t2a1 new

9
Rumusan Ceramah Tajuk 1 : Pembangunan Profesionalisme Berterusan : Kebertanggungjawaban Inisiatif kendiri. Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai langkah dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai visi dan misi negara. Antaranya ialah usaha kearah pembangunan pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila kerajaan memperkenalkan program-program yang dapat memartabatkan profesion keguruanseperti program pensiswazahan guru. Kehadiran guru-guru di dalam program Pensiswazahan Guru yang bermula pada tahun 2002 ini telah memberi impak yang cukup besar kepada diri sendiri, pelajar, guru besar dan negara. Ini kerana ilmu yang diperoleh di dalam program ini dapat

Upload: daniel-nur-haqeem

Post on 09-Apr-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

T2A1

TRANSCRIPT

Page 1: T2A1 new

Rumusan Ceramah Tajuk 1 :

Pembangunan Profesionalisme Berterusan : Kebertanggungjawaban Inisiatif kendiri.

Malaysia merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai langkah

dan tindakan yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai visi dan misi negara.

Antaranya ialah usaha kearah pembangunan pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila kerajaan

memperkenalkan program-program yang dapat memartabatkan profesion keguruanseperti

program pensiswazahan guru.

Kehadiran guru-guru di dalam program Pensiswazahan Guru yang bermula pada tahun

2002 ini telah memberi impak yang cukup besar kepada diri sendiri, pelajar, guru besar dan

negara. Ini kerana ilmu yang diperoleh di dalam program ini dapat diaplikasikan dan dikongsi

dengan guru-guru di sekolah. Menurut kajian yang telah dilakukan membuktikan bahawa

program ini membawa kesan yang hebat dan mendalam khasnya kepada dunia pendidikan.

Berdasarkan kepada kebertanggungjawaban inisiatif kendiri ternyata guru-guru yang

mengikuti program PPG ini adalah inisiatif sendiri dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.

Berpandukan daripada kesedaran ini diharapkan agar guru menggunakan peluang yang diberi

ini untuk mempertingkatkan profesionalisme keguruan dan dapat mengubah sistem

pendidikan negara kearah melahirkan modal insan yang gemilang di masa akan datang.

Sebagai pendidik seharusnya menggunakan peluang yang diberikan untuk meningkatkan

kualiti diri dan melahirkan pelajar yang mampu berdaya saing di masa akan datang. Pelajar-

pelajar perlu dibantu dan dididik bukan sahaja untuk lulus peperiksaan semata-mata. Malah

golongan ini perlu disediakan dengan ilmu yang cukup untuk menghadapi era pendidikan

abad ke 21 kelak. Transformasi keguruan ialah sebagai profesion pilihan yang merupakan

salah satu daripada 11 anjakan dalam laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025 yang menekankan kepada peningkatan pembelajaran dan pembangunan guru. Bagi

melaksanakannya, guru perlu meningkatkan kualiti profesion keguruan supaya dapat

melahirkan golongan pendidik yang cemerlang dan berkualiti. Selain itu diharapkan agar

profesion perguruan menjadi profesion yang diminati dan menarik perhatian ramai pelajar.

Guru yang berkualiti akan menghasilkan murid yang berkualiti. Guru sebagai pemangkin

Page 2: T2A1 new

utama kecemerlangan murid perlu diberikan pendedahan dan program penambahbaikan

secara langsung melalui program pembangunan. Dengan cara ini, profesionalisme golongan

pendidik dapat ditingkatkan bermula daripada peringkat awal ketika guru tersebut

ditempatkan di sekolah buat kali pertama. Kajian-kajian lepas menunjukkan peningkatan

dalam profesionalisme guru berjaya memberi kesan yang positif dari segi peningkatan ilmu

dan amalan guru di sekolah seterusnya meningkatkan kualiti pembelajaran murid di sekolah. (

David et al. , 2003)

Selain daripada itu, guru juga harus meningkatkan akauntabiliti diri sendiri. Ini

merupakan nilai yang terpenting yang membezakan guru yang komited dengan guru yang

bermasalah. Kerja mendidik membawa konotasi moral kepada orang yang menjalankan tugas

ini perlu bertanggungjawab kepada diri sendiri kerana mereka akan dipersoalkan sekiranya

sesuatu tanggungjawab itu diabaikan.Jika seseorang guru mempunyai akauntabiliti yang

tinggi maka ia juga akan mempengaruhi profesionalisme guru dan secara tidak langsung

dapat meningkatkan lagi profesionalisme keguruan.

Di samping itu juga, guru seharusnya sentiasa meningkatkan kualiti diri. Kemenjadian

pelajar amat penting pada masa sekarang kerana mereka yang akan menjadi tunggak untuk

memimpin negara pada masa hadapan. Guru yang berada di tahap cemerlang akan dapat

membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut telah dilengkapi

dan disediakan dengan ciri-ciri profesional seorang guru. Guru yang profesional mempunyai

integriti dan akauntabiliti diri serta etika kerja yang tinggi. Menurut Syed Ismail dan Ahmad

(2012) guru berakauntabiliti mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa

depan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keikhlasan dan sifat

penyayang akan memberi impak yang baik.

Faktor penting yang perlu dilihat adalah komunikasi yang berkesan sama ada dengan

murid dan persekitaran. Seorang pendidik seharusnya bijak berkolaborasi dengan semua

pihak dan mahir dalam bidang yang diceburi. Ini adalah ciri-ciri yang dikehendaki oleh

sesebuah institusi atau seorang majikan. Guru sentiasa proaktif ke hadapan dan perlu peka

kepada tugas-tugas yang diamanahkan. Sikap sentiasa menunggu kerja dan arahan haruslah

dikikis dalam diri seorang pendidik. Sebaiknya guru sentiasa membuat kajian tindakan bagi

Page 3: T2A1 new

mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada pada pelajar.

Untuk pembangunan profesionalisme berterusan, perlu kepada pendidikan perkembangan

inisiatif kendiri. Semua guru yang terdiri daripada guru berprestasi tinggi, biasa dan rendah

perlu ada kompeten, profisien, memiliki aspirasi dan wawasan untuk memajukan anak

bangsa. Guru sebagai pemangkin perlu memberikan sumbangan profesional dan pendedahan

serta berkongsi maklumat dengan murid supaya mereka dapat membina daya pemikiran yang

analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa khasnya

penggunaan media sosial yang begitu luas pengaruhnya pada masa kini.

Dalam usaha untuk memartabatkan profesion keguruan dan meningkatkan sistem

pendidikan negara, Kementerian Pelajaran menyediakan banyak peluang peningkatan kerjaya

termasuklah peluang kenaikan pangkat kepada guru dan pengetua cemerlang sebagai insentif

untuk terus meningkatkan pencapaian sekaligus membolehkan pengajaran dan pembelajaran

lebih baik dan cemerlang. Semua ini sepatutnya boleh dilihat sebagai isyarat jelas betapa

kerajaan amat serius dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Selain itu juga, ia

seharusnya dilihat sebagai usaha dan perkembangan positif kerana program pembangunan

profesional yang berterusan mensasarkan kepada matlamat mempertingkatkan

kompetensi,ilmu pengetahuan serta kebolehan guru.

Kesimpulannya guru perlu seiring dengan kehendak negara hari ini. Golongan pendidik

tidak perlu gusar dan takut dengan kemungkinan generasi akan datang akan hilang tradisi

sebaliknya perlu yakin dengan pengetahuan baharu dan keupayaan berfikir secara kritis,

generasi dan golongan pendidik akan datang tetap relevan dalam pasaran pekerjaan. Guru

yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan dapat merealisasikan aspirasi

negara. Golongan ini akan memainkan peranan dalam melahirkan modal insan yang

cemerlang. Modal insan yang cemerlang ini adalah harapan negara yang akan memacu

kemajuan dan memelihara keharmonian dan keamanan negara.Modal insan ini juga adalah

generasi penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.

Page 4: T2A1 new