k a n d u n g a n - · pdf filemauludiah haji md. yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era...

36
K A N D U N G A N Wacana Penyelaras Editor Mauludiah Haji Md. Yusof Perlambangan Diftong Haji Alipudin Omarkandi Tetikus Datin Hajah Kamisah Haji Rahmat Siapa Cerdas dan Cergas Apa Bezanya Punggung dan Belakang Kamsiah Kassim Biar Betul...! Noraini Hasan Garis Panduan Asas Pembentukan Istilah Mohd. Norshah Shahrul Mazlan Mari Belajar Bahasa Arab Hardi Mahdeli Kata Majmuk Tulisan Jawi Mutakhir Mauludiah Haji Md. Yusof Pemangku Pengarah Hajah Aminah Haji Momin Ketua Editor Moksin Durahim Penyelaras Editor Mauludiah Haji Md. Yusof Penolong Penyelaras Editor Nornazrahwati Haji Abd. Rahman Editor Suraini Suhaimi Hajah Zainab Haji Mat Daud Khartini Mohd. Hamir Ketua Bahagian Penerbitan dan Pemasaran Haji Zainal Arifin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Sirat Ketua Bahagian Seni Lukis dan Reka Bentuk dan Seni Foto Abdul Malek Haji Metarsat Penyelaras Reka Bentuk Sait Haji Jali Penyelaras Atur Huruf Hajah Ramlah Haji Abd. Rahman Hajah Norfulziah Haji Ismail RIAK BAHASA, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam. Dikelolakan oleh Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. Diterbitkan dua keluaran setiap tahun, mulai Januari–Jun dan Julai–Disember. Mengandungi berita kebahasaan untuk dikongsikan kepada semua pembaca. iii 1 4 8 10 14 12 16 Riak Bahasa Julai–Disember 2009 Bil. 9 19 6 Riak Bahasa Bil. 9.indd 1 6/2/09 3:40:02 PM

Upload: truongnga

Post on 27-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

K A N D U N G A N

Wacana Penyelaras Editor Mauludiah Haji Md. Yusof

Perlambangan Diftong Haji Alipudin Omarkandi

Tetikus Datin Hajah Kamisah Haji Rahmat

Siapa Cerdas dan Cergas Apa Bezanya Punggung dan Belakang Kamsiah Kassim

Biar Betul...! Noraini Hasan

Garis Panduan Asas Pembentukan Istilah Mohd. Norshah Shahrul Mazlan

Mari Belajar Bahasa Arab Hardi Mahdeli

Kata MajmukTulisan Jawi Mutakhir Mauludiah Haji Md. Yusof

Pemangku PengarahHajahAminahHajiMomin

Ketua EditorMoksinDurahim

Penyelaras EditorMauludiahHajiMd.Yusof

Penolong Penyelaras EditorNornazrahwatiHajiAbd.Rahman

EditorSurainiSuhaimi

HajahZainabHajiMatDaudKhartiniMohd.Hamir

Ketua BahagianPenerbitan dan Pemasaran

HajiZainalArifinBegawanPehinKhatibDatoPadukaHajiSirat

Ketua BahagianSeni Lukis dan Reka Bentuk

dan Seni FotoAbdulMalekHajiMetarsat

Penyelaras Reka BentukSaitHajiJali

Penyelaras Atur HurufHajahRamlahHajiAbd.Rahman

HajahNorfulziahHajiIsmail

RIAK BAHASA,terbitanDewanBahasadanPustaka,Negara

BruneiDarussalam.DikelolakanolehBahagianPembinaan

danPengembanganBahasa.Diterbitkanduakeluaransetiap

tahun,mulaiJanuari–JundanJulai–Disember.Mengandungi

beritakebahasaanuntukdikongsikankepadasemuapembaca.

iii

1

4

8

10

14

12

16

Riak Bahasa

Julai–Disember2009Bil.9

19

6

Riak Bahasa Bil. 9.indd 1 6/2/09 3:40:02 PM

Page 2: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan PustakaKementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Lapangan Terbang LamaBerakas BB3510

Negara Brunei Darussalam

© Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei 2009

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk

dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam.

Atur Huruf olehDewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam

Dicetak olehPencetak Asia, Negara Brunei Darussalam

Syarikat Percetakan dan Perniagaan Processta, Negara Brunei Darussalam

Riak Bahasa Bil. 9.indd 2 6/2/09 3:40:02 PM

Page 3: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

iii

DAri SemeNjAK bahasa melayu itu dituturkan oleh penutur-penuturnya hingga bahasa tersebut tersebar luas menjadi bahasa lingua franca, dan kini jumlah penutur bahasa melayu telah mencecah 300 juta penutur, dan ditempatkan di tingkat keempat sebagai bahasa terbesar di dunia antarabangsa. menyelusuri catatan sejarah bahasa melayu tersebut seperti yang dicatatkan oleh para pengkaji bahasa bahawa bahasa melayu semenjak awal penemuannya terus berkembang dan terserap dalam kelompok atau golongan masyarakat dunia, dan tidak dapat dinafikan bahasa melayu itu turut menerima perubahan. Waimapun demikian ciri-ciri utama bahasa melayu masih dapat dikenali misalannya melalui keselarasan huruf vokal “u – i” bahasa melayu kuno, contohnya perkataan “mudik” dan “tuwi” begitu juga imbuhan “ma” menjadi “ber” dalam bahasa melayu kuno seperti “marlapas” menjadi berlepas, “marwuat” menjadi “berbuat”. Beberapa contoh bahasa melayu yang dapat dikesan hingga hari ini masih dituturkan ialah perkataan air, bala, datang, dua, di, laksa, lai, naik, ratus dan banyak lagi.

Asal usul bahasa melayu itu terpancar dari satu rumpun bahasa yang dikenali sebagai bahasa Austronesia, dan cabang bahasa melayu Proto bahasa melayu induk bahasa melayu Tengah dan bahasa melayu johor. maka kesinambungan bahasa itu kini terbentuklah bahasa-bahasa seperti bahasa malaysia yang dituturkan oleh orang malaysia, bahasa melayu Singapura yang dituturkan oleh orang Singapura, dan bahasa melayu Brunei yang dituturkan oleh orang melayu Brunei. Fenomena tersebut memang hakikatnya terjadi dalam kehidupan, dan munculnya pelbagai bahasa dan terhasilnya bahasa baru apa yang dikenali sekarang sebagai bahasa dialek.

Bagaimanakah kita mengekalkan bahasa melayu warisan daripada nenek moyang tersebut supaya terus bertapak di bumi Brunei Darussalam. Dengan adanya rasa kecintaan terhadap bahasa melayu dan terus menjadikan bahasa melayu itu jati diri dalam jiwa penutur melayu. Kalau dulu bahasa melayu bertembung dengan bahasa Sanskrit

Wacana Penyelaras Editor

Riak Bahasa Bil. 9.indd 3 6/2/09 3:40:02 PM

Page 4: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

iv

dan Arab, tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan pula dengan pelbagai bahasa yang lebih canggih. Banyak istilah baru dibentuk sehingga sukar bagi penutur berbahasa melayu untuk mencari padanannya yang tepat, waimapun kini bahasa melayu itu bertembung dengan bahasa inggeris dan mandarin, namun sebagai penutur bahasa melayu seharusnya tetap menjadi generasi penyambung terhadap kelangsungan bahasa melayu.

Bahasa Jiwa Bangsa

Penyelaras editorMauludiah Haji Md. Yusof

Riak Bahasa Bil. 9.indd 4 6/2/09 3:40:03 PM

Page 5: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

Perlambangan Diftong

Haji Alipudin Omarkandi

1

DiFToNg iALAH gabungan dua bunyi vokal yang diujarkan dalam satu suku kata. Dalam tulisan rumi diftong dilambangkan dengan [ai], [au], dan [oi] yang terdapat di awal kata, di tengah kata, dan di akhir.

Dalam sistem ejaan jawi baru, diftong [ai] dilambangkan dengan dua cara, iaitu:

i. Huruf alif-hamzah-ya digunakan jika diftong [ai] terletak di awal kata atau berdiri sebagai satu suku kata, contohnya:

aising –

aileron –

ii. Sekiranya diftong [ai] berada di tengah kata atau di akhir kata, maka huruf alif-ya digunakan. Contohnya:

baiduri –

laici –

pandai –

serai –

Riak Bahasa Bil. 9.indd 1 6/2/09 3:40:03 PM

Page 6: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

2

Diftong [au] pula dilambangkan dengan dua cara, iaitu:

i. Huruf alif-hamzah-wau digunakan untuk melambangkan diftong [au] apabila diftong ini berada di awal kata atau berdiri sebagai satu suku kata. Contohnya:

audit –

automatik –

autonomi –

autopsi –

ii. Sekiranya apabila diftong [au] berada di tengah kata atau di akhir kata, maka huruf alif-wau digunakan. Contohnya:

baucar –

saudagar –

kalau –

engkau – Sama dengan diftong [ai] dan [au], diftong [oi] juga dilambangkan

dengan dua cara, iaitu:

i. Huruf alif-wau-hamzah-ya digunakan untuk melambangkan diftong [oi] jika diftong ini berada di awal kata:

oidium –

Riak Bahasa Bil. 9.indd 2 6/2/09 3:40:03 PM

Page 7: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

3

ii. Sekiranya apabila diftong [oi] berada di tengah kata atau di akhir kata pula, maka huruf wau-ya digunakan. Contohnya:

boikot –

amboi –

baloi –

dodoi –

Perubahan ejaan bagi kata-kata yang mempunyai unsur diftong, seperti yang dijelaskan di atas, dapat mengatasi masalah kesamaran ejaan. Umpamanya, ejaan (serai) dibezakan daripada (seri),

(tupai) dibezakan daripada (topi), dan sebagainya. Begitu juga ejaan (rayau) dibezakan daripada (rayu), (garau) dibezakan daripada (garu). oleh hal demikian, kaedah ini dapat mengurangkan homonim yang boleh mengelirukan pemahaman.

Demikianlah perlambangan diftong dijelaskan dalam keluaran ini.

Riak Bahasa Bil. 9.indd 3 6/2/09 3:40:03 PM

Page 8: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

4

Tetikus

Datin Hajah Kamisah Haji Rahmat

BAHASA meLAyU mengalami zaman yang mencabar pada masa ini kerana ramai orang meminggirkan penggunaan bahasa itu. Kenyataan ini dilihat pada penggunaan bahasa melayu atau khususnya peristilahan di mana-mana majlis, tempat yang rasmi mahupun tidak, papan nama atau papan tanda bagi sesebuah gedung perniagaan, syarikat, kenderaan, waima bangunan kerajaan.

malahan masih ada orang yang mempertikaikan penggunaan istilah yang telah dibentuk hasil persidangan mABBim (majlis Bahasa Brunei Darussalam – indonesia – malaysia). Banyak bidang ilmu yang telah digarap istilahnya ke dalam bahasa melayu dan diperkenalkan kepada para pengguna melalui bahan-bahan penerbitan sama ada yang bersifat penterjemahan ataupun tidak. Cara menggarap dan memberi padanan dalam bidang peristilahan ini mempunyai kaedah dan peraturan yang telah disepakati oleh ketiga-tiga buah negara anggota mABBim. Hal ini dapat dirujuk kepada Pedoman Umum Pembentukan Istilah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam pada tahun 2006.

Dalam buku pedoman tersebut, istilah ditakrif sebagai kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional. Kesemua istilah ini ditunduki oleh ilmuwan dalam bidang ilmu masing-masing. Tetapi sayangnya, ada istilah asing yang telah diberi padanan ke dalam bahasa melayu belum mendapat ‘restu’ daripada masyarakat pengguna kerana mereka berpendapat ada di antara padanan itu tidak ‘padan’ atau belum serasi dengan kata sumber. Ada juga yang mengkritik padanan istilah itu tidak ‘berjiwa’ ekonomi (pemasaran) dengan maksud istilah yang diberi padanan itu masih berbunyikan bahasa sumbernya, hanya ejaannya ditukar.

Pakar bahasa dan bidang ilmu telah berusaha mencipta istilah dengan berdasarkan kepada istilah sumber, kemudian disesuaikan dengan keadaan hidup, unsur-unsur budaya dan alam melayu. Beberapa contoh yang boleh diketengahkan ialah seperti yang terdapat dalam

Riak Bahasa Bil. 9.indd 4 6/2/09 3:40:03 PM

Page 9: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

5

bidang Teknologi maklumat. istilah inggeris mouse untuk tetikus, telah mendapat tentangan pada awalnya untuk dipergunakan kerana mereka menganggap perkataan itu berasal dari nama sejenis binatang tikus. Binatang ini dianggap kotor, pembawa penyakit dan perosak harta benda atau tanaman. Hal ini kalau dilihat dari kaca mata alam melayu. Akan tetapi jika kita menyingkap kalendar masyarakat Cina, mereka menganggap binatang ini sebagai binatang yang memberi rezeki, kebahagiaan dan keriangan.

mari kita mengimbas kembali sejarah tetikus pertama dunia. Bentuknya tidak langsung seperti seekor tikus tetapi ia merupakan kotak biasa. ‘Tetikus’ ini direka oleh Douglas engelbart bagi menggelarkan gajet tudingan ciptaannya dalam tahun 1963. Beliau menggunakan sistem gear dua roda untuk bergerak ke hadapan atau belakang dan dari kiri ke kanan, jauh berbeza daripada penggunaan tetikus pada hari ini. Lama-kelamaan nama tetikus itu melekat (sebenarnya istilah inggerisnya, mouse yang melekat atau terlazim) dan serasi dengan penggunaan komputer.

Setelah 10 tahun ciptaan pertama tetikus, seorang lagi yang bernama Bill english pula berjaya menghasilkan tetikus yang menggunakan sejenis bebola. Pergerakan bebola ini lebih ‘lincah’.

Pada tahun 1980-an, tetikus yang lebih berkesan telah dicipta seperti tetikus optikal yang mendapat sambutan dalam pasaran komputer. Seterusnya dalam tahun-tahun 90-an, juga dalam zaman milenium ini, tetikus dicipta dengan fungsi yang lebih canggih dengan menggunakan tenaga laser untuk berfungsi. Kuasa pengesanannya lebih tepat dan pantas.

Kepentingan fungsi tetikus dalam dunia teknologi maklumat, permainan komputer dan seumpamanya telah mengatasi nama istilah itu sendiri, iaitu dari hanya nama seekor binatang telah menjadi satu istilah yang penting dalam dunia siber.

Riak Bahasa Bil. 9.indd 5 6/2/09 3:40:04 PM

Page 10: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

6

Siapa Cerdas dan Cergas

Kamsiah Kassim

TerSALAH memiLiH kata dalam membentuk ayat boleh mengubah maksud yang hendak disampaikan. Sesetengah orang masih keliru untuk membezakan makna sebenarnya malah ada yang menganggap perkataan cerdas dan cergas, dan antara punggung dan belakang mempunyai makna yang sama atau seerti, dan dapat pula bertukar ganti dengan bebas dalam pembentukan ayat.

Dalam bahasa inggeris perkataan cerdas dan cergas bersinonim dengan kata intelligent dan active. Kata active sudah diserap ke dalam bahasa melayu, dan dieja sebagai aktif manakala kata intelligent masih dianggap sebagai bahasa asing.

Perkataan cerdas mempunyai dua makna:

1 Sempurna perkembangan akal budinya (untuk berfikir, mengerti, dan sebagainya); tajam fikiran. Contoh penggunaan ayat:

– Rakyat memerlukan pemimpin yang cerdas. – Sekolah bertujuan mendidik anak-anak supaya menjadi

orang yang cerdas lagi baik budi.

2 Sempurna pertumbuhan (perkembangan) tubuhnya seperti sihat, tangkas dan kuat. Contoh penggunaan ayat:

– Biarpun kecil badannya, tidak kurang cerdasnya. – Sukan itu menjadikan tubuh kita cerdas.

Perkataan cergas pula mempunyai lima makna:

1 Tangkas dan giat; pantas; cekatan; genit. Contoh penggunaan ayat:

– Dulu dia juga anggota persatuan yang cergas. – Mereka sangat cergas bekerja.

Riak Bahasa Bil. 9.indd 6 6/2/09 3:40:04 PM

Page 11: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

7

2 Bertenaga dan giat; aktif. Contoh penggunaan ayat:

– Fatimah seorang anak yang cergas.

3 Banyak menjalankan atau terlibat dalam kegiatan dan sebagainya; giat. Contoh penggunaan ayat:

– Dia cergas dalam aktiviti sukan sekolahnya.

4 Banyak kegiatan menjual dan membeli (tentang pasaran saham).

5 (masih) mengeluarkan wap dan lahar (tentang gunung berapi).

Berdasarkan takrif dan contoh ayat yang diberikan di atas penumpuan makna bagi kata cerdas lebih kepada akal dan ketajaman berfikir, manakala bilangan 1, 2, dan 3 pula difokuskan kepada kesihatan tubuh badan, dan bilangan 4, 5 adalah perluasan makna. Kita ambil dua contoh ayat di atas, kata cerdas dan cergas ditukar ganti seperti berikut:

1 a) Rakyat memerlukan pemimpin yang cerdas. b) Rakyat memerlukan pemimpin yang cergas.

2 a) Fatimah kanak-kanak yang cerdas. b) Fatimah kanak-kanak yang cergas.

Ayat di atas memang betul tetapi mempunyai konotasi yang bebeza. Kata cerdas pada ayat 1a dan 2a boleh disinonimkan dengan bijak, cerdik, dan pintar, manakala cergas pada ayat 1b dan 2b sama dengan giat, tangkas, dan aktif.

Ayat di atas juga boleh digabung menjadi ayat yang merangkumi kedua-dua makna, iaitu:

1 Rakyat memerlukan pemimpin yang cerdas dan cergas.2 Fatimah kanak-kanak yang cerdas dan cergas.

Riak Bahasa Bil. 9.indd 7 6/2/09 3:40:04 PM

Page 12: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

8

Punggung bermaksud bahagian pangkal paha di sebelah belakang yang mengepit dubur, bersinonim dengan pantat, pinggul, dan bokong.

Belakang bermaksud bahagian tubuh di sebelah dada atau perut, juga ditakrifkan sebagai bahagian tubuh manusia atau haiwan dari leher hingga ke tulang ekor.

Dalam bahasa indonesia perkataan punggung bersinonim dengan belakang dan belakang boleh juga diertikan dengan punggung, tetapi ini tidak berlaku dalam bahasa melayu baku. Perhatikan contoh ayat-ayat berikut yang ditakrifkan dalam bahasa indonesia.

– Anaknya bercelapak di punggung.– Dia mendokong anaknya di punggung.– Dia duduk di punggung kuda.

Kalau kita melihat contoh ayat di atas, agak janggal bunyinya dalam bahasa melayu. Kita dapat membayangkan bagaimanakah keadaan anak yang duduk bercelapak atau didukung di punggung (pinggul), nampaknya begitu sukar, dan bagaimana pula keadaan orang yang duduk di punggung (pinggul) kuda itu, seandainya kuda tersebut memecut lari, apa yang akan terjadi?

Begitu juga dengan gabungan kata yang digunakan dalam bahasa indonesia seperti punggung kaki, punggung tangan, dan tulang punggung yang dikenali dalam bahasa melayu sebagai belakang kaki, belakang tangan dan tulang belakang. Perhatikan contoh penggunaan ayat ini pula:

Apa Bezanya Punggung dan Belakang

Kamsiah Kassim

Riak Bahasa Bil. 9.indd 8 6/2/09 3:40:04 PM

Page 13: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

9

– Dia terjatuh ketika memanjat pokok kelapa dan tulang punggungnya patah.

– Punggungnya sakit ketika membongkok.

Dalam bahasa melayu, tulang punggung bersinonim dengan tulang pangkal paha iaitu tulang yang lebar pada bahagian pinggang hingga ke punggung (pinggul). melihat contoh di atas ianya boleh diterima dan difahami tetapi mempunyai konotasi yang bebeza antara bahasa melayu dan bahasa indonesia. Dalam bahasa indonesia kata punggung yang bermaksud belakang lebih dominan pemakaiannya.

Riak Bahasa Bil. 9.indd 9 6/2/09 3:40:04 PM

Page 14: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

10

Biar Betul...!

Noraini Hasan

“NorAiNi, ToLoNg carikan saya perkataan taksub dalam kamus, saya tak jumpalah.”

“Baik Datin.” Saya letakkan semula gagang telefon. Saya cari kamus. “eh, biar

betul… benarkah perkataan taksub tiada dalam kamus, walhal taksub merupakan perkataan yang sering digunakan.” Saya mengambil masa untuk menaakul. Betulkah? Saya pasti yang taksub memang benar-benar wujud.

Ternyata bahawa saya betul, selepas meneliti kamus-kamus yang ada di sekeliling saya, akhirnya kemusykilan saya itu terjawab juga. Taksub dieja taasub. oh… patut pun. Kamus Dewan edisi keempat halaman 1561 mentakrifkan taasub sebagai kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang. Taasub bersinonim dengan perkataan fanatik.

inilah yang saya ingin kongsikan bersama biskita semua. Selama ini saya tidak tahu bahawa perkataan tersebut berasal daripada perkataan Arab. Selain taasub, banyak lagi perkataan Arab yang ditulis, disebut, dan dieja ke dalam bahasa melayu, iaitu untuk memudahkan sebutan dan penggunaannya. Kerap saya terfikir, tidakkah kelaziman kita itu mendatangkan kesan pada masa yang akan datang? Seperti lirik lagu yang pernah saya dengar berbunyi begini; biar betul, biar betul-betul, nanti tak payahlah diperbetul….

Pada pandangan saya, biarpun ia cuma satu patah perkataan, tetapi ia tetap mempunyai nilai ilmu yang tidak patut kita sia-siakan.

“Tahniah!”“Terima kasih,” jawab saya sewaktu menjadi seorang daripada

peserta Bengkel Celik Jawi anjuran Pusat Da’wah islamiah tahun lepas. Nasib baik saya tiada taazur untuk menghadirinya.

Nah! Tengok, alangkah cantiknya kalau kita eja, tulis, sebut, guna dan hargai sesuatu perkataan itu sebaiknya. Tambahan pula, kita digalakkan untuk menyebut setiap patah perkataan itu dengan jelas dan

Riak Bahasa Bil. 9.indd 10 6/2/09 3:40:04 PM

Page 15: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

11

betul. Terutama sekali, sewaktu kita berdoa, tiada ruginya kita berbuat demikian.

Apa-apa pun biarlah betul, hati jadi senang, hidup jadi riang, bahasa jiwa bangsa pun jadi gemilang.

Kurik itu kundi, merah itu saga,Molek itu budi, indah itu bahasa.

Besar kayu dua pemeluk,Tebang mari berdiri duduk;

Kalau tidak panjang penjuluk,Mana mendapat ilmu yang elok.

Apa guna memakai kasut,Kalau tidak jalan ke duri;Apa guna ilmu dituntut,

Kalau tidak membantu diri.

Riak Bahasa Bil. 9.indd 11 6/2/09 3:40:04 PM

Page 16: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

12

Garis Panduan Asas Pembentukan Istilah

Muhamad Norsah Shahrul Mazlan

SeiriNg DeNgAN arus kemodenan teknologi kini, terdapat kata atau ungkapan khusus yang dicipta melalui pelbagai bidang ilmu dan kerjaya tertentu seperti bidang politik, kewangan islam, perubatan dan sebagainya. istilah-istilah tersebut kebanyakannya terdiri daripada istilah asing yang secara tidak langsung mula terserap pemakaiannya ke dalam bahasa melayu.

Pada asasnya pembentukan istilah asing tersebut hendaklah melalui beberapa proses, iaitu:

1 melalui proses penterjemahan daripada bahasa inggeris kepada bahasa melayu sama ada perkataan sumber tersebut diambil secara langsung atau melalui beberapa proses yang membentuk istilah-istilah baru dalam bahasa melayu. Contoh:

No. Bahasa Sumber (Bahasa Inggeris) Bahasa Melayu1 structure struktur2 policy polisi3 calendar kalendar4 transparency transparensi

2 melalui proses penyerapan iaitu dengan:

a Berdasarkan sebutan dan penyesuaian ejaan, kaedah ini mengutamakan bentuk visualnya. Contoh:

No. Bahasa Sumber (Bahasa Inggeris) Bahasa Melayu1 cancer kanser2 hexagon heksagon3 quantum kuantum4 crony kroni

Riak Bahasa Bil. 9.indd 12 6/2/09 3:40:04 PM

Page 17: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

13

b Penyerapan sepenuhnya iaitu istilah asing itu diserap sepenuhnya tanpa ada perubahan pada mana-mana ejaan. ini hanya berlaku pada segelintir istilah bahasa asing yang belum ditemui padanannya dalam bahasa melayu. Contoh:

No. Bahasa Sumber (Bahasa Inggeris) Bahasa Melayu1 multimedia multimedia2 knot knot3 ideal ideal4 agenda agenda

3 Pembentukan melalui gabungan kata asing iaitu penterjemahan dan penyerapan. Contoh:

No. Bahasa Sumber (Bahasa Inggeris) Bahasa Melayu1 nuclear reactor reaktor nuklear2 entertainment media media hiburan3 national event acara nasional4 personal computer komputer peribadi

Penggabungan tersebut adalah dengan mengutamakan dari segi ejaan kata asing tersebut belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa melayu dan manakala pengucapan dan penulisannya sudah terserap sepenuhnya ke dalam bahasa melayu.

Walau bagaimanapun, yang menjadi pegangan dalam asas pembentukan istilah-istilah pinjaman ialah pengekalan bentuk ejaan kata asing, setidak-tidaknya pun mengekalkan bentuk visualnya dengan berpandukan kepada kaedah fonemik iaitu unit-unit bunyi sebutan.

Riak Bahasa Bil. 9.indd 13 6/2/09 3:40:04 PM

Page 18: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

14

Mari Belajar Bahasa Arab

Hardi Mahdeli

Siri KALi ini ialah menerangkan mengenai perbezaan penggunaan kata ganti nama diri bagi binatang jantan ( ) dan binatang betina ( ). Bagi menyebutkan binatang betina hendaklah ditambah dengan huruf (ta marbutah). Contohnya:

ayam betina ( ) ayam jantan ( ) lembu betina ( ) lembu jantan ( )

Berikut diberikan contoh nama binatang dan sebutannya dalam bahasa Arab.

Bahasa Melayu Bahasa Arab

anak ayam

angsa

anjing

burung

cacing

cicak

ikan

kambing

katak

kerbau

kucing

Riak Bahasa Bil. 9.indd 14 6/2/09 3:40:05 PM

Page 19: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

15

kuda

lalat

lebah

lipas

monyet

nyamuk

semut

tikus

kutu

udang

Riak Bahasa Bil. 9.indd 15 6/2/09 3:40:06 PM

Page 20: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

16

Kata Majmuk

Mauludiah Haji Md. Yusof

TeNTU ADA di kalangan para pelajar yang belum faham atau tahu, apa yang dimaksudkan dengan kata majmuk. Kata majmuk ialah dua atau lebih kata dasar yang digabungkan atau dirangkaikan dan hasil gabungan tersebut terwujudnya makna tersendiri, misalnya perkataan meja + makan meja makan, hati + batu hati batu, muka + tembok

muka tembok, air + mata air mata, anak + sungai anak sungai.

Kata majmuk boleh dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut:

a Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas contohnya:

guru besar, rukun tetangga, tengah hari, susu pekat manis, tepian gelanggang, ular sawa, balai raya, segi empat panjang, Menteri Besar, Duta Besar, Setiausaha Sulit, Penolong Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Perpustakaan.

b Kata majmuk yang terdiri daripada istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya:

graf terarah, titik buta, program bahasa, parsit eksternal, analisis teks, meter alir, mogok umum, hukum alamiah, deria rasa, medan sinaran.

c Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan

bahasa, contohnya:

cakar ayam, anak emas, lipas kudung, bulan madu, ringan tulang, manis mulut, buku lima, tumbuk rusuk, pilih kasih, berat tangan.

Riak Bahasa Bil. 9.indd 16 6/2/09 3:40:06 PM

Page 21: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

17

Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, bagaimanapun terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah mantap dan dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut adalah:

antarabangsa, beritahu, bumiputera, jawatankuasa, kakitangan, kerjasama, olahraga, matahari, setiausaha, sukarela, suruhanjaya,tandatangan, tanggungjawab, warganegara, pesuruhjaya.

Kata majmuk boleh juga menerima imbuhan untuk menjadikan kata tersebut sebagai kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk dibahagikan kepada dua bentuk iaitu:

i Kata majmuk yang menerima awalan atau akhiran, tetapi dieja terpisah. Contohnya:

terima kasih berterima kasih ulang kaji mengulang kaji temu ramah menemu ramah reka bentuk direka bentuk rumah tangga berumah tangga daya serap daya serapan

ii Kata majmuk yang menerima apitan, dan dieja secara bercantum. Contohnya:

lipat ganda melipatgandakan tanggungjawab dipertanggungjawabkan surat khabar persuratkhabaran ibu bapa keibubapaan kuat kuasa dikuatkuasakan

Riak Bahasa Bil. 9.indd 17 6/2/09 3:40:06 PM

Page 22: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

18

Berikut disenaraikan sebahagian daripada kata majmuk yang juga dieja bercantum:

Allahuakbar bagaimanaAllahumma bahawasanyaAllahyarham barangkaliBaitulmuqaddis begitupunjamadilakhir bismillahjamadilawal cenderamataKaabatullah cepumasrabbulalamin cucundarabiulakhir daripadarabiulawal darussalamrabbulizzati dermawanZulhijah hajarulaswadZulkaedah halalbihalalaidiladha infrastrukturaidilfitri interlinguaaiskrim jawatankuasaakhirulkalam jejantasalhamdulillah jurubahasaalmarhum jurutaipanakda juruteknikapabila jurutrengkasapakala kadangkalaassalamualaikum kakitanganastaghfirullah mahasiswaauzubillahi meskipunayahanda nauzubillahazzawajalla olahraga

Riak Bahasa Bil. 9.indd 18 6/2/09 3:40:06 PM

Page 23: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

19

Tulisan Jawi Mutakhir

Mauludiah Haji Md. Yusof

TULiSAN jAWi merupakan kaedah atau satu sistem penulisan yang berasaskan aksara Arab, ditulis dan dibaca bermula dari kanan ke kiri, tidak menggunakan huruf besar atau huruf kecil, tetapi tulisan pada beberapa huruf tertentu akan berubah bentuk iaitu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain.

jumlah abjad jawi ialah 36 huruf tunggal susunan bermula dari huruf alif < > dan berakhir dengan huruf nya < > mengikut urutan aksara Arab termasuk huruf hamzah dan lam-alif yang dikira sebagai satu huruf khas iaitu huruf-huruf hijaiah (huruf-huruf yang digunakan untuk merakam Al-Quran). 30 daripada huruf tersebut digubal mengikut abjad Arab, manakala lima huruf lagi adalah gubalan daripada para cendekiawan silam, dan satu huruf adalah gubalan pada era kini.

Tulisan jawi merupakan tulisan warisan bangsa melayu, digubal oleh cendekiawan islam yang datang ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan agama islam dan mengajarkan hukum-hukum agama dan bacaan Al-Quran. Semenjak islam bertapak di Nusantara, tulisan jawi terus dijadikan sebagai tulisan dalam kitab-kitab agama dan mana-mana yang menimbulkan permasalahan dan mengelirukan dari segi kaedahnya telah diperkemas dari semasa ke semasa. Hingga era kini kaedah tulisan jawi telah melalui tiga era penyempurnaan, era pertama dikenali dengan Kaedah Penulisan Tradisi, kedua Sistem Ejaan Za’ba dan ketiga dan mutakhir ialah Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan.

Kaedah Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan, merupakan tulisan jawi mutakhir yang bertujuan untuk memperkemas beberapa kaedah daripada sistem ejaan lama Za’ba, antaranya seperti yang berikut:

Riak Bahasa Bil. 9.indd 19 6/2/09 3:40:06 PM

Page 24: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

20

1 mana-mana penggunaan huruf [k] di akhir suku kata akan diberi padanan dengan menggunakan huruf qaf, < >. Contohnya:

2 Padanan bagi huruf [v] ialah huruf wau bertitik [ ].Contohnya:

Perkataan Ejaan Jawi Baru

datuk

naik

pokok

songkok

patik

baik

kokok

Perkataan Ejaan Baru

evolusi

graviti

konvokesyen

motivasi

November

universiti

Riak Bahasa Bil. 9.indd 20 6/2/09 3:40:06 PM

Page 25: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

21

3 Kedudukan penulisan huruf hamzah [ ] diselaraskan seperti kedudukan yang berikut:

3a jika terdapat dua huruf vokal berturut-turut dalam satu perkataan iaitu [a] – [i], [a] – [u] atau [u] – [i], maka huruf hamzah hendaklah disisipkan antara dua huruf vokal tersebut, dan kedudukan huruf hamzah ialah di paras tengah.

Contohnya:

3b Kata-kata yang bermula dengan huruf alif dan yang menerima imbuhan awalan di-, ke- dan se-, maka kedudukan huruf hamzah hendaklah bertepatan di atas alif permulaan kata dasar. Contohnya:

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

lain

kail

laut

gauk

buih

kuih

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

diiring

diulang

ke air

ke atas

seimbas

seutas

Riak Bahasa Bil. 9.indd 21 6/2/09 3:40:07 PM

Page 26: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

22

Berdasarkan pengemaskinian di atas maka dapatlah dibezakan antara ejaan daun dengan di awan, kair dengan ke air, bentuk tulisannya adalah seperti yang berikut:

4 Huruf ya tidak bertitik < > atau Alif Maqsurah telah dikhususkan penggunaannya, iaitu padanannya bagi padanan huruf < e > yang terletak di akhir kata. Contohnya perkataan {-isme}.

5 Dalam ejaan mutakhir, penggunaan huruf alif telah disempurnakan seperti berikut:

5a Dalam ejaan baru jika perkataan diakhiri dengan huruf kaf ( ) atau ga ( ), maka huruf alif tidak perlu lagi digunakan. Contohnya:

Ejaan Rumi Ejaan Jawi baru

daun

di awan

ke air

di air

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

islamisme

nasionalisme

komunisme

sosialisme

Riak Bahasa Bil. 9.indd 22 6/2/09 3:40:07 PM

Page 27: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

23

5b Dalam ejaan baru jika perkataan yang diakhiri selain daripada huruf kaf ( ) atau ga ( ), maka huruf alif hendaklah ditambahkan sebagai penutup kata. Contohnya:

6 Bentuk penulisan kata ulang atau kata ganda dijelaskan melalui dua cara seperti yang berikut:

6a jika kata ulang penuh, baik diulang pada kata akar mahupun kata berimbuhan, hendaklah dieja dengan menggunakan angka dua Arab [ ] iaitu merujuk kepada pengulangan pada perkataan tersebut.

Contohnya:

Hukum kaf ga Ejaan Jawi

buka

jika

suka

jingga

juga

rongga

Perkataan Ejaan Jawi

tiba

cita

kira

guna

cuba

harta

Riak Bahasa Bil. 9.indd 23 6/2/09 3:40:08 PM

Page 28: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

24

6b jika kata ulang sebahagian hendaklah dieja dengan menggunakan tanda sempang [ - ] tanpa menggunakan angka dua Arab.

Contohnya:

7. Tatacara mengeja kata pinjaman dari bahasa Arab, dijelaskan dengan tiga sandaran iaitu:

7a. Kata-kata yang berbentuk istilah keislaman, tetap dieja seperti bahasa asalnya. Contohnya perkataan fardu ( ) dan taqwa ( ). jika kata-kata asal ini menerima atau dibubuh imbuhan akhiran, maka huruf vokal hendaklah ditambah atau ditukar sebelum diiringi dengan imbuhan akhiran tersebut iaitu pada perkataan fardu hendaklah ditambah vokal < > iaitu

( ) dan perkataan taqwa hendaklah ditukar huruf ya < > kepada alif < > iaitu ( ).

Perkataan Ejaan Jawi

cita-cita

orang-orang

rumah-rumah

tiba-tiba

Perkataan Ejaan Jawi

berkasih-kasihan

keanak-anakan

orang-orangan

sekali-kali

selama-lamanya

Riak Bahasa Bil. 9.indd 24 6/2/09 3:40:08 PM

Page 29: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

25

Prinsip mengekalkan istilah keislaman adalah bagi mengelakkan dieja berlainan daripada ejaan asalnya, kerana kemungkinan ejaan tersebut membawa makna atau konsep yang menyalahi dan menjejaskan fahaman dan aqidah.

7b Kata-kata yang bukan berbentuk keislaman hendaklah ditulis mengikut ejaan asalnya. Contohnya:

Perlu juga diingat mana-mana ejaan asalnya yang boleh menimbulkan kekeliruan, maka ejaannya hendaklah mengikut aturan bahasa melayu yang sedia ada, perubahan hanya boleh dibuat pada huruf vokal sahaja, manakala huruf konsonan dari bahasa asalnya hendaklah dikekalkan. Contohnya pada perkataan alim dieja < >, dan bukannya < > yang membawa makna alam.

7c Kata-kata yang sudah terserap ke dalam bahasa melayu, hendaklah dieja menurut aturan yang digunakan dalam bahasa melayu. Contohnya:

Perkataan Ejaan Jawi

bahas

sahih

syukur

Perkataan Ejaan Jawi

sabun

kertas

milik

Riak Bahasa Bil. 9.indd 25 6/2/09 3:40:08 PM

Page 30: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

26

8 Bentuk kata berhomograf iaitu kata yang sama ejaannya dengan kata lain, tetapi berbeza sebutan (lafaz) dan maknanya, sebahagiannya diterangkan dalam daftar kata seperti yang berikut:

ab‘ad (jauh)

ab‘ad (sunat)

adan (syurga)

adan (penyekat)

ajab (hairan)

ajab (azab)

akal (daya fikir)

akal (akalsari)

akas (kebalikan)

akas (pantas)

akrab (karib)

akrab (bintang)

ala (secara)

ala (atas)

alfa (huruf Yunani)

alfa (seribu)

alim (sj damar)

alim (berilmu)

ambal (berarak)

ambal (jeling)

Riak Bahasa Bil. 9.indd 26 6/2/09 3:40:09 PM

Page 31: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

27

amben (ikat pinggang)

amben (balai)

amil (pemungut zakat)

amil (sj siput)

aqidah (akidah)

aqiqah (akikah)

ardi (gunung)

ardi (bumi)

arham (paling mengasihani)

arham (pertalian darah)

asah (yg lebih benar)

asah (kilir)

asar (kesan)

asar (waktu)

asi (derhaka)

asi (perhatian)

aula (utama)

aula (ruangan)

azal (berpecah)

azal (kekal)

ba (huruf)

ba (tahun)

bad (angin)

Riak Bahasa Bil. 9.indd 27 6/2/09 3:40:09 PM

Page 32: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

28

bad (bedebah)

badar (purnama; sj batu)

badar (sj ikan)

bahar (laut)

bahar (bahara)

bahari (indah, kuno)

bahari (ttg laut)

baid (sopak)

baid (jauh)

bala (tentera)

bala (bencana)

batin (Tok batin)

batin (dlm hati)

bayan (nyata)

bayan (sj burung, sj ikan)

beban (tanggungan)

beban (degil)

beca (bengkak bernanah)

beca (sj kenderaan)

becak (bintik)

becak (berlumpur)

bedak (bahan)

bedak (bahagi)

Riak Bahasa Bil. 9.indd 28 6/2/09 3:40:10 PM

Page 33: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

29

bek (pemain sukan)

bek (bunyi)

belak (belang)

belak (membuka)

belok (pasung)

belok (bengkok)

belon (belum)

belon (bebola getah)

bena (ombak)

bena (endah)

bengkok (upah)

bengkok (tidak lurus)

bentan (berbalik sakit)

bentan (sj tumbuhan)

bentar (waktu)

bentar (berkeliling)

beres (sejuk)

beres (selesai)

beret (lecet)

beret (pemilih)

beri (serah)

beri (sj tumbuhan)

beti (sj tumbuhan)

Riak Bahasa Bil. 9.indd 29 6/2/09 3:40:10 PM

Page 34: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

30

beti (bukti)

bikir (gadis)

bikir (sj tumbuhan)

bin (anak lelaki)

bin (sj rumput)

cengki (patut)

cengki (nasib baik)

ceri (gelang)

ceri (tumbuhan)

dalalah (sesat)

dalalah (barua)

dan (kata hubung)

dan (sempat)

dendang (sj perahu, kumbang, burung)

dendang (lagu)

dentur (letupan kecil)

dentur (gigi palsu)

derik (bunyi)

derik (menara)

egah (mulia)

Riak Bahasa Bil. 9.indd 30 6/2/09 3:40:11 PM

Page 35: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

Borang Cadangan

Nama:

Alamat Sekolah/Pejabat/rumah:

No. Tel. Bimbit: No. Tel. Sekolah/Pejabat:

Alamat e-mel:

Sila kemukakan sebarang usul dan pandangan awda:

Alamatkan kepada:

Ketua editor Riak BahasaBahagian Pembinaan dan Pengembangan BahasaDewan Bahasa dan PustakaKementerian Kebudayaan, Belia dan SukanLapangan Terbang Lama Berakas BB3510Negara Brunei Darussalam

Tel.: 2380472 (Faksimile) 2382511 sambungan 127, 128, 130, 155, 158

atau e-mel: [email protected]

Riak Bahasa Bil. 9.indd 31 6/2/09 3:40:11 PM

Page 36: K A N D U N G A N -  · PDF fileMauludiah Haji Md. Yusof ... tapi kini bahasa melayu dalam era globalisasi berhadapan ... dengan bahasa inggeris dan mandarin,

Riak Bahasa Bil. 9.indd 32 6/2/09 3:40:11 PM