syor wajibkan lepasan spm sertai plkn wajar ditelitipsasir.upm.edu.my/20618/1/scan0015.pdf · semua...
TRANSCRIPT
NoorShakii
Hameed
BARD-BARD ini Majlis LatihanKhidmat Negara (MLKN) mencadangkan kepada kerajaan supayamewajibkan semua pelajar lepasanSijil Pelajaran Malaysia (SPM) yangdianggarkan 500,000 orang sertaremaja berusia 18 tahun menyertaiProgram Latihan Khidmat Negara(PLKN).
Pengerusinya, Datuk Dr Tiki Lafe,berkata syor itu dibuat kerana pihaknya, mendapati PLKN adalahprogram berkesan dalam mendisiplinkan golongan remaja yang menyertainya. Tanibah beliau, PLKNadalah program lengkap yang mengajar mengenai disiplin, sejarah,sistem pentadb'iran kerajaan.
Sehingga kini, maklum balas yangditerima menunjukkan sambutandaripada ibu bapa serta individuuntuk menyertai program ini cukupmemberangsangkan.
Menteri pertahanan, Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi, pula berkata,kerajaan sedia menimbang cadanganuntuk mewajibkan semua pelajarlepasan tingkatan lima mengikutiPLKN, tetapi ia perlu diteliti secaramendalam kerana membabitkankos tinggi.
Tambah Zahid, buat masa sekarang dengan 120,000peserta PLKNsetiap tahun di 80kern seluruh negara, belanjanya lebih kurang RM260juta dan kalau kerajaan bersetujudengan cadangan MKLN ini, ertinyakita akan belanja empat kali gandaiaitu hampir RMI bilion untuk melatih lebih 500,000 pelajar lepasantingkatan lima ke kern PLKN.
Sememangnya kita perlu akuiisu pertambahan kos membabitkanpenyediaan infrastruktur, pertambahan kakitangan dan pembinaankern baru adal<ihaspek penting yangwajar diberi perhatian, namun satu
perkara lagi yang sepatutnya menjadi lebih penting ialah sejauh manaPLKN yang dilaksanakan sejak 2004berjaya mencapai objektifnya iaitumenyuburkan perpaduan dan memupuk semangat patriotisme dalamkalangan generasi muda negara ini.
Walaupun kajian dengan kerjasama sekumpulan penyelidik UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) sebelum ini yang membabitkan 61,950responden, menunjukkan maklumbalas positif, namun keberkesananhakiki program ini masih menjaditanda tanya apabila kita meneliti duakeadaan yang cukup mencemaskankhalayak iaitu, gelagat pelatih ketikamenjalani latihan itu serta masalahsosial yang sedang melanda remajakita mutakhir ini.
120,000peserta
Kem PLKNseluruh negara setiap tahun
Pelbagai isu sering kedengaranmembabitkan gelagat pelatih PLKN,dari masalah kesihatan dan kematianyang mengejutkan sehingga masalahpergaduhan antara kaum, gengsterisme dan vandalisme di beberapa kernlatihan di seluruh negara.
Mungkin bilangannya kecil mahupun dikategorikan sebagai kes terpencil, namun hakikatnya ia tetapberlaku dan masih gagal untukdikawal sepenuhnya. Maka dalamkes seperti ini kita tertanya-tanyaapa impak PLKN kepada kelompokberkenaan dan bagaiman PLKN me,mainkan peranan dalam mengubahtingkah laku anilk muda ini.
Kita percaya masalah disiplin danjati diri seperti ini bukanlah satuisu baru dan sudah berlaku di kernlatihan sejak 2004 lagi dan didapatimasih berterusan sehingga ke hariini.
Masalah kedua pula lebih merisaukan khalayak iaitu membabitkanmasalah sosial dalam kalangan generasi muda kita. Hampir setiap harimedia massa melaporkan pelbagaimasalah sosial membabitkan remajakita terutama kesalahan jenayahdan pembabitan dalam najis dadah.Malah statistik pembabitan remajadalam pelbagai kesalahan jenayahdan sosial juga semakin meningkat.Kita percaya majoriti daripada kelompok ini pernah mengikuti PLKNsebelum ini kerana bilangan remajayang mengikuti PLKN sejak 2004mencecah hampir 600,000orang.
Maka sekali lagi kita tertanyatanya apa kesan PLKN yang merekajalani selama ini kepada diri masingmasing? Kalau benar PLKN berkesan kenapa masalah seperti ini terusberlaku?
Jelas ada yang tidak kena dalamhal ini. Memang tidak wajar kitamembuat rumusan bahawa PLKN .gagal mahupun menyalahkan PLKNsepenuhnya kerana kejayaannyatetap ada dalam membina dan mem,bentuk jati diri remaja kita, namunpersoalan yang perlu diteliti dandikupas ialah ia masih belum mencapai objektif asal secara sepenuhnya walaupun sudah berusia Iapantahun.
Hal ini perlu diberi perhatian khusus secara serius kerana sejak 2004,masyarakat menganggap PLKN sebagai alat penting untuk mendisiplinkan dan membentuk belia kita menjadi aset masa depan negara. Namunsehingga sekarang harapan itu belumdapat ditunaikan sepenuhnya.
Justeru sebelum kita mewajibkansemua pelajar lepasan SPM nienjalani latihan ini seperti yang dicadangkan, adalah lebih wajar kandungan modul dan kaedah pelaksanaannya serta kesesuaian tempohmasa PLKN ini dinilai dan dikaji.lagi terlebih dulu secara lebih mendalam dan terperinci.
Penulis ialah Ketua Bahagian
Perancangan Korporat,
Universiti Putra Malaysia
PLKN dianggap program berkesan mendisiplinkan golongan remaja.