surat pemberitahuan pejabat ... - .negara brunei darussalam syarat-syarat am: (a) pemohon terdiri

Download SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT ... - .NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Syarat-Syarat Am: (A) PEMOHON terdiri

Post on 10-Jul-2019

217 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • PENGIKLANAN JAWATAN KOSONG PERATURAN 7(a)

    Iklan adalah dibukakan kepada orang ramai dan pegawai-pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Negara

    Brunei Darussalam.

    PEGAWAI ARKIB (B.2 EB.3 / B.2) JABATAN-JABATAN KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    Syarat-Syarat Am: (A) PEMOHON terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

    Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. (B) Pemohon mempunyai pengetahuan kerasmian agama Islam, adat istiadat,

    kebudayaan, perkembangan sosial, ekonomi dan politik Negara Brunei Darussalam.

    (C) Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau

    bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana daerah di negara ini.

    (D) Bagi pemohon yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Kerajaan hendaklah mempunyai tahap penilaian prestasi sekurang-kurangnya SANGAT BAIK bagi tempoh tiga (03) tahun kebelakangan.

    SURAT PEMBERITAHUAN PEJABAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM

    NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN : IKLAN 27/04/19

  • Senarai semak sebelum memohon jawatan kosong dalam Bahagian II

    Sila pastikan maklumat-maklumat berikut hendaklah lengkap dan di muat naik

    ke dalam Profil awda sebelum menekan butang Apply;

    Kad pengenalan dan Lesen Memandu (jika berkenaan).

    SIJIL Degree (Ijazah Sarjana Muda) serta KELULUSAN TRANSKRIP yang

    dikehendaki oleh Skim Iklan dan PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN KELULUSAN

    (MKPK) bagi kelulusan Institusi Pengajian Swasta dan Institusi dari luar negeri.

    Hendaklah ada maklumat bidang kelulusan (field) seperti contoh Business

    Administration di ruangan yang tersembunyi dengan menekan tanda + disebalah

    kiri diruangan Bachelor of Arts. jika sekiranya belum diisikan maklumat bidang

    (field), sila tekan tanda +add dibawah kelulusan tersebut dan seterusnya menaip

    bidang awda seperti contoh Business Administration, Employment Relation dan

    sebagainya.

  • Bagi pemohon yang memenuhi syarat pengalaman sahaja, pastikan mempunyai

    pengalaman sepertimana kehendak skim dan seterusnya memastikan SIJIL

    Kelulusan Tertinggi yang diperolehi berserta KELULUSAN TRANSCRIPT (jika

    berkenaan) dan PENGESAHAN PENGIKTIRAFAN kelulusan (MKPK) bagi kelulusan

    Institusi Pengajian Swasta dan Institusi dari luar neger.

    Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, pastikan di dalam profil

    awda terdapat ruangan Current Government Employee/Warga Perkhidmatan

    Awam Negara Brunei Darussalam. Jika sekiranya tidak ada, pemohon hendaklah

    memaklumkan kepada POC (Kementerian/Jabatan) dan seterusnya POC

    (Kementerian /Jabatan) akan memaklumkan kepada POC (SPA).

  • KELAYAKAN MINIMUM: 1. a) TANGGAGAJI B.2 EB.3

    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Perpustakaan / Information and Library Studies / Archive, Library and Information Studies / Information and Library Management / Information Technology / Information Management / Multimedia atau bidang bersesuaian.

    Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.

    b) TANGGAGAJI B.2

    i) BDTVEC/BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Sains Perpustakaan / Information and Library Studies / Archive, Library and Information Studies / Information and Library Management / Information Technology / Information Management / Multimedia atau bidang bersesuaian dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai Penyelia Arkib atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 5 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

    ATAU

    ii) Telah berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan sebagai

    Penyelia Arkib atau dalam jawatan bersesuaian dalam tanggagaji C.3 tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

    2. Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

    3. Boleh bekerja dengan cepat dan teliti termasuk dalam suasana tegang.

    4. Hendaklah mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam dan meluas

    serta bijak dalam hal ehwal penyimpanan yang teratur dan bersistematik.

    1. PEGAWAI ARKIB

    JABATAN-JABATAN KERAJAAN

    B.2 EB.3 [$2,270 - $4,240 SEBULAN] ATAU

    B.2 [$2,270 - $3,760 SEBULAN]

    KEKOSONGAN = SATU (01)

  • 5. Hendaklah mempunyai kebolehan dalam pembahagian sesuatu

    penyimpanan mengikut kategori.

    6. Hendaklah mempunyai kebolehan dalam membuat rekod (cataloguing) ke atas penyimpanan mengikut kategori.

    7. Mempunyai pengetahuan dalam pembahagian sesuatu penyimpanan mengikut genre terutama dalam hal ehwal rancangan-rancangan televisyen / rancangan-rancangan radio adalah merupakan satu kelebihan.

    8. Hendaklah mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang baik di samping boleh menjadi pembimbing atau mentor kepada pegawai / kakitangan di bawah jagaan.

    9. Syarat-syarat lain yang dikawal oleh peraturan-peraturan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB: 1. Mengetuai Unit Perpustakaan dan Arkib dalam mengendalikan hal ehwal

    tugas yang berkenaan di unit tersebut serta memastikan urusan kerja harian dapat dijalankan dengan baik, terurus dan teratur.

    2. Bertanggungjawab terhadap penjagaan bahan rancangan seperti filem / pita / piring hitam / cakera padat (compact disc CD) dan lain-lain format bagi bahan audio-visual dari tempatan dan luar negeri yang ditempatkan di tempat-tempat khusus bawah penjagaan Unit Perpustakaan dan Arkib.

    3. Bertanggungjawab dalam pengendalian proses-proses pemilihan dan perolehan bagi bahan rancangan yang bersejarah dan mengandungi unsur kenegaraan untuk diarkib dan bertanggungjawab dalam pengurusan, pemeliharaan, penyimpanan dan keselamatan bahan-bahan penting tersebut.

    4. Memastikan semua penyalinan bahan rancangan kepada format yang berkenaan adalah teratur dan terurus mengikut peraturan-peraturan yang ada.

    5. Memastikan semua bahan rancangan diklasifikasikan / dikategorikan dan dikatalog dengan sistematik dan teratur untuk memudahkan ianya diurus dan diperolehi.

  • 6. Memastikan segala penyusunan serta penyimpanan bahan rancangan adalah dalam keadaan teratur dan selamat.

    7. Mengurus dan mentadbir tugas-tugas yang diamanahkan dan memastikan unit di bawah jagaannya dapat memberi perkhidmatan yang dipohonkan oleh bahagian-bahagian yang berkenaan di Jabatan Radio Televisyen Brunei dalam hal ehwal penerbitan dan siaran rancangan-rancangan seperti yang dijadualkan.

    8. Memastikan proses keluar dan masuk bahan rancangan seperti menyediakan bahan rancangan untuk keperluan bahagian-bahagian yang berkenaan untuk disiarkan adalah mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.

    9. Memastikan bahan rancangan yang berkenaan dari luar negeri dikembalikan atau dimusnahkan (tertakluk kepada persetujuan dahulu) setelah tempoh lesen penyiarannya mansuh mengikut proses peraturan yang sedia ada.

    10. Mentadbir dan mengawas pegawai / kakitangan di bawah jagaannya bagi memastikan segala urusan kerja harian dapat dijalankan dengan baik, terurus dan teratur.

    11. Menyediakan laporan tahunan bagi projek-projek yang dikendalikan di unit tersebut setiap 3 bulan dalam setahun (4 laporan).

    12. Merangka strategi, garis pandu dan tatacara untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti unit tersebut dari semasa ke semasa mengikut kehendak dan matlamat jabatan.

    13. Merancang dan menyediakan anggaran belanjawan bagi projek-projek yang berkaitan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan, keberkesanan dan keupayaan fasiliti di unit tersebut.

    14. Hendaklah bersedia bertugas pada bila-bila masa termasuk di luar waktu bekerja biasa dan di mana-mana sahaja dikehendaki sebagaimana yang diarahkan.

    15. Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Recommended

View more >