copyright@ftsm · permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota...

11
PTA-FTSM-2018-080 PERMAINAN SERIUS SIMULASI BENCANA KEBAKARAN DALAM MELATIH MENYELAMATKAN DIRI Nurlaili Binti Mohd Azizi Encik Hafiz Bin Mohd Sarim Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Kesedaran terhadap keselamatan dalam bencana kebakaran dikalangan masyarakat pada masa kini sangat tipis. Pelbagai inisiatif telah dilakukan seperti mengunjungi sekolah-sekolah, taman perumahan dan pejabat awam di Malaysia dalam memberi ceramah tentang keselamatan diri semasa semasa bencana kebakaran berlaku di tempat mereka.Namun begitu, di zaman teknologi kini, lebih ramai masyarakat menumpukan perhatian tehadap peranti mudah alih mereka seperti bermain permainan mudah alih kerana ia lebih menyeronokan. Permainan Serius Simulasi Bencana Kebakaran Dalam Melatih Menyelamatkan Diri ini adalah permainan bagi memberi pengetahuan terhadap keselamatan diri semasa bencana kebakaran berlaku di rumah. Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam mempersiapkan diri sebelum menghadapi situasi kebakaran sebenar. Hasil daripada kajian ini, masyarakat marhaen juga dapat mengakses permainan ini di laman sesawang ALPHA bagi menyebarkan ilmu pengetahuan tentang keselamatan diri semasa bencana kebakaran. 1 PENGENALAN Kebakaran merupakan sesuatu bencana yang disebabkan olen api atau pembakaran secara tidak terkawal dan ia mampu meragut nyawa manusia, ekologi dan banggunan-banggunan awam. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu ditekankan iaitu punca kebakaran kecil mahupun besar adalah disebabkan kecuaian manusia dalam mengambil mudah tentang keselamatan dirumah dan tempat awam yang menjadi punca kebakaran. Justeru itu, sebagai penduduk marhaen kita perlu mempunyai pengetahuan asas dalam menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku dan apa yang perlu dilakukan sebagai responsdan pertama untuk menyelamatkan diri atau mangsa jika ada. Simulasi Permainan Serius Bencana Kebakaran Dalam Melatih Menyelamatkan Diri dibangunkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna awam dan pelatih Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam melatih menyelamatkan diri didalam situasi semasa kebakaran dan punca kebakaran berlaku dirumah Copyright@FTSM

Upload: ngonhi

Post on 12-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Copyright@FTSM · Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam ... komputer. Justeru, ALPHA

PTA-FTSM-2018-080

PERMAINAN SERIUS SIMULASI BENCANA KEBAKARAN DALAM MELATIH MENYELAMATKAN DIRI

Nurlaili Binti Mohd Azizi

Encik Hafiz Bin Mohd Sarim

Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kesedaran terhadap keselamatan dalam bencana kebakaran dikalangan masyarakat pada masa kini sangat tipis. Pelbagai inisiatif telah dilakukan seperti mengunjungi sekolah-sekolah, taman perumahan dan pejabat awam di Malaysia dalam memberi ceramah tentang keselamatan diri semasa semasa bencana kebakaran berlaku di tempat mereka.Namun begitu, di zaman teknologi kini, lebih ramai masyarakat menumpukan perhatian tehadap peranti mudah alih mereka seperti bermain permainan mudah alih kerana ia lebih menyeronokan. Permainan Serius Simulasi Bencana Kebakaran Dalam Melatih Menyelamatkan Diri ini adalah permainan bagi memberi pengetahuan terhadap keselamatan diri semasa bencana kebakaran berlaku di rumah. Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam mempersiapkan diri sebelum menghadapi situasi kebakaran sebenar. Hasil daripada kajian ini, masyarakat marhaen juga dapat mengakses permainan ini di laman sesawang ALPHA bagi menyebarkan ilmu pengetahuan tentang keselamatan diri semasa bencana kebakaran.

1 PENGENALAN

Kebakaran merupakan sesuatu bencana yang disebabkan olen api atau pembakaran secara

tidak terkawal dan ia mampu meragut nyawa manusia, ekologi dan banggunan-banggunan

awam. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang perlu ditekankan iaitu punca

kebakaran kecil mahupun besar adalah disebabkan kecuaian manusia dalam mengambil

mudah tentang keselamatan dirumah dan tempat awam yang menjadi punca kebakaran.

Justeru itu, sebagai penduduk marhaen kita perlu mempunyai pengetahuan asas dalam

menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku dan apa yang perlu dilakukan sebagai

responsdan pertama untuk menyelamatkan diri atau mangsa jika ada.

Simulasi Permainan Serius Bencana Kebakaran Dalam Melatih Menyelamatkan Diri

dibangunkan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna awam dan

pelatih Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam melatih

menyelamatkan diri didalam situasi semasa kebakaran dan punca kebakaran berlaku dirumah

Copyri

ght@

FTSM

Page 2: Copyright@FTSM · Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam ... komputer. Justeru, ALPHA

PTA-FTSM-2018-080

dan banggunan awam. Permainan ini berunsurkan simulasi 3 dimensi bagi menarik minat

pelatih Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA). Sehubungan itu, simulasi

kebakaran ini juga dapat membantu memudahkan proses pembelajaran secara interaktif dan

berkesan.

2 PENYATAAN MASALAH

Menurut Kapten Rageshwaran a/l Maniam, Ketua Unit Latihan dan Hubungan Antarabangsa

Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (Alpha), pelatih kurang memberi tumpuan

semasa ceramah menggunakan kaedah pembentangan dan lebih tertumpu kepada kaedah

yang lebih interaktif seperti video dan permainan multimedia.

Pada zaman teknologi masa kini, Anggota Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia

melihat peningkatan kesedaran terhadap bencana kebakaran diantara penduduk negara

Singapura dan dipupuk sejak dari sekolah tadika lagi melalui permaian video dan permainan

komputer. Justeru, ALPHA Malaysia menjadikan Angkatan Pertahanan Awam Singapura

sebagai penanda aras dalam menyebarkan mesej dan kesedaran dalam bahayanya situasi

kebakaran kepada kita.

3 OBJEKTIF KAJIAN

Permainan serius ini dibangunkan bagi memenuhi keperluan pemegang kepentingan iaitu

ALPHA dalam melatih anggota mereka dalam persediaan menghadapi situasi kebakaran

sebenar serta pengguna awam untuk memberi pendedhan terhadap keselamatan diri semasa

bencana kebakaran berlaku.

Objektif permainan ini adalah mengenal pasti unsur simulasi untuk permainan serius

dalam meningkatkan kesedaran pemain terhadap keselamatan diri semasa kebakaran dan

punca-punca kebakaran berlaku di sekitar rumah. Malah, objektif permainan ini juga untuk

Copyri

ght@

FTSM

Page 3: Copyright@FTSM · Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam ... komputer. Justeru, ALPHA

PTA-FTSM-2018-080

memberi pengetahuan tentang pemilihan alat pemadam api yang betul dalam memadam

pelbagai jenis kebakaran.

4 METOD KAJIAN

Asas metadologi yang digunakan dalam membangunkan system ini adalah Model ADDIE.

Model ADDIE merangkumi aspek Analisis, Rekabentuk, Pembanggunan, Peaksanaan, dan

Penilaian.

Rajah 1 Gambar rajah menunjukan metodologi projek ADDIE

4.1 Fasa Analisis

Di dalam fasa ini, permasalahan dan objektif permainan di terangkan, menubuhkan

persekitaran dan pembelajaran serta mengenal pasti kemahiran yang sedia ada. Didalam fasa

ini juga meliatkan proses mengenal pasti tafsiran maklumat dari objektif dan pernyataan

masalah semasa fasa perancangan. Malah, didalam fasa ini juga terdapat pengenal pastian

jenis perisian yang bakal digunakan untuk membangunkan permainan ini.

Copyri

ght@

FTSM

Page 4: Copyright@FTSM · Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam ... komputer. Justeru, ALPHA

PTA-FTSM-2018-080

4.2 Fasa Rekabentuk

Didalam fasa ini, rekabentuk amat berkait rapat dengan objektif pemberlajaran, instrument

penilainan, latihan, kandungan, analisis perkara, perancangan pelajaran dan pemilihan media.

Malah, fasa rekabentuk juga perlu sistematik dan spesifik. Sistematik bermaksud kaedah

yang logik dan teratur untuk mengenal pasti, membengn dan menilai saru set strategi yang

dirancang untuk mencapai matlamat projek. Setiap elemen rekabentuk pengajaran perlu

dijalankan dengan perhatian kepada butiran. Berikut adalah langkah-langkah dalam fasa reka

bentuk:

Mendokumentasikan strategi dan reka bentuk pengajaran , visual dan projek teknikal

Membuat papan cerita

Mereka bentuk antara muka pengguna dan pengalaman untuk pengguna

Merekabentuk grafik untuk kegunaan projek

4.3 Fasa Pembanggunan

Fasa pembanggunan adalah dimana pembangun mencipta dan menggunakan aset kandungan

yang direka ke dalam fasa reka bentuk. Pengaturcara membina dan mengintegrasi teknologi

manakala penguji projek perlu mengkaji semula dan menyemak maklum balas projek yang

diberikan. Selain itu, didalam fasa ini juga terhasilnya permodelan objek 3 Dimensi yang di

bangunkan menggunakan perisian 3ds Max Autodesk. Perkakasan yang baik dan perisian

yang sesuai amat membantu dalam pembanggunan permainan ini. Perkakasan dn perisian

adalah secara berikut:

Keperluan perkakasan

Sebuah Komputer peribadi dengan :

o Pemproses 64 bit (X64)

o Sekurang-kurangnya 4GB DDR3 L RAM dan keatas

o Kad Grafik yang menyokong perisian Unity dan 3DS Autodesk seperti contoh

NVIDIA GEFORCE GRAPHIC

Copyri

ght@

FTSM

Page 5: Copyright@FTSM · Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam ... komputer. Justeru, ALPHA

PTA-FTSM-2018-080

o 40GB Ruang cakera keras atau lebih

Keperluan perisian

Keperluan Perisian dalam membangunkan permainan ini :

o 3D Autodesk Max

o Blender

o Unity

o Microsoft Visual Studio 2015

Keperluan sistem operasi

Keperluan system operasi permainan

o Sekurang-kurangnya Microsoft Window 7 atau lebih baru

4.4 Fasa pelaksanaan

Fasa pelaksanaan adalah di mana reka bentuk dan antara muka dilaksanakan ke dalam projek

sebelum diuji oleh pengguna.

4.5 Fasa Penilaian

Fasa penilaian terdiri daripada dua bahagian iaitu formatif dan sumatif. Untuk penilaian

formatif hadir dalam setiap peringkat proses ADDIE. Penilaian sumatif terdiri daripada ujian

yang dirancang untuk item rujukan berkaitan kriteria spesifik domain dan menyediakan

peluang untuk maklum balas dari pengguna.

5 HASIL KAJIAN

Untuk membangun permainan serius ini, beberapa perisian telah digunakan seperti Unity,

Autodesk 3ds Max dan Adobe Photoshop. Kebanyakan 3d objek dibangunkan dengan

Copyri

ght@

FTSM

Page 6: Copyright@FTSM · Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam ... komputer. Justeru, ALPHA

PTA-FTSM-2018-080

menggunakan Autodesk 3ds dan pembangunan sistem permainan lebih kepada perisian

Unity. Pembangunan antara muka dibuat didalam 2 Dimensi untuk pengguna lebih

memahami dan ianya mesra pengguna. Suasana antara muka permainan ini lebih kepada

kawasan persekitaran dirumah seperti, halaman rumah, bilik, dan dapur. Hal ini kerana

objektif utama permainan ini adalah untuk pemain dapat merasai kesukaran dalam

menyelamatkan diri dan memadam api kebakaraan di persekitaran dan didalam rumah.

Seterusnya, skrip penghasilan kebakaran, pengendalian pemadam api dan masa yang

ditetapkan di setiap aras permainan ditulis dengan MonoDevelop dalam bahasa

pengaturcaraan C#. Semua skrip-skrip ini dimasukan didalam permainan supaya permainan

berfungsi dengan baik.

Antara muka menu utama adalah seperti didalam gambar rajah dibawah. Sangat mudah

difahami dan mesra pengguna. Tidak memerlukan kata laluan hanya memerlukan nama

pemgguna untuk memulakan permainan.

Rajah 5.1 menunjukan antara muka hadapan permainan

Copyri

ght@

FTSM

Page 7: Copyright@FTSM · Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam ... komputer. Justeru, ALPHA

PTA-FTSM-2018-080

Rajah 5.2 skrip kepada menu utama

Rajah 5.3 menunjukan antara muka unity untuk skrip pengubahan ke antara muka yang seterusnya.

Pengujian permainan ini dijalankan di kalangan pelajar universiti, pelatih ALPHA dan pelajar

falsafah kedoktoran. Maklum balas dari mereka membantu dalam proses penambahbaikan

permainan agar ianya lebih menarik dan mesra pengguna bila di muat naik untuk dimainkan oleh

pengguna awam.

Copyri

ght@

FTSM

Page 8: Copyright@FTSM · Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam ... komputer. Justeru, ALPHA

PTA-FTSM-2018-080

5.1 REKABENTUK PAPAN CERITA

Copyri

ght@

FTSM

Page 9: Copyright@FTSM · Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam ... komputer. Justeru, ALPHA

PTA-FTSM-2018-080

Copyri

ght@

FTSM

Page 10: Copyright@FTSM · Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam ... komputer. Justeru, ALPHA

PTA-FTSM-2018-080

Jadual 1 Menunjukan hasil kajian rekabentuk permainan serius simulasi bencana kebakaran dalam melatih menyelamatkan diri.

6 KESIMPULAN

Pada masa kini, teknologi mudah alih dan permainan teknologi semakin berkembang pesat

dan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Tetapi, masyarakat masih lagi di parasa yang

sama dalam membincangkan hal tentang keselamatan diri ketika bencana seperti contoh

kebakaran yang akan membawa maut. Seperti kata pepatah malang tidak berbau. Justeru,

pendekatan seperti permainan teknologi zaman kini sedikit sebanyak dapat membantu dalam

penyebaran ilmu keselamatan diri dalam bencana kebakaran. Pembanggunan permainan ini

sedang di pertingkatkan agar mencapai piawaian kehendak anggota alpha.

Dalam kekangan projek, sumber yang terhad dalam membangunkan permainan ini adalah

melalui laman sesawang alpha dan hasil temuramah bersama Kapten Rageshwaran.

Perjumpaan bersama pihak alpha akan dijadualkan lagi dan kali ini akan mempunyai sesi

demonstrasi kebakaran seperti yang dikehendaki oleh pihak alpha untuk dimasukkan

Copyri

ght@

FTSM

Page 11: Copyright@FTSM · Permainan ini mensimulasikan dunia sebenar dan digunakan oleh melatih anggota Akademi Latihan Perkhidmatan Awam Malaysia (ALPHA) dalam ... komputer. Justeru, ALPHA

PTA-FTSM-2018-080

kedalam permainan ini. Walaubagaimanapun permainan ini akan diberikan kepada pihak

ALPHA untuk di uji dan dimuatkan kedalam modul pembelajaran mereka malah pengguna

awam juga boleh mencapai permainan ini menerusi laman sesawang ALPHA.

Permainan ini dibangunkan menggunakan perisian 3ds Studio Max. Perisian ini

memudahkan permodelan dan membangunkan permainan

7 RUJUKAN

Kapten Rageshwaran a/l Maniam, Ketua Unit Pengurusan Latihan Dan Hubungan Antarabangsa

SingaporeCivil Defence Force. https://www.scdf.gov.sg/content/scdf_internet/en.html [20

Oktober 2017]

Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia http://www.civildefence.gov.my/alpha/ [20

Oktober 2017]

Hardware Zone Singapore http://www.hardwarezone.com.sg/feature-pictures-harvey-norman-

games-hub-premium-game-store-pc-and-console-gamers/games-hub-vr [September

2017]

Defence Careers https://www.defencecareers.mil.nz/home/how-to-join/get-force-fit/ [September

2017]

Commlab India https://blog.commlabindia.com/elearning-design/addie-elearning-model

[September 2016]

Copyri

ght@

FTSM