sutera dalam lukisan

23
SUTERA DALAM LUKISAN Abd. Talib Hassan

Upload: abdul-rahman

Post on 30-Jun-2015

5.792 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BUKU NOVEL KOMSAS 2011 - SUTERA DALAM LUKISAN

TRANSCRIPT

Page 1: SUTERA DALAM LUKISAN

SUTERA

DALAM

LUKISANAbd. Talib Hassan

Page 2: SUTERA DALAM LUKISAN

SUTERA DALAM LUKISAN

Oleh : Abd. Talib Hassan

SINOPSIS

BAB 1

Bujei sentiasa menghabiskan masa di tebing sungai kerana di situlah tempat dia mencari ketenangan. Dia dituduh gila oleh penduduk kampung padahal dia masih boleh berfikir. Kematian bapa dan ibu kandungnya dalam kebakaran mendatangkan kesan yang mendalam pada jiwanya apabila bapa tirinya menuduh dia yang menyebabkan kematian ibunya dengan bermain api. Selepas itu, opahnya pula pergi dan dia terus hanyut dalam dunianya. Apabila terdengar bunyi motosikal dia segera membenamkan dirinya ke dalam sungai . Sidang Saman begitu hairan melihat kelakuan Bujei.

BAB 2

Sidang Saman menegur Bujei dan Bujei mengakui dia berbuat begitu kerana takut akan Alias yang sentiasa memaksanya terjun ke sungai apabilka melalui jambatan itu. Dia disuruh pulang dan makan malamnya ialah pisang berangan sambil teringat akan Same’ah. Bujei terjaga apabila azan Subuh dilaungkan dan dia bersiap untuk mencari rezeki dengan menunggu penoreh getah mempelawanya menolong mereka di kebun. Namun dia yang terlelap di tepi jambatan dikejutkan dengan suara kanak-kanak yang mengejutkannya dan dia mendapat sedikit makanan daripada mereka dengan membantu mereka membawa beg. Bujei ke kedai Pak Sulong, namun tiada sesiapa yang mempelawanya makan sehingga dia tertidur di kaki lima.

BAB 3

Same’ah dan Adila ternampak Bujei yang sedang tidur dan mereka berbincang tentang Bujei semasa mereka ingin ke bandar. Adila agak prihatin akan nasib Bujei semenjak dia berada di kampung itu dua bulan yang lalu. Same’ah pula akan berkahwin dan gembira kerana Adila boleh membantunya. Same’ah teringat peristiwa lucu apabila Adila ketakutan apabila kali pertama terserempak dengan Bujei yang berkelakuan pelik. Sebenarnya Same’ah marah kerana Bujei dianiayai dan Bujei enggan bercerita kisah hidupnya yang sebenar. Akhirnya mereka tiba di pekan dan segera ke supermarket .

BAB 4

Bujei gembira membersihkan motosikal Alias walaupun Alias zalim terhadapnya. Sikap Alias tidak disenangi ibunya, Mak Som. Nenek Alias iaitu Opah Arah terlalu memanjakannya dan perbuatan Alias sentiasa betul pada dirinya. Pada ketika itu, Alias, Sahak dan Sani berbincang tentang Adila menjadi penganggur walaupun berpendidikan tinggi. Selesai mencuci motosikal, Bujei meminta upah tetapi ditengking oleh Alias. Mak Som marah akan Alias dan memanggil Bujei lalu memberinya upah dan menasihati Bujei agar tidak lagi mengikut suruhan Alias.

BAB 5

Page 3: SUTERA DALAM LUKISAN

Bujei rela dirinya dihina dan dituduh gila. Malah sikap Alias yang kerap menendang dirinya tidak sedikit pun menyedarkannya untuk menjauhi Alias. Adila pula berhasrat untuk menemu ramah Bujei kerana dia percaya Bujei ada harapan untuk sembuh. Ketika sedang berbual, Sidang Saman pulang dan menyatakan bapa tiri Bujei yang kejam sudah pulang ke kampung. Mak Lamah, isteri Sidang Saman kurang senang mendengar berita itu kerana kepulangan Harun hanya untuk mengutip hasil dusun milik arwah ayah Bujei dan Bujei tidak akan berputih mata. Pada malam itu, Same’ah dan Adila bermalam di rumah Mak Usu Bakyah, iaitu ibu saudara mereka. Rupa-rupanya Adila kecewa dengan kekasihnya yang mungkir janji ketika Adila menuntut di luar negara dan menyebabkan dia tidak mahu tinggal di Kuala Lumpur. Mereka juga bercerita tentang Bujei dan Mak Usu Bakyah berkata manusia yang paling jujur ialah Bujei dan Adila menyokong.

BAB 6

Harun datang ke rumah Sidang Saman untuk menuntut haknya ke atas tanah sawah seluas dua ekar dan tanah tapak rumah milik bekas arwah isterinya, iaitu Fatimah yang merupakan ibu Bujei. Sidang Saman melayan keinginan Harun dan bijak memerangkap Harun untuk mengetahui tujuan Harun kembali ke kampung. Harun sebenarnya telah menjual tanah dan tapak rumah itu kepada Wak Senen dengan harga empat ribu ringgit tanpa membauat pertukaran nama dan dia berharap dapat membayar semula wang kepada Wak Senen dan menjual tanah tersebut semula dengan keuntungan yang banyak. Namun, Harun perlu mendapat tandatangan Bujei dahulu. Mak Lamah pula risau sekiranya suaminya terlibat sama dalam usaha membolot harta anak yatim.

BAB 7

Bujei tidak pernah mendekati tanah tapak rumah dan tanah sawah yang telah meragut nyawa ibunya kerana tidak mahu mengingat kembali kisah sedih itu. Wang pemberian Wak Senen disimpan rapi tanpa dibelanjakan. Bujei mengetahui kepulangan bapa tirinya Harun dan dia ingin mengelakkan diri daripada Harun. Samsul mencari Bujei ketika Bujei ingin mencuri betik masak dengan menyatakan Adila ingin bertemu dengannya. Setelah dipaksa oleh Samsul, Bujei mengikut Samsul dan akhirnya Bujei mengalah dan terus menuju ke arah Adila yang sedang menunggunya di bawah pokok belimbing besi. Bujei tertanya-tanya perkara yang akan diperkatakan oleh Adila kepadanya. Adila melayan Bujei dengan sopan dan tidak menganggap Bujei tidak berakal, malah mahu memanggil Bujei Mohamad Hafiz. Bujei berasa dia dilayan seperti manusia normal, namun berlaku salah faham apabila Bujei mendengar perkataan repot kerana dia takut ditangkap polis tetapi Samsul memberitahu niat murni Adila. Bujei menceritakan segala nasib malangnya kepada Adila dan Adila mempercayainya.

BAB 8

Hubungan Bujei dan Adila tidak disukai Alias dan dia bertindak mengganggu perjumpaan mereka dengan berpura-puira ingin menemui Sidang Saman. Bujei meminta diri. Alias memfitnah Bujei bahawa Bujei berpenyakit berjangkit dan maniac untuk menakutkan Adila. Adila menerima permintaan Alias untuk berkenalan dan meminta diri untuk solat apabila menerima isyarat daripada Same’ah. Bujei yang gelisah kerana meninggalkan Adila bersama-sama Alias segera ke tebing sungai dan melayan perasaannya sendiri. Bujei teringat akan nasihat dan pesanan Adila yang menyatakan dirinya ada kebijaksanaan dan

Page 4: SUTERA DALAM LUKISAN

dia harus yakin akan kemampuan dirinya untuk berubah. Bujei berasa Adila orang pertama yang mengubah dirinya menjadi manusia normal. Kedatangan bapa tirinya mengejutkannya dan ingin meminta cap jarinya dan dia ingat akan pesan Adila supaya berhati-hati. Lantas dia menurunkan cap jari dengan kuat menyebabkan kertas itu rosak lalu Harun menamparnya menyebabkan dia terjun ke sungai. Harun cuba mengejarnya lalu tersadung dan dia terjatuh ke dalam sungai. Bujei yang simpati cuba membantu malangnya Bujei ditumbuk dan ditendang sehingga tidak sedarkan diri. Harun yang marah segera meninggalkan tempat itu.

BAB 9

Adila masih menunggu kedatangan Bujei dan mengagak Alias mengugut Hafiz agar tidak datang menemuinya. Mak Lamah dan Same’ah juga dapat mengagak punca Bujei tidak datang ke rumah mereka. Kedatangan Faizal bekas kekasih Adila mengejutkan mereka sekeluarga. Adila kecewa apabila Faizal sanggup menceraikan isterinya asalkan hajatnya tercapai dan minta diberi peluang kedua. Bagi Adila, Faizal lebih teruk daripada Bujei. Adila memberi alasan untuk menunaikan solat lalu meninggalkan Faizal. Sidang Saman hairan apabila Bujei tidak datang menemui Adila kerana Bujei sangat menepati janji. Bujei tersedar daripada pengsan dan hari sudah malam lalu pulang ke rumah dengan kesakitan. Demamnya tidak kebah sehingga 24 jam dia berada dalam kelambu sambil mengerang kesakitan.

BAB 10

Adila gelisah kerana Bujei tidak datang menemuinya. Same’ah bercerita tentang kelakuan buruk Alias menyebabkan Adila sedar akan keburukan Alias. Same’ah bercerita bahawa Bujei tidak ada penyakit cuma pernah terkena pokok rengas dan peristiwa lucu apabila Bujei pernah menggemparkan penduduk kampung dengan putik nanas yang disangka bom oleh Alias. Bujei marah apabila dia sentiasa diejek oleh Alias.

BAB 11

Alias, Sahak dan Sani berbincang untuk memiliki Adila. Mereka merancang mendekati Adila dengan alasan membantu dalam majlis perkahwinan Same’ah. Ketika mereka berbual, Alias terpandang Samsul. Alias meminta Samsul menyampaikan pesanan kepada Adila agar menemuinya pada jam sembilan pagi esok dengan niat membawa Adila menaiki motosikal ke pekan. Alias yakin dia akan berjaya memiliki Adila. Samsul menjelaskan dia tidak berjumpa Bujei walaupun telah berusaha mencarinya. Samsul menyampaikan pesanan Alias kepada Adila. Selepas Maghrib, Sidang Saman ke rumah Bujei kerana bimbang akan Bujei. Bujei dibawa pulang dalam keadaan lemah dan malu akan keadaan dirinya. Dia enggan masuk ke rumah dan dibawa ke bangsal. Samsul yang melihat kecederaan Bujei begitu simpati akan nasib Bujei. Dia mendengar rintihan Bujei dan akhirnya insaf bahawa dia juga salah seorang yang sering mengenakan Bujei. Bujei gembira apabila diajak ke pekan dan membawa wang sebanyak RM220.00 pemberian Wak Senen. Alias kecewa apabila Adila tidak datang berseorangan malah membawa kesemua sepupunya dan Bujei dibawa sekali. Tiba di pekan, mereka mengikut haluan masing-masing. Adila, Same’ah dan Saniah bersama-sama manakala Samsul membawa Bujei ke kedai gunting rambut. Semasa berjalan-jalan, Bujei terpisah daripada Samsul dan dia cemas. Dia memeluk Samsul dengan erat setelah mereka bertemu semula. Samsul meminta Bujei bertenang kerana kelakuannya

Page 5: SUTERA DALAM LUKISAN

dilihat oleh orang ramai. Seterusnya Bujei membeli baju dan radio yang telah lama diidamkan dan tidak sabar untuk pulang ke rumah mendengar radio barunya.

Bujei tiba di rumah dan gembira radio barunya berfungsi dan dia begitu bersemangat mengemas rumah kerana Adila pernah berkata ingin berkunjung ke rumahnya. Semua barang lama dibuang dan dibakar. Ketika dia sedang berkemas di dapur, Alias datang ke rumahnya tanpa disedari dan merosakkan radio baru Bujei. Bujei yang marah terus menumbuk Alias dan mengambil parang panjang berkarat lalu meminta ganti rugi sebanyak RM80.00 dan tidak membenarkan Alias menaiki motosikal untuk pulang mengambil wang. Sebaliknya, Alias datang membawa penduduk kampung bersama-samanya. Sidang Saman pada awalnya menyangka Bujei mengugut Alias akhirnya menyedari Alias yang menjadi punca Bujei mengamuk. Sidang Saman meminta Alias pulang mengambil baki wang RM30.00 lagi kerana Alias hanya membawa duit sebanyak RM50.00. Alias datang semula bersama-sama Opah. Opah Arah memaki dan cuba menerkam Bujei tetapi berjaya dihalang. Sidang Saman mengarahkan Alias menyerahkan baki duit kepada Bujei dan disuruh pulang. Alias yang geram telah menyepak Bujei dan Bujei membalas dengan menerkam Alias sehingga terjatuh daripada motosikal. Opah Arah menjerit memarahi Bujei dan Sidang Saman menyuruh Alias segera membawa opahnya pulang.

BAB 12

Bujei langsung tidak mahu bercerita tentang pergaduhannya dengan Alias dan hal ini menjadi bualan hangat penduduk kampung. Dia ingat akan pesanan Adila agar tidak riak. Adila senang dengan perubahan Bujei dan Mak Long Lamah mengingatkan Adila agar sentiasa berhati-hati dalam usaha memulihkan Bujei kerana Bujei juga lelaki yang mempunyai perasaan. Sepuluh hari sebelum majlis perkahwinan Same’ah, Adila dirisik oleh Tuk Imam, iaitu adik kepada Opah Arah. Dia tidak boleh menolak permintaan kakaknya yang ingin merisik Adila untuk cucunya Alias. Sidang Saman meminta tempoh kerana dia hanya bapa saudara Adila dan dia perlu bertanya kepada Adila dan kedua-dua orang ibu bapanya. Sidang Saman berasa lega apabila Adila menolak kerana dia belum bersedia untuk berkahwin. Bujei yang mengetahui berita Adila telah dirisik merasakan dirinya seperti ditipu oleh Adila. Dia tidak berkunjung ke rumah Sidang Saman. Manakala Alias terus diampu oleh kawan-kawannya yang menyatakan pinangannya telah diterima.

BAB 13

Bujei berhasrat menanam sayur dan mendapat sokongan Adila. Namun, berita Alias meminang Adila melemahkan semangatnya. Dia keliru akan perasaanya terhadap Adila. Setelah berfikir panjang, dia harus terus hidup. Ketika sedang bekerja, Samsul datang dan meminta Bujei menolong menyiapkan khemah perkahwinan. Dua hari menjelang perkahwinan, keluarga Adila tiba dan Bujei diperkenalkan dengan bapa Adila yang kelihatan mesra dengan Bujei. Malam itu, Bujei yang tiba-tiba dijemput untuk naik ke pentas bagi menyampaikan lagu begitu mengejutkan orang ramai yang menyangka Bujei akan merosakkan majlis. Bujei muncul dan menyatakan nama penuhnya Mohamad Hafiz. Bujei berjaya menyampaikan lagu Bahtera Merdeka dengan baik dan dia terus menghilangkan diri selepas itu. Orang ramai tidak menyangka Bujei ada bakat. Golongan tua memuji Adila yang semakin berjaya memulihkan Bujei sehingga menjadi manusia biasa. Adila gembira mereka semakin sedar bahawa Bujei ialah manusia biasa yang perlu dibantu agar pulih seperti biasa.

Page 6: SUTERA DALAM LUKISAN

BAB 14

Bujei resah menantikan keputusan Adila tentang lamaran Alias. Bujei tidak keluar rumah seharian setelah kepenatan membantu menguruskan majlis perkahwinan Same’ah pada malam sebelumnya. Apabila terjaga, Samsul datang dan memberitahu sudah tiga kali dia datang barulah Bujei terjaga. Samsul tahu Bujei kepenatan. Samsul membawa bekalan makanan untuk Bujei. Samsul juga menyatakan ramai orang memuji nyanyian Bujei termasuk Bahar, seorang ahli kugiran yang berminat dengan nyanyian Bujei. Bujei sebenarnya hanya ingin mendengar berita pertunangan Adila. Namun, Samsul langsung tidak menyebut tentang hal berkenaaan. Samsul memberitahu bahawa Pak Lang Dahlan, iaitu bapa Adila ingin bertemu Bujei sebelum pulang ke Kuala Lumpur dan meminta Bujei makan serta menghantar bekas kosong semula ke rumahnya nanti. Bujei ke rumah Sidang Saman dengan membawa bekas makanan kosong dan berbual-bual dengan bapa Adila yang langsung tidak sombong. Adila pulang bersama-sama dengan Faizal dan Bujei berasa dirinya keseorangan. Malam itu, Wak Senen datang ke rumahnya untuk memulangkan tanah serta tapak rumahnya, namun Bujei mahu Wak Senen terus mengerjakan tanah tersebut. Wak Senen juga menasihati Bujei agar berhati-hati dengan Harun. Seterusnya, Bujei masih keliru akan status Adila. Hampa perasaan Bujei apabila mendengar penerangan Samsul tentang Faizal. Bujei tidak boleh banyak bertanya kerana bimbang Samsul akan mengetahui niatnya. Ketika makan laksa, Bujei gembira Adila datang bersembang dengannya dan Adila memuji perubahan sikap Bujei.

BAB 15

Adila mula berasa sunyi sejak Same’ah berkahwin. Dia berasa ingin pulang namun hatinya keberatan kerana Bujei masih memerlukan bimbingan. Mak Lamah menasihati Adila agar tidak terlalu memikirkan Bujei. Adila takut kepulangannya ke Kuala Lumpur akan menambahkan luka di hatinya. Dia risau akan terus dipujuk oleh Faizal sedangkan dia sudah tidak dapat menerima Faizal lagi. Baginya, Bujei lebih kuat berbanding Faizal yang begitu lemah di matanya. Keadaan itu menyebabkan Adila langsung tidak dapat melelapkan mata dan tidak mengetahui hati Bujei.

BAB 16

Alias berpura-pura datang untuk memohon maaf daripada Bujei dan menyatakan dirinya sudah insaf. Dia menyatakan kekesalannya atas layanan buruknya terhadap Bujei. Bujei semakin percaya akan keikhlasan hati Alias yang menghasut Bujei dengan menyatakan Adila berpenyakit AIDS yang boleh menyebabkan kematian kerana gaya hidup bebas ketika menuntut di luar Negara. Bujei termakan hasutan Alias. Telah masuk hari kelima dia tidak berkunjung ke rumah Sidang Saman. Bujei hairan kerana Samsul tidak mencarinya. Bujei bimbang penyakit Adila melarat dan berjangkit kepada dirinya. Adila sedih kerana difitnah sudah rosak lalu menolak lamaran Alias dan kini mengharapkan Bujei. Dia kecewa dan Pak Long serta Mak Longnya menasihati Adila agar bersabar kerana mereka tahu Adila tidak bersalah. Adila akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menenangkan diri namun akan datang kembali kerana tidak mahu penduduk kampung tersalah tafsir. Dia juga tidak boleh meninggalkan Bujei begitu sahaja. Di Kuala Lumpur, ayahnya mencadangkan agar Adila bekerja atau menyambung pelajarannya sambil bekerja, namun Adila menyatakan urusannya dengan Bujei belum selesai. Ibu Adila menasihatinya agar berhati-hati dengan keadaan di kampung. Adila menyatakan hasratnya untuk

Page 7: SUTERA DALAM LUKISAN

membawa Bujei ke Kuala Lumpur namun ditentang oleh ibunya. Namun, ayahnya tidak membantah malah menyokong niat murni Adila. Adila semakin gembira berada di kota.

BAB 17

Bujei menunggu Samsul pulang dari sekolah kerana ingin mengetahui keadaan Adila dan Samsul mengajak Bujei ke rumah apabila mengetahui Bujei belum makan. Bujei hilang selera apabila mengetahui Adila pulang ke Kuala Lumpur. Samsul dan Mak Lamah pula terkejut apabila Bujei bertanya tentang penyakit Adila. Mereka menyatakan Adila sihat. Namun, Bujei tetap curiga. Bujei bercerita tentang peristiwa lucu apabila dia dipaksa oleh Alias supaya merokok sambil menghirup air teh. Akhirnya, Alias terkena semburan tembakau bersama air teh apabila Bujei tidak dapat menelannya. Samsul memaklumkan bahawa Adila akan pulang ke kampung demi Bujei. Bujei pula bijak menyembunyikan perasaannya dengan menyatakan dia tidak setaraf dengan Adila apabila Samsul bertanya tentang perasaannya terhadap Adila.

BAB 18

Setelah dua minggu, Bujei resah kerana memikirkan Adila dan Alias berterusan memburukkan Adila dan keluarga Sidang Saman. Bujei takut menerima berita kematian Adila. Seminggu kemudian, Samsul datang memberitahu Adila sudah dua tiga hari pulang ke kampung dan berhasrat menemui Bujei. Samsul mengajak Bujei melawat seseorang yang tenat di hospital dan Bujei menyangka Adila sakit tenat. Setelah dipujuk oleh Samsul akhirnya dia bersetuju untuk berziarah dan begitu terkejut melihat Adila sihat dan dia seperti melihat hantu. Rupa-rupanya Sahak yang kemalangan kerana berlumba dengan Alias. Sidang Saman menceritakan yang Sahak memerlukan darah jenis AB dan Adila pula bersedia untuk mendermakan darahnya kerana darah mereka sama.

BAB 19

Adila menderma darahnya untuk Sahak yang cedera dalam kemalangan, manakala Alias pula tidak sedikit pun insaf akan kesalahannya berlumba motosikal dengan Sahak. Alias semakin marah apabila melihat Bujei rapat semula dengan Adila. Akibat tidak dapat menahan rasa marah, Alias memarahi Bujei kerana tidak mengikut kata-katanya. Bujei bijak mencari helah dengan meminta Alias menjadi ketua untuk menghalau Adila dari kampung mereka sekiranya Adila berpenyakit. Kata-kata Bujei akhirnya memerangkap Alias dan dia meminta diri untuk mengajak orang lain menghalau Adila. Bujei berasa dia telah menang dan Alias tidak lagi mengganggunya. Malah, Alias sudah menjadi tidak siuman manakala Bujei semakin sembuh.

BAB 20

Sidang Saman dan Mak Lamah terkejut apabila Adila menyatakan hasratnya untuk memilih Bujei sebagai suaminya. Setelah menasihati Adila, mereka akhirnya menerima hasrat Adila. Namun, Bujei masih belum bersedia lagi untuk menjadi suami dan memerlukan masa untuk benar-benar sembuh. Keesokan harinya, Adila bertemu Bujei dan menyatakan tugas mereka sudah selesai dan dia telah mendapat kerja sebagai seorang pensyarah. Di luar pagar rumah Sidang Saman, kelihatan seorang pemuda yang mereka kenali yang kelihatan kotor memandang mereka. Bujei seolah-olah melihat dirinya yang telah lama

Page 8: SUTERA DALAM LUKISAN

ditinggalkannya. Adila pula merasakan dia tidak pernah berdendam dengan pemuda itu. Untuk seketika, pandangan mereka bertaut. Mak Lamah yang mengintai terus mengharapkan yang terbaik untuk pasangan itu.

TEMA DAN PERSOALAN

TEMA

Kecelaruan fikiran yang dialami oleh seseorang kerana mengalami peristiwa hitam semasa kecilo Bujei dianggap tidak siuman oleh penduduk kampung dan sentiasa dipermainkan oleh

penduduk kampung terutamanya Alias, namun dengan bimbingan Adila telah berjaya memulihkan diri Bujei menjadi manusia normal.

PERSOALAN

Sikap manusia terhadap manusia yang kekurangano Alias sering menjadikan Bujei sebagai sasaran untuk melakukan tugas membersihkan

motosikalnya dan jarang diberi upah seperti yang dijanjikan. Keinginan untuk membantu orang yang kurang bernasib baik

o Adila terpanggil untuk membantu memulihkan Bujei yang dianggap gila kerana Adila berasa Bujei sebenarnya mempunyai kelebihan dan keistimewaan dan boleh menjadi manusia normal sekiranya sentiasa dibimbing.

Suka memfitnaho Alias mendakwa Adila berpenyakit AIDS dan Bujei harus menjauhi Adila supaya tidak

dijangkiti penyakit tersebut. Perasaan belas kasihan sesame insan

o Sidang Saman dan Mak Lamah sentiasa mengambil berat tentang Bujei dengan memberi makanan kepada Bujei.

Sikap tidak berhati peruto Harun telah mengambil kesempatan terhadap Fatimah, iaitu arwah ibu Bujei dengan

menghabiskan semua harta peninggalan arwah bapa Bujei. Ikhlas dalam membantu

o Adila sanggup menderma darah kepada Sahak yang telah terlibat dengan kemalangan ketika berlumba dengan Alias walaupun tidak mengenali Sahak memandangkan darahnya jenis AB sukar diperoleh.

Tidak mudah mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang laino Wak Senen tidak mementingkan diri apabila sanggup menyerahkan semuala tanah yang

sepatutnya menjadi milik Bujei. Padahal tanah tersebut telah pun dijual oleh bapa tiri Bujei kepadanya.

Cinta yang tidak menilai darjat

Page 9: SUTERA DALAM LUKISAN

o Adila yang pada mulanya hanya berniat membimbing Bujei akhirnya tertarik akan keistimewaan yang ada pada diri Bujei dan berharap agar Bujei akan menjadi suaminya.

Sikap nenek yang suka manjakan cucuo Opah Arah yang sering memanjakan Alias menyebabkan Alias suka bertindak membuli

Bujei dan melakukan banyak perkara yang tidak berfaedah. Bertindak mengikut perasaan

o Faizal mengambil jalan singkat dalam memastikan hajatnya tercapai iaitu sanggup menceraikan isterinya demi memastikan hajatnya untuk memperisteri Adila tercapai.

Suka bermuka-mukao Sahak dan Sani sering memuji-muji Alias agar Alias sentiasa berasa dirinya hebat kerana

ingin mengambil kesempatan terhadap Alias yang mempunyai banyak wang.

WATAK DAN PERWATAKAN

(i) Bujei / Mohamad Hafizo Merupakan anak tunggal dan bercita-cita menjadi tentera. Ibunya bernama Fatimah dan

ayahnya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya KArak. Bapa tirinya bernama Harun. Selepas ibunya meninggal dunia, Bujei tinggal bersama-sama neneknya. Apabila neneknya meninggal dunia, Bujei semakin hanyut dalam dunianya sendiri. Dituduh menyebabkan kebakaran rumah yang menjadi punca kematian ibunya. Sejak itu, Bujei dianggap tidak siuman. Penduduk kampung mempercayai Bujei yang menjadi punca ibunya meninggal dunia. Seorang yang mudah percaya pada kata-kata orang lain, buktinya Bujei mempercayai kata-kata Alias yang memfitnah Adila menghidap penyakit AIDS. Dia juga tidak suka meminta-minta, contohnya, Bujei sama sekali tidak akan meminta-minta untuk mendapatkan makanan kecuali ada yang mempelawanya makan. Dia juga suka bergaul dengan kanak-kanak, contohnya Bujei lebih senang berkawan dengan kanak-kanak teruatamanya Samsuil, Kasim, Sani, Sulaiman, dan Husin. Dia telah berusaha mengubah nasib diri, contohnya Bujei pada awalnya agak kecewa apabila mengetahui Adila bakal berkahwin sama ada dengan FAizal atau Alias, namun setelah berfikir dengan waras, dia menyatakan pada dirinya bahawa dia harus gigih berusaha mengubah nasib dirinya dengan berusaha mengerjakan kebun peninggalan arwah neneknya.

(ii) Adila o Merupakan anak Pak Lang Dahlan dan anak saudara Sidang Saman dan MAk Lamah.

Saudara sepupu kepada Same’ah, Samsul dan Saniah. Lulusan ijazah dari sebuah university di England, kecewa apabila tunangannya, Faizal telah berkahwin dan membawa diri ke kampung. Dia juga ikhlas membantu orang lain, contohnya ikhlas membantu untuk memulihkan diri Bujei. Dia juga seorang gadis yang bertanggungjawab, contohnya sanggup memulihkan Bujei walaupun berhadapan dengan fitnah yang memalukan dirinya. Dia juga gadis yang tegas dalam membuat keputusan, contohnya Adila tidak akan menerima Faizal kembali walaupun FAizal telah menceraikan isterinya. Dia juga suka menolong orang lain, contohnya membantu menguruskan majlis

Page 10: SUTERA DALAM LUKISAN

perkahwinan sepupunya, Same’ah. Dia juga prihatin terhadap orang lain, contohnya Adila risau apabila tidak melihat kelibat Bujei yang jatuh sakit akibat dipukul oleh bapa tirinya. Dia juga taat kepada ibu bapa dan orang tua, contohnya Adila taat akan perintah ibu bapa apabila bapanya menasihati Adia agar menerima tawaran kerja sebagai pensyarah.

(iii) Alias o Merupakan anak Mak Som dan cucu Opah Arah serta cucu saudara Tuk Imam Ngah.

Seorang cucu yang manja, seorang pemuda yang nakal dan liar, suka berlumba motosikal dan menjadi bangga diri apabila sering dipuji oleh kawan-kawannya. Menjadi tidak siuman akibat pinangannya ditolak oleh Adila. Dia juga suka membuli, contohnya sering memaksa Bujei mencuci motosikalnya. Dia juga bersikpa pentingkan diri, contohnya Alias sedikit pun tidak rasa bersalah apabila Sahak cedera parah ketika berlumba motosikal dengannya. Dia juga suka memfitnah, contohnya Alias sanggup memfitnah Adila berpenyakit AIDS. Dia juga gemar mengugut, contohnya Alias sentiasa mengugut Bujei agar pihak polis menangkap Bujei. Dia juga penakut, contohnya Alias menjadi takut apabila melihat Bujei memegang parang berkarat dan membawa neneknya untuk memarahi Bujei.

(iv) Haruno Merupakan seorang duda, mandur di lading kelapa sawit tidak berapa jauh daripada

kampung. Lelaki mata duitan, memfitnah Bujei yang menyebabkan kematian Fatimah. Dia juga pentingkan diri sendiri, contohnya Harun juga akan pulang ke kampung ketika musim buah-buahan untuk mengutip hasil yang lumayan tanapa memberikan sedikit pun bahagian Bujei. Dia juga tidak bertanggungjawab, contohnya sanggup menuduh Bujei yang menyebabkan kebakaran itu berlaku. Dia juga seorang yang kejam, contohnya bertindak membelasah Bujei dengan begitu teruk hingga Bujei jatuh pengsan dalam usaha membolot harta.

(v) Mak Lamaho Merupakan isteri Sidang Saman dan ibu Same’ah, Samsul dan Saniah. Merupakan ibu

saudara melalui suaminya kepada Adila. Dia juga seorang yang prihatin, contohnya tidak pernah menyisihkan Bujei walaupun mengetahui Bujei tidak siuman dan selalu memberikan makanan kepada Bujei. Dia juga menyokong keinginan Adila untuk berusaha memulihkan Bujei kerana bersimpati akan nasib malang yang menimpa Bujei.

(vi) Opah Araho Merupakan nenek Alias dan sering memanja-manjakan Alias. Dia seorang yang suka

bertindak terburu-buru, contohnya memaki hamun Bujei apabila mengetahui Bujei menyerang cucunya. Dia juga sentiasa memenuhi keinginan cucunya, contohnya Opah Arah akan melakukan apa sahaja demi cucu kesayangannya, termasuklah meminang Adila.

PLOT

Page 11: SUTERA DALAM LUKISAN

(i) Permulaan

Bujei banyak menghabiskan masanya di tebing sungai, ingatan terhadap peristiwa ngeri yang kehilangan ibu sentiasa mengganggunya. Kelakuan peliknya semakin menjadi-jadi semenjak neneknya meninggal dunia. Dia rela dirinya dianggap gila dan mengikut segala suruhan Alias.

(ii) Perkembangan

Kedatangan Adila yang berazam untuk membantu Bujei kerana yakin Bujei masih mampu dipulihkan sekiranya dibimbing dengan baik. Adila berada di kampung kerana kecewa dengan Faizal yang tidak menepati janji dan berkahwin dengan wanita lain. Setelah mengenali Adila, Bujei mula berasa selesa dan dia dapat memperbaik kekurangan diri.

(iii) Perumitan

Alias yang kurang senang dengan kemesraan Adila dan Bujei bertindak mengganggu hubungan mereka dengan pelbagai cara sehingga Bujei berasa akan kehilangan Adila. Bujei pergi ke tebing sungai untuk melayan perasaan. Semasa di tebing sungai bapa tirinya yang tidak berpuas hati dengan tindakan Bujei yang merosakkan surat pindah milik tanah bertindak membelasah Bujei sehingga Buhei tidak sedarkan diri. Alias juga tidak berpuas hati apabila melihat Adila membawa Bujei ke pekan lalu bertindak merosakkan radio yang baru dibeli oleh Bujei sehingga terjadi pergaduhan. Bujei tidak membiarkan dirinya diperbodoh lalu bertindak memukul Alias dan mendesak Alias membayar ganti rugi. Tindakan Bujei menyebabkan Opah Arah memarahi dan memaki hamun Bujei yang memaksa Alias membayar ganti rugi. Alias menggunakan cara lain untuk menghalang hubungan Bujei dengan Adila dengan berpura-pura menyesal atas perbuatan jahatnya selama ini terhadap Bujei. Alias menyebarkan fitnah bahawa Adi;a berpenyakit AIDS dan telah rosak dan cuba menjadikan Bujei “kambing hitam”. Adila cuba mengubati kepeihan akibat fitnah dengan keembali ke Kuala Lumpur. Bujei yang begitu merindui Adila terkejut apabila Adila yang disangjkanya sakit tenat rupa-rupanya sihat sejahtera. Hubungan Adila dan Bujei kembali pulih dan menaikkan kemarahan Alias lalu dia memarahi Bujei kerana tidak menjauhkan diri.

(iv) Klimaks

Bujei meminta Alias menghalau Adila dari kampung sekiranya penyakit Adila berbahaya dan dia akan menyokong Alias. Alias yang berasa dirinya terkena dengan Bujei akhirnya member alasan dia mesti mendapat persetujuan poenduduk kampung. Bujei berasa puas kerana dia Berjaya mengahalang perlakuan Alias terhadapnya. Sejak itu, Alias tidak lagi mengganggu Bujei dan Alias menjadi semakin tidak tentu arah kerana terlalu mengharapkan Adila menerimanya. Alias kelihatan sasau seperti yang dialami oleh Bujei suatu ketika dahulu.

(v) Peleraian

Page 12: SUTERA DALAM LUKISAN

Adila memaklumkan kepada Pak Long dan Mak Longnya tentang perasaannya terhadap Bujei. Pak Longnya memahami perasaan Adila Cuma meminta Adila bersabar kerana Bujei masih belum bersedia menjadi seorang suami. Seterusnya, Adila memaklumkan bahawa tugas mereka sudah selesai dan berharap Bujei harus berdikari. Adila menerima tawaran kerja sebagai oensyarah. Bujei berasa terhutang udi kepada Adila dan Adila meminta Bujei belajar agama daripada Pak Longnya. Adila meminta Bujei menghantarnya menaiki bas dan mempelawa Bujei ke Kuala Lumpur. Adila dan Bujei berasa ada sesuatu di dalam hati masing-masing, kemas tersimpan di dalam hati namun, hanya mata mereka sahaja bertentang. Mak Lamah yang melihat keadaan itu mengharapkan sesuatu akan berlaku antara Adila dan Bujei.

GAYA BAHASA

Penggunaan peribahasao Halaman enam : Janji Harun untuk memberikan kasih saying kepada anak tirinya

hanyalah janji pemanis mulut.o Halaman 37 : “Biarkan..biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya,” ujar Sani melucu.o Halaman 187 : Dia pernah dengar orang mengatakan, hidung tak mancung pipi

disorong-sorong. Bahasa Inggeris

o Antara penggunaan bahasa Inggeris seperti stupid, please, the answer is no dan good morning.

Personifikasio Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi air membuai perasaannya

(halaman 91)o Entah dari mana kedengaran jeritan burung kaka dan dari arah bukit kedengaran ungka

bersahut-sahutan (halaman 91)o Daun-daun, ranting serta sampah daripada hulu melenggok-lenggok, bagai menari

menuju ke hilir (halaman 91)o Namun, perutnya sudah meminta, tekaknya sudah mengharap dan mulutnya berair

(halaman 23)

TEKNIK PENCERITAAN

Teknik pemerian

Dalam sesebuah novel, teknik pemerian memang sering digunakan oleh pengarang. Teknik ini amat mudah untuk menjelaskan kepada pembaca tentang latar, gambaran ataupun pendirian watak dalam membincangkan sesuatu isu. Sebagai contoh, menerusi awal bab pertama, pengarang menceritakan keadaan alam sekitar dengan menggambarkan dia, iaitu watak utama, Bujei, menampar agas yang singgah pada mukanya. Mata dan hidungnya menjadi tumpuan yang digemari oleh agas-agas itu. Boleh dikatakan keseluruhan bab pertama menggunakan teknik ini, keuali sekali teknik dialog digunakan.

Page 13: SUTERA DALAM LUKISAN

Teknik dialog

Teknik ini digunakan untuk melahirkan pendapat watak tentang sesuatu isu. Kebiasaannya hanya hal yang penting sahaja dinyatakan dalam bentuk dialog. Sebagai contoh, dalam bab tiga, pengarang memulakan cerita dengan menggunakan teknik dialog. Menerusi dialog antara Same’ah dan Adila, Adila ingin tahu keadaan Bujei. Contoh : “Dia tidur ke tu?” “Siapa?” “Tu… Bujei, kan?”

Teknik imbas kembali

Teknik ini digunakan untuk mengimbas kembali sesuatu peristiwa yang dialami oleh watak. Melalui teknik ini, pembaca akan mendapat gambaran sesuatu peristiwa yang menyebabkan perasaan watak terganggu. Sebagai contoh, menerusi bab pertama, Bujei teringat akan peristiwa pahit yang berlaku terhadap arwah ibunya yang sering dipukul oleh bapa tirinya kerana inginkan wang. Bapa tirinya yang terlalu marah kerana hajatnya tidak kesampaian lalu bertindak menendang pelita sehingga menyebabkan kebakaran. Bapa tirinya pula telah menuduh Bujei bermain api yang telah menyebabkan kebakaran dan ibunya tidak sempat diselamatkan dalam kebakaran itu.

Teknik monolog

Teknik monolog digunakan untuk menggambarkan watak sedang berkata dengan diri sendiri untuk meluahkan rasa gembira atau duka. Dalam novel ini, menerusi bab dua, pengarang menggunakan teknik ini. Digambarkan Bujei berbisik pada dirinya sendiri, dia tidak mahu meminta-minta kerana dia juga mempunyai harga diri.

LATAR

A. Latar masyarakat Pelbagai golongan masyarakat yang hidup dalam sebuah kampung.

- Contohnya golongan tua, iaitu Sidang Saman, Mak Lamah, Mak Som, Opah Arah, Pak Lang Dahlan, manakala Adila, Bujei, Faizal, Same’ah, Alias, Sahak dan Sani mewakili golongan muda dan golongan kanak-kanak diwakili oleh Samsul, Husin dan Zulkarnain.

Masyarakat yang beragama Islam- Contohnya Mak Lamah juga mengingatkan Bujei agar belajar bersolat,

manakala Adila mengingatkan Bujei agar belajar tentang agama. Masyarakat yang berpendidikan tinggi

- Adila dan Faizal menuntut di luar Negara selama lima tahun.

Masyarakat yang suka memandang serong terhadap sesuatu perkara

Page 14: SUTERA DALAM LUKISAN

- Contohnya Bujei yang dituduh oleh bapa tirinya sebagai penyebab kematian ibu sendiri menyebabkan Bujei dipandang serong oleh penduduk kampung sehingga mengalami tekanan dan dianggap tidak waras.

Masyarakat yang tamak- Contohnya Harun yang merupakan bapa tiri Bujei ingin merampas tanah

sawah dan tanah tapak rumah milik arwah ibu Bujei. Masyarakat yang prihatin

- Contohnya Sidang Saman, Mak Lamah dan bapa Adila juga yakin Bujei akan pulih sekiranya dibantu oleh Adila dan mereka menyokong hasrat murni Adila.

Masyarakat yang suka menindas insan yang lemah- Contohnya Alias dan Opah Arah suka menindas Bujei yang dianggap gila.

Misalnya Alias sentiasa menyuruh Bujei mencuci motosikalnya tanapa diberi upah manakala Opah Arah memandang hina kepada Bujei dengan sering memaki dan menghina Bujei.

Masyarakat yang suka menyebarkan fitnah- Contohnya Harun menyatakan bahawa Bujei yang bersalah sehingga

menyebabkan kematian ibunya.- Fitnah bahawa Adila telah rosak dan ingin memperalatkan Bujei agar menjadi

suaminya.B. Latar tempat

Sebuah kampung di negeri Perak- Jaraknya dari Kuala Lumpur kurang dua ratus kilometer dan lebih kurang 50

kilometer dari Ipoh. Kuala Lumpur

- Contohnya keluarga Adila tinggal di Kuala Lumpur. Rumah Bujei / rumah peninggalan arwah nenek Bujei

- Contohnya Bujei menetap di rumah ini setelah ibunya meninggal dunia diikuti pula oleh neneknya.

Rumah Sidang Saman- Contohnya Adila membawa diri ke kampung dan tinggal di rumah Sidang

Saman, malahan Bujei juga sering ke rumah Sidang Saman apabila diajak oleh Samsul.

Tebing sungai- Contohnya Bujei sering menghabiskan masanya berada di tebing sungai dan

terjun ke dalam sungai apabila terdengar deruman motosikal Alias. Rumah ibu Bujei / Fatimah

- Contohnya di rumah inilah berlakunya tragedi rumahnya terbakar menyebabkan ibunya terkorban.

Di bawah pokok belimbing besi- Contohnya Adila dan Bujei sering bertemu di bawah pokok belimbing besi di

luar rumah Sidang Saman untuk mengenali dan membantu memulihkan Bujei.

Page 15: SUTERA DALAM LUKISAN

Di bawah pokok bunga di hujung jambatan- Contohnya Alias menunggu Adila di bawah pokok bunga dengan tujuan

mengajak Adila. Pekan

- Contohnya di pekan, Adila dan Same’ah akan membeli barang perkahwinan manakala Samsul dan Bujei ke kedai gunting rambut dan pusat beli-belah.

Rumah Alias- Contohnya Bujei sering disuruh membersihkan motosikal Alias dan dijanjikan

dengan upah oleh Alias. Di dalam bangsal

- Contohnya Samsul membawa makanan kepada Bujei yang sakit teruk setelah dibelasah oleh bapa tirinya.

C. Latar masa Waktu awal Subuh

- Contohnya Bujei akan terjaga apabila terdengar bunyi azan Subuh dan segera mandi dan menyiapkan dirinya.

Waktu pagi- Contohnya Bujei akan menunggu penoreh getah dengan harapan dia dipelawa

membantu mereka di kebun getah. Waktu awal rembang

- Contohnya ketika itu Bujei tidak dapat menahan perasaan rindunya kepada Adila setelah sepuluh hari tidak bertemu.

Waktu hampir Maghrib- Contohnya Sidang Saman yang melalui kawasan jambatan terkejut apabila

melihat Bujei terjun ke sungai lalu menyuruh Bujei segera pulang. Waktu malam

- Contohnya Bujei tersedar daripada pengsan setelah dibelasah oleh bapa tirinya lalu pulang ke rumah.

Tempoh masa selama dua bulan- Contohnya Adila telah telah tinggal di kampung selama dua bulan setelah

membawa diri apabila tunangnya telah berkahwin.

NILAI MURNI

Baik hatio Adila begitu bersungguh-sungguh membantu Bujei pulih menjadi manusia normal.

Kerjasamao Adila menolong Same’ah menyiapkan bunga telur sempena majlis perkahwinannya.

Semangat bermasyarakato Penduduk kampung sama-sama membantu semasa majlis perkahwinan Same’ah.

Keberaniano Setelah mendapat bimbingan Adila, Bujei mula menunjukkan sikap berani apabila

menuntut ganti rugi radionya yang dirosakkan oleh Alias.

Page 16: SUTERA DALAM LUKISAN

Kasih sayango Perasaan kasih mula timbul setelah lama Adila membimbing Bujei.

Kejujurano Mak Usu Bakyah menyatakan bahawa Bujei merupakan manusia yang paling jujur

pernah ditemuinya.

PENGAJARAN

Kita haruslah tolong-menolong antara sesama manusiao Adila banyak membantu memulihkan Bujei kembali normal.

Kita mestilah ikhlaso Adila juga ikhlas membantu mendermakan darahnya untuk Sahak yang terlibat dalam

kemalangan dan memerlukan darah jenis AB yang sukar didapati. Kita hendaklah sentiasa bekerjasama

o Samsul dan Bujei menurunkan khemah setelah selesai majlis perkahwinan Same’ah. Kita wajar menjaga harga diri

o Bujei yang telah dibimbing dan dipulihkan semangatnya oleh Adila tidak lagi takut akan Alias, malah menuntut balik haknya daripada Alias apabila radio dirosakkan.

Kita mesti akur akan nasihat ibu bapao Adila mendengar nasihat bapanya agar dia menerima pekerjaan sebagai pensyarah.

Kita hendaklah berpegang kepada janjio Faizal yang pada awalnya telah berjanji untuk berkahwin dengan Adila telah memungkiri

janjinya dan berkahwin dengan wanita lain. Kita mestilah menyokong setiap usaha murni yang dilakukan

o Sidang Saman, Mak Lamah dan bapa Adila memberi sokongan terhadap usaha murni Adila untuk membantu memulihkan Bujei menjadi seperti manusia yang normal.