azhar bin aziz linawati@lina binti adiman

2
Azhar bin Aziz dilahirkan pada 20 Februari 1966 di Pekan, Pahang. Mula bertugas sebagai pendidik pada tahun 1990 di SK(LKTP) Chini 3&5, Pekan, Pahang. Beliau pernah menjadi guru muzik sambilan di Tadika Tengku Fahd, Istana Abu Bakar, Pekan. Pada tahun 2009 beliau telah menerima anugerah Guru Cemerlang Muzik. Sepanjang perkhidmatan, pelbagai jawatan dan tugas pernah disandang seperti Pengerusi Teknik Kokuria Daerah dan Negeri, penggubah lagu dan pemuzik untuk konsert DiRaja Orkestra Jabatan Pelajaran, Jurulatih Utama Negeri (Muzik) dan Ahli Karyawan Seni Negeri Pahang. Beliau juga turut dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian daripada Sultan Pahang. Dalam bidang penulisan, beliau pernah menulis modul pembelajaran muzik khas bagi guru sekolah rendah dengan sebuah penerbit swasta. Linawati@Lina binti Adiman yang dilahirkan pada 23 Ogos 1972 merupakan anak kelahiran Lahad Datu, Sabah. Beliau pernah bertugas sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SK Saujana Impian Sekolah Berprestasi Tinggi Kajang, Selangor sebelum bertugas di SK Jalan Bukit (Satu) Kajang sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum. Pemegang Diploma Pendidikan dalam bidang Matematik dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Matematik Rendah ini turut melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana Kurikulum dan Pedagogi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berbekalkan minat yang sangat mendalam dalam bidang muzik, beliau mengikuti kelas muzik di Yamaha Music School dan telah mengajar Pendidikan Muzik selama 25 tahun di sekolah rendah. Pengalaman yang luas memberi peluang beliau memimpin Koir Guru Peringkat Negeri Sabah, mencipta lagu sekolah SK Sepagaya Lahad Datu dan menjadi Jurulatih Utama Muzik lantikan PPD Lahad Datu.

Upload: others

Post on 22-Feb-2022

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Azhar bin Aziz Linawati@Lina binti Adiman

Azhar bin Aziz dilahirkan pada 20 Februari

1966 di Pekan, Pahang. Mula bertugas

sebagai pendidik pada tahun 1990 di

SK(LKTP) Chini 3&5, Pekan, Pahang. Beliau

pernah menjadi guru muzik sambilan di

Tadika Tengku Fahd, Istana Abu Bakar,

Pekan. Pada tahun 2009 beliau telah

menerima anugerah Guru Cemerlang

Muzik. Sepanjang perkhidmatan, pelbagai

jawatan dan tugas pernah disandang

seperti Pengerusi Teknik Kokuria Daerah

dan Negeri, penggubah lagu dan pemuzik

untuk konsert DiRaja Orkestra Jabatan

Pelajaran, Jurulatih Utama Negeri (Muzik)

dan Ahli Karyawan Seni Negeri Pahang.

Beliau juga turut dianugerahkan Pingat

Jasa Kebaktian daripada Sultan Pahang.

Dalam bidang penulisan, beliau pernah

menulis modul pembelajaran muzik khas

bagi guru sekolah rendah dengan sebuah

penerbit swasta.

Linawati@Lina binti Adiman yang dilahirkan

pada 23 Ogos 1972 merupakan anak

kelahiran Lahad Datu, Sabah. Beliau pernah

bertugas sebagai Penolong Kanan Hal

Ehwal Murid di SK Saujana Impian Sekolah

Berprestasi Tinggi Kajang, Selangor sebelum

bertugas di SK Jalan Bukit (Satu) Kajang

sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan

Kurikulum. Pemegang Diploma Pendidikan

dalam bidang Matematik dan Ijazah Sarjana

Muda dalam bidang Matematik Rendah ini

turut melanjutkan pelajaran dalam bidang

Sarjana Kurikulum dan Pedagogi di Universiti

Kebangsaan Malaysia. Berbekalkan minat

yang sangat mendalam dalam bidang muzik,

beliau mengikuti kelas muzik di Yamaha

Music School dan telah mengajar Pendidikan

Muzik selama 25 tahun di sekolah rendah.

Pengalaman yang luas memberi peluang

beliau memimpin Koir Guru Peringkat Negeri

Sabah, mencipta lagu sekolah SK Sepagaya

Lahad Datu dan menjadi Jurulatih Utama

Muzik lantikan PPD Lahad Datu.

Page 2: Azhar bin Aziz Linawati@Lina binti Adiman

Aida Rohayu binti Mohamed Nazeri

dilahirkan pada 20 Disember 1982 di

Batu Pahat, Johor. Beliau memulakan

tugas sebagai seorang guru di SK

Bandar Paloh, Kluang ,Johor Darul Takzim

pada tahun 2010. Kini beliau bertugas di

SK Taman Seri Gombak 2 di Selangor.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana

Muda Seni Lukis dan Seni Reka Fesyen

dengan Kepujian dari Universiti Teknologi

Mara (UiTM), Shah Alam pada tahun

2006 sebelum meneruskan pelajaran

di Institusi Perguruan Perempuan

Melayu Melaka pada tahun 2009

dalam bidang Pendidikan Seni Visual.

Beliau pernah dilantik sebagai Jurulatih

Utama Kurikulum Standard Sekolah

Rendah dan Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) Dunia Seni Visual Tahun

3 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) dan Pejabat Pelajaran Daerah

Gombak (PPD Gombak) pada tahun

2012. Berdasarkan minat beliau turut

menyumbang dalam penulisan buku

teks terbitan Dewan Bahasa dan

Pustaka, iaitu Dunia Kesenian tahun 2

(Sekolah Kebangsaan).

Mohamad Hazzim bin Suahimi

dilahirkan pada 9 Ogos 1988 di

Hospital Sultanah Aminah, Johor

Bahru. Beliau bertugas sebagai

seorang guru di Sekolah Kebangsaan

Jalan Yusof, Muar. Beliau memperoleh

Ijazah Sarjana Muda Perguruan

dengan Kepujian Kelas Pertama

dalam bidang Pendidikan Seni Visual

dari Institut Pendidikan Guru, Kampus

Ilmu Khas, Cheras Kuala Lumpur.

Beliau pernah terlibat sebagai fasilitator

demontrasi cat akrilik di Festival Kesenian

di Galeri Shah Alam. Beliau juga pernah

memenangi anugerah khas juri dalam

pertandingan Inovasi Pendidikan di

Kuala Lumpur. Aktif bergiat dalam

program kesenian, beliau turut dilantik

sebagai Ahli Jawatankuasa Kesenian

dan Kebudayaan Pejabat Pelajaran

Daerah Muar, Johor. Selain itu, minat

yang mendalam dalam bidang

muzik turut membuka peluang beliau

menjadi jurulatih nyanyian lagu asli,

keroncong, ghazal dan tarian zapin

Johor. Beliau telah memenangi tempat

ketiga pertandingan nyanyian solo

lagu irama zapin serumpun peringkat

antarabangsa negara-negara ASEAN di

Serdang, Selangor.