syair mendapat gemala naga

Click here to load reader

Upload: haziana

Post on 06-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

F2

TRANSCRIPT

SYAIR MENDAPAT GEMALA NAGA

SYAIR MENDAPAT GEMALA NAGA Dewa pun duduk ia bercerita,Asal mulanya dapat sengsara,Oleh disakitkan saudara,Setahun sudah di dalam penjara.

Sekalian habis diceritakan,Suatu tidak dilindungkan,Terlalu belas naga mendengarkan,Diambil gemalanya lalu diberikan.

Ambillah tuan muda bestari,Gemala ini nenek memberi,Harganya itu tujuh buah negeri,Apa kehendak keluar sendiri.

Jikalau orang terkena bisa,Airnya sapukan beri berasa,Jika ditolong Tuhan Yang Esa,Dengan seketika beroleh sentosa.

Atau cucuku hendak berperang,Di dalam gua keluarlah orang,Beribu keti keluarlah orang,Dua belas hulubalang yang garang-garang.

Setelah dewa mendengarkan kata,Terlalu suka di dalamnya cita,Lalu bermohon keduanya serta,Menuju jalan tanahnya rata.

Berjalan ia berdua bersaudara,Mengikut pantai tepi segara,Siang dan malam tiada antara,Terus ke negeri Inderanegara..Setelah sudah paginya hari,Sampailah ia ke hujung negeri,Bertemulah rumah sebuah berdiri,Rumah kebayan orang yang bahari.

Rangkap 1Dewa bercerita tentang kesengsaraannya yang berpunca daripada dikhianati oleh saudaranya sendiri dan dia berada dalam penjara selama setahunRangkap 2Setelah habis dewa dua beradik bercerita, naga berasa kasihan mendengar cerita tersebut lalu memberikan batu geliga saktinya kepada mereka.Rangkap 3Naga menerangkan kepada dewa dua beradik, batu geliga sakti ini sangat bernilai kerana mampu menunaikan sebarang hajat hati dan tujuan empunya diri.Rangkap 4Batu geliga sakti itu dapat merawat sebarang penyakit dan memberi ketenangan jiwa dengan Tuhan yang Esa.

Rangkap 5Jika hendak berperang, batu geliga sakti boleh menyediakan tentera beserta dengan hulubalangnya.Rangkap 6Setelah mendengar kata-kata naga itu, dewa dua beradik berasa sangat gembira lalu memohon diri untuk beredar dari situ dan meneruskan perjalanan mereka.Rangkap 7Kedua-dua bersaudara itu menyusuri pantai tanpa mengira siang dan malam untuk menuju ke sebuah negeri bernama Inderanegara.Rangkap 8Apabila tiba pagi hari, dewa dua bersaudara akhirnya tiba ke hujung negeri dan bertemu rumah nenek kebayan.

TEMAperanan gemala naga dalam menyelesaikan masalah dua bersaudaraPERSOALANSimpati terhadap nasib malang orang lainSikap manusia yang gemar membuat fitnahHikmah di sebalik kesengsaraanBENTUKTerdiri daripada lapan rangkapSemua baris adalah maksudBilangan dalam setiap rangkap yang samaSetiap baris mempunyai tiga hingga lima patah kataRima akhir yang sama Gaya BahasaContohInversiSetahun sudahdi dalam penjara. (R1,B4)SinkofDewa pun dudukiabercerita, (R1,B1)Kata GandaDua belas hulubalang yanggarang-garang.(R5,B4))

Unsur BunyiContohAsonansiApa kehendak keluar sendiri. (R3,B4)AliterasiBerjalan iaberduabersaudara,(R7,B1)

Nilai:Keberanian: Dewa berani mempersembahkan diri kepada naga yang penuh sakti untuk mendapatkan gemala sakti.Kesetiaan: Dewa bersaudara setia bersama mengharungi kesusahan dalam pengembaraan mereka.Kasih sayang: Naga berasa simpati dan belas terhadap dewa bersaudara yang telah dikhianati oleh saudara mereka.

Pengajaran:Kita haruslah membantu orang yang ditimpa kesusahan.Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.Kita hendaklah memohon kepada Allah agar kehidupan kita sentiasa diberkati.

Latihan Nyatakan kesusahan yang dialami oleh dewa dan pertolongan yang diberikan oleh naga kepadanya.Kemukakan dua bentuk syair yang menyebabkannya sedap dibaca.Pada pendapat anda, apakah faaedahnya kita memiliki rasa simpati dan belas kasihan?