surat tunjuk sebab skolah

Upload: zuhaidi-yunus

Post on 08-Mar-2016

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

Raihanah Binti MahmoodNo 14 Persiaran Lada 18Taman Changkat Lada Raya

36800 Kampong Gajah

Perak Darul Ridzuan

Guru Besar

SK Sungai Besar

36810 Kampong Gajah

Perak Darul Ridzuan

4 November 2013Tuan,

HARI KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAHDengan hormatnya perkara diatas dirujuk.

2.Dukacita dimaklumkan bahawa saya yang bernama Raihanah Binti Mahmood tidak dapat menghadirkan diri ke program tersebut yang telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu bertarikh 26 Oktober 2013 di SK Sungai Besar.

3.Sehubungan dengan itu ingin saya maklumkan kepada pihak tuan bahawasanya ketidakhadiran saya ke program tersebut adalah kerana :

i.Ketiadaan orang yang boleh menjaga anak-anak kerana suami bertugas di luar daerah.

ii.Keadaan diri saya sendiri seperti tuan dapat lihat yang tidak mengizinkan.

iii.Ancaman keselamatan diri dan anak dalam kandungan.

iv.Nasihat doktor yang menasihatkan saya tidak membuat banyak pergerakan dikhuatiri boleh menyebabkan berlaku pendarahan yang kronik ancaman keguguran.4.Walaupun begitu ketidakhadiran saya telak dimaklumkan secara lisan oleh saya kepada pihak tuan sebelum program tersebut dilaksanakan. Bersama-sama ini saya sertakan surat pengesahan doktor mengenai keadaan kesihatan saya.

Sekian untuk makluman dan segala yang telah tuan lakukan semoga Allah jua membalasnya.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Yang benar

(RAIHANAH BINTI MAHMOOD)

Guru Penolong

SK Sungai Besar