syair berbuat jasa komsas tingkatan 3

5
Syair Berbuat Jasa KOMSAS Tingkatan 3 Rangka p Maksud 1 Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun sudah tiada. 2 Penyair mengajak supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat sana. 3 Penyair mengingatkan supaya kehidupan janganlah disia-siakan. Sebaliknya, berbuatlah jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya. 4 Penyair menyeru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain. 5 Penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak. 6 Penyair sekali lagi mengingatkan jangan mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan. 7 Penyair mengajak supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui. TEMA Kepentingan berbuat jasa. PERSOALAN i. Keikhlasan dalam pengorbanan. Contoh: Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya; Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar dirinya menerangi raya. ii. Berhati-hati ketika menerima pujian. Contoh: Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji; Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. iii. Persoalan budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya. Walaupun orang yang menabur jasa sudah tiada lagi di dunia ini, namun jasanya tetap lagi dikenang.

Upload: boon-hooi

Post on 05-Jan-2016

98 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

syair

TRANSCRIPT

Page 1: Syair Berbuat Jasa KOMSAS Tingkatan 3

Syair Berbuat Jasa KOMSAS Tingkatan 3

Rangkap Maksud1 Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang

walaupun sudah tiada.2 Penyair mengajak supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada

Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat sana.

3 Penyair mengingatkan supaya kehidupan janganlah disia-siakan. Sebaliknya, berbuatlah jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya.

4 Penyair menyeru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

5 Penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak.

6 Penyair sekali lagi mengingatkan jangan mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan.

7 Penyair mengajak supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui.

TEMA

Kepentingan berbuat jasa.PERSOALAN

i. Keikhlasan dalam pengorbanan.

Contoh: Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya; Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar dirinya menerangi raya.

ii. Berhati-hati ketika menerima pujian.

Contoh: Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji; Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji.

iii. Persoalan budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya. Walaupun orang yang menabur jasa sudah tiada lagi di dunia ini, namun jasanya tetap lagi dikenang.

Contoh: Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama; Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama.

Page 2: Syair Berbuat Jasa KOMSAS Tingkatan 3

BENTUK

i. Mempunyai 7 rangkap. ii. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.iii. Semua baris adalah maksud.iv. Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris. Contoh: buatlah jasa wahai teruna (4 perkataan – rangkap 1)Contoh: jasa yang kekal berfaedah murni (5 perkataan – rangkap 2)v. Terdiri daripada 9 hingga 12 suku kata sebaris.Contoh: Tu/han/ ta/hu/ i/a/kah/ bu/kan/ (9 suku kata – rangkap 7)Contoh: cu/kup/lah/ di/si/tu/ mu/la/i/ ter/gan/tung (12 suku kata – rangkap 6)vi. Rima akhir aaaa.vii. Bentuk syair terikat.

GAYA BAHASA

i. Asonansi – Pengulangan vokal a Contoh: buatlah jasa wahai teruna ii. Aliterasi – Pengulangan konsonan b Contoh: buatlah bakti budi utama iii. Sinkope – Pemendekan kata Contoh: Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan jasamu padat berdentung.iv. Inversi – Pembalikan kata Contoh: hidup manusia jangan percuma sepatutnya jangan percuma hidup manusia v. Diksi – Penggunaan Bahasa Arab Contoh: Tuhan Rabbani vi. Perlambangan Contohnya: buahnya, sumbu pelitavii. Kata Ganda – Contoh: selama-lama, sia-sia, dikaji-kajiviii. Repitisi – Pengulangan perkataan ’hidup’ sebanyak 4 kali.

NILAI

i. Nilai keikhlasan. Ikhlas dalam berbuat jasa tanpa mengharapkan balasan. ii. Nilai mengenang jasa. Budi yang baik akan dikenang. iii. Nilai rasional. Berfikir dahulu sebelum menerima sebarang pujian.

PENGAJARAN

i. Kita haruslah ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan supaya beroleh keberkatan.ii. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita supaya hubungan yang terjalin akan berkekalan kelak.iii. Kita perlulah menimbang baik dan buruk sesuatu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Page 3: Syair Berbuat Jasa KOMSAS Tingkatan 3

Syair Panduan Untuk Para Remaja KOMSAS Tingkatan 3

MAKSUD

Rangkap Maksud 1 Penyair berpesan kepada generasi muda agar jangan berbohong dan memperdaya

orang. Generasi muda juga diingatkan agar tidak bersikap materialistik dan membazir.

2 Generasi muda diingatkan supaya mengelakkan diri daripada perbuatan mengumpat, mencaci, menganiaya, sombong dan memungkiri janji.

3 Generasi muda diingatkan agar menjauhi judi dan arak serta tidak terlibat dengan perlakuan yang tidak baik atau negatif kerana kelak akan menerima padahnya

4 Penyair juga berpesan agar para belia tidak berhutang dan mengharapkan bantuan daripada orang lain. Orang yang tidak berhutang dan bergantung harap kepada orang lain pasti akan senang hidupnya.

5 Generasi muda diingatkan agar mengelakkan diri daripada sikap suka meminjam ataupun memberi pinjam serta berhutang. Sikap ini boleh menyebabkan hubungan antara sahabat akan menjadi renggang akibat hilang perasaan hormat-menghormati dalam persahabatan.

6 Penyair juga mengingatkan agar generasi muda tidak mengharapkan bantuan dan bersikap meminta-minta. Hal ini demikian kerana, orang yang terlalu mengharapkan bantuan akan malas berusaha dan kemampuan yang ada dalam diri akan hilang.

7 Remaja juga diingatkan agar bersikap patriotik dan berdikari dalam melakukan sesuatu. Generasi muda juga diingatkan tidak lupa asal dan usul mereka serta tidak memandang rendah akan kelebihan yang ada pada orang lain.

8 Penyair menegaskan pesanan di atas dititipkan khas untuk generasi muda. Semoga dengan izin Allah pasti belia hari ini akan menjadi pemimpin berkaliber pada masa akan datang.

TEMA

Panduan kepada generasi muda untuk menghadapi dunia yang penuh dugaan dan cabaran.

PERSOALAN

i. Berdikari dalam kehidupan tanpa mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada orang lain. ii. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara-perkara negatif yang boleh merosakkan diri. iii. Menunaikan janji yang termeterai kerana kegagalan menepati janji akan menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita.

Page 4: Syair Berbuat Jasa KOMSAS Tingkatan 3

iv. Mengelakkan diri daripada berhutang kerana hubungan persahabatan akan renggang disebabkan masalah ini.

BENTUK

i Bentuk terikat.ii Mempunyai 8 rangkap.iii Setiap rangkap mempunyai 4 baris.iv Semua baris ialah maksud.v Suku kata 9 hingga 12. Contoh : ja/ngan/ tak/bur/ di/ri/ di/pu/ji (9 suku kata-rangkap 2)Contoh : be/bas/ke/hi/du/pan/ sen/ti/a/sa/ ta/tang/ (12 suka kata-rangkap 4)vi Antara 4 hingga 5 patah perkataan. Contoh : Ingat pesanku wahai belia (4 perkataan-rangkap 1) Contoh: Jangan aniaya bengis dan benci (5 perkataan – rangkap 2)

GAYA BAHASA

i Asonansi – Pengulangan vokal a Contoh: Barang dipinjam kerap kehilangan.ii Aliterasi - Pengulangan konsonan n. Contoh: Jangan biasakan meminta tolong.iii Anafora – Pengulangan kata pada awal baris. Contoh: Jangan fikir kasihkan kaya. Jangan boros yang sia-sia.iv Inversi – Pembalikan kata Contoh: Judi dan arak jangan biasa, sepatutnya jangan biasa judi dan arak.v Repitisi - pengulangan perkataan ’jangan’ dalam baris yang sama Contoh: Jangan mengata jangan mengeji

NILAI

i Nilai berdikari amat penting dalam diri setiap belia agar tidak terlalu bergantungharap kepada orang lain.ii Nilai merendah diri penting diamalkan supaya tidak menjadi riak apabila menerima pujian. iii Nilai bertanggungjawab harus ada dalam diri setiap insan agar kita bertanggungjawab atas segala yang kita lakukan contohnya seperti menepati janji.

PENGAJARAN

i Kita hendaklah berdikari dan jangan terlalu bergantung kepada orang lain kerana keadaan ini menambahkan keyakinan dan keupayaan diri sendiri untuk menyelesaikan masalah. ii Kita janganlah menyombong diri ketika menjalinkan persahabatan, kelak diri sendiri yang rugi.iii Kita hendaklah menunaikan janji kerana orang akan hilang kepercayaan jika kita memungkirinya.