syarat dan panduan pertandingan

7
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKA CIPTA 2015 Disediakan oleh: Jawatankuasa Teknikal INOVATION TOWARDS EXCELLENCE

Upload: hafiez-ahmad

Post on 10-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pertandingan

TRANSCRIPT

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKA CIPTA 2015

SYARAT DAN PANDUAN PERTANDINGAN HARI INOVASI DAN REKA CIPTA 2015KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH

1. PENGENALANKolej Komuniti Masjid Tanah bakal melahirkan bakal tenaga kerja mahir di dalam bidang teknikal dan teknologi yang berkepimpinan dan berkaliber mengcakupi segala aspek. Sejajar dengan wawasan itu, adalah perlu diadakan satu program yang dapat meningkatkan minat pensyarah serta mencungkil kreativiti dan inovasi para pelajar supaya dapat membina jati diri untuk bersaing dengan dunia luar.

2. OBJEKTIFa) Melahirkan pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah yang berdaya saing, berketrampilan, berinovasi dan kreatif.b) Menjadikan pensyarah sebagai ikon positif kepada pelajar untuk berubah menjadi lebih baik.c) Memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mempertandingkan hasil inovasi mereka.d) Memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam sesi soal jawab dengan pengunjung.e) Memupuk minat pensyarah terhadap inovasi dan kreativiti.f) Membajai semangat inovasi dalam minda para pelajar.

3. KATEGORI PERTANDINGANPertandingan ini terbahagi kepada dua kategori: a) Stafb) Pelajar

4. KATEGORI PRODUKa) Inovatif penambahbaikan kepada proses atau produk sedia ada.b) Rekabentuk rekabentuk pelan, corak 3D atau multimedia.

5. PENGECUALIANBerikut adalah penyertaan yang tidak diterima: a) Rekacipta, inovasi kepenggunaan atau rekabentuk yang digunakan oleh pihak lain ataupun bercanggah dengan kebaikan, keselamatan dan moral masyarakatb) Rekacipta yang tidak boleh diterangkan nyata seperti prinsip sains dan teori abstrak.

6. SYARAT PENYERTAANa) Pertandingan ini TERBUKA kepada semua warga Kolej Komuniti Masjid Tanah.b) Pernyertaan pertandingan boleh dihantar secara individu atau berkumpulan dengan tidak boleh melebihi 3 orang satu kumpulan.c) Produk mestilah asli dan ciptaan sendiri atau berkumpulan dan bukan plagiat.d) Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti. e) Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-mana pertandingan luar sebelum ini perlu MENGUBAH sekurang-kurangnya 30% hasil inovasi atau rekabentuk bagi penyertaan dalam pertandingan ini. Pihak urusetia BERHAK MENOLAK penyertaan sekiranya peserta tidak berbuat demikian. f) Pemohon hendaklah menggunakan satu borang bagi setiap satu penyertaan.g) Kos projek adalah di atas tanggungan individu atau kumpulan masing-masing.h) Peserta yang bertanding mesti berada di ruang pameran sepanjang pertandingan berlangsung.i) Peserta yang menutup pameran sebelum pengumuman pemenang akan mengakibatkan penyertaan terbatal dan tidak akan menerima apa-apa hadiah sekiranya terpilih untuk memenanginya. j) Keputusan panel juri adalah muktamad.k) Tarikh akhir penghantaran borang beserta kertas kerja projek adalah pada 20 Mac 2015.

7. KANDUNGAN LAPORAN PROJEK Kandungan laporan projek adalah laporan yang perlu dibawa ketika hari pertandingan berlangsung. Kandungan laporan projek peserta mestilah mengandungi item-item berikut:a) Pengenalanb) Penyataan masalahc) Ciri-ciri inovasid) Cara operasi / pengendaliane) Gambarajah inovasi / konseptualf) Impak inovasig) Cadangan penabahbaikan

8. PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEKa) Gunakan ketas A4. b) Gunakan font Times New Roman (TNR) atau Arial. c) Tajuk ditulis dengan font bersaiz 20pt TNR, bold, tengah. d) Nama pelajar dan penasihat ditulis dengan font 14pt, tengah. e) Tajuk utama: 14pt TNR, bold, sebelah kiri. f) Subtajuk utama: 12pt TNR, bold, sebelah kiri. g) Gunakan selang 1.5. h) Pastikan margin 2.5 cm pada setiap sisi kiri kertas .i) Rajah dan jadual perlu dilabel dan dinomborkan dengan betul. j) Laras bahasa dan format penulisan perlu diedit dan disemak sebelum penghantaran laporan dibuat.

9. PENYAMPAIAN LAPORAN PROJEKPeserta diberi masa selama 10minit sahaja untuk membentangkan hasil inovasi atau rekabentuk dalam Bahasa Melayu atau Bahasa English dan 5 minit untuk menjawab soalan yang diberikan oleh panel / juri.

10. PAMERAN PROJEKa) Setiap peserta akan disediakan tapak pameran yang merangkumi sebuah meja dan 2 buah kerusi untuk mempamerkan hasil inovasi / rekabentuk yang dihasilkan.b) Peserta perlu menyediakan satu poster bersaiz A3 mengikut templete yang telah disediakan oleh pihak urusetia.c) Salinan softcopy poster hendaklah di email kepada urusetia.d) Kos persiapan poster adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.

11. KRITERIA PENILAIANPanel juri yang dilantik oleh jawatankuasa penganjur akan menilai peserta berdasarkan kriteria berkut:a) Kecenderungan inovasi / rekabentuk 35%b) Kecenderungan fungsi 25%c) Nilai komersial 15%d) Persembahan 15%e) Laporan - 10%**Untuk mendapatkan maklumat perincian kriteria sila rujuk Lampiran 1.

12. ANUGERAH / HADIAHHadiah akan diberikan mengikut 2 kategori pertandingan yang telah ditetapkan. a) Johan Kategori Rekabentuk (Design)Pelajar Staf

b) Johan Kategori Inovatif (Innovation)Pelajar Staf

c) Naib JohanPelajar Kakitangan

13. UNTUK PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGIBagi sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan a) Zuraidi Bin Md [email protected]) Rajabunesha Binti Anwar [email protected]

LAMPIRAN 1

BAHAGIANKRITERIAPERATUS

(A)

KECENDERUNGAN INOVASI

(35%)

Keunikan, tersendiri, asli (orginality) dan berbeza dengan projek-projek sedia ada.

10%

Kaedah pelaksanaan projek hendaklah menggunakanteknologi terkini / update.

10%

Mempunyai nilai ciptaan ataupun value creation.

5%

Projek yang berpotensi untuk berkembang dan mempunyai perancangan masa hadapan beserta dengan penambahbaikan dan outcome yang disasarkan dengan pelaksanaan perancangan tersebut.

5%

Rekabentuk projek yang dihasilkan mengambilkira dan memenuhi kehendak dan keperluan pengguna

5%

(B)

KECENDERUNGAN FUNGSI

(25%)

Projek yang mempunyai fungsi dan ciri-ciri yang menarik seperti integrasi dan mekanisme kawalan.

10%

Mudah untuk dicapai dan digunakan pengguna / user friendly

5%

Projek mestilah stabil dan kestabilan dapat diukur seperti kekarapan capaian dan response time.(penjimatan masa)

5%

Projek hendaklah praktikal untuk digunakan serta memudahkan atau memendekan proses kerja yang terlibat.(meningkatkan produktiviti)

5%

(C)

NILAI KOMERSIAL

(15%)

Projek yang dapat menunjukkan keberhasilan yang signifikan atau bermakna.

5%

Memberi kesan atau impak yang tinggi kepada institusi / kumpulan sasar.

5%

Boleh diterimapakai dan dilaksanakan di peringkat tempatan, nasional dan global.

2%

Projek dapat memenuhi keperluan dan permintaan semasa.

3%

(D)

PERSEMBAHAN

(15%)

Pembentangan hasil projek

5%

Penggunaan multimedia / media cetak sebagai platform penyebaran maklumat

5%

Sesi soal jawab

5%

(E)

LAPORAN

(10%)

Abstrak dan ringkasan projek

1%

Pengenalan dan pernyataan Masalah

1%

Ciri-ciri inovasi, cara operasi / pengendalian, gambarajah inovasi / konseptual

5%

Impak inovasi, cadangan penambahbaikan

3%