rancangan perniagaaan koperasi

22
ABU BAKAR BIN KRAM MOHD HANAFIAH BIN KASSIM MOHD RIZAL AIDEY BIN RAIMI MOHD FARIZ BIN ASBI ZAMRI BIN MOHD ALI RANCANGAN PERNIAGAAAN KOPERASI

Upload: abu-el-iqram

Post on 20-Jun-2015

2.216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: rancangan perniagaaan koperasi

ABU BAKAR BIN KRAM

MOHD HANAFIAH BIN KASSIM

MOHD RIZAL AIDEY BIN RAIMI

MOHD FARIZ BIN ASBI

ZAMRI BIN MOHD ALI

RANCANGAN PERNIAGAAAN

KOPERASI

Page 2: rancangan perniagaaan koperasi

Cabaran dan tekanan yang dihadapi oleh masyarakat di Malaysia, khususnya masyarakat Islam dalam menghadapi masalah sosioekonomi yang timbul daripada pergolakan politik perdagangan serantau menunjukkan pentingnya bidang perniagaan dalam melahirkan golongan usahawan Islam yang tulen dan mampu berdaya saing selaras dengan tuntuan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW yang merupakan seorang ahli perniagaan yang Berjaya dan disegani oleh sekalian kaum. Baginda menyeru umatnya mencari 9/10 daripada sumber rezeki di dunia ini yang datangnya daripada sumber perniagaan, maka marilah kita sama-sama mengambil inisiatif untuk menyahut seruan dan menceburkan diri di dalam dunia perniagaan bagi melaksanakan tuntutan agama, bangsa dan negara.

PENDAHULUAN

Page 3: rancangan perniagaaan koperasi

Berdasarkan minat serta penelitian yang tinggi maka, saya dan sahabat-sahabat kami dengan sebulat suara bercadang untuk menubuhkan Kedai Koperasi yang beroperasi sebagai pusat perniagaan peruncitan, pemborang, perkhidmatan dan barangan pengguna di sebuah tapak premis seluas 1848 kaki persegi (66’X28’) yang terletak di tepi Jalan Pengalat-Lok Kawi yang berhadapan dengan Deli Perabot.

Page 4: rancangan perniagaaan koperasi

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM489 000 bagi perancangan perniagaan Kedai Koperasi D’ Bayu. Di atas tapak premis seluas 1848 kaki persegi (66’X28’) di tepi Jalan Pengalat-Lok Kawi berhadapan dengan Deli Perabot. Projek dan lokasi ini dipilih kerana:

Faktor persaingan yang kecil dimana bilangan pekedai adalah kecil dan banyak tertumpu kepada Pekan Papar sahaja.

Lokasi prasarana yang strategik, unik dan berpotensi untuk pembangunan masyarakat setempat di masa akan datang.

Kehadiran penduduk yang tinggi dengan adanya sasaran penduduk Kampung Pengalat Besar, Penghuni Perumahan Summer Bay, dan Penghuni Perumahan Santing.

Tempat letak kereta yang luas dan memuatkan jumlah pelanggan yang ramai.

Terletak di jalan utama iaitu laluan Papar-Kota Kinabalu. Kepadatan penduduk yang tinggi dimana terdapat lebih daripada 800

keluarga yang menetap sekitar kawasan kedai.

PENGENALAN

Page 5: rancangan perniagaaan koperasi

Barangan yang akan dijual dalam perniagaan ini adalah terdiri daripada:

Barangan Makanan (Kering, Basah dan sejuk beku) -60% Barangan Keperluan Harian (Personal Hygiene & Household)

10% Makanan Ringan (Snack) -10% Minuman-10% Barangan Keperluan Am-10% Dengan adanya pasar mini sebaneka di lokasi tersebut,

penduduk setempat dapat menjimatkan kos pengangkutan, masa dan wang disamping beramal bagi membantu memajukan ekonomi masyarakat Islam amnya. Disebabkan kepelbagaian ini mampu berdaya saing dan berkembang maju dengan memonopoli kuasa pasaran pelanggan masyarakat setempat.

Page 6: rancangan perniagaaan koperasi

Nama Syarikat : Koperasi D’Bayu Bhd. Alamat : Jalan Pengalat-Lok Kawi,

89608 Papar, Sabah. Email : d’[email protected] No Pendaftaran Koperasi : P-3-0267 Jenis Perniagaan : KOPERASI Tarikh Daftar Koperasi : 23 Mac 2007

PROJEK CADANGAN Jenis : Kedai Koperasi (Pemborong dan

Peruncitan) Jumlah Kos : RM569 000 Modal Sendiri : RM80 000 Jumlah Modal Diperlukan : RM489 000

LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Page 7: rancangan perniagaaan koperasi

ASPEK PENGURUSAN

Page 8: rancangan perniagaaan koperasi

ASPEK PERKHIDMATAN PERNIAGAAN

Page 9: rancangan perniagaaan koperasi
Page 10: rancangan perniagaaan koperasi

KAWASAN/LOKASI PERNIAGAANKedai Koperasi D’ Bayu terletak 5KM dari Pekan Papar. D’ Bayu

terletak di Kampung Pengalat Besar, Sabah. Kedudukan kedai ini sangat strategik kerana ianya terletak di laluan utama antara Pekan Papar dan Kota Kinabalu. Kawasan di sekitarnya juga sedang pesat membangun. Dilengkapi dengna infrastruktur pembangunan yang terancang dengan kemudahan jalan raya yang lebar dan luas bagi kemudahan sistem pengangkutan. Terdapat masjid, klinik, sekolah, kedai makan/warung, kawasan perindustrian kecil gudang komersial dan stesen minyak. Kedai ini juga dengan penempatan penduduk iaitu Penduduk Kampung Pengalat Besar sendiri, penghuni Perumahan Summer Bay dan penghuni Perumahan santing.

Disebabkan lokasinya yang strategik dengan segala kemudahan infrastuktur yang pesat membangun, saya berkeyakinan penuh projek yang akan dimajukan di lokasi ini akan berjaya dan mampu bersaing dalam menempuhi segala rintangan dan cabaran di dalam dunia perniagaan.

ASPEK PEMASARAN PERNIAGAAN

Page 11: rancangan perniagaaan koperasi

PREMIS PERNIAGAANPremis perniagaan yang dicadangkan terletak di Jalan

Pengalat / Lokawi . Premis perniagaan setingkat seluas 1848 kaki persegi (66’ X 28’) telah siap pembinaannya dan akan dilengkapi kemudahan dan infrastruktur asas bagi menjalankan operasi. Lokasi ini dipilih kerana ianya pesat membangun dan bakal menjadi pusat tumpuan penduduk daripada kawasan sekitar seperti perumahan summerbay, perumahan santing, dan kampung pengalat besar. Lokasi ini menjadi kawasan tumpuan utama penduduk kawasan setempat untuk urusan harian kerana di sini terdapat beberapa kemudahan seperti masjid, sekolah, kedai kopi, kedai makanan, restoran, balai polis dan stesen minyak serta kediaman penduduk setempat dan laluan pengguna awam yang bertali arus disamping prasarana yang menarik dan strategik bagi pembangunan di masa depan.

Page 12: rancangan perniagaaan koperasi

Antara kelebihan lokasi ini ialah:Kurang Persaingan dimana bilangan pekedai adalah kecil

& banyak tertumpu kepada pecan dan pusat bandar sahaja.

Lokasi dan prasarana yang startegik, unik dan berpotensi untuk pembangunan masyarakat setempat di masa depan.

Kehadiran penduduk yang tinggi ketika kegiatan/program di masjid.

Tempat letak kereta yang luas & mencukupi dalam sesuatu masa.

Terletak di jalan alternatif utama daripada Kota Kinabalu ke Papar.

Kepadatan penduduk yang tinggi dimana terdapat lebih daripada 800 keluarga menetap di didalam kawasan Pekan Papar.

Page 13: rancangan perniagaaan koperasi
Page 14: rancangan perniagaaan koperasi

SASARAN PASARANSasaran pasaran kedai koperasi ini adalah bagi

penduduk setempat, individu, surirumah, pelanggan sampingan, peniaga kecil-kecilan, gerai makanan , kedai runcit dan masjid di kawasan sekitarnya. Ini adalah kerana keperluan barangan runcit adalah keperluan harian bagi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan pangkat .Jika dilihat dari segi komposisi penduduk yang terdiri daripada pelbagai peringkat samaada dari segi pekerjaan, pendidikan, pendapatan dan sebagainya. Ianya akan mendapat permintaan yang tinggi setiap hari dan akan berterusan dari masa ke semasa terutamanya di musim perayaan, majlis kenduri dan keramaian.

Page 15: rancangan perniagaaan koperasi

SAIZ PASARAN Saiz pasaran dianggarkan lebih kurang 20,000 orang termasuk

pelanggan sampingan dan bukan pemastautin (penuntut IPTA dan swasta) yang menggunakan jalan susur keluar daripada lebuhraya Kota Kinabalu ke Papar. Pelanggan di kawasan perniagaan ini adalah terdiri daripada pekerja awam , swasta, pekerja industri , peniaga dan penuntut. Kawasan perindustrian yang terletak di sepanjang jalan lebuhraya Kota Kinabalu ke Papar telah banyak memberi kesan yang besar kepada pertambahan bilangan penduduk kampung di sepanjang jalan pengalat kerana kos rumah sewa yang murah dan berdekatan dengan kawasan berkenaan. Tambahan pula terdapat lebuhraya yang menghubungkan Kota Kinabalu ke Papar yang memberi keselesaan dan kemudahan ke tempat kerja dengan cepat dan lancar tanpa sebarang kesesakan lalu lintas.Penghijrahan golongan muda daripada kawasan pendalaman Tambunan dan Keningau bagi mencari pengalaman dan pekerjaan akan memilih Papar dan kawasan sekitarnya bagi penempatan sementara

Page 16: rancangan perniagaaan koperasi

PROMOSI DAN IKLAN Promosi dan pengiklanan adalah merupakan aspek penting yang

akan diberikan penekanan utama dalam memajukan dan memperkembangkan perniagaan syarikat. Tumpuan promosi pada peringkat awal adalah untuk memberi ‘Market Alert’ kepada penduduk, peniaga dan pemborong barangan runcit dikawasan sekitar dengan kaedah :

Banner – Akan di tempatkan di sekitar jalan masuk ke Kg. Pengalat

Poster / Flyers – Akan diedarkan ke rumah-rumah, kedai-kedai , pasar dan masjid-masjid yang berdekatan sebagai pemberitahuan dan promosi pembukaan.

Iklan Elektronik – Akan ditayangkan di kedai-kedai terpilih yang berdekatan.

Pengumuman/ Hebahan – Akan di umumkan di masjid-masjid selepas majlis ibadah / ilmu.

Page 17: rancangan perniagaaan koperasi

9 STRATEGI PEMASARANBagi meningkatkan daya saing syarikat di

pasaran serantau, pihak kami telah merangka beberapa startegi pemasaran yang staretegik dan tersusan. Diatara perkara yang telah diambil kira di dalam merangka strategi pemasaran ini adalah :

1) Strategi Barangan 2)Strategi Harga

Page 18: rancangan perniagaaan koperasi

Strategi PromosiPihak syarikat telah merangka beberapa startegi promosi

yang strategik secara berkala. Jadual startegi promosi tersebut adalah :

a) Bulanan - Setiap hujung bulan, syarikat akan mengadakan jualan promosi penghabisan stok bagi barangan terpilih yang mempunyai kitaran jualan yang lemah dan barangan yang mempunyai tarikh luput yang pendek.

 b) Suku Tahunan – Setiap 3 bulan, syarikat akan

mengadakan promosi diskaun 20 – 50% bagi barangan terpilih.

 

Page 19: rancangan perniagaaan koperasi

Setengah Tahun – Setiap 6 bulan , syarikat akan mengadakan promosi jualan berganda. Sebagai contoh beli 3 dapat PERCUMA 1 bagi barangan terpilih.

d) Tahunan – Setiap akhir tahun, syarikat akan mengadakan Jualan Akhir Tahun diamana setiap pelanggan yang membeli barangan melebihi RM200 didalam satu resit layak untuk menyertai cabutan bertuah. Disamping itu, setiap tahun syarikat akan melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti penajaan program-program kemasyarakatan dan khidmat masyarakat.

Page 20: rancangan perniagaaan koperasi

Musim Perayaan / Majlis Kenduri Strategi Kemudahan / Khidmat PelangganSegala kemudahan yang akan disediakan ini

akan menjadi galakkan dan alternatif kepada pelanggan bumiputera dari segenap aspek dan kerjaya dalam memajukan diri dalam bidang perniagaan. Terutamanya bagi usahawan kecil-kecilan yang baru memulakan perniagaan.

Page 21: rancangan perniagaaan koperasi
Page 22: rancangan perniagaaan koperasi

SEKIAN TERIMA KASIH