susun atur
TRANSCRIPT
PENGENALAN JABATAN
PENGENALAN JABATAN HOUSEKEEPING
Jabatan pengemasan adalah jabatan yang paling sibuk di hotel dan mempunyai pelbagai tugasan untuk di laksanakan.Jabatan pengemasan selalunya terletak berhampiran dengan blok bilik.Jabatan pengemasan bertanggungjawab untuk :-
Memastikan kekemasan serta kebersihan di semua bilik. Bertangjunggjawab dalam member khidmat yang terbaik untuk tetamu yang menginap. Memastikan kawasan persekitaran hotel bersih dan selesa. Sentiasa member kepuasan kepada tetamu yang datang untuk menginap.
Housekeeping perlu menjaga dan membersihkan sebanyak 88 buah bilik dan 15 chalet dilengkapi dengan 2 buah bilik ,dapur dan juga ruang rehat yang luas.Penghawa dingin,tv yang mempunyai astro,telefon juga disediakan untuk keselesaan tetamu yang menginap
Di ACKR,jawatan yang paling tinggi dalam jabatan housekeeping ialah Housekeeper yang disandang oleh Puan Zaliha,seterusnya supervisor housekeeping iaitu Jojo diikuti dengan room attendant iaitu Suraya,Ain,Kudus dan Barek.Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menjalankan proses pembersihan bilik agar berjalan dengan lancer dan teratur.
Housekeeping juga perlu bekerjasama dengan jabatan-jabatan yang lain seperti :-
1. Housekeeping melaporkan kepada Front Office mengenai : Room station Check in dan check out room Linen kotor Pemindahan bilik tetamu Penambahan tilam Barang tetamu yang tertinggal
2. Housekeeping dengan Food and beverage mengenai :- Room service Banquet Linen
3. Housekeeping dengan akaun Inventori Barang-barang yang kurang
4. Housekeeping dengan maintenance mengenai :- Kerosakkan di dalam bilik Kerosakkan di dalam tandas
5. Housekeeping dengan pengawal keselamatan:- Bersama-sama menjaga keselamatan tetamu dan barang-barang tetamu.
CARTA ORGANISASI HOUSEKEEPING
HOUSEKEEPER
ZALIHA MAHMOOD
HOUSEKEEPING SUPERVISOR
JOJO
ROOM ATTENDANT
SURAYA
ROOM ATTENDANT
AIN
ROOM ATTENDANT
KUDUS
PUBLIC AREA
MUSA
ZOL KHAMIS
GARDENER
MOHD LAJIM
ROOM ATTENDANT
BAREK
SUSUN ATUR
Berikut adalah jenis-jenis bilik yang disediakan
Superior RoomDeluxe RoomFamily RoomChalet 2 RoomChalet 3 Room
Superior,deluxe dan family room diletakkan di satu unit bangunan yang sama.Manakala Chalet pulak di bina di bahagian atas resort.Semua bilik yang disediakan di atas adalah sama sahaja,cuma yang membezakan di antara bilik-bilik ialah harga,keluasan,bilangan barang keperluan,susun atur bilik,bilik air dan saiz katil.
BILIK SUPERIOR
SUPERIOR ROOM1 KING BED or 2 SINGLE BEDS
RM per room per night(Including 2 breakfast)
Weekdays(Sundays ~ Thursdays)
Weekends (Fridays ~ Saturdays), Eve of Public Holidays & Public Holidays & School
Holidays
Super Peak (Eve, 1st & 2nd Day of Chinese New Year, Eve, 1st & 2nd
Day of Hari Raya Puasa)
RM162.00 nett RM192.00 nett RM204.00 nett
SUSUN ATUR BILIK
RINGKASAN BILIK SUPERIOR
PETUNJUK
MEJA LAMPU TIDUR
TV PENGHAWA DINGIN
MEJA KECIL
CERMIN SOLEK
PINTU TANDAS
LAMPU TIDUR
KERUS PENDEK DAN PANJANG BANTAL
ASTRAY
ALMARI BAJU
SINGLE BED
PINTU BILIK
PERALATAN-PERALATAN YANG TERDAPAT DI DALAM BILIK INI
KEPERLUAN DAN PERALATAN KUANTITIselimutcadarSarung bantalTuala mandiTilam singleKatil singleBantalBakul sampahPlastic sampahTisuSyampuSabunTopi mandiSanitary begLaundary begAshtraySejadahTeh,kopiGula,creamerCawan di toiletCawan minumSudu membuat airAir mineral
22222222212222211242222
DELUXE ROOM1 KING BED and 1 KING SIZE BEDS
RM per room per night(Including 3 breakfast)
Weekdays(Sundays ~ Thursdays)
Weekends (Fridays ~ Saturdays), Eve of Public Holidays & Public Holidays & School Holidays
Super Peak (Eve, 1st & 2nd Day of Chinese New Year, Eve, 1st & 2nd Day
of Hari Raya Puasa)
RM212.00 nett RM242.00 nettRM255.00 nett
BILIK DELUXE
PETUNJUK
MEJA BULAT
PINTU KELUAR
KERUSI KECIL
ALMARI BAJU
CERMIN SOLEK
KING SIZE BED
PENGHAWA DINGIN
SINGLE BED
ASTRAY
TV
PINTU TANDAS
CERMIN PANJANG
BANTAL
PERALATAN-PERALATAN YANG TERDAPAT DI DALAM BILIK INI
KEPERLUAN DAN PERALATAN KUANTITIselimutcadarSarung bantalTuala mandiTilam singleTilam king sizeKatil singleKatil king BantalBakul sampahPlastic sampahTisuSyampuSabunTopi mandiSanitary begLaundary begAshtraySejadahTeh,kopiGula,creamerCawan di toiletCawan minumSudu membuat airAir mineral
2233111132222221124222223
FAMILY ROOM4 SINGLE BEDS
RM per room per night
Weekdays(Sundays ~ Thursdays)
Weekends (Fridays ~ Saturdays), Eve of Public Holidays & Public Holidays & School Holidays
Super Peak (Eve, 1st & 2nd Day of Chinese New Year, Eve, 1st & 2nd Day
of Hari Raya Puasa)
RM267.00 nett RM297.00 nett RM305.00 nett
BILIK FAMILY
PETUNJUK
TV KERUSI KECIL
ASHTRAY
CERMIN SOLEK
BANTAL
PINTU KELUAR
TILAM SINGLE (4) TOILET
PERALATAN-PERALATAN YANG TERDAPAT DI DALAM BILIK INI
KEPERLUAN DAN PERALATAN KUANTITIselimutcadarSarung bantalTuala mandiTilam singleKatil singleBantalBakul sampahPlastic sampahTisuSyampuSabunTopi mandiSanitary begLaundary begAshtraySejadahTeh,kopiGula,creamerCawan di toiletCawan minumSudu membuat airAir mineral
22224442222222211242224
CHALET 2 ROOM2 SINGLE BEDS AND 1 KING SIXE BED
RM per room per night(Including 4 breakfast)
Weekdays(Sundays ~ Thursdays)
Weekends (Fridays ~ Saturdays), Eve of Public Holidays & Public Holidays & School Holidays
Super Peak (Eve, 1st & 2nd Day of Chinese New Year, Eve, 1st & 2nd Day
of Hari Raya Puasa)
RM337.00 nett RM367.00 nett RM387.00 nett
PERALATAN-PERALATAN YANG TERDAPAT DI DALAM BILIK INI
KEPERLUAN DAN PERALATAN KUANTITIselimutcadarSarung bantalTuala mandiTilam singleKatil singleKatil king sizeTilam king sizeBantalBakul sampahPlastic sampahTisuSyampuSabunTopi mandiSanitary begLaundary begAshtraySejadahTeh,kopiGula,creamerCawan di toiletCawan minumSudu membuat airAir mineral
3864221163324422222444444
SPESIFIKASI TUGAS
JAWATAN : Housekeeper
JABATAN : Housekeeping
UMUR : 50 Ke atas
SIKAP : Tegas
KELAYAKKAN:
o Memiliki kemahiran dalam menguruskan bilik.o Pandai berbahasa Inggeris,Jepun dan bahasa kebangsaan.o Bijak dalam mengatasi masalah.o Berkebolehan dalam merancang sesebuah organisasi.
PENGALAMAN:
o Mempunyai pengalaman selama 30 tahun bekerja di hotel.o Berpengalaman bekerja di hotel yang berlainano Mempunya pengalaman menjadi ketua di jabatan hotelo Berpengalaman dalam mengendalikan pekerja bawahano Berkelayakkan dalam housekeeping
JAWATAN : Housekeeping Supervisor
JABATAN : Housekeeping
UMUR : 22
SIKAP : Bertanggungjawab dalam menguruskan orang bawahan,rajin
KELAYAKKAN :
o Mempunyai kelulusan dalam SPMo Boleh membaca dan mengirao Mempunyai kelayakkan sebagai ketua o Berpengetahuan dalam jabatan pengemasano Bijak dalam menangani masalah di bilik-bilik hotelo Bijak menguruskan masa dengan betul dan tepat
PENGALAMAN :
o Berpengalaman selama 2 tahun dalam jawatan supervisoro Berpengalaman dalam jabatan pengemasan
JAWATAN : Room Attendant 1
JABATAN : Housekeeping
UMUR : 25
SIKAP : Rajin dan peramah
Kelayakkan :
o Mempunyai kelulusan dalam SPMo Boleh membaca dan mengirao Tahu menggunakan peralatan housekeepingo Boleh mengemas bilik dengan cepat dan cekap.
PENGALAMAN :
o Pernah bekerja di tempat lain sebelum inio Mempunyai pengalaman dalam jabatan pengemasano Bijak membahagikan masa untuk mengemas setiap bilik yang ada dalam masa yang di
tetapkan
JAWATAN : Room Attendant 2
JABATAN : Housekeeping
UMUR : 22
SIKAP : Suka menolong rakan-rakan yang lain
Kelayakkan :
o Mempunyai kelulusan dalam SPMo Boleh membaca dan mengirao Bijak menggunakan peralatan
PENGALAMAN :
o Mempunyai pengalaman dalam bidang perhotelan sebelum ini.o Mempunyai pengalaman dalam jabatan pengemasan dalam masa yang panjango Mempunyai pengalaman dalam mengemas bilik dengan cepat dan pantas.
JAWATAN : Room Attendant 3
JABATAN : Housekeeping
UMUR : 40
SIKAP : Pendiam
Kelayakkan :
o Boleh membaca dan mengirao Bijak menggunakan peralatan
PENGALAMAN :
o Mempunyai pengalaman dalam bidang perhotelan sebelum ini.o Mengetahui susun atur di dalam biliko Mengemas dengan cepat dan pantas
JAWATAN : Room Attendant 3
JABATAN : Housekeeping
UMUR : 44
SIKAP : Suka menyendiri
Kelayakkan :
o Boleh membaca dan mengirao Bijak menggunakan peralatano Pandai dalam berbahasa Inggeris
PENGALAMAN :
o Mempunyai pengalaman dalam bidang perhotelan sebelum ini.o Mengetahui susun atur di dalam biliko Mengemas dengan cepat dan pantas
JAWATAN : GARDENER
JABATAN : Housekeeping
UMUR : 50 ke atas
SIKAP : Baik hati
Kelayakkan :
o Mempunyai pengalaman bekerja di hotel dalam masa yang sangat panjango Boleh membaca dan mengira.
PENGALAMAN :
o Berkebolehan dalam menguruskan tumbuh – tumbuhan di kawasan hotel.o Bijak menguruskan pokok-pokok yang ada di sekitar hotel.o Pandai mencantikkan kawasan hotel
JAWATAN :Public area
JABATAN : Housekeeping
UMUR : 50 ke atas
SIKAP : Jujur dan amanah
Kelayakkan :
o Mempunyai pengalaman bekerja di hotel dalam masa yang sangat panjango Boleh membaca dan mengira.o Rajin dalam bekerja
PENGALAMAN :
o Berkebolehan dalam menguruskan kawasan awamo Cermat dalam melakukan kerja dan rajino Membersihkan kawasan dengan bersih dan sangat teratur ketika melakukan kerja.
Deskripsi tugasan
DESKRIPSI TUGASAN
JAWATAN : Housekeeper
JABATAN : Housekeeping
TUGAS-TUGAS :-
1. Sentiasa memantau dan memberi arahan kepada kakitangan.2. Memberi tumpuan dan latihan kepada pekerja-pekerja baru.3. Sentiasa berhubung baik dengan jabatan lain.4. Sentiasa berkomunikasi dan bekerjasama dengan ketua jabatan lain.5. Rajin memantau setiap tugas-tugas yang dilakukan oleh kakitangan. 6. Meningkatkan dan mengekalkan hubungan baik dengan pekerja.7. Memantau setiap bilik supaya berada dalam keadaan baik .8. Memastikan sebarang bilik-bilik yang rosak di perbaiki 9. Memastikan barang-barang di housekeeping sentiasa mencukupi supaya tidak
membantutkan pekerjaan housekeeping.10. Bijak menangani maslaah yang di hadapi oleh pekerja.11. Sentiasa memastikan tetamu selesa ketika menginap di hotel.
JAWATAN : Supervisor Housekeeping
JABATAN : Housekeeping
TUGAS-TUGAS :-
1. Membantu semua kerja yang dilaksanakan oleh housekeeping selesai dengan bersih dan teratur
2. Melatih kakitangan housekeeping mengenai standard,polisi dan prosedur dalam membersihkan bilik tetamu.
3. Membahagikan bahagian bilik-bilik kepada setiap housekeeping agar kerja dapat dilaksanakan dengan cepat dan tepat pada masanya
4. Mengekalkan standard berpakaian,kebersihan,pakaian seragam dan penampilan pekerja housekeeping agar sentiasa bersih dan kemas
5. Merapatkan hubungan diantara semua kakitangan6. Menyediakan bahan untuk dimasukkan dalam mesyuarat 7. Membuat laporan setiap bulan8. Membuat jadual waktu untuk pekerja.9. Semak semua barang-barang yang tidak mencukupi dan ambil di stor10. Sentiasa berhubung dengan kaunter hadapan bagi memastikan status bilik.11. Merancang sebarang kemungkinan bagi meningkatkan operasi jualan bilik.12. Cek setiap bilik yang di kemas agar betul-betul kemas dengan bersih.
JAWATAN : Room Attendant
JABATAN : Housekeeping
TUGAS-TUGAS :-
1. Mengambil kunci di kaunter hadapan2. Semak status setiap bilik samada kotor,occ atau bersih.3. Mengemas setiap bilik dengan bersih tanpa terdapat sebarang habuk.4. Mencuci tandas dengan bersih dan sempurna5. Mop lantai kaki lima hotel.6. Melaporkan sebarang kerosakkan bilik kepada supervisor dengan cepat.7. Melayan tetamu dengan baik dan mesra.8. Memastikan setiap barang yang di letak di dalam bilik mencukupi mengikut standard yang
telah ditetapkan oleh pihak hotel.9. Sentiasa berhubung dengan kaunter hadapan agar kerja dapat dilaksanakan dengan lebiih
sempurna dengan mengetahui status bilik.10. Mengekalkan standard pemakaian yang bersih,kemas dan sentiasa menjaga kebersihan diri.11. Peka dengan jadual yang telah disediakan12. Tidak merungut dengan setiap pekerjaan yang perlu dilakukan.13. Menjaga kesihatan diri agar tidak menjejaskan prestasi kerja14. Sentiasa memastikan peralatan dan barang-barang yang hendak digunakan berada dalam
keadaan baik dan mencukupi.15. Memastikan pelanggan berpuas hati dengan layanan yang diberikan16. Melaporkan sebarang kejadian pelik kepada ketua atau supervisor.17. Melakukan tugas yang di berikan dengan baik serta melaksanakan tugas dengan jujur dan
amanah.
JAWATAN : Gardener
JABATAN : Housekeeping
TUGAS-TUGAS :-
1. Menyiram pokok-pokok yang ada di sekitar kawasan hotel2. Sentiasa menjaga tumbuh-tumbuhan dengan baik3. Tidak membiarkan sebarang lalang atau semak tumbuh yang boleh mencacatkan
pemandangan di AKCR.4. Sentiasa memastikan peralatan yang hendak digunakan mencukupi5. Menjaga peralatan yang di beri pihak hotel dengan sebaik mungkin.6. Sentiasa peka dengan jadual harian 7. Prihatin dengan jadual yang telah ditetapkan8. Memakai pakaian yang lengkap ketika menjalankan tugas agar keselamatan lebih terjamin.9. Melayang tetamu yang datang dengan ramah dan mesra10. Menjalankan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab11. Bijak membahagikan masa agar tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna.
JAWATAN : Public Area
JABATAN : Housekeeping
TUGAS-TUGAS :-
1. Menyapu di setiap kawasan lobi 2. Mop di keseluruhan kawasan hotel3. Membersihkan tandas untuk orang awam4. Memastikan segala peralatan yang hendak digunakan mencukupi5. Memakai pakaian yang lengkap agar keselamatan ebih terjamin6. Peka dengan jadual yang telah ditetapkan7. Sentiasa mengikut arahan yang diberikan oleh ketua.8. Menjalankan tugas dengan jujur dan penuh rasa tanggungjawab9. Melayan tetamu dengan baik apabila bertembung dengan tetamu dan memberikan
senyuman kepada tetamu.
STANDARD OPERATION (S.O.P)
STANDARD OPERATION PROCEDURE (S.O.P)
PERKARA : Membersihkan bilik tetamuTUJUAN : Untuk memastikan tetamu selesa ketika menginap
PROSEDURE :1. Bawa semua cawan dan bekas habuk rokok yang kotor ke dalam bilik mandi2. Cuci semua cawan yang kotor3. Mengumpul semua sampah-sampah yang ada di dalam satu plastic yang telah
disediakan.4. Menukar cadar katil mengikut standard yang telah di tetapkan5. Mengumpul linen kotor di satu tempat6. Membersihkan bilik mengikut standard yang telah ditetapkan7. Mengelap semua habuk-habuk yang ada di dalam bilik8. Mengelap peti sejuk dari luar dan dalam9. Nmengelap almari television dan television10. Lap meja,almari,bingkai gambar dan lain-lain11. Bersihkan telefon12. Lap lampu tidur agar bersih dan terang dari segi pengcahayaan13. Periksa siling jika terdapat sebarang sawang14. Lap gril penghawa dingin jika kotor15. Sapu clantai16. Vakum lantai17. Mop lantai sehingga bersih18. Lengkapkan semua yang perlu ada di dalam bilik seperti sabun.syampu dan lain-lin.19. Cek bilik jika terdapat sebarang kerosakkan.20. Melaporkan kepada ketua jika terdapat kerosakkan di dalam bilik21. Periksa dulu bilik supaya tiada barang yang tertinggal dan pastikan bilik di kemas
dengan bersih.
PERKARA :Membersihkan bilik mandi
TUJUAN : Supaya bilik mandi bersih dan selesa di gunakan
PROSEDUR :-
1. Buang semua sampah 2. Keluarkan sabun dan syampu yang telah digunakan3. Cuci cawan untuk berkumur4. Menggosok,membersihkan dan mencuci mangkuk tandas dengan bersih tanpa sebarang
kekotoran yang tinggal.5. Mencuci dan membersihkan sinki.6. Memberus dinding agar tidak kotor 7. Mencuci cermin yang ada di dalam tandas8. Siram keseluruhan tandas9. Lap lantai tandas supaya tidak basah dan licin10. Lengkapkan semua barang-barang yang diperlukan di dalam tandas.11. Pastikan semuanya bersih dan kemas.12. Periksa jika terdapat sebarang kerosakkan di dalam tandas13. Melaporkan kepada ketua jika terdapat sebarang kerosakkan.
PERKARA Membersihkan tingkap
TUJUAN :Supaya tingkap sentiasa bersih dan tidak berhabuk
PROSEDUR :-
1. Menyediakan spray botol dan alat khas untuk mengelap tingkap2. Bersihkan di bahagian atas cermin di ikuti bahagian bawah pula3. Mengelap cermin dengan kain bersih agar tidak terdapat sebarang kekotoran yang tinggal.4. Lap bahagian atas,tepid an bawah bingkai dengan kain bersih5. Periksa jika terdapat cermin yang belum di lap 6. Melaporkan kepada ketua jika terdapat cermin yang rosak.7. Sentiasa peka dalam setiap tugasan dan jadual waktu yang telah disediakan.
PERKARA : Membersihkan habuk di bilik tetamu.
TUJUAN : Memastikan bilik tetamu dalam keadaan bersih dan tidak berhabuk
PROSEDUR :-
Lap semua tempat mengikut arah jam atau lawan jam untuk memastikan tiada kawasan yang tertinggal.
Lap kepala katil dari mula hingga hujung agar bersih dari habuk. Lap meja kecil supaya nampak lebih berkilat. Lap almari baju agar tiada sawang. Periksa semua sudut bilik jika terdapat serangga atau sawang yang tertinggal.
PPERKARA : Perjumpaan mingguan
TUJUAN : Memastikan pekerja mendapat maklumat dan menerima arahan dengan tepat.
PROSEDUR :-
Diketuai oleh housekeeper/supervisor housekeeping. Melaporkan maklumat penting kepada housekeeping. Memberi arahan kepada housekeeping tentang apa yang perlu di buat Memberitahu bilik-bilik mana yang perlu dibersihkan terlebih dahulu jika ada tetamu yang
akan check in. Memberitahu kesalahan yang dilakukan oleh housekeeping agar mereka bole memperbaiki
kerja. Sambung melakukan kerja setelah tamat perjumpaan.
PERKARA : Vakum karpet dibilik tetamu
TUJUAN : Memastikan karpet sentiasa bersih
PROSEDUR :-
Kutip semua sampahyang ada di lantai. Mulakan kerja vakum dari belakang hingga ke hadapan. Pastikan bawah katil juga di vakum. Jika terdapat perabot,alihkan semua perabot terlebih dahulu supaya mudah untuk vakum
dan susun semula perabot di tempat asal. Perkara yang paling penting sekali ialah vakum di bahagian atas karpet supaya segala
kekotoran dan habuk dapat dihilangkan. Vaku juga bahagian lantai supaya lebih bersih.
PERKARA : Membersihkan peti sejuk.
TUJUAN : Memastikan peti sejuk bersih dan tidak berair.
PROSEDUR :-
Tutup suis utama. Gunakan kain bersih untuk di cuci. Lap semua dalam peti sejuk. Lap di setiap bahagian peti sejuk. Pastikan peti sejuk tidak berbau dan berair. Lap bahagian luar peti sejuk supaya tidak kotor . Lap bahagian bawah peti sejuk supaya tiada habuk yang terperangkap. Pastikan semua bersih kemudian buka suis peti sejuk.
PERKARA : Mengisi semula set kopi,tea,krimmer dan gula.
TUJUAN : Meletak semula set kopi dan tea yang telah habis.
PROSEDUR :-
Mengisi semula set kopi,tea,krimmer dan gula. Mengisi semula jika ada permintaan dari tetamu. Memastikan kuantitinya betul. Susun mengikut standard yang telah ditetapkan:
2 paket kopi 2 paket teh 4 paket gula 4 paket krim
PERKARA : Mengumpul barang yang hilang dan dijumpai.
TUJUAN : Memulangkan semula kepada tetamu.
PROSEDUR :
Housekeeping akan memberitahu housekeeper tentang barang yang hilang dan dijumpai. Barang yang hilang akan diberikan kepada kaunter hadapan. Housekeeping akan memberitahu number bilik dimana barang tersebut dijumpai. Bahagian kaunter hadapan akan menelefon tetamu yang kehilangan barang tentang barang
yang dijumpai. Housekeeping perlulah amanah dan jujur dalam melakukan tugas. Barang-barang yang dijumpai perlulah dipulangkan semula.
PERKARA : Mengutip linen kotor
TUJUAN : Memastikan linen kotor di kutip dan di cuci
PROSEDUR :-
Sebelum memulakan kerja,housekeeping perlu mengambil laporan tentang bilik kotor di kaunter hadapan.
Semasa mengemas bilik,linen-linen kotor akan dikumpulkan di dalam satu tempat. Tuala mandi yang basah akan di asingkan di tempat yang berlainan bagi mengelakkan linen
berbau dan berkulat. Linen-linen kotor akan di kumpulkan di hadapan bilik terlebih dahulu. Selesai mengemas bilik,housekeeping akan mengambil troli untuk mengutip setiap linen
kotor yang telah dikumpulkan di hadapan bilik. Linen-linen tersebut akan dibawa ke dalam stor linen. Kaunter hadapan akan menelefon laundry untuk mengangkat linen kotor dan di cuci dengan
bersih. Bil linen akan diberikan laundry kepada recepsionist untuk diberikan kepada bahagian
akaun.
PERKARA : Membersihkan bilik OCC
TUJUAN : Membersihkan bilik tetamu yang menginap lama di hotel
PROSEDUR :-
Kaunter hadapan akan memberitahu housekeeping bilik mana yang perlu di “occ” Housekeeping akan mengambil troli di stor dan memulakan tugasan. Housekeeping akan mengetuk pintu bilik tetamu Ketuk pintu dan menyebut “housekeeping” Jika tiada sesiapa yang membuka pintu housekeeping boleh masuk dan memulakan tugasan
membersihkan semula bilik. Housekeeping akan menukar semula cadar yang kotor Kemudian menggantikan tuala yang telah digunakan dengan tuala yang baru Jika tea,kopi,krim dan gula berkurangan,housekeeping akan menambah semula. Sabun dan syampu juga akan digantikan dengan yang baru. Lap habuk-habuk yang ada. Menyapu keseluruhan bilik dan lap lantai. Pastikan barang-barang tetamu tidak di usik dan di letakkan di tempat yang betul semula. Pastikan bilik dikemas dengan bersih dan betul bagi memuaskan hati tetamu.
PERKARA : Mengendalikan bahan kimia.
TUJUAN : Untuk memastikan housekeeping menggunakan bahan kimia dengan betul
PROSEDURE :-
Data keselamatan bahan kimia mestilah diberikan kepada semua kakitangan housekeeping. Mestilah berhati-hati ketika menggunakan bahan kimia. Memakai sarung tangan ketika menggunakan bahan kimia agar kulit tidak mengalami
kerosakkan. Elakkan daripada terkena mata dan kulit. Semua bahan kimia perlu di simpan di dalam stor dan di simpan rapi. Pastikan semua bahan kimia di tutup rapat ketika tidak digunakan. Pastikan bahan kimia disimpan di tempat yang selamat. Dapatkan rawatan dengan segera jika terkena bahan kimia.
PERKARA : Menggunakan bahan kimia di bilik tetamu.TUJUAN : Untuk memastikan proses pembersihan dilakukan dengan lebih sempurna.
PROSEDUR :- Boleh digunakan untuk mencuci gelas. Bahan kimia yang kuat akan digunakan untuk menyental dinding tandas,lantai
tandas,mangkuk tandas,sinki dan tempat-tempat yang susah untuk dihilangkan kotoran.
Pembersih digunakan untuk mencuci cermin dan tingkap. Pewangi digunakan untuk menyembur di segenap ruang bilik agar lebih wangi dan
segar. Penghilang bau karpet digunakan untuk meghilangkan bau karpet yang hapak.
PERKARA : Membersih kotoran di tempat mandi
TUJUAN : Untuk memastikan tempat mandi bersih
PROSEDUR :-
Spray di tempat yang kotor menggunakan spray pencuci tandas. Biarkan sebentar sebelum di berus. Berus menggunakan berus yang kuat agar kotoran degil hilang. Setelah memberus,bilas dengan air bersih. Lap bilik mandi agar bersih dan kering. Pastikan tiada bahan kimia yang tidak dicuci sebelum meneruskan tugasan yang seterusnya.
PERKARA :Membersihkan pembersih vakum.
TUJUAN : Untuk memastikan vakum sentiasa bersih.
PROSEDUR :-
Buka penutup vakum. Buang sampah dan habuk. Basuh bahagian vakum dan lap sehingga bersih. Pasang semula penutup vakum setelah bahagian dalam vakum bersih. Lap bahagian vakum .
PERKARA : Memasukkan tilam tambahan
TUJUAN:Memasukkan tilam tambahan ke dalam bilik jika tetamu menambah tilam
PROSEDUR :-
Kaunter hadapan akan memberitahu supervisor housekeeping bilik mana yang perlu ditambah tilam tambahan.
Seterusnya supervisor akan memberitahu housekeeping utnuk memasukkan tilam. Housekeeping akan mengabil tilam di dalam stor linen. Hantar tilam tambahan tersebut ke dalam bilik tetamu. Buka tilam yang dilipat. Tegakkan tilam kemudian sarungkan cadar. Pasang cadar sehingga tegang dan pastikan kemas. Maku up tilam mengikut standard yang telah di tetapkan. Kemaskan tilam.
PERKARA : Membersihkan stor housekeeping
TUJUAN : supaya stor housekeeping sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.
PROSEDUR :-
Menyusun semula barang-barang yang di simpan di dalam stor housekeeping. Pastikan barang-barang serta peralatan di letakkan di tempat yang betul. Peralatan perlulah diletakkan mwngikut susunan yang betul supaya senang untuk di ambil Lap habuk-habuk yang terdapat di stor. Sapu keseluruhan stor agar bersih dan selesa.
PERKARA : Membersihkan pejabat housekeeping
TUJUAN : Supaya kerja dapat dilaksanakan dalam suasana bersih dan selesa.
PROSEDUR :-
Buka tingkap dengan luas supaya udara masuk Susun document-dokument dengan kemas Susun semua peralatan yang digunakan di dalam pejabat supaya Nampak lebih teratur dan
mudah di ambil. Vakum karpet di dalam pejabat supaya tiada habuk. Lap semua meja dan tingkap di dalam pejabat. Jika lantai kotor,mop lantai . Pastikan semuanya kemas dan teratur.
SWOT ANALYSIS
KEKUATAN
Pekerja
Mempunyai pekerja yang berpengalaman. Mempunya pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang housekeeping. Dapat mengemas bilik dalam masa yang ditetapkan Menjalankan tugas dengan penuh jujur dan amanah. Pekerja sentiasa bekerjasama ketika mengemas bilik Saling bantu membantu antara satu sama lain dalam mengemas bilik. Sentiasa berkomunikasi dengan ramah dan mesra jika bersama tetamu. Mempunyai pekerja yang pandai dalam berbahasa Inggeris. Pekerja mempunyai disiplin yang tinggi. Sentiasa menepati waktu bekerja. Mempunyai kemahiran dan kreativiti dalam mengemas dan menyusun atur perabot di dalam
bilik. Para pekerja mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh hotel dalam berpakaian
ketika menjalankan tugas. Menitikberatkkan kebersihan diri dan sentiasa berdisiplin
Peralatan
Mempunyai peralatan yang sesuai untuk setiap kerja yang dilakukan Peralatan yang rosak akan digantikan dengan yang baru. Mempunyai tempat simpanan peralatan. Peralatan yang disediakan mudah untuk digunakkan oleh pekerja. Peralatan sentiasa disusun dengan teratur selepas digunakaan
Operasi Pengurusan
Mengambil tindakan yang pantas jika terdapat sebarang kerosakkan di bilik. Pihak hotel bekerjasama dengan pihak yang membekalkan barang. Jadual waktu pekerja sentiasa di susun setiap bulan. Bersama-sama menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Pihak atasan dan pekerja bawahan sentiasa bekerjasama dengan baik dan saling membantu. Sentiasa mempromosi bilik-bilik di setiap musim perayaan. Memberikan diskaun kepada pelanggan jika tiba musim perayaan. Mengamalkan moto tetamu adalah yang paling diutamakan. Ketua-ketua jabatan sentiasa bekerjasama di antara satu sama lain. Menyusun atur setiap tugasan untuk pekerja dengan baik.
KELEMAHAN
Pekerja
Mempunyai bilangan pekerja yang sedikit. Mengupah pekerja asing dalam kuantiti yang ramai. Kekurangan pekerja menyebabkan pekerja yang lain perlu melaksanakan tugas dua kali
ganda lebih banyak. Ada segelintir pekerja yang di ambil tidak mempunyai pengalaman dalam operasi
pengemasan bilik. Ada juga pekerja yang tidak berdisiplin dan tidak menjalankan tigas dengan baik. Mempunyai pekerja yang melakukan tugas dengan cepat tetapi bilik tidak bersih. Masalah komunikasi yang timbul antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Pekerja tidak mempunyai masa rehat yang cukup kerana kekurangan kakitangan
menyebabkan mereka terpaksa bekerja lebih masa.
PERALATAN
Kekurangan peralatan Peralatan kebanyakkan sudah berkarat dan rosak. Tidak mempunyai peralatan yang betul dalam proses pembersihan. Pekerja terpaksa berkongsi peralatan. Tidak mempunyai peralatan untuk mencegah kebakaran jika berlakunya kebakaran. Ruang dan tempat penyimpanan peralatan sempit dan kecil. Kurang mempunyai peralatan pembersihan.
Operasi Pengurusan
Banyak bilik yang rosak dan using Susun atur bilik lama dan tidak menarik Perabot-perabot di bilik tidak di gantikkan dengan yang baru. Banyak kemudahan di dalam bilik yang sudah usang. Jadual waktu sering bertukar akibat daripada kekurangan pekerja. Bahagian pengurusan tidak mahu mengambil pekerja tetap. Operasi yang tidak teratur dan kelam kabut. Kurang perbincangan antara pekerja dan kakitangan atasan. Pembahagian shift yang tidak teratur. Pihak pengurusan kurang memberikan tumpuan kepada pekerja bawahan.
PELUANG
Pekerja
Mempunyai peluang pekerjaan yang banyak di hotel ini kerana kekurangan pekerja yang terlalu ramai.
Mempunyai peluang untuk mempelajari cara-cara pembersihan bilik. Berpeluang meluaskan pengetahuan dalam jabatan pengemasan.
Peralatan
Berpeluang menggunakan peralatan yang tidak pernah digunakan sebelum ini. Mempelajari cara-cara menggunakan peralatan yang baru Dapat memperbaiki diri dalam menggunakan peralatan canggih.
Operasi Pengurusan
Mempunyai peluang untuk memajukan lagi pengurusan hotel dengan memperbaiki hotel dan mencantikkan lagi hotel.
AKCR mempunyai daya tarikan sendiri yang penting pihak pengurusan bijak dalam mempromosikan AKCR
ANCAMAN
Pekerja
Pekerja bekerja dalam keadaan merbahaya kerana kurang system keselamatan. Bangunan yang usang boleh menyebabkan kemalangan jiwa berlaku kepada pekerja. Pekerja yang bekerja pada waktu malam bekerja dalam keadaan bahaya kerana tiada
pengawasan dari pengawal Ancaman dari haiwan liar seperti monyet,ular dan serangga. Kurang peralatan keselamatan ketika pekerja sedang melaksanakan tugas. Tiada camera keselamatan di kawasan hotel.
Operasi pengurusan/hotel
Banyak persaingan dengan hotel-hotel lain. Kawasan hotel yang kurang menarik menyebabkan tetamu lebih tertumpu kepada hotel lain
yang berhampiran. Pengurusan juga di ancam segala macam permasalahan dengan pembekal kerana masalah
kewangan.
LAPORAN HARIAN
Melakukan pengemasan bilik Membersihkan tandas dan mencuci dinding tandas menggunakan bahan yang di
benarkan Mop keseluruhan blok bilik. Vakum semua bilik agar habuk-habuk hilang dan bilik menjadi lebih bersih. Mencuci mangkuk tandas dan sinki supaya berkilat dan tidak berkarat. Menyusun barang-barang housekeeping supaya lebih tersusun dan teratur. Mengemas bilik stor housekeeping supaya kemas dan bersih Mengumpul linen-linen kotor dan meletakkan di stor linen Mengambil kunci bilik Membuat bilik OCC Memasukkan tilam tambahan untuk tetamu yang membuat penempahan. Menyapu sekitar blok Menyapu bilik bilik Mengelap cermin dan tingkap
LAMPIRAN
RUMUSAN
Sepanjang saya menjalani latihan praktikal di Ayer Keroh Country Resort,saya telah mempelajari pelbagai pengetahuan dalam bidang perhotelan.Di sini,saya dapat mempraktikkan apa yang telah saya pelajari di kolej mengenai pengurusan hotel,kaedah-kaedah pengemasan,bagaimana untuk berhadapan dengan tetamu,bagaimana untuk menangani masalah tetamu yang marah dan tidak berpuas hati serta menyelesaikan masalah yang saya hadapai ketika menjalani latihan praktikal dengan sendri.Saya juga mempelajari cara-cara untuk menggunakan system di kaunter hadapan dan cara-cara menjawap telefon dengan betul.Di samping itu,saya juga dapat menguatkan lagi keyakinan diri saya sendiri tanpa perlu merasa malu ketika berhadapan dengan tetamu.Saya juga memperbaiki diri dalam berkomunikasi dengan pihak atasan dan pekerja-pekerja di hotel ini.
Pihak pengurusan pula di harap dapat memperbaiki struktur hotel yang sudah lama dan melakukan perubahan terhadap hotel supaya dapat menarik minat pengunjung untuk berkunjung sekaligus menginap di AKCR.Diharap juga agar pihak hotel dapat mengambil pekerja dengan lebih ramai lagi kerana kekurangan pekerja akan melambatkan lagi operasi hotel.