syair kiamat

Upload: nur-ain-mohd-amin

Post on 30-May-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    1/15

    AKADEMI PENGAJIAN MELAYU,

    UNIVERSITI MALAYA,

    50603 KUALA LUMPUR2008/2009

    FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

    JXEA 1104

    ( SYAIR KIAMAT )

    NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD

    NAMA TUTOR: CIK SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN

    NAMA:NURFARAHANIS SYUHADA BT AZEMI

    NO. MATRIK: JEA080100

    SYAIR KEAGAMAAN

    1

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    2/15

    Bismillah itu permulaan kalam,

    Dengan nama Allah Khalikul`alam,Dipermulai kitab diperbuat nazam,

    Supaya ingat mukmin dan Islam.

    Memohonkan rahmat kepada Allah,

    Minta ampun barang yang salah,

    Fakir mengarang berbuat Allah,Mengarang syair suatu masalah.

    Alhamdulillah pula dikata,Bagi Allah puji semata,

    Empat puji adalah serta,

    Sekalian kembali ke Tuhan kita.

    Sudah memuji Tuhan yang kaya,Selawatkan Rasul Nabi yang mulia,

    Itulah penghulu segala Anbia,Sekalian Islam jin dan manusia.

    Inilah pesuruh yang Tuhan yang Ghani,Menyampaikan titah ke sana sini,

    Barang yang tidak menurut ini,

    Menjadi kafir masuk Nasrani.

    Sudah memuji Allah dan Muhammad,

    Disuratkan syair khabar kiamat,Di sanalah Nabi memohonkan umat,

    Barang yang taat beroleh nikmat.

    Barang yang maksiat berolah bala,Kerana murka Allah Taala,

    Di dalam neraka ia tersula,

    Badannya hancur tiada terkala.

    Seksanya bukan kepalang,

    Di dalam api ia menjulang,

    Dimakannya daging lalu ke tulang,Jerit dan tangis tiada berselang.

    Kerana Allah sangatlah murka,Dimasukkan kita ke dalam neraka,

    Sentiasa duduk dalam terduka,

    Sedikit tidak merasa suka

    2

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    3/15

    Maka demikian hai saudara sekalian,

    Baik mencari bekal berjalan,

    Ke negeri Baqa tempat balasan,Jangan diikut kafir kehinaan.

    Sedihkan oleh akhirat yang mulia,Di dalam dunia ikhlas percaya,

    Barang yang hendak terpedaya,

    Nescaya sangat takbur dan riak..

    Barang yang ingat anaknya mati,

    Dunia dijadikan tempat berhenti,

    Sekadarkan tempat berbuat bakti,Akhirat juga dinanti-nantikan.

    Dijadikan dunia oleh Tuhanmu,

    Bukan di sini akan tempatmu,Sekadar ibadah dengan ilmu,

    Serta amalkan dengan yakinmu.

    Bukannya dunia negeri yang baqa,

    Sekadar duduk dengan seketika,

    Akhirnya kelak berpindah juga,Laki-laki dan perempuan habis belaka.

    Jika demikian betapalah sudah,Dengan harta sangatlah gundah,

    Lagikan dunia akan berpindah,

    Ke negeri akhirat tempat yang indah.

    Bukannya tidak sudah dikata,

    Oleh segala sidang pendeta,Yang mati itu tunangan kita,

    Baiklah juga dicita-cita.

    Barang bercinta akannya mati,Tidaklah lupa berbuat bakti,

    Siang dan malam diamati-amati,

    Seumur hidup tidak berhenti.

    Barang yang sudah hendak terkena,

    Tidaklah sedar dirinya fana,Barang siapa iktikad sempurna,

    Dunia ini tidak berguna.

    3

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    4/15

    Jikalau sudah hendak disati,

    Tiadalah ia ingatkan mati,

    Dunia juga diamat-amati,Mencari harta mengisi peti.

    Jadilah lali kepada hatimu,Mencari harta tiadalah jemu,

    Tandanya kita sudah tersemu,

    Di akhirat kelak jadi selemu.

    Sesetengah orang mencari harta,

    Ke sana sini berdusta,

    Dengan berbohong ia berkata,Menjadi haram semata-mata.

    Hendaklah ingat kita di sini,

    Jangan berbuat demikian ini,Kerana ditegah Tuhan yang Ghani,

    Menjadi tidak Allah kasihani.

    Ada berniaga ke sana mari,

    Hingga berlayar ke sebuah negeri,

    Ibadat tinggal harta dicari,Lupalah ilmu yang dipelajari.

    Sebabnya ghalib dengan berniaga,Lupa dan lalai dengan seketika,

    Ibadat tak ingat barang ketika,

    Menjadi Allah sangatlah murka.

    Ingatlah kita saudaraku sekalian,

    Jangan berbuat akal demikian,Tidakkah takut hari kemudian,

    Di dalam akhirat jadi keraguan.

    Jikalau berniaga dengan taatnya,Apalah juga dengan salahnya,

    Kita di dunia sahaja adtnya,

    Mencari nafkah isi rumahnya.

    Setengah orang mencari harta,

    Sembahyang tidak lagi dicinta,Ilmu sepatah haram tak nyata,

    Kerja maksiat semata-mata

    Ingatkan harta sehari-hari,

    4

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    5/15

    Haram tak sedar barang sejari,

    Banyaklah bohong ke sana ke mari,

    Kerja maksiat juga digemari.

    Disambil dengan berjual beli,

    Mengerjakan aml tidak peduli,Sembahyang tidak barang sekali,

    Itulah tanda orang buta tuli.

    Astaghfirullah banyak penglihatan,

    Isi dunia banyak perbuatan,

    Banyaklah fiil seperti syaitan,

    Ada yang seperti hantu di hutan.

    Ada yang ke sana dan ada yang ke sini,

    Ada yang gila mencari bini,

    Lupa kepada Tuhan yang Ghani,Menjadi tidak Allah kasihani.

    Ada yang ke sana dan ada yang ke sini,

    Ada yang gila mencari bini,

    Lupa kepada Tuhan yang Ghani,

    Menjadi tidak Allah kasihani.

    Ada yang ke sana dan ada yang ke sini,

    Ada yang gila mencari bini,Lupa kepada Tuhan yang Ghani,

    Menjadi tidak Allah kasihani.

    Ada yang ke sana dan ada yang ke sini,

    Ada yang gila mencari bini,

    Lupa kepada Tuhan yang Ghani,Menjadi tidak Allah kasihani.

    Hendak berbini orang tak suka,

    Laki-laki perempuan benci belaka,Sebab fiil kita nan juga,

    Kepada Allah sangatlah derhaka.

    Mencari bini apalah salah,

    Janganlah juga lupakan Allah,

    Orang yang banyak pun sukalah,Kita tidak dimurkakan Allahh.

    Akan Allah apabila kita nan lupa,

    5

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    6/15

    Berbuat jahat tidaklah apa,

    Kepada fikiran tidak mengapa,

    Halal dan haram jadi serupa.

    Inilah tanda orang yang celaka,

    Berbuat jahat tiadalah sangka,Meninggalkan ibadat sangatlah suka,

    Berbuat maksiat tiada sangka.

    Amar dan nahi tiadalah ngeri,

    Pekerjaan jahat juga digemari,

    Berbuat fasik sehari-hari,

    Membuat ibadat tidak digemari.

    Apabila bertemu muda-muda,

    Gegak gempita gurau dan senda,

    Banyaklah cakap mengada-ada,Kata yang benar haram tiada.

    Astaghfirullah hairanlah hati,

    Melihat rupa laku pekerti,

    Sedikit tidak ingatkan mati,

    Bersuka ria tidak berhenti.

    Ada yang berhimpun suatu tempat,

    Sahabat handai penuh dan tumpat,Berapa bohong dengan umpat,

    Suka tertawa terlompat-lompat.

    Astghfirullah hairan hamba-Mu,

    Hamba Allah banyak tersemu,

    Kepada dunia banyak bakti mu,Di dalam akhirat sangat sakitmu.

    PENGENALAN SYAIR

    6

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    7/15

    Perkataan syair berasal daripada bahasa Arab. Secara umumnya kata puisi ini

    bermaksud puisi. Dalam konteks bahasa melayu istilah puisi menjadi lebih khusus. Syair

    Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab mahupun mana-mana puisi Arab-

    parsi tetapi dalam acuan asli masyarakat melayu (Harun Mat Piah,1989). Ada pendapat

    yang mengatakan syair Melayu dipengaruhi oleh syair ataupun puisi Arab iaitu pengaruh

    Islam. Orang Melayu berkenalan dengan syair sejak zaman awal bertapaknya Islam di

    alam Melayu melalui kajian kitab dalam bentuk syair. Misalnya seperti Kitab Al-

    Luma,Fusus Al-Hikam,Al-Insan Al-Kamil yang mana dibawa oleh pengembang agama

    Islam ke Melaka. Selain itu,syair berbahasa Arab terawal ialah catatan batu nisan Sultan

    Malik Al-Salleh pada 1297M di Pasai. Manakala syair berbahasa Melayu pertama di batu

    bersurat ataupun prasasti Minye Tujuh pada 1380M. Walaubagaimanapun, dalam

    Sulalatus Salatin Sejarah Melayu terdapat penggunaan syair sama ada bahasa Arab

    mahupun bahasa Melayu. Hamzah Fansuri iaitu tokoh ulama dan pujangga Melayu.

    Beliau merupakan individu yang telah menghasilkan syair dalam bentuk lebih Melayu

    dengan cukup berkesan dan ilmiah temanya yang mana merupakan perintis kepada syair

    untuk berkembang pesat. Sehubungan dengan itu,terdapat ciri-ciri dan sifat yang

    menzahirkan syair. Antaranya adalah bentuk syair yang mempunyai empat baris

    serangkap dengan rima a/a/a/a. Aspek ini merupakan paling dominan dalam masyarakat

    Melayu. Aspek kedua adalah isi syair . Menurut Harun Mat Piah terdapat tujuh jenis tema

    yang berbentuk naratif seperti syair romantis,sejarah,keagamaan manakala bukan naratif

    adalah seperti syair agama,nasihat dan pelbagai lagi

    SYAIR KIAMAT

    7

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    8/15

    Permulaan perbuatan atau perkara harus dimulai dengan Bismillah iaitu nama

    Allah Yang Pencipta alam supaya sebagai manusia tidak lalai dan alpa dan muhasabah

    diri sendiri sebagai seorang muslim yang beragama Islam. Sikap yang merendah diri

    dengan perasaan seorang hamba yang daif di sisi penciptanya. Oleh hal demikian,hamba

    yang daif ini sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan memberi kerahmatan

    dalam kehidupannya. Tanda kesyukuran dipanjatkan kepada Allah dan segala pujian

    kepada-Nya kerana akhirnya kepada-Nya juga kita kembali.

    Segala pujian kepada Allah dan juga kepada Nabi Muhammad iaitu Rasul yang

    mulia yang mana Dialah penghulu segala Nabi ataupun Anbia segala makhluk ciptaan

    Allah yang Esa. Secara metanaratifnya bahawa barangsiapa yang tidak menurut dan

    percaya pada wahyu yang disampaikan oleh Rasullah adalah sama dikategorikan sebagai

    seorang yang kafir dan tergolong dalam golongan Nasrani iaitu yang dilaknati Allah.

    Setiap muslim haruslah percaya sama ada melalui akuan secara lisan mahupun lahiriah

    iaitu hati yang mana setiap wahyu yang disampaikan oleh Rasullah adalah benar dan

    tidak boleh dipertikaikan.

    Hal ini disebabkan dalam rukun iman sendiri secara terang-terangan telah

    menyatakan kita perlu percaya kepada Rasul yang mana merangkap sebagai perantaraan

    antara Allah dengan makhluk-Nya.

    Rasulullah juga telah mengkhabarkan akan berita hari kiamat kepada seluruh umatnya

    sepertimana yang termaktub dalam Al-Quran Karim bahawasanya akan muncul hari

    8

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    9/15

    kiamat iaitu hari pemusnahan dan pembalasan atas segala perbuatan yang telah umat

    manusia lakukan semasa hidup di muka bumi. Hal ini adalah menggambarkan segala

    amalan baik dan umat yang taat akan perintah Allah akan menerima nikmat ataupun

    balasan kebaikan.. Turut digambarkan sesiapa yang melakukan maksiat dan kemungkaran

    akan dimurkai Allah dan akan menerima balasan neraka di akhirat kelak.seksaan dalam

    api neraka amatlah dahsyat sekali.

    Oleh itu manusia seharusnya beranggapan bahawa kehidupan di dunia ini

    hanyalah sementara dan sebagai pentas bagi manusia membuat bekalan di alam Baqa.

    Digambarkan seksaan api neraka amatlah pedih sepertimana yang dinyatakan dalam Al-

    Quran.Tangisan jeritan penyesalan tidak lagi membawa apa-apa makna ketika itu.

    Keadaan kita dalam di dalam neraka sana sentiasa berada dalam kedukaan. Hal ini adalah

    balasan terhadap segala kemungkaran yang telah manusia lakukan semasa di dunia yang

    mana telah menimbulkan kemurkaan Allah s.w.t . Oleh hal demikian manusia haruslah

    membuat amal kebajikan sebagai bekalan untuk meneruskan perjalanan ke alam yang

    kekal abadi dan jauhkan diri daripada perkara-perkara yang membuatkan diri tergolong

    dalam kafir.

    Manusia mestilah percaya akan akhirat yang Baqa yang merupakan alam

    kematian. Selain itu,kita tidak seharusnya lalai dan leka dengan duniawi kerana

    kemungkinan besar kita akan terpesong akidah dan akhlak. Manusia yang mengingati

    akan kematian akan memanfaatkan kehidupan mereka di dunia dengan mengumpul

    sebanyak mungkin ilmu dan amal kebajikan untuk bekalan di akhirat. Bagi pandangan

    9

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    10/15

    mereka,dunia ini adalah sebagai tempat persinggahan kerana alam akhirat adalah yang

    kekal abadi. Allah ciptakan dunia ini bukanlah sebagai tempat yang kekal abadi bagi

    manusia. Hal ini kerana di dunialah tempat untuk kita beribadat dan mengumpul bekalan

    dengan ilmu pengetahuan yang dapat digunapakai di dunia dan akhirat. Kita seharusnya

    beribadat dengan penuh yakin dan lakukannya semata-mata kerana Allah agar kita

    sentiasa diberkati Allah.

    Hal ini kerana dunia bersifat sementara sahaja dan bukanlah kekal. Kita hanya

    sekadar tinggal sementara di dunia kerana akhirnya kita akan kembali kepada pencipta

    iaitu Allah s.w.t dan ke alam akhirat Secara tersiratnya,hari kiamat merupakan hari

    pemusnahan seluruh alam. Kemudian manusia akan dibangkitkan semula dan dihitung

    amal kebajikan kita semasa hidup di dunia. Oleh itu kita seharusnya lebihkan bekalan

    amal kebajikan untuk menghadapi akhirat memandangkan dunia hanyalah sebagai tempat

    persinggahan bukanlah bersifat kekal abadi. Oleh hal yang demikian kita janganlah

    melebihkan duniawi misalnya mencari harta kekayaan semata-mata.

    Kebanyakan manusia kini lebih mengutamakan mengumpul harta dunia padahal

    lalai akan ibadat wajib kepada Allah s.w.t yang mana lebih penting mengatasi segala hal

    dunia yang lain. Akibat leka untuk mengumpul harta dunia sehinggakan manusia menjadi

    alpa terhadap tanggungjawab terhadap Allah dan menyebabkan Allah menjadi murka.

    Oleh hal demikian,kita usahlah bersikap sebegitu dan takutilah akan hari akhirat

    kelak. Sekiranya berniaga seharusnya kita bersikap jujur dan sanggup berdepan dengan

    10

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    11/15

    risiko kemudian hari. Istilah untung rugi adalah adat dalam urusan perniagaan supaya

    rezeki dan nafkah yang dicari untuk keluarga diberkati Allah. Sesetengah manusia sibuk

    mencari harta dunia manakala sembahyang yang merupakan tiang agama tidak lagi

    diutamakan. Bahkan ilmu juga tidak dituntut dan terjerumus dalam lembah kemaksiatan.

    Manusia kini lalai untuk memenuhi kehendak duniawi seperti mencari kekayaan.

    Cara yang bertentangan dengan agama juga seakan sebati dengan mereka. Terutamanya

    melalui pembohongan dan kerja maksiat juga berleluasa. Lebih baik sekiranya sambil

    kita memenuhi keperluan dunia,kita tidak abaikan menunaikan tuntutan agama. Hal ini

    kerana tuntutan agama adalah lebih penting mengatasi segalanya. Walaubagaimanapun

    kehidupan di dunia ini penuh pancaroba dan dugaan yang boleh memesongkan akidah.

    Ada juga yang lebih mementingkan urusan duniawi misalannya sibuk mencari isteri

    sehinggakan lupa akan Allah. Tanpa mereka sedar hal ini akan menyebabkan diri mereka

    dilaknati Allah.

    Tambahan pula kini ciri-ciri lelaki mahupun perempuan yang hendak dijadikan

    pasangan hidup tidak menepati ciri yang soleh dan solehah. Hal ini disebabkan oleh

    perangai manusia kini yang kurang berakhlak dan dilaknati Allah. Dalam konteks

    ini,tidak salah sekiranya seorang lelaki mencari isteri. Hal ini kerana mencari calon isteri

    adalah tuntutan agama Islam tetapi janganlah kita lupakan Allah dan mengingkari

    tuntutan agama supaya kita tidak dimurkai Allah. Sekiranya kita lupa akan Allah,kita

    menjadi tidak takut akan Allah S.W.T sehinggakan tidak dapat membezakan antara dosa

    pahala amal kebajikan yang mana merupakan cagaran bagi kehidupan di alam baqa..

    11

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    12/15

    Oleh itu,kita seharusnya tidak leka dalam melakukan kebajikan dan sentiasa istiqamah

    sepanjang hidup dalam melakukannya.

    Bagi manusia yang tawaduk,zuhud dan mempunyai iktikad yang sempurna,bagi

    mereka dunia ini tidak berguna dan dunia akhirat adalah segala-segalanya.. Walau

    bagaimanapun,manusia kini tidak ingat akan kematian malah baginya untuk memenuhi

    tuntutan material semata-mata. Oleh itu ,manusia janganlah terlalu leka dalam mengejar

    harta kekayaan agar kelak tidak akan menjadi manusia yang rugi di akhirat.

    Tidak dinafikan bahawa harta perlu dicari dalam memenuhi kehidupan hakiki di

    dunia. Manakala ilmu yang kita perolehi haruslah dimanfaatkan dan dipraktikkan dalam

    kehidupan seharian agar kita dapat mengelakkan diri daripada terjerumus dalam kancah

    kemungkaran. Manusia perlu seimbangkan antara aspek mencari harta dengan menuntut

    serta serapkan dalam amalan seharian supaya kita tidak tergolong dalam kumpulan yang

    rugi. Sesetengah orang sanggup menipu dalam urusan agar dapat mengumpul harta yang

    banyak walaupun daripada sumber yang haram. Oleh itu,kita haruslah muhasabah diri

    supaya mengelakkan diri daripada perbuatan sebegitu kerana perkara ini adalah ditegah

    Allah s.w.t supaya mengelakkan-Nya murka.

    Oleh hal demikian,kita usahlah bersikap sebegitu dan takutilah akan hari

    akhirat kelak. Sekiranya berniaga seharusnya kita bersikap jujur dan sanggup berdepan

    dengan risiko kemudian hari. Istilah untung rugi adalah adat dalam urusan perniagaan

    supaya rezeki dan nafkah yang dicari untuk keluarga diberkati Allah. Sesetengah manusia

    12

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    13/15

    sibuk mencari harta dunia manakala sembahyang yang merupakan tiang agama tidak lagi

    diutamakan.

    Bahkan ilmu juga tidak dituntut dan terjerumus dalam lembah kemaksiatan.

    Manusia kini lalai untuk memenuhi kehendak duniawi seperti mencari kekayaan. Cara

    yang bertentangan dengan agama juga seakan sebati dengan mereka. Terutamanya

    melalui pembohongan dan kerja maksiat juga berleluasa. Lebih baik sekiranya sambil

    kita memenuhi keperluan dunia,kita tidak abaikan menunaikan tuntutan agama. Hal ini

    kerana tuntutan agama adalah lebih penting mengatasi segalanya.

    Walaubagaimanapun kehidupan di dunia ini penuh pancaroba dan dugaan yang

    boleh memesongkan akidah. Tanpa mereka sedar hal ini akan menyebabkan diri mereka

    dilaknati Allah. Tambahan pula kini ciri-ciri lelaki mahupun perempuan yang hendak

    dijadikan pasangan hidup tidak menepati ciri yang soleh dan solehah. Hal ini disebabkan

    oleh perangai manusia kini yang kurang berakhlak dan dilaknati Allah.

    Dalam konteks ini,tidak salah sekiranya seorang lelaki mencari isteri. Hal ini

    kerana mencari calon isteri adalah tuntutan agama Islam tetapi janganlah kita lupakan

    Allah dan mengingkari tuntutan agama supaya kita tidak dimurkai Allah. Sekiranya kita

    lupa akan Allah,kita menjadi tidak takut akan Allah s.w.t sehinggakan tidak dapat

    membezakan antara dosa pahala amal kebajikan yang mana merupakan cagaran bagi

    kehidupan di alam Baqa. Setiap manusia yang bercinta akhirnya akan mati jua melainkan

    cinta kepada Allah s.w.t yang kekal abadi.

    13

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    14/15

    Kesimpulannya, manusia khususnya yang Muslim haruslah sedar akan hakikat

    diri. Kehidupan di dunia hanyalah sementara dan di dunialah kita harus berbuat bakti

    untuk bekalan pada hari Akhirat. Syair Kiamat banyak menggarapkan nilai-nilai moral

    dan kesedaran kepada manusia agar tidak terus leka di dunia dengan hanya

    mengutamakan material. Sehubungan itu, kita seharuslah muhasabah diri agar kita tidak

    lalai dan hanyut dengan tuntutan keduniaan.

    Syair Kiamat ini juga telah menzahirkan kehidupan manusia yang hidup di era

    globalisasi yang mana kebanyakannya bergelumang dalam lembah kemaksiatan. Oleh itu,

    syair ini berfungsi untuk memberi kesedaran kepada umat manusia agar bertaubat dan

    kembali ke jalan yang benar. Tuntasnya, sepertimana yang kita ketahui melalui Al-Quran

    dan hadis-hadis Rasulullah telah menyatakan setiap amalan baik akan diberi balasan

    syurga dan begitu juga sekiranya beramalan mungkar akan mendapat balasan neraka di

    akhirat kelak.

    Tidak dapat dinafikan bahawa peranan syair sebagai karya tradisional yang

    memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu amnya. Hal ini kerana karya-

    karya melayu lama haruslah dipelihara agar tidak pupus dek ditelan zaman .

    RUJUKAN

    14

  • 8/14/2019 SYAIR KIAMAT

    15/15

    Wahyunah Hj. Abdul Gani dan Mohamad Shaidan (peny ), 2000

    Dalam Puisi Melayu Lama Berunsur IslamKuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

    http://www.angelfire.com/ns/imnogman/imnogman/gugusan_pertemuan.html

    http://penyair.wordpress.com

    15

    http://www.angelfire.com/ns/imnogman/imnogman/gugusan_pertemuan.htmlhttp://penyair.wordpress.com/http://www.angelfire.com/ns/imnogman/imnogman/gugusan_pertemuan.htmlhttp://penyair.wordpress.com/