syarat_permohonan

4
SYARAT PERMOHONAN PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM 1. PENDAHULUAN Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam bagi tahun 2013. Penawaran ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan (AKP/AKS) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM. Pegawai boleh mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran di 20 universiti awam dalam negara. Pegawai yang terpilih mengikuti program ini akan ditaja yuran pengajian sebagaimana yang dituntut oleh pihak universiti dan akan dibayar setelah pegawai mendaftar dan mengikuti pengajian di universiti berkenaan. Program ini merupakan usaha Kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Kerajaan tidak menjanjikan sebarang jaminan kenaikan pangkat atau lantikan ke jawatan yang lebih tinggi setelah pegawai menamatkan pengajian di bawah penajaan ini 2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN 2.1 Warganegara Malaysia; 2.2 Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan (AKP/AKS) gred 40 dan ke bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM bagi semua peringkat pengajian. Nota : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan (AKP/AKS) seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Pengurusan Murid adalah layak memohon program ini bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran. 2.3 Pegawai telah menerima tawaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada tahun 2012 atau 2013 secara separuh masa di IPTA. Bagi pegawai yang sedang mengikuti pengajian, hendaklah mempunyai minimum tiga (3) semester baki pengajian pada September 2013; 2.4 Penajaan adalah bemula dari tahun 2012 atau 2013 sehingga 2016 sahaja; 2.5 Telah berkhidmat secara tetap tidak kurang daripada dua (2) tahun; 2.6 Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;

Upload: mullai21

Post on 26-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

upsi

TRANSCRIPT

Page 1: syarat_permohonan

SYARAT PERMOHONAN

PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM

1. PENDAHULUAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menawarkan

Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Penjawat Awam bagi tahun 2013.

Penawaran ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota

Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan (AKP/AKS) lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan

Pendidikan (SPP) di KPM. Pegawai boleh mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda,

Sarjana dan Kedoktoran di 20 universiti awam dalam negara. Pegawai yang terpilih mengikuti

program ini akan ditaja yuran pengajian sebagaimana yang dituntut oleh pihak universiti dan

akan dibayar setelah pegawai mendaftar dan mengikuti pengajian di universiti berkenaan.

Program ini merupakan usaha Kerajaan menyokong pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa. Kerajaan tidak menjanjikan sebarang jaminan kenaikan pangkat atau lantikan ke jawatan yang lebih tinggi setelah pegawai menamatkan pengajian di bawah penajaan ini

2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

2.1 Warganegara Malaysia;

2.2 Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan (AKP/AKS) gred 40 dan ke bawah lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di KPM bagi semua peringkat pengajian.

Nota : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dan Anggota

Kumpulan Pelaksana/Kumpulan Sokongan (AKP/AKS) seperti Pembantu Tadbir

(Perkeranian/Operasi), Pembantu Pengurusan Murid adalah layak memohon program

ini bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana atau Kedoktoran.

2.3 Pegawai telah menerima tawaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran pada tahun 2012 atau 2013 secara separuh masa di IPTA. Bagi pegawai yang sedang mengikuti pengajian, hendaklah mempunyai minimum tiga (3) semester baki pengajian pada September 2013;

2.4 Penajaan adalah bemula dari tahun 2012 atau 2013 sehingga 2016 sahaja; 2.5 Telah berkhidmat secara tetap tidak kurang daripada dua (2) tahun;

2.6 Telah disahkan dalam skim perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;

Page 2: syarat_permohonan

SYARAT PERMOHONAN

2.7 Berumur tidak melebihi 50 tahun pada 31 Disember 2013;

2.8 Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 80 peratus bagi tempoh 2 tahun berturut-turut (2011 dan 2012) genap satu tahun kalendar. Sekiranya pegawai pernah diluluskan cuti belajar dalam tempoh tersebut, sila kemukakan LNPT tahun sebelum/selepas tempoh cuti belajar;

2.9 Bebas dari tindakan tatatertib, bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada kes mahkamah;

2.10 Pegawai telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan untuk mengikuti pengajian secara separuh masa;

2.11 Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai;

2.12 Mengikuti pengajian dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan. Semakan bidang-bidang yang diiktiraf boleh dibuat di portal e-SISRAF iaitu http://pengiktirafan.jpa.gov.my/;

2.13 Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti;

2.14 Telah menyelesaikan atau sedang membuat pembayaran balik pinjaman pelajaran secara ansuran (sekiranya berkaitan) bagi pinjaman yang ditaja oleh agensi Kerajaan; dan

2.15 Tidak tersenarai dalam senarai hitam biasiswa/pinjaman pelajaran Kerajaan

3. UNIVERSITI

Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terlibat adalah di Lampiran A.

4. PERMOHONAN 4.1 Permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat melalui laman sesawang KPM di

http://www.moe.gov.my 4.2 Dokumen berikut perlu dihantar bersama Borang Permohonan online yang telah

lengkap dicetak dan disahkan:

(i) Senarai Semak Permohonan; (ii) Salinan Kad Pengenalan; (iii) Semua salinan transkrip peperiksaan dan Skrol Ijazah;

Page 3: syarat_permohonan

SYARAT PERMOHONAN

(iv) Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti; (v) Salinan Buku Perkhidmatan Kerajaan; dan (vi) Salinan surat kelulusan Mengikuti Kursus di bawah Program Jarak Jauh/Luar

Kampus 4.3 Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan

Profesional 4.4 Dokumen yang telah lengkap hendaklah dialamatkan kepada:

Setiausaha Bahagian Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, Blok 2251, Jalan Usahawan 1 63000 Cyberjaya SELANGOR (u.p. : Cawangan Latihan Dalam Perkhidmatan)

Sila catatkan Dokumen Program Yuran Pengajian di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

5. HAK KPM 5.1 Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta perubahan dasar

kerajaan dari semasa ke semasa. Oleh itu, KPM tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun pemohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

5.2 KPM berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada kemudahan biasiswa yang

disediakan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.

5.3 KPM berhak menarik balik tawaran biasiswa sekiranya didapati perlu, tanpa perlu

memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Page 4: syarat_permohonan

SYARAT PERMOHONAN

LAMPIRAN A

SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

BAGI PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PENJAWAT AWAM

BIL NAMA UNIVERSITI

1. Universiti Malaya (UM)

2. Unversiti Sains Malaysia (USM)

3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

4. Universiti Putra Malaysia (UPM)

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

6. Universiti Teknologi Mara (UiTM)

7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

8. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

10. Universiti Utara Malaysia (UUM)

11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

12. Universiti Tun Husein Onn Malaysia (UTHM)

13. Universiti Malaysia Melaka (UTeM)

14. Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP)

15. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

16. Universiti Malaysia Pahang (UMP)

17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)