t3 ert _23_ - elektronik

Upload: razeliza-raji

Post on 06-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 T3 ERT _23_ - ELEKTRONIK

    1/3

    3.1 Komponen Elektronik

    3.1.1 Litar Bersepadu

    Litar bersepadu ialah sejenis komponen elektrik yang palingpopular digunakan pada peralatan elektronik.

    Binaan

    * I.C mengandungi gabungan komponen elektronik sepertitransistor,perintang,diod,dan pemuat yang diperbuat daripada

    bahan separa pengalir.

    * Gabungan ini dapat menghasilkan satu pakej yang sangat kecilyang dinamakan serpihan. Serpihan mempunyai satu litar

    lengkap atau separa lengkap.

    * Wayar emas biasanya digunakan untuk menyambung serpihan

    pada pin-pin I.C.* Serpihan I.C ditutup dengan perumah plastik atau logam bagi

    melindunginya daripada rosak.

    * Pin-pin atau kaki I.C akan bertambah sekiranya litarnya

    mempunyai fungsi yang kompleks.Fungsi

    * I.C berfungsi sebagai satu litar yang kompleks dan kecil saiznyabagi menjimatkan ruang.

    * Setiap pin I.C mempunyai fungsi yang tertentu. Nombor-nombor

    yang terdapat pada pin I.C dapat menyatakan fungsi-fungsi I.C

    dengan merujuk kepada lembaran data.* Lembar data boleh diperoleh daripada pengilang atau pembekal

    yang membekalkan I.C tersebut.

    I.C Muzik

    1) I.C muzik merupakan komponen elektronik yang menyerupaisebuah transistor.2) I.C muzik mempunyai 3 kaki.

    3) Perbezaan IC muzik dengan transistor biasa, komponen ini dilihat

    pada nombor yang tercetak pada badan IC muzik berkenaan. ICmuzik yang biasa digunakan ialah BT 66T-19L atau FT 66T-68L.

    4) Irama yang dihasilkan oleh IC muzik yang digunakan dalam projek

    akan berbeza mengikut nombor atau jenis IC muzik yang digunakan.

    Kaedah Pengguna IC dan Cara Penyimpanan

    1) IC adalah sangat kompleks dan sensitif, maka ia harus digunakan

    secara berhati-hati supaya dapat mengelakkan kerosakan terutamapada bahagian kakinya.

    2) Kerosakan IC boleh berlaku apabila suhu terlalu tinggi atau voltan

    arus yang berlebihan melaluinya.3) Bagi mengelakkan kerosakan, soket IC harus digunakan untuk

    pematerian pada litar. Jangan pateri terus kepada IC.

    3.1.2 Suis Mikro

  • 8/3/2019 T3 ERT _23_ - ELEKTRONIK

    2/3

    Suis mikro adalah suis yang sangat kecil.Binaan

    1) Suis mikro mempunyai tiga pin di bahagian bawahnya, iaitu pinCOM (Common), pin NO (Normally open), dan pin NC (Normally

    Closed).

    2) Pin COM bertindak sebagai punca neutral dalam litar. Manakalapin NO dan pin NC bertindak sebagai punca hidup.

    3) Dalam keadaan biasa suis mikro, satu litar lengkap akan berlaku

    daripada pin COM ke pin NC kerana spring menyentuh sesentuh A.4) Manakala apabila tuil penolak ditekan, penolak akan menolak

    spring dan menyentuh sesentuh B. Maka satu litar lengkap akan

    berlaku daripada pin COM ke pin NO.Fungsi

    1) Suis mikro merupakan suis yang mempunyai dua fungsi dalam

    satu suis, suis mikro boleh bertindak sebagai suis tekan tutup dan

    suis tekan buka.

    2) Suis mikro biasa digunakan dalam sistem penggera dan bertindaksebagai suis pemutus keselamatan.

    3.1.3 Mikrofon

    1) Mikrofon ialah komponen elektronik yang berfungsi untuk menerima

    gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektrik.

    2) Jenis mikrofon yang biasa digunakan ialah jenis:\a) mikrofon gegelung bergerak (dinamik)

    b) mikrofon jenis pemuat

    c) mikrofon jenis karbonBinaan

    1) Mikrofon mempunyai sejenis komponen yang dinamakan transduser

    yang berfungsi untuk mengesan gelombang bunyi.2) Gelombang bunyi yang terkena kepada transduser akan ditukarkan

    kepada gelombang elektrik.

    3) Transduser yang biasa digunakan dalam mikrofon ialah transduserjenis gegelung bergerak, jenis pemuat, dan jenis karbon.

    3.1.4 Pembesar Suara

    1) Pembesar suara merupakan komponen elektronik yang digunakanpada alatan dan perkakas yang mengeluarkan bunyi.

    2) Ia berfungsi untuk menukarkan gelombang elektrik kepada

    gelombang bunyi.Binaan

    1) Pembesar suara terdiri daripada magnet kekal, diafragma, gegelung

    dawai, kerangka, dan tamatan.2) Gegelung dililit pada kertas keras yang berbentuk silinder dan

    dilekatkan di hujung diafragma.

    3) Gegelung ini ditempatkan dalam sela udara pada magnet kekal.

    4) Kerangka digunakan untuk memegang diafragma supaya tidak tertanggal.

  • 8/3/2019 T3 ERT _23_ - ELEKTRONIK

    3/3

    Fungsi

    1) Gegelung elektrik yang masuk pada tamatan akan mengalir

    melalui gegelung.2) Hal ini akan menyebabkan medan magnet dihasilkan pada

    gegelung.

    3) Medan magnet ini akan bertindak balas dengan medan magnetyang dihasilkan oleh magnet kekal.

    4) Tindak balas akan menyebabkan gegelung menolak diafragma.

    5) Tolakan ini berlaku berulang kali dan menyebabkan diafragmabergetar.

    6) Getaran ini akan menghasilkan gelombang bunyi.

    3.2 Membaca dan Menterjemah Lukisan Skematik

    Lukisan skematik merupakan lukisan yang menggambarkan susunan dan

    kedudukan komponen bagi sesuatu projek melalui simbol. Butiran yang

    diperoleh dalam lukisan skematik ialah:

    a) Komponenb) Cara penyambungan\

    c) Punca bekaland) Punca tamatan

    3.3 Penghasilan Projek

    Langkah-langkah menghasilkan projek:1) Membentuk Kaki Komponen

    2) Memasang Komponen

    3) Menyemak Pemasangan4) Mematerikan Kaki Komponen

    5) Memotong Kaki Komponen yang Berlebihan

    6) Menguji Projek7) Membersih dan Menyimpan Alatan Tangan dan Bahan

    8) Aplikasi Projek