syarifah md yusof

11
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 131 PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PRODUK PERBANKAN ISLAM Syarifah Md Yusof Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) UUM College of Business Universiti Utara Malaysia [email protected] Abstrak Persepsi masyarakat terhadap produk perbankan Islam khususnya berkaitan riba, kos yang mahal dan kemiripan produk perbankan Islam dengan produk perbankan konvensional masih lagi berbangkit sehingga kini. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji persepsi terhadap beberapa isu terpilih berkaitan produk perbankan Islam. Data utama dikutip secara rawak mudah daripada staf akademik di lima buah IPTA di utara Semenanjung Malaysia. Sebanyak 257 borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden telah dianalisa. Dapatan kajian menunjukkan golongan staf akademik mempunyai persepsi yang positif terhadap produk perbankan Islam. Namun masih terdapat di antara mereka yang masih kurang jelas dengan produk perbankan Islam. Mereka tidak dapat membezakan antara produk perbankan Islam berbanding produk perbankan konvensional walaupun hampir kesemua responden mengetahui tentang larangan riba dalam Islam. Oleh itu, pihak institusi perbankan Islam seharusnya meningkatkan penyebaran maklumat yang tepat bagi mengurangkan persepsi kurang baik dalam kalangan pengguna. Persepsi yang negatif terhadap perbankan Islam boleh menyebabkan pengguna menjauhkan diri daripada produk perbankan Islam. Kata kunci: produk perbankan Islam, persepsi pengguna

Upload: idmac2015

Post on 13-Jan-2017

269 views

Category:

Presentations & Public Speaking


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Syarifah Md Yusof

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 131

PERSEPSI PENGGUNA TERHADAP PRODUK PERBANKAN ISLAM

Syarifah Md Yusof

Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS)

UUM College of Business

Universiti Utara Malaysia

[email protected]

Abstrak

Persepsi masyarakat terhadap produk perbankan Islam khususnya berkaitan riba, kos

yang mahal dan kemiripan produk perbankan Islam dengan produk perbankan

konvensional masih lagi berbangkit sehingga kini. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji

persepsi terhadap beberapa isu terpilih berkaitan produk perbankan Islam. Data utama

dikutip secara rawak mudah daripada staf akademik di lima buah IPTA di utara

Semenanjung Malaysia. Sebanyak 257 borang soal selidik yang diisi sendiri oleh

responden telah dianalisa. Dapatan kajian menunjukkan golongan staf akademik

mempunyai persepsi yang positif terhadap produk perbankan Islam. Namun masih

terdapat di antara mereka yang masih kurang jelas dengan produk perbankan Islam.

Mereka tidak dapat membezakan antara produk perbankan Islam berbanding produk

perbankan konvensional walaupun hampir kesemua responden mengetahui tentang

larangan riba dalam Islam. Oleh itu, pihak institusi perbankan Islam seharusnya

meningkatkan penyebaran maklumat yang tepat bagi mengurangkan persepsi kurang

baik dalam kalangan pengguna. Persepsi yang negatif terhadap perbankan Islam boleh

menyebabkan pengguna menjauhkan diri daripada produk perbankan Islam.

Kata kunci: produk perbankan Islam, persepsi pengguna

Page 2: Syarifah Md Yusof

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 132

PENGENALAN

Sistem perbankan Islam di Malaysia dilihat berkembang dengan begitu pesat sejak

pengenalannya lebih tiga dekad yang lalu. Menurut Zukri Samat (2013), purata

pertumbuhan aset perbankan Islam adalah pada kadar 19.5% setahun. Bank Negara

Malaysia (2013) melaporkan bahawa jumlah pembiayaan sistem perbankan Islam pada

Ogos 2013 meningkat kepada RM348.4 bilion daripada RM186.8 bilion pada akhir

tahun 2009. Jumlah ini mewakili 26.9% daripada keseluruhan pembiayaan sistem

perbankan. Walaupun begitu, masih terdapat pengguna yang meragui kepatuhan

syariahnya. Menurut Mohd Suhaimi Yusoff (2010), sebilangan pengguna menganggap

produk perbankan Islam hanya melakukan perubahan kosmetik atau penjenamaan

semula terhadap produk perbankan konvensional sedia ada. Penggunaan akad jual beli

dalam produk perbankan Islam turut dikritik sebagai tidak menepati ruh Islam kerana ia

membolehkan bank mengambil untung menerusi harga tertangguh yang mirip kepada

riba. Terdapat juga laporan akhbar yang mengkritik produk perbankan Islam sebagai

membebankan pengguna dengan mengenakan pembayaran balik yang tinggi kepada

pengguna (Petah Wazzan, 2009, 14 Oktober). Berdasarkan isu tersebut kertas kerja ini

cuba mengkaji persepsi pengguna terhadap beberapa isu yang timbul.

KAJIAN LEPAS

Mohd Kamal Omar (2001) mendapati pengguna di Pulau Pinang mempunyai persepsi

yang positif terhadap perkembangan perbankan Islam di Malaysia. Namun, responden

melahirkan pandangan negatif terhadap daya saing produk perbankan Islam. Pengguna

juga melaporkan bahawa produk perbankan Islam berbentuk pinjaman dan kontrak

adalah membebankan dan menyusahkan mereka.

Kajian Norafifah dan Sudin (2002) juga menunjukkan terdapat salah faham dalam

kalangan pengguna terhadap operasi perbankan Islam, seperti yang didedahkan oleh

Mohd Kamal Omar (2001). Hal ini terbukti apabila sebanyak 65% responden

berpendapat perbankan Islam beroperasi atas dasar untuk memaksimakan keuntungan.

Objektif ini bertentangan dengan objektif sebenar perbankan Islam yang

menggabungkan moral dan keuntungan sebagai objektif operasi perbankan Islam.

Bunchuan (2006) yang mengkaji persepsi pengguna di Brunei mendapati majoriti

pengguna menganggap perbankan Islam sebagai sama seperti perbankan konvensional

yang menawarkan pinjaman dengan faedah. Majoriti (81.6%) responden mendakwa

produk perbankan Islam lebih mahal berbanding produk perbankan konvensional.

Kajian Marimuthu et al. (2010) di Lembah Klang pula mendapati majoriti (57.6%)

responden di kawasan berkenaan kurang pengetahuan tentang perbankan Islam. Secara

khusus, apabila ditanya berkaitan konsep perbankan Islam, majoriti (57.6%) tidak tahu

langsung tentang konsep perbankan Islam. Sementara 40.4% responden tidak tahu apa-

apa tentang produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam. Dapatan ini menunjukkan

tahap pengetahuan responden amat rendah meskipun telah hampir tiga dekad operasi

Page 3: Syarifah Md Yusof

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 133

perbankan Islam di Malaysia. Pengetahuan yang rendah ini boleh menimbulkan salah

faham terhadap perbankan Islam.

Namun demikian, Abdul Aziz et al. (2012) mendedahkan bahawa golongan

berpendidikan tinggi yang bukan beragama Islam mempunyai kefahaman yang baik

terhadap produk perbankan Islam. Oleh itu timbul persoalan tentang persepsi staf

akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang merupakan golongan

berpendidikan tinggi. Justeru kajian ini difokuskan kepada staf akademik di IPTA bagi

mengenal pasti persepsi mereka terhadap produk perbankan Islam.

METODOLOGI

Kajian ini melibatkan staf akademik di lima buah IPTA di utara Semenanjung Malaysia.

Populasi kajian ialah seramai 3022 orang staf akademik tempatan sedang berkhidmat di

kelima-lima buah IPTA berkenaan. Maklumat staf diambil daripada direktori staf di

laman web IPTA yang berkenaan. Pemilihan sampel di setiap IPTA adalah

menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Sebanyak 1023 sampel dipilih untuk

diedarkan borang soal selidik secara pos dalaman universiti. Jumlah ini adalah tiga kali

ganda daripada jumlah yang diperlukan berdasarkan panduan jumlah sampel yang

digariskan oleh Sekaran (2003). Sebanyak 257 borang soal selidik yang diterima telah

dianalisa.

Data kajian dikutip menerusi satu set borang soal selidik yang terdiri daripada dua

bahagian. Bahagian A mengandungi soalan berkaitan persepsi terhadap produk

kewangan dan perbankan Islam. Sementara Bahagian B mengandungi soalan berkaitan

demografi responden. Terdapat enam pernyataan dikemukakan kepada responden bagi

mendapat pandangan mereka berkaitan produk kewangan Islam. Memandangkan

pernyataan 2 hingga pernyataan 6 berbentuk pandangan negatif terhadap produk

kewangan Islam, maka skala dikodkan semula secara terbalik bagi membolehkan semua

jawapan dianalisa dalam bentuk positif. Skala 1 ditukar kepada 5, skala 2 ditukar kepada

4, skala 4 ditukar kepada 2, manakala skala 5 ditukar kepada 1. Ini supaya skor min yang

mempunyai nilai yang lebih tinggi ditafsirkan sebagai persepsi yang baik/positif

terhadap produk kewangan Islam, manakala skor min yang mempunyai nilai yang lebih

rendah ditafsirkan sebagai persepsi yang kurang baik/negatif terhadap produk kewangan

Islam. Secara khusus, skor min di bawah 2 dikategorikan sebagai sangat negatif, min

dari 2 hingga 3 sebagai negatif, min 3 hingga 4 sebagai positif, sementara min yang

melebihi 4 sebagai sangat positif (Che Amani, 2002).

Analisis data dalam kajian ini hanya melibatkan analisis diskriptif iaitu peratusan dan

min bagi mengenal pasti persepsi responden terhadap produk kewangan Islam.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Demografi

Page 4: Syarifah Md Yusof

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 134

Analisis statistik deskriptif digunakan untuk meninjau ciri-ciri demografi responden.

Analisis ini meliputi jantina, umur, taraf perkahwinan, keturunan, agama, perjawatan

dan tahap pendidikan tertinggi. Jadual 1 memaparkan demografi responden.

Responden dipelopori oleh lelaki (52.5%) dengan majoriti besar adalah Melayu (93.4%)

dan beragama Islam (94.9%). Responden Melayu menjadi majoriti bertepatan dengan

populasi staf akademik di IPTA yang dipelopori oleh bangsa Melayu. Ini selaras dengan

bilangan responden Melayu yang menjadi majoriti responden kajian ini. Responden

paling ramai berumur antara 31-40 tahun (41.6%). Majoriti responden (80.5%) sudah

berkahwin, dan memiliki ijazah doktor falsafah (49.4%) (Jadual 1).

Jadual 1: Taburan Demografi Responden (N=257)

Ciri-ciri demografi Kategori Kekerapan Peratus

1. Jantina Lelaki 135 52.5

Wanita 121 47.1

Tiada Maklumat 1 0.4

2. Umur < 31 tahun 40 15.6

31 – 40 tahun 107 41.6

41 – 50 tahun 58 22.6

>51 tahun 52 20.2

3. Taraf perkahwinan Bujang 44 17.1

Berkahwin 207 81.2

Janda/duda 4 1.6

Tiada Maklumat 2 0.8

4. Keturunan Melayu 240 93.4

Bukan Melayu 16 6.2

Tiada Maklumat 1 0.4

5. Agama Islam 244 94.9

Bukan Islam 13 5.1

6. Tahap Pendidikan

Tertinggi

Sarjana Muda 14 5.4

Sarjana 115 44.7

Doktor Falsafah 127 49.4

Tiada Maklumat 1 0.4

7. Jawatan Pensyarah 96 37.4

Pensyarah kanan 88 34.2

Profesor Madya 37 14.4

Profesor 10 3.9

Lain-lain 16 6.2

Tiada Maklumat 10 0.4

Page 5: Syarifah Md Yusof

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 135

Persepsi terhadap produk kewangan Islam

Jadual 2 menunjukkan majoriti responden (93.5%) mengetahui tentang larangan riba

dalam Islam dengan nilai min yang tinggi (4.76). Hal ini tidak menghairankan kerana

dapatan Thambiah et al. (2011) mendapati istilah riba paling popular dalam kalangan

pengguna berbanding dengan dengan istilah lain dalam kewangan Islam. Mahdhir et al.

(2009) turut mendapati responden mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap larangan

riba. Ini mungkin kerana isu riba adalah perkara paling utama dalam kewangan Islam,

malah kewangan Islam itu sendiri diketengahkan sebagai sistem kewangan yang bebas

dari riba.

Jadual 2: Taburan Frekuensi Berserta Nilai Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi

Terhadap Produk Perbankan Islam

Tidak

setuju

(%)

Tidak

pasti

(%)

Setuju

(%)

Tiada

maklumat

(%)

Min SP

Umat Islam dilarang melakukan

transaksi yang mengandungi

unsur riba

0.4 4.3 95.3 0.0 4.7

6

0.5

4

Produk perbankan Islam

mengandungi unsur riba*

34.2 49.8 15.9 0.0 3.3

2

1.0

9

Produk perbankan Islam

membebankan pengguna*

38.5 44.0 17.1 0.4 3.3

0

1.0

4

Produk pembiayaan Islam

mengambil keuntungan yang

tidak munasabah dari

pengguna*

32.3 47.9 19.9 3.1

8

1.0

9

Akaun deposit Islam membayar

kadar faedah atas simpanan*

22.6 53.3 23.7 0.4 3.0

5

0.9

9

Produk perbankan Islam sama

dengan produk perbankan

konvensional kecuali pada

penggunaan nama yang berbeza

*

30.8 43.6 24.9 0.8 3.1

4

1.1

2

*Item dalam bentuk pernyataan negatif terhadap produk kewangan Islam yang telah

diterbalikkan nilainya.

Namun, dengan hanya nilai min 3.32, responden didapati tidak pasti sama ada produk

perbankan Islam bebas daripada unsur riba. Bahkan terdapat segelintir kecil

berpandangan wujudnya riba dalam produk kewangan Islam. Realiti ini tidak

menghairankan kerana Fadillah Mansor dan Ab. Mumin (2005) mendapati hampir

Page 6: Syarifah Md Yusof

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 136

separuh daripada responden mereka tidak mengetahui bahawa sistem perbankan Islam

bebas daripada unsur riba. Namun, dapatan ini tidak bertentangan dengan Dzuljastri

Abdul Razak et al. (2008) yang mendapati hampir separuh daripada responden

berpandangan wujudnya riba dalam produk pembiayaan secara BBA. Ini kerana

Dzuljastri Abdul Razak et al. (2008) memfokuskan kajiannya kepada produk

pembiayaan secara BBA, sebaliknya penyelidik meninjau isu riba secara umum dalam

produk kewangan dan perbankan Islam.

Dapatan kajian juga menunjukkan secara keseluruhan, responden mempunyai persepsi

yang positif (min=3.30) berhubung dengan isu produk perbankan Islam membebankan.

Hanya 17.1% berpandangan produk perbankan Islam membebankan pengguna. Dapatan

ini sedikit berbeza dengan dapatan Mohd Kamal (2001) yang mendapati peratusan

responden yang lebih tinggi (37.6%) berpandangan syarat yang dikenakan oleh produk

perbankan Islam membebankan pelanggan. Hanya 12.8% responden berpandangan

sebaliknya (Mohd Kamal, 2001). Pada pandangan penyelidik, peratusan yang rendah

dalam kalangan responden kajian penyelidik yang berpendapat produk perbankan Islam

membebankan berbanding dengan kajian Mohd Kamal (2001) adalah kerana pada masa

kini, pihak institusi perbankan yang menawarkan produk perbankan Islam telah

melakukan penambahbaikan pada produk mereka. Antaranya dengan memperkenalkan

produk pembiayaan Islam dengan kadar terapung bagi membolehkan pengguna

menikmati kadar bayaran balik pembiayaan yang rendah dalam situsi kadar kadar faedah

di pasaran jatuh. Selain itu, beberapa buah bank telah mula menawarkan pembiayaan

berasaskan kontrak ekuiti iaitu musyarakah mutanaqisah yang dilihat lebih adil

berbanding dengan kontrak hutang seperti bay‘ bithaman ajil.

Namun begitu, terdapat persamaan antara kajian Mohd Kamal (2001) dan kajian

penyelidik di mana majoriti responden dalam kajian penyelidik dan kajian Mohd Kamal

(2001) mengambil pendirian berkecuali dalam persoalan yang sama dengan masing-

masing 44.0% dan 49.6%. Ini mungkin kerana responden tidak mendapat penjelasan

yang cukup tentang amalan dan pelaksanaan produk perbankan Islam. Justeru, mereka

menyatakan tidak pasti terhadap persoalan yang diutarakan. Sebaliknya, Yusuf, Azizah

dan Zalina (2005) membuat kesimpulan bahawa produk perbankan Islam membebankan

pengguna memandangkan pada pandangan mereka keuntungan yang diambil oleh

perbankan Islam lebih tinggi berbanding apa yang dikenakan oleh sistem riba.

Berdasarkan Jadual 2, responden mempunyai persepsi yang positif (min=3.18) bahawa

secara umumnya produk pembiayaan Islam mengambil untung yang munasabah

daripada pengguna. lebih ramai responden berpandangan bahawa keuntungan yang

diambil oleh perbankan Islam adalah munasabah berbanding mereka yang berpendapat

sebaliknya. Namun begitu, hampir separuh daripada keseluruhan responden (47.9%)

menyatakan bahawa mereka tidak pasti sama ada keuntungan yang ditetapkan oleh

perbankan Islam adalah munasabah atau sebaliknya.

Dapatan ini menunjukkan isu pengambilan keuntungan yang tidak munasabah dalam

produk pembiayaan Islam masih lagi timbul walaupun secara purata, nilai min (3.18)

menunjukkan responden berpandangan positif terhadap produk kewangan Islam

Page 7: Syarifah Md Yusof

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 137

berhubung dengan isu ini. Menurut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (2012), mereka

telah menerima kira-kira 4000 aduan mengenai ketidakpuasan hati pengguna terhadap

perbankan Islam. Malahan persepsi semakin meluas dalam masyarakat mendakwa

perbankan Islam mengaut keuntungan yang berlebihan dan tidak munasabah. Namun,

isu ini bukan sekadar isu tempatan yang timbul dalam konteks Malaysia, malah ia juga

berbangkit di Bangladesh seperti yang dilaporkan oleh Mohmood Ahmad (2007).

Menurut Mohmood Ahmad (2007), terdapat hampir separuh (45%) daripada responden

berpendirian bahawa masih wujud eksploitasi dalam perbankan Islam. Mengambil

keuntungan yang tidak munasabah merupakan satu bentuk eksploitasi kepada pelanggan.

Merujuk kepada Jadual 2, responden mempunyai persepsi yang positif (min=3.05)

bahawa secara umumnya akaun deposit Islam tidak membayar faedah kepada

pendepositnya. Walau bagaimanapun, lebih separuh (53.3%) daripada responden

memberikan jawapan tidak pasti dengan persoalan ini. Dapatan ini menunjukkan bahawa

ramai pelanggan hampir tidak dapat membezakan antara pembayaran faedah atas deposit

konvensional dengan pemberian hibah atau keuntungan atas deposit dalam akaun

deposit yang berlandaskan Islam. Agak ramai daripada responden masih keliru dengan

bayaran keuntungan atau hibah yang diberi oleh bank ke atas deposit mereka dalam

akaun deposit Islam.

Hal ini disokong oleh dapatan Abdul Halim dan Norizaton (2001) yang mendapati hanya

kira-kira satu per empat daripada responden menyatakan bahawa mereka mengetahui

apa yang dimaksudkan dengan wadi‘ah dan mudarabah. Dapatan Marimuthu et al.

(2010) turut mendedahkan bahawa lebih daripada separuh responden tidak mengetahui

langsung tentang konsep perbankan Islam. Mokhtar dan Izah (2010) juga mendapati

rata-rata pengguna bukan Muslim mempunyai pengetahuan yang rendah tentang maksud

beberapa konsep dalam kewangan Islam termasuklah konsep wadi‘ah dan mudarabah.

Walaupun Thambiah et al. (2011) mendapati lebih separuh daripada responden (64.7%)

menyedari penggunaan istilah wadi‘ah di samping kira-kira 36.4% responden menyedari

penggunaan konsep mudarabah dalam perbankan Islam, namun ini tidak bermakna

responden memahami aplikasi konsep ini dalam akaun deposit Islam. Kajian penyelidik

mendedahkan majoriti responden tidak pasti tentang status pulangan daripada simpanan

dalam akaun deposit Islam (yang kebanyakannya menggunakan konsep wadi‘ah, di

samping mudarabah) sama ada ia adalah satu bentuk faedah (interest) atau bukan

termasuk dalam istilah faedah (interest) yang dilarang oleh Islam.

Seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 2, responden mempunyai persepsi yang

positif (min=3.14) bahawa secara umumnya produk perbankan Islam berbeza dengan

produk konvensional bukan hanya pada nama semata-mata, sebaliknya perbezaan juga

wujud dalam aspek-aspek lain. Antaranya, akad yang mendasari pelaksanaan sesuatu

produk. Dengan kata lain secara umumnya, responden berpandangan bahawa produk

perbankan Islam berbeza dengan produk perbankan konvensional bukan setakat pada

nama sahaja, malah ia turut berbeza dari sudut teknikalnya yang didasari kepada

pelbagai akad muamalah.

Page 8: Syarifah Md Yusof

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 138

Jadual 2 turut mendedahkan bahawa 30.8% responden tidak bersetuju dengan

pernyataan berkenaan, manakala 24.9% responden memilih untuk bersetuju dengan

pernyataan yang dikemukakan. Ini bermakna jumlah responden yang berpendapat

bahawa produk perbankan Islam tidak hanya melakukan perubahan pada nama produk

mereka adalah lebih tinggi berbanding dengan jumlah mereka yang berpandangan

sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat 43.6% daripada responden memberikan

jawapan tidak pasti dengan persoalan ini.

Dapatan ini menunjukkan kurang daripada satu per tiga responden yang berpandangan

terdapat perbezaan antara produk perbankan Islam dengan produk perbankan

konvensional (bukan sekadar berbeza nama). Dalam isu ini, dapatan penyelidik hampir

sama dengan dapatan Fadillah dan Ab. Mumin (2005) yang turut mendapati hanya

sekitar 36% responden berpandangan bahawa wujud perbezaan antara produk perbankan

Islam dan produk perbankan konvensional. Marimuthu (2010) pula mendapati hanya

sekitar 40.2% responden mengetahui perbezaan antara produk perbankan Islam

berbanding konvensional.

Dalam isu yang hampir sama, Nurdianawati dan Ashraf Wajdi (2006) pula mendapati

hanya sekitar 24% berpandangan wujud perbezaan antara pembiayaan kenderaaan sewa

beli Islam dengan sewa beli konvensional. Begitu juga halnya dengan kajian terhadap

produk pembiayaan berdasarkan BBA di mana Dzuljastri Abd Razak et al. (2008) turut

mendapati hanya sebilangan kecil (19.7%) berpandangan wujudnya perbezaan antara

produk pembiayaan BBA dengan pinjaman konvensional. Sementara itu, Yusuf, Azizah

dan Zalina (2005) menegaskan bahawa sememangnya produk yang ditawarkan oleh

perbankan Islam adalah sama seperti apa yang ditawarkan oleh perbankan konvensional.

Sementara itu, Mahmood Ahmad (2007) mendedahkan bahawa ramai pengguna di

Bangladesh turut berpandangan bahawa perbankan Islam hanya menukar nama,

sebaliknya unsur riba masih terus kekal dalam produk yang ditawarkan. Hal ini menurut

majoriti (73%) responden adalah berpunca daripada keuntungan yang tinggi yang

dikenakan oleh perbankan Islam sehingga menimbulkan beban kewangan kepada

pengguna (Mahmood Ahmad, 2007). Namun begitu, peratusan yang berpandangan

wujud perbezaan antara produk perbankan Islam dengan konvensional dicatatkan adalah

lebih tinggi (43.3%) dalam kajian Zairani et al. (2008). Hal demikian mungkin kerana

kajian tersebut melibatkan pandangan daripada staf bank yang terlibat secara langsung

dengan sistem perbankan Islam.

Meskipun demikian, masih ramai responden menyatakan tidak pasti dengan isu yang

diutarakan berkemungkinan kerana mereka tidak mempunyai pengetahuan yang jelas

berkaitan dengan produk perbankan Islam. Sebagai mana yang didedahkan oleh Abdul

Halim dan Norizaton Azmin (2001), terdapat sebanyak 60% responden kajian

melaporkan bahawa mereka tidak mengetahui perbezaan antara produk perbankan Islam

dengan produk perbankan konvensional. Ini kerana perbezaan antara produk perbankan

Islam berbanding konvensional lebih kepada aspek kontrak yang diaplikasikan, tetapi

secara zahir produk berkenaan nampak sama dengan produk perbankan konvensional

(Abdul Halim dan Norizaton Azmin, 2001).

Page 9: Syarifah Md Yusof

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 139

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, semua pernyataan mencatatkan nilai min 3.0 ke atas menunjukkan

secara purata responden mempunyai persepsi yang positif terhadap produk kewangan

Islam. Namun demikian, merujuk kepada taburan frekuensi respon yang diberikan oleh

responden menunjukkan bahawa terdapat kira-kira separuh daripada responden tidak

mempunyai persepsi yang jelas terhadap produk perbankan Islam. Mereka agak kabur

dengan produk kewangan dan perbankan Islam yang ditawarkan. Hal ini dapat dilihat

daripada jawapan yang diberikan oleh responden. Bagi setiap persoalan yang diajukan,

terdapat kira-kira separuh daripada responden memberi jawapan tidak pasti dengan

pernyataan yang diajukan kepada mereka.

Dapatan ini tidak mengejutkan memandangkan dapatan kajian Abdul Halim dan

Norizaton Azmin (2001) turut mendedahkan bahawa secara purata kurang daripada 15%

responden sahaja mengetahui maksud produk-produk kewangan Islam seperti wadi‘ah,

ijarah dan mudarabah. Sementara itu, sekitar 60% responden tidak dapat membezakan

antara produk kewangan Islam dengan produk kewangan konvensional. Malahan pihak

industri yang terlibat secara langsung dalam dunia kewangan Islam sendiri mengakui

bahawa masyarakat pengguna di negara ini kurang pengetahuan dalam perbankan Islam

(Loh, 2012).

Oleh hal yang demikian, institusi perbankan sewajarnya meningkatkan penyebaran lebih

banyak maklumat kepada pengguna agar mereka memahami dengan jelas dan tepat

tentang produk perbankan Islam. Penyebaran maklumat yang tepat dan benar dapat

mengurangkan persepsi kurang baik dalam kalangan pengguna. Persepsi yang negatif

terhadap perbankan Islam boleh menyebabkan pengguna menjauhkan diri daripada

produk perbankan Islam.

RUJUKAN

Abdul Aziz Abdullah, Rokiah Sidek, & Ahmad Azrin Adnan. (2012). Perception of non-

Muslim customers towards Islamic banking in Malaysia. International Journal of

Business and Management, 3(11), 151-164.

Abdul Halim Abdul Hamid & Norizaton Azmin Mohd Nordin. (2001). A study on

Islamic banking education and strategy for the new millennium-Malaysian

experience. International Journal of Islamic Financial Services, 2(4), 1-10.

Bunchuan, D. (2006). Islamic Banking and Finance: Is it Complementing or Competing

the Conventional Banks. Tesis MBA tidak diterbitkan, University of Nottingham.

Che Amani @ Mohd Kamal Mohd Ali. (2002). Rantaian dan Persepsi dalam Industri

kecil dan Sederhana: Kajian Kes Sektor Pembuatan di Terengganu. Tesis Phd

tidak diterbitkan, Universiti Sains Malaysia.

Dzuljastri Abdul Razak, Mustafa Omar Mohammed, & Fauziah Md Taib. (2008).

Consumers’ Acceptance on Islamic Home Financing: Empirical Evidence on Bai

Bithaman Ajil (BBA) in Malaysia. Kertas kerja dibentang di IIUM International

Accounting Conference IV (INTAV), Hotel Marriot Putrajaya, 24-26 Jun 2008.

Page 10: Syarifah Md Yusof

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 140

Fadillah Mansor, & Ab. Mumin Ab. Ghani. (2005). Sambutan masyarakat bukan Islam

terhadap produk perbankan Islam di Bank Muamalat Malaysia Berhad. Kertas

kerja dibentang di Seminar Ekonomi dan Kewangan (SEKI) 2005, Jabatan

Ekonomi Awam dan Kewangan, Fakulti Ekonomi, Universiti Utara Malaysia,

Sintok, ESSET Bangi, 29-30 Ogos 2005.

Loh, Clint. (2012, 6 April). Two key challenges for Islamic banking sector. The Edge

Financial Daily.

Mahdhir Abdullah, Hisham Sabri, Asmaddy Haris, & Norasikin Salikin. (2009). A Study

on Muslim Customers’ Awareness of Musyarakah Mutanaqisah (Diminishing

Partnership) Islamic Home Financing Scheme in Malaysia. Kertas kerja

dibentangkan di Third Conference of Islamic Economics (iECONS) 2009, 15-17

July 2009.

Marimuthu, M., Jing, C. W., Chei, L. P., Mun, L. P., & Ping, T. Y. (2010). Islamic

banking: Selection criteria and implications. Global Journal of Human Social

Science, 10(4), 52-63.

Mohd Kamal Omar. (2001). Sistem Perbankan Islam di Malaysia: Satu Kajian Persepsi

dan Penerimaan Masyarakat Pulau Pinang. Disertasi Master tidak diterbitkan,

Universiti Sains Malaysia.

Mohd Suhaimi Yusoff. (2010). Sistem kewangan Islam dan konvensional: Satu

perbandingan kritis. Kertas kerja dibentangkan dalam Program Bengkel

Eksekutif Kewangan Islam Ahli-ahli Jawatan kuasa Fatwa Seluruh Malaysia, 27

September 2010, terdapat secara online di

http://www2.islam.gov.my/muamalat/sites/default/files/kertas_persidangan/2010/

10/sistem_kewangan_islam_dan_konvensional_satu_perbandingan_kritis.pdf.

Mahmood Ahmad. (2007). The attitude of bank customers and professional bankers

towards Islamic and conventional banks in Bangladesh. Dalam Salman Syed Ali

dan A. Ahmad (Eds.), Islamic Banking and Finance: Fundamentals and

Contemporary Issues (h. 168-195). Jeddah: Islamic Development Bank.

Mokhtar Mahamad, & Izah Mohd Tahir. (2010). Persepsi pelanggan bukan Islam

terhadap perbankan Islam: Satu kajian rintis. Jurnal Kemanusian, 16 (Disember),

1-18.

Norafifah Ahmad, & Sudin Haron. (2002). Perceptions of Malaysian corporate

customers towards Islamic banking products and services. International Journal

of Islamic Financial Services, 3(4), 1-16.

Nurdianawati Irwani Abdullah, & Asyraf Wajdi Dusuki. (2006). Customers’ perceptions

of Islamic hire-purchase facility in Malaysia: an empirical analysis. IIUM

Journal of Economics and Management, 14(2), 177-204.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia, (2012).

http://www.muslimconsumer.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=

article&id=552:ppim-bidas-bank-jual-nama-perbankan-islam-untuk-kaut-

untung&catid=65:aktiviti&Itemid=295, akses pada 28 September 2012.

Petah Wazzan Iskandar. (2009, 14 Oktober ). Bai Bithaman Ajil beban peminjam. Berita

Harian, h. 14.

Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach. New

York: John Wiley and Sons, Inc.

Page 11: Syarifah Md Yusof

ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 141

Thambiah, S., Eze, U. C., Santhapparaj, A. J., & Arumugam, K. (2011). Customers’

perception on Islamic retail banking: A comparative analysis between the urban

and rural regions of Malaysia. International Journal of Bussiness and

Management, 6(1), 187-199, terdapat secara online di

http://www.ccsenet.org/journal/index.php/ijbm/article/view/7484.

Zairani Zainol, Rohaya Shaari, & Hafizi Muhamad Ali. (2008). A comparative analysis

of bankers’ perceptions on Islamic banking. International Journal of Business

and Management, 3(4), 157-168.

Zukri Samat. (2013). Islamic Banking In Malaysia: Current Trend And Way Forward,

terdapat secara online di

http://www.bankislam.com.my/en/Documents/cinfo/UiTMCaptainofIndustriesIsla

micBanking.pdf, akses pada 20 November 2013.