tahap kesedaran dan tingkah laku pelajar · pdf filepenjimatan air, penjimatan petrol,...

11
274 TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR MELALUI KAJIAN APLIKASI KENDIRI ALAM SEKITAR (KAKAS) Nurul Izzati Majunit, Zanaton Iksan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kemerosotan mutu alam sekitar merupakan satu isu yang sering diperkatakan oleh semua pihak kerana ianya telah menjejaskan kehidupan jika tindakkan yang seharusnya tidak di ambil. Sebagaimana yang diketahui umum tunjang utama kemerosotan penjagaan alam sekitar adalah disebabkan oleh kesedaran dalam keterlibatan dalam menjaga alam sekitar seseorang adalah pada tahap yang rendah. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap kesedaran dan tingkah laku pelajar terhadap amalan penjagaan alam sekitar. Bukan itu sahaja, kajian ini juga di lakukan unuk melihat hubungan antara tingkah laku dan kesedaran pelajar melalui KAKAS Seramai 52 orang pelajar sarjana pendidikan kursus GGGR6223 (Alam Sekitar dan kelestarian) telah melakukan aktiviti KAKAS. Setelah 14 minggu menjalankan aktiviti KAKAS, pelajar telah diberikan borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian (Bahagian A: demografi, Bahagian B: tingkahlaku, Bahagian C: Kesedaran dan Bahagian D: Soalan terbuka/refleksi). Hasil data telah yang diperolehi dan di analisis menggunakan statistic diskriptif dan statistic inferensi. Dapatan aktiviti KAKAS menunjukkan perubahan dan tahap yang positif dari segi kesedaran dan tingkahlau pelajar. Hasil kolerasi pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif yang kuat antara tingkah laku dan kesedaran pelajar melaluiaktiviti KAKAS. Kesimpulannya, aktiviti KAKAS ini dapat membantu untuk memupuk kesedaran dan tingkah laku pelajar kearah amalan kehidupan yang lestari. Kata Kunci: Kajian Aplikasi Kendiri Alam Sekitar (KAKAS), Hubungan, Kesedaran, Tingkah laku, Amalan. ABSTRACT Environment quality deterioration is an issue that often talk about by all parties because it affected life if duly action is not in take. As generally known, the major root of environmental conservation decline is due to awareness and involvement a person to protecting environment is in low level. This is because, a person more sensitive towards the environment issues especially those up against with them. Therefore, this study carried out to know level of student’s awareness and behavior towards environment conservation practice. Not only that, researcher also indicate the relationship between the student’s behavior and awareness towards the environment through the KAKAS activity. A total 52 student undergraduate education course GGGR6223 (Environment and Conservation) doing activity in KAKAS module. After 14 weeks carry KAKAS activity, student had been given questionnaire form contains four part (part A: demographic, part B: behavior, part C: awareness and part D: open question/reflection). Data had been analysis using the discriptif statistic and inferensi statistic. KAKAS activity retrieval shows positive change and level in terms of awareness and behavior students. In relationship analysis, indicat the positive relationship between the behavior dan awareness student towards environment through the KAKAS activity. In conclusion, KAKAS module can help to inculcate awareness and behavior student towards the eternal life. Keywords: Self Study Application environment (KAKAS), Relationship, Awareness, Behavior, practice.

Upload: dangkiet

Post on 08-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR · PDF filepenjimatan air, penjimatan petrol, penjimatan elektrik, pengurangan sisa pepejal dan pemuliharaan alam ... berdasarkan aspek pemeliharaan

274

TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU

PELAJAR MELALUI KAJIAN APLIKASI KENDIRI

ALAM SEKITAR (KAKAS)

Nurul Izzati Majunit, Zanaton Iksan

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kemerosotan mutu alam sekitar merupakan satu isu yang sering diperkatakan oleh semua pihak kerana

ianya telah menjejaskan kehidupan jika tindakkan yang seharusnya tidak di ambil. Sebagaimana yang

diketahui umum tunjang utama kemerosotan penjagaan alam sekitar adalah disebabkan oleh kesedaran

dalam keterlibatan dalam menjaga alam sekitar seseorang adalah pada tahap yang rendah. Oleh itu, kajian

ini dilakukan untuk mengetahui tahap kesedaran dan tingkah laku pelajar terhadap amalan penjagaan

alam sekitar. Bukan itu sahaja, kajian ini juga di lakukan unuk melihat hubungan antara tingkah laku dan

kesedaran pelajar melalui KAKAS Seramai 52 orang pelajar sarjana pendidikan kursus GGGR6223

(Alam Sekitar dan kelestarian) telah melakukan aktiviti KAKAS. Setelah 14 minggu menjalankan aktiviti

KAKAS, pelajar telah diberikan borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian (Bahagian A:

demografi, Bahagian B: tingkahlaku, Bahagian C: Kesedaran dan Bahagian D: Soalan terbuka/refleksi).

Hasil data telah yang diperolehi dan di analisis menggunakan statistic diskriptif dan statistic inferensi.

Dapatan aktiviti KAKAS menunjukkan perubahan dan tahap yang positif dari segi kesedaran dan

tingkahlau pelajar. Hasil kolerasi pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif yang kuat

antara tingkah laku dan kesedaran pelajar melaluiaktiviti KAKAS. Kesimpulannya, aktiviti KAKAS ini

dapat membantu untuk memupuk kesedaran dan tingkah laku pelajar kearah amalan kehidupan yang

lestari.

Kata Kunci: Kajian Aplikasi Kendiri Alam Sekitar (KAKAS), Hubungan, Kesedaran, Tingkah laku,

Amalan.

ABSTRACT

Environment quality deterioration is an issue that often talk about by all parties because it affected life if

duly action is not in take. As generally known, the major root of environmental conservation decline is

due to awareness and involvement a person to protecting environment is in low level. This is because, a

person more sensitive towards the environment issues especially those up against with them. Therefore,

this study carried out to know level of student’s awareness and behavior towards environment

conservation practice. Not only that, researcher also indicate the relationship between the student’s

behavior and awareness towards the environment through the KAKAS activity. A total 52 student

undergraduate education course GGGR6223 (Environment and Conservation) doing activity in KAKAS

module. After 14 weeks carry KAKAS activity, student had been given questionnaire form contains four

part (part A: demographic, part B: behavior, part C: awareness and part D: open question/reflection).

Data had been analysis using the discriptif statistic and inferensi statistic. KAKAS activity retrieval

shows positive change and level in terms of awareness and behavior students. In relationship analysis,

indicat the positive relationship between the behavior dan awareness student towards environment

through the KAKAS activity. In conclusion, KAKAS module can help to inculcate awareness and

behavior student towards the eternal life.

Keywords: Self Study Application environment (KAKAS), Relationship, Awareness, Behavior, practice.

Page 2: TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR · PDF filepenjimatan air, penjimatan petrol, penjimatan elektrik, pengurangan sisa pepejal dan pemuliharaan alam ... berdasarkan aspek pemeliharaan

275

PENGENALAN

Pada zaman ini, kemusnahan alam sekitar semakin berleluasa dan menyebabkan keseimbangan ekosistem

alam terganggu. Contoh isu kemerosotan alam sekitar yang berlaku adalah kemusnahan hutan,

pencemaran air dan udara, kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan kepupusan spesis haiwan.

Tunjang utama kemerosotan mutu alam sekitar adalah disebabkan oleh kesedaran masyarakat yang

rendah tentang kepentingan alam sekitar. Menurut Yunos (2014), kesedaran orang ramai tentang

kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar serta kepentingan pembangunan perlu

dipertingkatkan lagi. Oleh itu Program Pendidikan Alam Sekitar merupakan medium penyampaian dan

penyebaran maklumat mengenai kepentingan alam sekitar (Mohamad Zohir Ahmad 2009).

Seterusnya, didapati sikap pelajar berada pada tahap yang tinggi namun amalan terhadap alam sekitar

berada pada tahap yang lemah (Mohd Yusof et al, Zurina & Norjan, 2003). Hal ini adalah disebabkan

kesedaran tersebut tidak lagi diubah kepada sesuatu yang praktikal (Azizan, 2008). Berenguer (2007)

juga mendapati bahawa masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap masalah alam sekitar

tetapi tingkah laku dan tanggungjawab terhadap alam sekitar masih tidak menjadi kebiasaan dan keadaan

ini berlaku di mana-mana Negara.

Perkembangan pendidikan alam sekitar di Malaysia semakin pesat adalah disebabkan oleh isu-isu alam

sekitar yang kerap timbul saban tahun. Hal ini disebabkan oleh tahap kesedaran mengenai kepentingan

Alam Sekitar individu yang tinggi tetapi tiada perubahan tingkah laku dari segi amalan tingkah laku

mesra alam sekitar terutamanaya diperingkat pendidikan tinggi seperti kajian yang telah dilakukan oleh

Zurina dan Norjan (2003). Mereka mendapati kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar

Universiti Kebangsaan Malaysia adalah pada tahap yang tinggi tetapi kesediaan pelajar untuk terlibat

sama dalam mengatasi masalah alam sekitar adalah terlalu minimum. Justeru itu, amalan alam sekitar

perlu di amalkan sendiri oleh setiap individu.

Seterusnya, fokus kajian ini adalah untuk mengkaji tahap tingkah laku dan kesedaran pelajar terhadap

alam sekitar melalui aktiviti KAKAS dan untuk mengetahui hubungan antara tingkah laku dan kesedaran

pelajar. KAKAS merupakan amalan kendiri alam sekitar yang boleh dilakukan adalah melibatkan

beberapa sudut iaitu dari segi penjimatan air, penjimatan tenaga eletrik, pengurangan sisa pepejal,

pemuliharaan alam semulajadi dan penjimatan petrol. Bukan itu sahaja, modul ini juga bersifat fleksible

dan mengandungi langkah-langkah yang sesuai dimana modul ini boleh diaplikasikan oleh pelajar di

sekolah ataupun di rumah. Oleh itu, ianya sekaligus dapat memberi kesan kepada kesedaran sikap dan

perubahan amalan seharian seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu perkara yang lebih kepada mesra

alam. Knapp (1999) dan Callicott (2000) mengatakan bahawa jalan yang terbaik untuk mengurangkan

masalah alam sekitar adalah dengan mengubah sikap dan amalan seharian masyarakat dari berfokus

kepentingan diri kepada berfokus kepentingan alam sekitar.

Kesedaran Alam Sekitar

Kesedaran alam sekitar merupakan satu elemen penting dalam pembangunan kelestarian sesebuah

Negara. Banyak kajian lepas telah mendapati bahawa tahap pengetahuan, sikap dan kesedaran pelajar

terhadap alam sekitar adalah pada tahap yang baik (Ruhaya 2001; Mohd Yusof et al. 2003; Ramli 2003;

Zurina & Norjan 2003; Ismail 2005; Norjan et al. 2005 dan Norlila 2007). Namun begitu, menurut

Jabatan Alam Sekitar Malaysia, (2016) menyatakan bahawa pencapaian tahap kesedaran terhadap alam

sekitar rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap yang membangakan jika di bandingakan dengan

Negara-negara luar seperti Jepun, Dernmark dan German. Hal ini kerana pelajar hanyak peka terhadap

isu-isu alam sekitar yang berlaku hampr kepada mereka tetapi kesedaran untuk mengatasi isu tersebut

adalah pada tahap yang minimum (Zurina & Norjan, 2003).

Bukan itu sahaja, pendapata Ridener (2007) yang menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar sudah

mempunyai kesedaran alam sekitar yang tinggi. Namun begitu, apabila dikaji dari aspek tingkah laku

Page 3: TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR · PDF filepenjimatan air, penjimatan petrol, penjimatan elektrik, pengurangan sisa pepejal dan pemuliharaan alam ... berdasarkan aspek pemeliharaan

276

pelajar dalam amalan penjagaan alam sekitar, didapati ianya pada tahap yang lemah. Senario ini telah

dibuktikan oleh banyak kajian lepas yang mendapati bahawa terdapat jurang dan kelemahan tahap

kesedaran dan tingkah laku pelajar terhadap kelestarian alam sekitar di universiti (Zurina & Norjan, 2003;

Mohd Yusoh, 2003; Azizan 2008; Wahidah et al. 2004; Hafizah et al 2014). Hal ini kerana tingkah laku

yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar masih belum menjadi kebiasaan.

Menurut Atsuko (1999), rakyat harus diberi kuasa dengan membekalkan mereka dengan kaedah dan

mekanisma yang sesuai serta mengetahui bagaimana mereka boleh mengambil bahagian aktif untuk

menjaga alam sekitar. Cara bertindak ke atas masalah alam sekitar haruslah menjankaui kesedaran iaitu

tindakan. Dapat dirumuskan bahawa sikap terhadap tingkah laku alam sekitar yang spesifik adalah

peramal tingka laku yang paling baik (Milfont et al. 2006). Walau bagaimanapun, beberapa dapat kajian

telah menunjukkan hasil yang berbeza di mana tahap pengetahuan dan sikap terhadap alam sekitar tidak

semestinya membawa kepada amalan tingkah laku alam sekitar (Norshariani 2009).

Kajian Aplikasi Kendiri Alam Sekitar (KAKAS)

Kajian Aplikasi Kendiri Alam Sekitar merupakan satu strategik yang diperkenalkan untuk menerapkan

kesedaran dan meningkatkan tingkah laku amalan mesra alam secara berterusan. Kesedaran alam sekitar

yang dipupuk dalam KAKAS adalah melalui aktiviti-aktiviti penjimatan dan pemuliharaan dalam amalan

seharian seseorang. Oleh itu, melalui aktiviti KAKAS yang telah dilakukan dan diamalkan sendiri oleh

pelajar dapat mempengaruhui kepekaan pelajar untuk menjadi seorang yang lebih mesra alam.

Selain itu, KAKAS merupakan satu kajian yang melibatkan beberapa aktiviti penjimatan dan

pemuliharaan dalam amalan kehidupan seharian seseorang seperti penjimatan air, penjimatan elektrik,

pemuliharaan alam semulajadi seperti pokok, penjimatan petrol dan pengurangan sisa pepejal. Aktiviti ini

merupakan amalan seharian yang selalu dilakukan oleh seseorang sepanjang kehidupan seharian mereka

yang mana ianya telah menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar jika tidak dikawal dengan baik.

Menurut Zurina & Norjan (2013), masyarakat hanya perihatin dan peka terhadap isu-isu alam sekitar

yang berlaku berhampiran dengan mereka namun kesedaran untuk terlibat mengatasi masalah tersebut

masih dalam tahap yang minimum. Oleh itu, KAKAS merupakan salah satu strategik yang boleh

digunakan untuk membantu seseorang terlibat dalam mengatasi isu alam sekitar dengan melakukan

aktiviti mesra alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka dengan lebih bermakna.

Seterusnya, seseorang juga menggunakan pengalaman di dalam diri mereka untuk mempelajar sesuatu

amalan dengan lebih baik dan bermakna dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh pengalaman seseorang

melakukan pembaziran air dalam amalan kehidupan seharian mereka yang boleh membawa kemusnahan

alam sebelum mereka meneroka sendiri teknik-teknik yang berkesan untuk penjimatan air. Dalam Kajian

ini, teori konstruktivisma secara tidak langsung telah di implementasikan sepanjang aktiviti KAKAS

seperti yang telah ditegaskan oleh Mok Soon Sang (2008) bahawa ilmu pengetahuan tidak wujud di luar

minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

Bukan itu sahaja, aktiviti KAKAS ini juga dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku

dalam mengamalkan aktiviti mesra alam secara berterusan. Oleh itu pelajar haruslah mempunyai

komitmen yang tinggi untuk mengamalkan aktiviti mesra alam dalam kehidupan seharian. Namun begitu,

komitmen merupakan satu tindakan yang sukar untuk dilakukan kerana komitmen sangat bergantung

kepada fizikal (tingkahlaku) dan emosi (tanggungjawab) seseorang (Leopad; 1949 & Vaske dan Korbin;

2001). Keadaan ini selari dengn teori interpersonal relationship untuk menilai sesuatu dinamik kelompok

manusia tetapi teori ini juga mempunyai kaitan dengan komitmen seseorang individu terhadap alam

sekitar (Davis et al. 2009; Thoreu 1993; Schultz & Tabanico; 2007).

Sebagaimana yang diketahui umum, kesedaran alam sekitar boleh dipupuk dengan pelbagai cara dalam

kehidupan seharian. Menurut Noor Azizah & Zanaton (2015), kesedaran yang diterapkan melalui amalan

seseorang dapat memberi kesan yang positif kepada gaya hidup serta orang disekeliling mereka. Kesan

Page 4: TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR · PDF filepenjimatan air, penjimatan petrol, penjimatan elektrik, pengurangan sisa pepejal dan pemuliharaan alam ... berdasarkan aspek pemeliharaan

277

daripada amalan seharian yang dilakukan oleh seseorang ini merupakan satu perubahan tingkah laku yang

berterusan dari anthropocentric kepada ecocentric di mana ianya dapat mengurangkan kemusnahan alam

sekitar (Calicott, 2000). Ecocentric merupakan sikap pro alam sekitar di mana ianya boleh mengubah

gaya hidup seseorang untuk lebih mesra alam.

METODOLOGI

Dalam kajian ini populasi yang telah dikaji adalah dalam kalangan pelajar sarjana pendidikan sains di

Universiti Kebangsaan Malaysia. Sampel tekah diambil daripada semua pelajar sarjana pendidikan sains

yang telah mengambil krusus Alam Sekitar dan Kelestarian.

Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan kaedah kajian kuantitatif yang bertujuan untuk

mengetahui tahap tingkah laku dan kesedaran pelajar melalui aktiviti KAKAS. Selain itu, pengkaji juga

ingin melihat hubungan antara tingkah laku dan kesedaran pelajar melalui aktiviti KAKAS. Di dalam

aktiviti KAKAS ini, terdapat 5 bahagian yang terdiri daripada beberapa aktiviti mesra alam sekitar seperti

penjimatan air, penjimatan petrol, penjimatan elektrik, pengurangan sisa pepejal dan pemuliharaan alam

semulajadi seperti pokok. Setiap pelajar telah melakukan satu aktiviti yang terdapat di dalam KAKAS.

Bukan itu sahaja, pelajar telah menentukan sendiri aktiviti kendiri berdasarkan penjimatan alam sekitar

dalam kehidupan seharian mereka seperti penjimatan air semasa mengosok gigi, penjimatan petrol ketika

pemanduan atau enggunaan lampu LED mengantikan pendaflour. Pelajar dikehendaki mengikut semua

langkah-langkah yang telah disediakan di dalam KAKAS. Seterusnya pelajar melakukan kajian kendiri

secara saintifik dan sistematik.

Akhir sekali instrument yang telah digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang

mengandungi tiga bahagian yang terdiri daripada bahagian A: demografi, bahagian B: tingkah laku

pelajar selepas melakukan KAKAS dan bahagian C: kesedaran pelajar selepas melakukan KAKAS.

Borang soal selidik ini telah diberikan kepada pelajar selepas 10 minggu aktiviti KAKAS ini dijalankan.

Selepas pengumpulan data dilakukan, analisis statistik diskriptif dan statistic inferensi telah dilakukan

dengan menggunakan perisian SPSS.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil kajian ini dibincangkan dan dihuraikan berdasarkan maklumat yang telah diperolehi di dalam soal

selidik yang telah dijawab oleh pelajar sarjana sains yang mengambil krusus GGGR6223 (Alam Sekitar

dan kelestarian) selepas melakukan aktiviti KAKAS.

Tahap tingkah laku pelajar Melalui KAKAS.

Jadual 1 menunjukkan dapatan kajian bagi tahap tingkah laku pelajar selepas melakukan KAKAS

berdasarkan aspek pemeliharaan alam semula jadi. Analisis diskriptif mendapati bahawa tahap tingkah

laku pelajar dari aspek pemeliharaan alam semula jadi adalah pada tahap yang tinggi dengan nilai min

keseluruhan ialah 4.07. Dalam aspek ini, pelajar cenderung untuk melalukan penjimatan elektrik dalam

amalan seharian mereka. Hal ini kerana, hasil dapatan menunjukkan item min yang tertinggi adalah

dalam aspek penjimatan elektrik iaitu 4.48. Bukan itu sahaja, pelajar juga mempunyai tingkah laku

kearah yang positif dalam melakukan penjimatan air, kertas dan petrol dalam kehidupan seharian mereka.

Manakala, item yang mencatatkan nilai min terendah adalah membeli produk yang dikitar semula iaitu

3.76. Ini menunjukkan,

kebanyakan pelajar kurang peka dengan pembelian barang-barang yang boleh digunakan semula.

Menurut Tan Pei San & Norzaini Azman (2007) menyatakan bahawa, tingkah laku pelajar terhadap alam

sekitar akan meningkat sekiranya terdapat mekanisma yang sesuai yang berkai dengan amalan kehidupan

seharian mereka.

Page 5: TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR · PDF filepenjimatan air, penjimatan petrol, penjimatan elektrik, pengurangan sisa pepejal dan pemuliharaan alam ... berdasarkan aspek pemeliharaan

278

Jadual 1: Tabruran kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan inteperasi min tingka laku pelajar

dalam aspek pemeliharaan alam semula jadi.

Item STS TS KS S SS Min S.P Interpretasi

Pemeliharaan Alam

Semulajadi

B1 Membeli produk

yang dikitar semula

0

(0%)

1

(2%)

13

(26%)

33

(66%)

3

(6%)

3.76

0.59

Sederhana

Tinggi

B2 Melakukan

penjimatan elektrik

dalam amalan seharian

saya

0

(0%)

0

(0%)

2

(4%)

22

(44%)

26

(52%)

4.48 0.58 Tinggi

B3 Melakukan

penjimatan air dalam

amalan seharian saya.

0

(0%)

0

(0%)

5

(10%)

25

(50%)

20

(40%)

4.30 0.65 Tinggi

B4 Melakukan

penjimatan kertas dalam

amalan seharian saya.

0

(0%)

0

(0%)

9

(18%)

24

(48%)

17

(34%)

4.16 0.71 Tinggi

B5 Melakukan

penjimatan petrol dalam

amalan seharian saya.

0

(0%)

0

(0%)

13

(26%)

28

(56%)

9

(18%)

3.92 0.67 Sederhana

Tinggi

B6 Menggunakan “beg

shopping” bagi

mengantikan beg plastic

semasa membeli barang.

1

(2%)

0

(0%)

18

(36%)

20

(40%)

11

(22%)

3.82 0.80 Sederhana

Tinggi

Min Keseluruhan 4.07 0.45 Tinggi

Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian tingkah laku pelajar dalam aspek pengguna yang

bertanggungjawab. Hasil analisis mendapati bahawa min keseluruhan bagi aspek ini adalah tinggi iaitu

4.24. Daripada analisis item mendapat bahawa selepas melakukan KAKAS, kebanyakan pelajar

menyokong penjualan produk mesra alam dengan nilai min adalah 4.52 iaitu pada tahap yang tinggi.

Selain itu, pelajar juga bersikap positif dan bertanggungjawab dalam tidak membuang sampah di merata

tempat, sentiasa menasihati rakan-rakan, dan lebih cenderung untuk membeli produk yang mesra alam.

Namun begitu, jika produk yang mesra alam itu mempunyai harga yang mahal, pelajar kurang sanggup

untuk membayar lebih. Hal ini dibuktikan dengan nilai min untuk item membayar lebih untuk membeli

produk mesra alam adalah 3.96 iaitu pada tahap sederhana tinggi.

Jadual 2: Tabruran kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan inteperasi min tingka laku pelajar

dalam aspek pengguna yang bertanggungjawab

Item STS TS KS S SS Min S.P Interpretasi

Pengguna yang

Bertanggungjawa

B7 Menyokong

penjualan produk mesra

alam.

0

(0%)

0

(0%)

4

(8%)

16

(32%)

30

(60%)

4.52

0.65

Tinggi

B8 Sanggup membayar

lebih untuk membeli

produk mesra alam.

0

(0%)

1

(2%)

12

(24%)

25

(50%)

12

(24%)

3.96 0.75 Sederhana

Tinggi

B9 Tidak Membunag

sampah di merata

tempat

0

(0%)

0

(0%)

4

(8%)

10

(20%)

36

(72%)

4.64 0.63 Tinggi

B10 Menasihati rakan

tentang sumber alam.

0

(0%)

0

(0%)

11

(22%)

27

(54%)

12

(24%)

4.02 0.68 Tinggi

Page 6: TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR · PDF filepenjimatan air, penjimatan petrol, penjimatan elektrik, pengurangan sisa pepejal dan pemuliharaan alam ... berdasarkan aspek pemeliharaan

279

B11 Menggunakan

bahan keperluan di

rumah yang lebih mesra

alam.

0

(0%)

0

(0%)

9

(18%)

27

(54%)

14

(28%)

4.10 0.67 Tinggi

B12 Mempunyai

pilihan di antara dua

produk, akan membeli

produk yang mesra

alam.

0

(0%)

0

(0%)

8

(16%)

24

(48%)

18

(36%)

4.20 0.70 Tinggi

Min Keseluruhan 4.24 0.470 Tinggi

Seterusnya jadual 3 menunjukkan tahap tingkah laku pelajar dalam aspek tindakan untuk terlibat dalam

aktiviti mesra alam. Nilai min keseluruhan bagi aspek penglibatan pelajar dalam aktiviti mesra alam

adalah pada tahap yang tinggi iaitu 4.07. Hal ini dibuktikan dalam hasil kajian ini yang menjelaskan

bahawa pelajar cenderung untuk terlibat sama dalam aktiviti yang mendorong kepada mesra alam dan

juga memberikan sokongan kewangan dalam membersihkan alam sekitar. Hasil kajian Hafizah et al

(2010) juga telah mendapati bahawa tahap keperihatinan pelajar dalam menglibatkan diri dalam aktiviti

alam sekitar adalah pada tahap yang tinggi kerana mereka berpendapat bahawa kebersihan alam sekitar

adalah penting dalam kehidupan seharian.

Jadual 3: Tabruran kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan inteperasi min tingka laku pelajar

dalam aspek tindakan untuk terlibat dalam aktiviti.

Item STS TS KS S SS Min S.P Interpretasi

Tindakan untuk

terlibat dalam aktiviti

B13 Memberikan

sokongan kewangan

untuk membersihkan

alam sekitar.

0

(0%)

1

(2%)

10

(20%)

30

(60%)

9

(18%)

3.94

0.68

Sederhana

Tinggi

B14 Merlibat dengan

aktiviti yang

mendorong kepada

mesra alam.

0

(0%)

0

(0%)

6

(12%)

28

(56%)

16

(32%)

4.20 0.63 Tinggi

Min Keseluruhan 4.07 0.60 Tinggi

Tahap Kesedaran pelajar Melalui KAKAS.

Hasil dapatan kajian yang seterusnya adalah kesedaran pelajar selepas melakukan KAKAS. Jadual 4

menunjukkan tahap kesedaran pelajar dari aspek pengetahuan terhadap KAKAS. Hasil dapatan

menunjukkan bahawa min keseluruhan dalam aspek ini adalah pada tahap yang tinggi iaitu 4.52.

Terdapat dua item yang mempunyai item yang tertinggi iaitu C1 dan C3 dengan nilai kedua-dua min

adalah 4.52. Hasil telah mengambarkan dengan jelas bahawa pelajar tahu bahawa aktiviti KAKAS boleh

memberi sumbangan terhadap penjagaan alam sekitar dan merupakan salah satu pendidikan alam sekitar

yang berkesan. Bukan itu sahaja, mereka juga tahu bahawa amalan kehidupan perlu diubah melalui

KAKAS. Ini disokong oleh kajian Norfadillah et al. (2011) yang mendapati bahawa kebanyakan pelajar

tahu bahawa mereka mempunyai peranan besar di universiti dalam aspek pembangunan lestari.

Page 7: TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR · PDF filepenjimatan air, penjimatan petrol, penjimatan elektrik, pengurangan sisa pepejal dan pemuliharaan alam ... berdasarkan aspek pemeliharaan

280

Jadual 4: Tabruran kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan inteperasi min kesedaran pelajar dalam

aspek pengetahuan dalam aktiviti KAKAS.

Item STS TS KS S SS Min S.P Interpretasi

Pengetahuan

C1 Memberi

sumbangan yang

bermakna dalam

menjaga alam sekitar

melalui aktiviti

KAKAS.

0

(0%)

0

(0%)

1

(42%)

21

(42%)

28

(56%)

4.54

0.54

Tinggi

C2 Masalah alam

sekitar boleh

diselesaikan apabila kita

mengubah cara hidup

kita melalui aktiviti

KAKAS.

0

(0%)

0

(0%)

2

(4%)

21

(42%)

27

(54%)

4.50 0.58 Tinggi

C3 KAKAS merupakan

salah satu pendidikan

alam sekitar yang

berkesan untuk

menyelesaikan masalah

alam sekitar.

0

(0%)

0

(0%)

(0%)

23

(46%)

27

(54%)

4.54 0.50 Tinggi

C4 Sains dan teknologi

merupakan antara cara

yang boleh digunakan

untuk menyelesaikan

masalah alam sekitar

0

(0%)

0

(0%)

1

(2%)

24

(48%)

25

(50%)

4.48 0.54 Tinggi

Min Keseluruhan 4.52 0.44 Tinggi

Jadual 5 menunjukkan tahap kesedaran pelajar dalam aspek nilai iaitu tanggungjawab. Nilai min

keseluruhan aspek ini menunjukkan pada tahap yang tinggi iaitu 4.41. Hasil analisis item telah mendapati

bahawa pelajar bersikap postif dalam bertanggungjawa untuk mengurangkan bahan buangan dengan nilai

min pada tahap yang tertinggi iaitu 4.58. Namun begitu, item-item yang lain juga mempunyai tahap nilai

min yang tinggi. Ini mengambarkan dengan jelas bahawa pelajar bertanggungjawab untuk melengkapkan

diri dengan pengetahuan alam sekitar dan memilih produk yang lebih mesra alam. Bukan itu sahaja,

selepas melakukan KAKAS juga, pelajar lebih bertanggungjawab untuk mempraktikan apa yang telah

dipelajarinya untuk melindungi alam sekitar.

Jadual 5: Tabruran kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan inteperasi min kesedaran pelajar dalam

aspek nilai (tanggungjawab).

Item STS TS KS S SS Min S.P Interpretasi

Nilai: Tanggunjawab

C5 Bertanggungjawab

melengkapkan diri

dengan pengetahuan

bagi menangani isu

alam sekitar.

0

(0%)

0

(0%)

1

(2%)

24

(48%)

25

(50%)

4.48

0.54

Tinggi

C6 Berkewajiban untuk

mempraktikan apa yang

saya pelajari untuk

melindungi alam

sekitar.

0

(0%)

0

(0%)

1

(2%)

19

(38%)

30

(60%)

4.58 0.54 Tinggi

Page 8: TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR · PDF filepenjimatan air, penjimatan petrol, penjimatan elektrik, pengurangan sisa pepejal dan pemuliharaan alam ... berdasarkan aspek pemeliharaan

281

C7 Bertanggungjawab

untuk mengurangkan

bahan buangan dengan

mengamalkan kitar

semula.

2

(4%)

0

(0%)

0

(0%)

22

(44%)

26

(52%)

4.44 0.70 Tinggi

C8 Bertanggungjawab

untuk memilih produk

yang mesra alam

walaupun dengan harga

yang mahal.

0

(0%)

0

(0%)

9

(18%)

24

(48%)

17

(34%)

4.16 0.71 Tinggi

Min Keseluruhan 4.41 0.48 Tinggi

Akhir sekali, jadual 6 menunjukkan tahap kesedaran pelajar dalam aspek keinginan. Hasil analisis

mendapati bahawa min keseluruhan bagi aspek ini adalah pada tahap yang tinggi iaitu 4.45. Hal ini

kerana kebanyakkan pelajar ingin menjaga alam sekitar kerana ianya adalah berfaedah untuk kesihatan

dengan nilai nilai min pada tahap yang tertinggi iaitu 4.52. Bukan itu sahaja, item-item yang lain juga

mempunyai tahap nilai min yang tinggi. Dalam hal ini, pelajar juga berasa gembira apabila mereka

memelihara alam sekitar.

Jadual 6: Tabruran kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan inteperasi min kesedaran pelajar dalam

aspek keinginan

Item STS TS KS S SS Min S.P Interpretasi

Keinginan

C9 Menjaga alam

sekitar kerana ia

berfaedah untuk

kesihatan saya.

0

(0%)

0

(0%)

3

(18%)

18

(36%)

29

(58%)

4.52

0.61

Tinggi

C10 Gembira dapat

memelihara alam

sekitar.

0

(0%)

1

(2%)

0

(0%)

23

(46%)

26

(52%)

4.48 0.61 Tinggi

C11 Sedih melihat

orang yang merosakan

alam sekitar.

1

(2%)

0

(0%)

1

(2%)

20

(40%)

28

(56%)

4.48 0.74 Tinggi

C12 KAKAS

merupakan usaha saya

dalam menyelamatkan

alam sekitar.

0

(0%)

0

(0%)

1

(2%)

24

(48%)

25

(50%)

4.48 0.54 Tinggi

C13 KAKAS adalah

perkara yang mudah

bagi saya untuk

melakukannya di rumah.

1

(2%)

0

(0%)

2

(4%)

27

(54%)

20

(40%)

4.30 0.73 Tinggi

Min Keseluruhan 4.45 0.50 Tinggi

Secara kesimpulannya, selepas melakukan aktiviti KAKAS, pelajar mempunyai tingkah laku dan

kesedaran terhadap alam sekitar pada tahap yang tinggi dengan nilai min masing-masing adalah 0.402

dan 0.433. Namun begitu tahap kesedaran pelajar terhadap alam sekitar adalah lebih tinggi berbanding

dengan tahap tingkah laku pelajar jika diliha berdasarkan nilai min.Ini selari dengan pendapat Ridener

(1997) yang menyatakan bahawa kesedaran dalam menjaga alam sekitar kebanyakkan pelajar adalah

lebih tinggi jika di bandingkan dengan penglibatan dan tingkah laku pelajar dalam aspek penjagaan alam

sekitar.

Page 9: TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR · PDF filepenjimatan air, penjimatan petrol, penjimatan elektrik, pengurangan sisa pepejal dan pemuliharaan alam ... berdasarkan aspek pemeliharaan

282

Jadual 7: Min Tahap tingkah laku dan kesedaran pelajar selepas melakukan KAKAS.

Pemboleh ubah N Min Sisihan Piawai Peratusan Interpretasi

Tingkah Laku 50 4.144 0.402 58 Tinggi

Kesedaran 50 4.460 0.433 60 Tinggi

Pelajar Terhadap Alam Sekitar Selepas Melakukan KAKAS.

Jadual 7 menunjukkan hasil dapatan analisis hubungan antara tingkah laku dan kesedaran pelajar

terhadap alam sekitar selepas melakukan KAKAS. Hasil analisis mendapati bahawa nilai pekali kolerasi

ialah r = 0.539 dan tahap signifikan lebih kecil daripada 0.01 (p < 0.01). Menurut Cohen (1988), nilai

kolerasi 0.5 hingga 1.00 mempunyai kekuatan hubungan yang besar. Oleh itu, dalam kajian ini, kekuatan

hubungan antara tingkah laku dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar adalah besar dan signifikan. Ini

bermakna terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku dan kesedaran pelajar terhadap alam

sekitar selepas melakukan KAKAS.

Jadual 7: Hubungan antara kesedaran dan tingkah laku pelajar selepas melakukan aktiviti di dalam modul

KAKAS

Hubungan

Pembolehubah

Tingkah laku Tahap Signifikan

Kesedaran r = 0.539** 0.000

Secara kesimpulannya, tahap tingkah laku yang tinggi pelajar melalui aktiviti KAKAS ini telah memberi

impak yang kuat terhadap kesedaran pelajar terhadap amalan penjagaan alam sekitar. Ini bermakna,

melalui tingkah laku pelajar sepanjang mengikuti aktiviti KAKAS telah memberi kesedaran kepada

pelajar tentang kepentingan amalan harian yang lestari dalam kehidupan mereka.

Menurut Tan Pei San & Norzaini Azman (2011) menyatakan bahawa pendedahan pelajar terhadap

kaedah konfrantasi secara langsung dengan menekankan pembelajaran yang menggunakan masalah

sebagai kes daripada situasi sebenar yang berkaitan alam sekitar boleh merangsang pemikiran dan

penyelesaian yang menjurus kepada penyelesaian. Penyataan ini di skong oleh Hanunah (2007) yang

menyatakan bahawa pengalaman langsung di luar bilik darjah merupakan salah satu kaedah yang

berkesan dalam penyampaian topic pendidikan alam sekitar kerana kaedah ini menguji pelajar dari segi

pengetahuan, kesedaran, sikap dan tingkah laku mereka terhadap alam sekitar.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kajian ini mendapati tahap tingkah laku dan kesedaran pelajar terhadap alam

sekitar adalah pada tahap yang tinggi. Berdasarkan jantina, hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat

perbezaan yang signifikan dari segi tingkah laku dan kesedaran pelajar terhadap alam sekitar melalui

aktiviti KAKAS. Bukan itu sahaja, untuk kekuatan hubungan pembolehubah, pengkaji telah mendapati

bahawa terdapat hubungan yang positif dan kuat antara tingkah laku dan kesedaran pelajar terhadap alam

sekitar melalui aktiviti KAKAS. Namun begitu, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada

populasi yang lain kerana jumlah sampel yang sedikit. Bagaimanapun, kajian ini boleh digunakan secara

meluas lagi dengan penglibatan responden yang mempunyai pelbagai latar belakang. Selain itu juga,

penambaikan KAKAS juga harus dilakukan dengan menambah pelbagai lagi aktiviti fleksible dan

menarik.

Page 10: TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR · PDF filepenjimatan air, penjimatan petrol, penjimatan elektrik, pengurangan sisa pepejal dan pemuliharaan alam ... berdasarkan aspek pemeliharaan

283

RUJUKAN

Andi. 2009. Teori Pembelajaran Konstruktivisma. http://www.indoskripsi.com [12 Julai 2009].

Atsuko Kuribayashi. 1999. Pro-environmental attitude and benaviour. A Comparison of Thailand and

Japan. Journal Sosio ekonomi. 2(7), 77-83.

Berenguer, J. 2007. The effect of empathy in proenvironment attitudes and behaviours. Journal of

environment and Behaviour 39(2): 269-283.

Collicott, J. B. 2000. Hormony between man and land: Aldo Leopold and the Foundation of ecosystem

management. Journal of Forestry 98(5): 4-13.

Gan Siowck Lee, (1987). Environmental education in Malaysia: Curriculum guidelines for pre-service

science teacher education programs. Disertasi Sarjana Muda Pendidikan Universiti Hawaii.

Gardner, G. T. dan Stern, P. C. 2002 Environment Problems and Human Behavior (2nd ed) Boston, MA:

Pearson Custom Publishing.

Haryati Shafii. 2009. Pendidikan alam sekitar menyumbang ke arah peningkatan kualiti hidup masyarakat

di malaysia. Journal for the Education, 1(30), 56–74.

Hanunah Ahmad Shah. 2007. Satu kajian tentang penyepaduan Pendidikan Alam Sekitar dalam

kokurikulum di kalangan guru pelatih maktab perguruan.http://Geografi.um.edu.my/

persidangan%202007/ kertaskerja/hanunah. doc

Jody L. davis, Jeffrey D. Green & Allison Reed. 2009. Interdependence with the environment:

Commitmen, interconnectednedd, and environment behavior. Journal of environment Psyhology. 29(2):

173-180.

Knapp, C. E. 1999. In accord with nature: Helping student from an environment ethic using outdoor

experience and reflection. West Virginia: ERIC Clearing house on Rural Education and Small Schools.

Mohamad Zohir Ahmad, 2009, “Pendidikan Alam Sekitar di Sekolah: Komitmen Guru”. Environment

issue.

Mohd. Faizal Aziz. 2008. Cuaca Dunia Tidak Menentu. Pemanasan Global. Estidotmy 76: 14-15.

Mok, S. S. (2008). Pengurusan kurikulum. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

NorFadillah Derahim, Halimaton Saadiah Hashim, Noraziah Ali. 2011. Tahap kesedaran pelajar UKM

kearah kampus Lestari. Jurnal Personalia Pelajar 14: 1- 10.

P. H. Poh, C. H. Kuan. 2012. Pengenalan pendidikan alam sekitar. http://

pasipgktb.blogspot.com/2012/09/sejarah.perkembangan-pendidikan- alam.html [10.27pm 4/4/2015].

Ridener, LR. 1997. University Student’s Attitude to the Environment: An Australian /USA Comparison

and the Effects of an Educational Program. Australia Journal of Environmental Education

Piaget, J. 1981. Psychology and Epstemology. New York: The Viking Press.

Shaharom Noordin & Yap, Kueh Chin (1991). “Ke Arah Mengindividukan Pengajaran Menerusi

Pengajaran Bermodul.” Jurnal Pendidikan Guru. 7. 89-107.

Schultz, P. W., & Tabanico, J. (2007). Self, identity, and the natural environment: exploring implicit

connections with nature. Journal of Applied Social Psychology, 37, 1219–1247

Page 11: TAHAP KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PELAJAR · PDF filepenjimatan air, penjimatan petrol, penjimatan elektrik, pengurangan sisa pepejal dan pemuliharaan alam ... berdasarkan aspek pemeliharaan

284

Tan Pei San & Norzaini Azman. 2011. Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar dengan

Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti. Jurnal Personalia Pelajar, 14, 11–

22.

Vaske, J. L., & Kobrin, K. C. (2001). Place attachment and environmentally respon- sible behavior. The

Journal of Environmental Education, 32(4), 16–21.

Yunos, N. B. M. 2014. Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian Pendidikan alam Sekitar

dalam Kalangan Pelajar sekolah Menengah rendah. Igrass 2014, (1), 1-5.

Yustina. 2010. Pembinaan dan Keberkesanan Modul Pembelajaran alam sekitar Melalui Pendekatan

Konstruktivisma. Tesis Dr. Fal. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zurina Mahadi dan Norjan Yusof. 2003. Kesedaran Alam Sekitar: Tinjauan Awal di Kalangan Pelajar

Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Persekitaran. Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia.