syarat borang logo

5
1 PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SEMPENA PENGISYTIHARAAN KUCHING SEBAGAI BANDARAYA PERPADUAN 1. LATAR BELAKANG 1.1 Satu pertandingan mencipta logo akan diadakan bersempena dengan pengisytiharaan bandaraya Kuching sebagai bandaraya Perpaduan pada 1 Ogos 2015. 1.2 Bandaraya Perpaduan adalah idea yang diilhamkan oleh Yayasan 1Malaysia. 1.3 Sekiranya langkah ini berjaya, bandaraya Kuching akan menjadi bandaraya yang pertama dianugerahkan sebagai bandaraya Perpaduan di Malaysia. 2. OBJEKTIF PERTANDINGAN 2.1 Mewujudkan logo bagi menggambarkan perpaduan rakyat Sarawak sejajar dengan pengisytiharaan yang diberi. 2.2 Memberi penghargaan dan pengiktirafan secara formal kepada warga Malaysia untuk melahirkan idea yang kreatif dan inovatif dalam mencipta logo. 3. SYARAT PERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN BORANG PENYERTAAN 3.1 Syarat dan Terma Pertandingan a) Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. b) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang. c) Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk / ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara. d) Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo akan menjadi hakmilik Kerajaan Negeri dan tidak akan dikembalikan. Kerajaan Negeri berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi e) Pemenang akan menerima hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan.

Upload: harold-milton

Post on 07-Dec-2015

266 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

untuk program

TRANSCRIPT

Page 1: Syarat Borang Logo

1

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SEMPENA PENGISYTIHARAAN KUCHING SEBAGAI BANDARAYA PERPADUAN

1. LATAR BELAKANG 1.1 Satu pertandingan mencipta logo akan diadakan bersempena dengan pengisytiharaan

bandaraya Kuching sebagai bandaraya Perpaduan pada 1 Ogos 2015.

1.2 Bandaraya Perpaduan adalah idea yang diilhamkan oleh Yayasan 1Malaysia. 1.3 Sekiranya langkah ini berjaya, bandaraya Kuching akan menjadi bandaraya yang

pertama dianugerahkan sebagai bandaraya Perpaduan di Malaysia. 2. OBJEKTIF PERTANDINGAN 2.1 Mewujudkan logo bagi menggambarkan perpaduan rakyat Sarawak sejajar dengan pengisytiharaan yang diberi. 2.2 Memberi penghargaan dan pengiktirafan secara formal kepada warga Malaysia untuk melahirkan idea yang kreatif dan inovatif dalam mencipta logo. 3. SYARAT PERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN BORANG PENYERTAAN 3.1 Syarat dan Terma Pertandingan a) Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia. b) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang. c) Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk / ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara. d) Semua logo yang diterima oleh Urus Setia Pertandingan Logo akan menjadi hakmilik Kerajaan Negeri dan tidak akan dikembalikan. Kerajaan Negeri berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi e) Pemenang akan menerima hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan.

Page 2: Syarat Borang Logo

2

3.2 Spesifikasi Reka Bentuk Logo a) Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak. b) Reka bentuk hendaklah dihasilkan menggunakan kertas bersaiz A4 (ukuran 21 cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dan dilekatkan pada kertas tebal atau mounting board dan juga disediakan dalam bentuk softcopy menggunakan format (Adobe PDF) atau JPEG resolusi minimum 1280 x 960. c) Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan. d) Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas. e) Setiap penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan; f) Setiap penyertaan hendaklah memuatkan tema “KUCHING… BANDARAYA PERPADUAN” atau “KUCHING… CITY OF UNITY”. 4. BORANG PENYERTAAN 4.1. Setiap peserta hendaklah mengisi borang penyertaan yang disediakan. 4.2. Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing-masing iaitu : A. Butiran Peserta Nama Penuh : …………………………………………… Nombor Kad Pengenalan : …………………………………………… Alamat Penuh : …………………………………………… Nombor Telefon : (P)…………………………………………………… (H/P)………………………………………… Emel : ……………………………………………

B. Penjelasan (Rasional) Reka Bentuk Logo Dan Simbol Serta Warna Yang Digunakan

Page 3: Syarat Borang Logo

3

4.3. Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk hard copy dan soft copy (dalam format Adobe .pdf dan .jpeg). sama ada melalui pos atau emel kepada [email protected] atau hantar terus ke Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako. 4.4. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Encik Henderson Guyut / Puan Normala Bt Juatan atau Puan Ianabella Raeng ditalian 082-319700. 4.5. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Julai 2015 (Sabtu). 4.6. Sebarang penyertaan yang diterima selepas 25 Julai 2015 tidak akan dilayan oleh pihak Urus Setia. 4.7. Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut;

Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak (U/P: Urus Setia Pertandingan Mencipta Logo Kuching Bandaraya Perpaduan ) Jalan Diplomatik Off Jalan Bako 93050 Kuching Telefon : 082-319700

4.8. Pastikan di sebelah atas kiri sampul tertulis ‘Pertandingan Mencipta Logo Kuching Bandaraya Perpaduan’. 4.9. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri. 5. METODOLOGI PENILAIAN 5.1 Penilaian akan dilakukan terhadap semua penyertaan yang diterima daripada peserta yang menyertai pertandingan ini. 5.2 Penilaian akan dijalankan melalui penelitian terhadap layout/design logo dan rasional reka bentuk yang dihantar kepada Urus Setia Pertandingan. 6. PEMENANG & HADIAH PERTANDINGAN 6.1 Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang hanya layak menerima satu hadiah wang tunai dan sijil penghargaan sahaja.

Page 4: Syarat Borang Logo

4

7. PANEL PENILAI 7.1 Penilaian akan dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh kerajaan Negeri Sarawak. 7.2. Semua penyertaan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD oleh Panel Penilai. 7.3. Panel Penilai berhak untuk membatalkan penyertaan pada mana-mana peringkat pertandingan sekiranya didapati peserta tidak mematuhi mana-mana syarat yang dinyatakan. 7.4. Panel Penilai berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang disertai sekiranya perlu. 7.5. Logo yang terpilih akan diguna pakai dan menjadi hak milik Kerajaan Negeri Sarawak. 8. HADIAH 8.1 Pemenang akan menerima wang tunai RM5,000 berserta sijil penyertaan. 8.2 Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia melalui telefon atau surat atau emel.

Page 5: Syarat Borang Logo

5

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KUCHING BANDARAYA PERPADUAN

BORANG PENYERTAAN

A. BUTIRAN PESERTA Nama

: …………………………………………………….

No. Kad Pengenalan

: …………………………………………………….

Alamat

: ……………………………………………………. …………………………………………………….. …………………………………………………….. ……………………………………………………..

Emel

: …………………………………………………….

No. Telefon

(P) : ……………………………………………….

(H/P) : ……………………………………………

B. PENJELASAN (RASIONAL) REKA BENTUK LOGO DAN SIMBOL SERTA WARNA YANG

DIGUNAKAN

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………….