisan ini dapat disiapkan juga akhirnya.

Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang tidak

terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam

menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan kepada

penulis serta memberi kekuatan dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan

jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada Dr. Baharin Bin Abu

selaku penyelia bagi projek ini di atas segala susah payah menunjuk ajar, menasihat,

menyemak, menyumbang idea serta bimbingan yang diberi sepanjang tempoh projek ini

dijalankan sehingga berjaya disiapkan juga.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, pensyarah-pensyarah serta guru-guru pelatih 5SPK

dan 5SPC yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek

Sarjana Muda ini.

Dengan kerjasama semua, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar dan

dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga penyelidikan yang dijalankan ini dapat

memberi manfaat kepada semua pihak dan semoga Allah S.W.T membalas segala jasa

baik kalian.

Page 8: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

vii

ABSTRAK

Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengkaji tahap kesediaan

pengetahuan dan kemahiran pedagogi, sikap dan minat mengajar guru pelatih kimia

tahun akhir, Universiti Teknologi Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 85 orang

guru pelatih 5SPC dan 5SPK Fakulti Pendidikan, UTM yang terdiri daripada 12 orang

lelaki dan 73 orang perempuan. Instrumen kajian terdiri daripada satu set borang soal

selidik yang mengandungi 79 item terdiri daripada lima bahagian iaitu Bahagian A,B, C,

D dan E. Bahagian A bagi mendapatkan maklumat berkenaan latar belakang responden,

manakala Bahagian B, C dan D bertujuan untuk menilai tahap kesediaan guru pelatih

terhadap aspek pengetahuan dan kemahiran pedagogi, sikap dan minat mengajar dan

kesediaan mengajar mata pelajaran Kimia dalam Bahasa Inggeris. Bahagian E pula

adalah untuk mengenalpasti masalah dan kebimbangan di kalangan guru-guru pelatih

untuk mengajar di sekolah. Maklum balas yang diterima diukur menggunakan skala

empat mata dan seterusnya dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical

Packages for Social Sciences (SPSS) versi 11.5. Hasil analisis dipersembahkan dalam

bentuk kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach kajian

ialah 0.98. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan sikap dan minat mengajar

guru pelatih adalah tinggi, manakala tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran

pedagogi dan kesediaan mengajar mata pelajaran Kimia dalam Bahasa Inggeris adalah

sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan guru pelatih menghadapi masalah dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kimia dalam Bahasa Inggeris dan masalah

dalam menangani masalah disiplin pelajar. Sebagai kesimpulannya, beberapa cadangan

dikemukakan kepada pihak yang berkenaan untuk meningkatkan tahap kesediaan guru

pelatih dalam aspek pengetahuan dan kemahiran pedagogi serta sikap dan minat

mengajar.

Page 9: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

viii

ABSTRACT

This descriptive study examines the preparedness level of knowledge and

pedagogical skills, attitude and enthusiasm to teach for the final year chemistry trainee

teachers at University Technology Malaysia (UTM). The respondents of this study

involves 85 chemistry student teachers from 5SPC and 5SPK of Faculty of Education,

UTM which consists of 12 males and 73 females. A set of questionnaire was used as the

instrument for this study which is divided into five parts; Part A, B, C, D and E. Part A

is to gather the data of the respondents background. Part B, C and D are to identify the

trainee teacher’s preparedness level of pedagogical knowledge and skills; attitude and

enthusiasm; and their preparedness to teach chemistry in English. Part E of the

questionnaire is to identify the problem and worriedness faced by the trainee teachers to

teach in school. The responses given will be analyzed by four points scale and then

descriptively analyzed by using statistical software, Statistical Packages for Social

Sciences (SPSS) version 11.5. The findings are presented by using frequency,

percentage and mean. The reliability value of Alpha Cronbach for this research is 0.98.

The finding revealed that the preparedness level in trainee teacher’s attitude and

enthusiasm was high; both the preparedness level in pedagogy knowledge and skills and

the preparedness level to teach chemistry in English are moderate. The finding also

showed that trainee teachers have problems in conducting teaching and learning

chemistry in English, as a medium language. Besides that, trainee teachers also have

problems in handling and managing students with discipline problems. As a conclusion,

few suggestions were discussed to increase the preparedness level in student teachers’

pedagogical knowledge and skills, attitude and enthusiasm.

Page 10: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SIMBOL/ SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Skop/ Batasan Kajian 9

1.7 Kepentingan Kajian/ Rasional 10

Page 11: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

x

1.8 Definisi Operasi 11

1.9 Kesimpulan dan Organisasi Bab 14

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Kursus Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia 16

2.3 Kurikulum Pendidikan Guru 17

2.4 Pengajaran dan Pembelajaran 19

2.5 Kesediaan Dari Aspek Pengetahuan 20

2.6 Kesediaan Dari Aspek Pengetahuan Dan Kemahiran

Pedagogi 22

2.6.1 Merancang Objektif Pengajaran 24

2.6.2 Kemahiran Set Induksi 25

2.6.3 Penyampaian 27

2.6.4 Teknik Penyoalan 28

2.6.5 Penggunaan Alat Dan Bahan Bantu Mengajar

(ABBM) 30

2.6.6 Pengurusan Bilik Darjah 31

2.6.7 Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan

Kreatif (KBKK) 34

2.6.7.1 Pemikiran Kritis 35

2.6.7.2 Pemikiran Kreatif 36

2.6.8 Kemahiran Penerapan Nilai Murni 37

2.6.9 Penutup Pengajaran 38

2.7 Kesediaan Dari Aspek Sikap Dan Minat 39

2.8 Kesediaan Untuk Mengajar Mata Pelajaran Kimia

Dalam Bahasa Inggeris 42

2.9 Masalah Dan Kebimbangan Di Kalangan Guru-Guru

Pelatih 44

2.10 Tugas dan Peranan Guru 45

Page 12: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

xi

2.10.1 Guru Sebagai Pengajar Dan Penyebar Ilmu 46

2.10.2 Guru Sebagai Pembimbing 46

2.10.3 Guru Sebagai Penyelidik 47

2.10.4 Guru Sebagai Agen Perubahan 47

2.10.5 Guru Sebagai Pengurus 47

2.11 Sahsiah Guru 48

2.12 Penutup 49

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 50

3.2 Rekabentuk Kajian 50

3.3 Tempat Penyelidikan 51

3.4 Persampelan dan Populasi 51

3.5 Instrumen Kajian 52

3.5.1 Bahagian A 52

3.5.2 Bahagian B, C dan D 53

3.5.3 Bahagian E 54

3.6 Prosedur Kajian 54

3.7 Jangkamasa Kajian 55

3.8 Kajian Rintis 55

3.9 Kajian Sebenar 59

3.10 Analisis Data 59

3.11 Penutup 60

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 61

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 61

4.2.1 Jantina 62

Page 13: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

xii

4.2.2 Bangsa 62

4.2.3 Kursus 63

4.3 Bahagian B, C dan D 63

4.3.1 Analisis Data Bagi Tahap Kesediaan Guru

Pelatih Terhadap Aspek Pengetahuan Dan

Kemahiran Pedagogi 64

4.3.1.1 Aspek Merancang Objektif

Pengajaran 65

4.3.1.2 Aspek Set Induksi 67

4.3.1.3 Aspek Penyampaian 70

4.3.1.4 Aspek Teknik Penyoalan 74

4.3.1.5 Aspek Penggunaan Alat Dan Bahan

Bantu Mengajar (ABBM) 76

4.3.1.6 Aspek Pengurusan Bilik Darjah 78

4.3.1.7 Aspek Kemahiran Berfikir Secara

Kritis Dan Kreatif (KBKK) 80

4.3.1.8 Aspek Kemahiran Penerapan Nilai

Murni 83

4.3.1.9 Aspek Penutup Pengajaran 85

4.3.1.10 Rumusan Terhadap Tahap

Kesediaan Pengetahuan

dan Kemahiran Pedagogi

Responden 87

4.3.2 Analisis Data Bagi Tahap Kesediaan Guru

Pelatih Terhadap Aspek Minat dan Sikap 89

4.3.2.1 Aspek Minat Mengajar 89

4.3.2.2 Aspek Sikap Mengajar 91

4.3.2.3 Rumusan Terhadap Tahap

Kesediaan Sikap dan Minat

Mengajar Responden 94

4.3.3 Analisis Data Bagi Tahap Kesediaan

Page 14: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

xiii

Mengajar Mata Pelajaran Kimia

Dalam Bahasa Inggeris 95

4.4 Kesimpulan Bagi Analisis Keseluruhan Data

Tahap Kesediaan Pengetahuan dan

Kemahiran Pedagogi, Sikap dan Minat

Mengajar dan Pengajaran Subjek Kimia Dalam

Bahasa Inggeris 98

4.5 Analisis Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran 99

4.6 Penutup 102

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 103

5.2 Rumusan Kajian 103

5.3 Perbincangan Persoalan Kajian 105

5.3.1 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Dalam Aspek

Pengetahuan dan Kemahiran Pedagogi 105

5.3.2 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Dalam Aspek

Sikap dan Minat Mengajar 113

5.3.3 Tahap Kesediaan Guru Pelatih Untuk

Mengajar Mata Pelajaran Kimia Dalam

Bahasa Inggeris 116

5.3.4 Masalah Dan Kebimbangan Guru Pelatih

Untuk Mengajar Di Sekolah 118

5.4 Cadangan Kajian 119

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 121

5.6 Penutup 122

RUJUKAN 123

Lampiran A – C 131 - 139

Page 15: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Soalan Mengikut Setiap Persoalan Kajian 53

3.2 Taburan Skor Mengikut Skala Empat Mata 54

3.3 Pekali Alpha Cronbach 56

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 62

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 62

4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 63

4.4 Skala Pemeringkatan Empat Mata 64

4.5 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Aspek Merancang Objektif Pengajaran 65

4.6 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Aspek Kemahiran Set Induksi 68

4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Aspek Penyampaian 71

4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Aspek Teknik Penyoalan 74

4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Aspek Penggunaan Alat Dan Bahan Bantu

Mengajar (ABBM) 76

4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Aspek Pengurusan Bilik Darjah 79

Page 16: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

xv

4.11 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Aspek Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan

Kreatif (KBKK) 81

4.12 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Aspek Kemahiran Penerapan Nilai Murni 83

4.13 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Aspek Penutup Pengajaran 85

4.14 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Tahap

Kesediaan Pengetahuan dan Kemahiran Pedagogi

Responden 88

4.15 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Aspek Minat Mengajar 89

4.16 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Aspek Sikap Mengajar 91

4.17 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Tahap

Kesediaan Sikap dan Minat Mengajar Responden 94

4.18 Analisis Kekerapan, Peratusan dan Min Bagi

Aspek Pengajaran Subjek Kimia Dalam

Bahasa Inggeris 95

4.19 Analisis Min dan Sisihan Piawai Bagi Tahap

Kesediaan Pengetahuan dan Kemahiran Pedagogi,

Sikap dan Minat Mengajar dan Mengajar Mata

Pelajaran Kimia Dalam Bahasa Inggeris 98

4.20 Masalah-Masalah Dan Kebimbangan Yang

Dihadapi Oleh Guru Pelatih Berkaitan Dengan

Tugas Dan Tanggungjawab Mengajar Di Sekolah 100

Page 17: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Julat Nilai Min Terhadap Tahap Kesediaan 60

Page 18: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

xvii

SENARAI SIMBOL

% - Peratus

ABBM - Alat Dan Bahan Bantu Mengajar

BBM - Bahan Bantu Mengajar

FP - Fakulti Pendidikan

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

INTAN - Institut Tadbiran Awam Negara

KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

S - Setuju

SPC - Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

SPK - Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta

Pendidikan (Kimia)

SPSS - Statistical Packages For Social Sciences For Windows

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik 131

B Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian 138

C Surat Memohon Kebenaran Untuk Menulis Laporan

Akhir Projek Sarjana Muda Melebihi 100 Muka Surat 139

Page 20: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Umum melihat guru sentiasa dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat.

Namun begitu, profesion guru bukanlah semudah yang dijangka. Lebih-lebih lagi pada

masa kini tugas guru dalam pengajaran di bilik darjah menjadi semakin mencabar

terutamanya bagi bakal-bakal guru yang akan menceburi profesion ini. Jackson (1979)

menyatakan bahawa tugas mengajar adalah satu sumbangan bertujuan untuk menjadikan

dunia satu tempat yang lebih sempurna dan memperkembangkan diri manusia. Ini

bermaksud bahawa seseorang guru itu perlu bertanggungjawab terhadap masyarakat

untuk membina satu generasi pelajar yang sempurna seperti yang diharapkan oleh

masyarakat dan negara. Keperluan untuk menghasilkan guru yang berkesan semakin

meningkat bagi memastikan pencapaian pelajar-pelajar dalam pembelajaran.

Menurut Lee Pau Wing (1998) dalam bukunya yang bertajuk “Guru dan

Profesion Pendidikan” mengatakan bahawa untuk menjadi guru sekolah yang berjaya,

seseorang itu mesti memiliki tiga keperluan iaitu seseorang guru perlu mempunyai

pengetahuan yang mencukupi dalam mata pelajaran yang diajar, menguasai teknik dan

kaedah pengajaran yang berkesan bagi penyampaian sesuatu pelajaran dan mempunyai

sifat-sifat peribadi yang murni. Guru yang memiliki sifat-sifat ini merupakan guru yang

berjiwa keguruan di mana ia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk

Page 21: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

2

melengkapkan diri demi keperluan profesionnya. Ini membolehkan ia menjadi seorang

guru yang berkesan sehingga dapat mencapai kejayaan dalam profesion perguruan.

Pendidikan merupakan satu daripada strategi kerajaan bagi menyatupadukan

rakyat dan membangunkan negara. Wawasan 2020 telah menggariskan hasrat negara

untuk mewujudkan satu masyarakat yang maju, demokratik dan penyayang pada masa

hadapan di mana ahli-ahlinya terdiri daripada insan-insan yang sempurna. Seseorang

guru perlu menghayati hasrat negara ini dan berusaha menjadikan dirinya sebagai

seorang insan yang sempurna. Adalah amat penting bagi guru menjadikan diri mereka

insan yang sempurna kerana di sekolah guru menjadi contoh dan teladan kepada pelajar-

pelajarnya. Ini menjadikan perguruan satu profesion yang amat mencabar.

Guru-guru pelatih yang akan menceburi profesion perguruan diharapkan dapat

memainkan pelbagai peranan untuk menjadikan diri mereka sebagai pendidik yang

berjaya. Menurut Fleming (1969), selain mempunyai sifat diri yang sempurna, guru

dikehendaki memainkan pelbagai peranan seperti berikut:

i. Sebagai penuntut motivasi:

Mengetahui kajian-kajian tentang motivasi dari segi falsafah, psikologi,

biologi dan sosiologi, mengetahui sifat-sifat semulajadi manusia dari segi

psikologi, sosiometri, konsep kemahuan dan konsep diri.

ii. Sebagai penggalak kepada pembelajaran:

Mengetahui teori penyekutuan, teori bidang, mengetahui penentu-penentu

sosial dan perseorangan.

iii. Sebagai pemerhati pertumbuhan pelajar:

Mengetahui pertumbuhan dan pembangunan manusia, menginsafi sifat-sifat

delinkuens dan kelembaman, dan memahami pelajar-pelajar dalam bilik

darjah.

Page 22: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

3

iv. Sebagai tukang seni dan teknik:

Mempunyai kebolehan sebagai tukang seni dalam pengajaran, berkebolehan

dalam melakukan ujian kecerdasan, berkebolehan dalam menilai personaliti

dan menyimpan rekod dan berkebolehan dalam melakukan pemerhatian diri

dan kumpulan.

v. Sebagai penyelidik:

Mengetahui hasil-hasil penyelidikan dan melakukan ujikaji dengan mencuba

sesuatu inovasi dalam pengajaran.

vi. Sebagai pentadbir dan terapis:

Memikul tanggungjawab pentadbiran, menggunakan sumber komuniti dan

melaksanakan tugas terapis.

(sumber: Lee Pau Wing (1998). “Guru dan Profesion Pendidikan”.)

Menurut Omar Mohd. Hashim (1999), guru-guru pelatih akan menghadapi

banyak cabaran semasa mengajar di sekolah. Harapan masyarakat terhadap profesion

perguruan juga akan bertambah. Bagi memastikan guru-guru menjalankan tugas dengan

baik dan cekap serta bagi mengawal kualiti pendidikan di sekolah, kursus-kursus

perkembangan profesional seperti seminar dan bengkel dalam bidang-bidang yang amat

mendesak mengikut keperluan perlu diadakan bagi membolehkan guru-guru

memperbaiki kekurangan diri dan meluaskan pengetahuan serta kemahiran demi

kemajuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru-guru pelatih perlu mempunyai

semangat bekerja, berusaha dan bertekad bagi mencapai falsafah pendidikan guru di

Malaysia iaitu melahirkan:

“Guru-guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,

bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menjunjung warisan

kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara

satu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

berdisiplin."

Page 23: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

4

Bagi guru-guru yang berjiwa keguruan, inovasi-inovasi dan idea-idea baru yang

diperkenalkan biasanya dapat diterima dengan baik. Mereka sentiasa merasakan diri

mereka belum mencapai tahap kesempurnaan dan sentiasa ingin memperbaiki diri (Lee

Pau Wing, 1998). Bagi guru-guru pelatih, kursus persediaan mengajar yang sedang

dijalani oleh mereka dapat membantu mereka melengkapkan diri dari segi pengetahuan,

kemahiran dan sikap bagi menghadapi tugas mengajar apabila mereka menceburi

profesion perguruan kelak.

1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Esah Sulaiman (2003a), profesion bermaksud pekerjaan yang

memerlukan pengetahuan dan kepakaran tertentu. Ini bermakna seseorang itu perlu

melalui latihan yang berstruktur dan sistematik untuk suatu jangka masa tertentu bagi

memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja. Manakala

profesional ialah seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa mengembangkan

pengetahuan dan kemahirannya serta memberikan perkhidmatan yang berkualiti.

Profesion perguruan perlu mempunyai ciri-ciri profesionalisme. Menurut

Hedderdof (1971), profesionalisme bermaksud suatu nilai yang murni jika seseorang itu

dapat mengamalkan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi dan tidak mementingkan

diri atau suka memilih pekerjaan. Berdasarkan pernyataan ini, seseorang guru perlu

melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa berusaha meningkatkan

profesionalismenya dari semasa ke semasa dan sentiasa memberikan khidmat yang

terbaik. Seseorang guru yang mengamalkan profesionalisme merupakan guru yang

efektif di mana ia dapat mendidik pelajar-pelajarnya mencapai kecemerlangan dari segi

akademik dan sahsiah mereka.

INTAN (1995) menjelaskan profesionalisme mementingkan mutu perkhidmatan

dan dedikasi terhadap pekerjaan, di mana seseorang itu perlu mempunyai komitmen

Page 24: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

5

dalam menjalankan sesuatu tugas untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan

memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara. Ciri-ciri profesionalisme perlu

dipupuk ke dalam diri guru-guru pelatih. Guru-guru pelatih merupakan mereka yang

sedang menjalani latihan dan pendidikan guru yang diadakan oleh Kementerian

Pendidikan dan Badan Berkanun di maktab perguruan dan universiti tempatan.

Kurikulum pendidikan guru memberi peluang kepada guru-guru pelatih atau bakal-bakal

guru memperoleh ilmu tentang pelbagai teori pengajaran dan amali bagi membolehkan

mereka menjadi guru yang profesional (Kurikulum Pendidikan Malaysia, 1984).

Yaakub Isa (1996) dalam bukunya yang bertajuk “Almanak Pendidikan”

mengatakan bahawa sambutan Hari Guru yang diadakan pada setiap 16 Mei setiap tahun

dapat meningkatkan kesedaran dan komitmen mereka sebagai guru. Hari Guru memberi

peluang kepada guru-guru memajukan kecekapan melalui seminar-seminar,

persidangan-persidangan dan sebagainya. Persatuan dan pertubuhan guru juga

memainkan peranan dalam memupuk dan meningkatkan profesionalisme di kalangan

guru-guru di mana aktiviti-aktiviti seperti seminar, forum, konvensyen dan penyelidikan

dijalankan (Esah Sulaiman, 2003a).

Menurut Mok Soon Sang (1988), perubahan sistem pendidikan pada dekat 80-an

memerlukan golongan guru mengubah diri ke arah pandangan, sikap, kemahiran dan

daya usaha untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran

demi meningkatkan prestasi dan keupayaan di dalam bidang kerja yang kian mencabar.

Adalah amat penting bagi guru-guru pelatih melengkapkan diri mereka dengan

pengetahuan dan kemahiran yang dapat mendidik pelajar dari segi akademik dan sahsiah

bagi membolehkan mereka memberikan perkhidmatan mengajar yang berkualiti.

Berdasarkan kepada perubahan sistem pendidikan, satu kajian perlu dibuat bagi menilai

tahap kesediaan guru-guru pelatih dari segi pengetahuan dan kemahiran pedagogi, sikap

dan minat mengajar dan kesediaan untuk mengajar mata pelajaran Kimia dalam Bahasa

Inggeris. Masalah dan kebimbangan yang dihadapi oleh mereka juga perlu dikaji.

Page 25: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

6

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut Faridah Karim (2000) dalam jurnal “Strategizing Teaching and

Learning in The 21ST Century” menyatakan bahawa guru-guru mengalami kesukaran

melaksanakan komponen-komponen kritikal dalam kurikulum. Guru-guru mengalami

kesukaran dalam mempelbagaikan strategi pengajaran, melaksanakan aktiviti-aktiviti

yang berpusatkan pelajar, menggunakan teknik-teknik tertentu untuk berinteraksi dengan

pelajar, memberikan tugasan kepada pelajar-pelajar, merancang bahan-bahan

pengajaran.dan bahan bantu mengajar serta sukar membuat penilaian isi kandungan mata

pelajaran. Guru-guru juga dikatakan kurang berinovasi dalam menyampaikan

pengajarannya. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor, iaitu:

i. Guru kekurangan pengetahuan dan kemahiran mengajar. Ini disebabkan

mereka tidak bersedia atau tidak dilatih dengan sebaik-baiknya.

ii. Matlamat dan konsep inovasi dalam strategi pengajaran tidak jelas kepada

mereka.

iii. Guru kekurangan bahan dan sumber pengajaran yang sesuai untuk membina

pengajarannya.

iv. Guru kekurangan motivasi disebabkan kurangnya galakan daripada pihak

pentadbir.

v. Kekurangan koordinasi dan komunikasi di antara semua pihak yang terlibat

dalam proses pelaksanaan inovasi dalam strategi pengajaran.

Cooper (1989) berpendapat bahawa guru yang berkesan ialah guru yang

memperolehi ilmu pengetahuan khusus dan kemahiran mengajar seperti berikut:

i. Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi

manusia.

ii. Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta

mewujudkan interaksi yang positif dalam pelbagai hala.

Page 26: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

7

iii. Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam matapelajaran yang

diajar.

iv. Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang memudahkan pelajar-pelajar

menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.

Rashidi Azizan (1995) dalam bukunya bertajuk “Pengajaran Dalam Bilik Darjah:

Kaedah dan Strategi” pula menyatakan bahawa guru-guru pelatih dan guru-guru yang

baru sahaja memulakan kerjaya dalam profesion perguruan biasanya menghadapi

masalah mengenalpasti dan memilih kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk

digunakan dalam sesuatu sesi pengajaran. Antara punca masalah ini adalah:

i. Kurang atau tiada pendedahan secukupnya mengenai semua kaedah dan

teknik pengajaran dalam kursus-kursus latihan perguruan kerana batasan

masa.

ii. Terdapat pelbagai nama yang sebenarnya bermaksud satu kaedah pengajaran

yang sama.

iii. Tidak dapat menggunakan sesuatu kaedah secara berkesan kerana kurang

pengetahuan tentang rasional pemilihan dan teknik kaedah berkenaan.

iv. Tidak terdapat buku teks atau rujukan yang khusus membincangkan semua

kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam bilik darjah.

v. Wujud salah tanggapan antara kaedah pengajaran dengan penggunaan alat

bantu mengajar.

Berdasarkan pernyataan pengkaji-pengkaji ini, dapatlah dikatakan bahawa bakal-

bakal guru pada masa kini perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan

dan kemahiran yang mencukupi bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan lancar dan mereka juga perlu menunjukkan keinginan dan inisiatif

kendiri serta motivasi untuk mengajar. Peranan guru amat penting dalam bilik darjah.

Bagi guru-guru pelatih, menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam pengajaran adalah

amat penting. Ini kerana sekiranya pengetahuan dan kemahiran untuk mengajar kurang,

proses pengajaran akan menjadi kurang lancar dan hambar. Menguasai sesuatu bidang

Page 27: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

8

yang hendak disampaikan kepada orang lain merupakan suatu perkara yang amat

penting. Kebolehan dan keupayaan seseorang guru menguasai ilmu yang diajar akan

menjadikannya seorang guru yang kreatif dan yakin untuk menyampaikan

pengajarannya.

Di Universiti Teknologi Malaysia, tidak banyak kajian yang dijalankan bagi

menilai tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran pedagogi, sikap dan minat

mengajar serta kesediaan untuk mengajar mata pelajaran Kimia dalam Bahasa Inggeris

di kalangan guru-guru pelatih. Oleh itu, sewajarnya kajian mengenainya dijalankan

memandangkan guru-guru pelatih tahun akhir akan keluar dari alam universiti dan

seterusnya berdepan dengan pelbagai cabaran apabila mereka sudah memasuki bidang

pekerjaan kelak. Kesediaan dari segi aspek-aspek tersebut amat penting bagi menjamin

mereka berjaya di masa hadapan. Kajian ini secara tidak langsung dapat membantu

guru-guru pelatih memikirkan cara yang terbaik bagi melengkapkan diri mereka dengan

ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang diceburi serta memupuk sikap

dan minat yang baik dalam diri mereka.

Oleh itu, kajian ini dibuat untuk menilai tahap kesediaan guru-guru pelatih kimia

tahun akhir dari kursus 5SPC dan 5SPK Semester 10 di Fakulti Pendidikan, UTM

bertujuan untuk mengetahui sama ada mereka sudah bersedia dan melengkapkan diri

dengan pengetahuan dan kemahiran perguruan yang mencukupi selaras dengan

kehendak dasar dan kurikulum pendidikan negara. Tahap kesediaan yang akan dikaji

dalam kajian ini ialah pengetahuan dan kemahiran pedagogi, sikap dan minat mengajar

serta kesediaan untuk mengajar mata pelajaran Kimia dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini

juga akan mengenalpasti masalah dan kebimbangan yang dihadapi oleh guru-guru

pelatih untuk mengajar di sekolah. Kajian ini akan menjawab persoalan “ Adakah guru

pelatih telah bersedia dari segi pengetahuan dan kemahiran mengajar, sikap dan minat

mengajar dan mempunyai kesediaan untuk mata pelajaran Kimia dalam Bahasa

Inggeris?” dan juga “Apakah masalah dan kebimbangan di kalangan guru-guru pelatih

untuk mengajar di sekolah?”.

Page 28: TAHAP KESEDIAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN  · PDF fileSIKAP DAN MINAT MENGAJAR GURU PELATIH KIMIA TAHUN AKHIR 5SPK DAN 5SPC, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM ... Bahasa Inggeris 116 5.3

9

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Menilai tahap kesediaan guru pelatih dari aspek pengetahuan dan kemahiran

pedagogi yang mencukupi untuk pengajaran bilik darjah.

1.4.2 Menilai tahap kesediaan guru pelatih dari aspek sikap dan minat mengajar.

1.4.3 Mengkaji tahap kesediaan guru pelatih untuk mengajar mata pelajaran Kimia

dalam Bahasa Inggeris.

1.4.4 Mengenalpasti masalah-masalah yang wujud di kalangan guru-guru pelatih untuk

mengajar di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap kesediaan guru pelatih dalam aspek pengetahuan dan kemahiran

pedagogi untuk pengajaran bilik darjah?

1.5.2 Apakah tahap kesediaan sikap dan minat mengajar di kalangan guru-guru

pelatih?

1.5.3 Apakah tahap kesediaan guru pelatih untuk mengajar mata pelajaran Kimia

dalam Bahasa Inggeris?

1.5.4 Apakah masalah dan kebimbangan di kalangan guru-guru pelatih untuk mengajar

di sekolah?

1.6 Skop/ Batasan Kajian

Kajian ini adalah untuk melihat tahap kesediaan guru-guru pelatih kimia tahun

akhir untuk mengajar di sekolah. Penyelidik menggunakan sampel dari semua guru

pelatih kimia tahun akhir dari kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta

Pendidikan Kimia (5SPK) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia Serta Matematik