surat tasmik

7
PERJANJIAN JUAL BELI TANAH MERAH Perjanjian Jual Beli ini dibuat pada …………………..,haribulan…………………… DIANTARA 1. Nama : No. KP : Alamat : (Selepas ini disebut sebagai “Penjual” di pihak yang pertama.) DAN 2. Nama : No. KP : Alamat : (Selepas ini disebut sebagai “Pembeli” di pihak yang kedua.) BAHAWASANYA :

Upload: wkhairi80

Post on 04-Sep-2015

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Kepada:

PERJANJIAN JUAL BELI TANAH MERAHPerjanjian Jual Beli ini dibuat pada ..,haribulan DIANTARA

1. Nama :No. KP :Alamat:

(Selepas ini disebut sebagai Penjual di pihak yang pertama.)

DAN

2.Nama :No. KP :Alamat:

(Selepas ini disebut sebagai Pembeli di pihak yang kedua.)

BAHAWASANYA :

A. Penjual adalah pemilik berdaftar yang mempunyai kepentingan KESEMUA bahagian tanah yang dipegang di bawah hak milik KHOR KHOR CHAI, GM 682, Lot 1904, Daerah Bandar Baharu, Kedah Darul Aman. Keluasan bahagian bagi hartanah Syarat Pertanian ( Tanaman Getah ) ( Selepas ini disebut sebagai hartanah.

B. Butiran harta, terma dan syarat serta apa-apa kepentingan yang terkandung dalam suratan hakmlik hartanah tersebut adalah benar dan hendaklah menurut serta konklosif terhadap pihak-pihak dalam perjanjian ini.

C. Penjual bersetuju untuk menjual tanah merah dan pembeli bersetuju membeli tanah merah tersebut bebas dari segala bebanan dan dengan pemilik kosong pada harga jualan seperti di seksyen 1.1 dibawah tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam ini.

DENGAN INI DIPERSETUJUI OLEH KEDUA-KEDUA PIHAK

Seperti berikut:-

1. PERJANJIAN UNTUK JUAL BELI TANAH MERAH

1.1 Dengan balasan kepada hartanah yang terkandung di dalam ini penjual dengan ini menjual dan pembeli dengan ini bersetuju untuk membeli tanah merah di atas hartanah tersebut pada harga RM40,000.00 ( Ringgit Malaysia : Empat Puluh Ribu sahaja.) ( Selepas ini disebut sebagai HARGA JUALAN)

2. PEMBAYARAN HARGA JUALAN

2.1 Wang sebanyak RM40,000.00 00 ( Ringgit Malaysia : Empat Puluh Ribu sahaja.) hendaklah dibayar oleh Pembeli kepada Penjual sebagai Harga Jualan ( Selepas ini disebut sebagai wang jualan tersebut )( jumlah yang mana diakui oleh Penjual) pada masa atau sebelum menandatangi perjanjian ini.

2.2 Sekiranya terdapat baki kepada Harga Jualan berjumlah RM40,000.00 ( Ringgit Malaysia : Empat Puluh Ribu sahaja.)( Selepas ini disebut sebagai Baki Harga Jualan hendaklah dibayar oleh Pembeli kepada Penjual apabila : Permohonan Mengambil Dan Mengeluar Tanah Merah Dari Lot tersebut diluluskan oleh Pejabat Tanah Bandar Baharu.2.3 Jangka masa yang dinyatakan di dalam Fasal ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini ( kemudian hendaklah merangkumi sesuatu perlanjutan masa yang dipersetujui oleh Penjual yang diperuntukan di dalam Fasal 3 didalam Perjanjian ini.)

3. PERLANJUTAN TARIKH PENYELESAIAN

3.1 Sekiranya Pembeli gagal membuat bayaran Baki Harga Jualan didalam tempoh masa yang dinyatakan di dalam Fasal 2.2 di atas, dengan sebab kelewatan pengurusan, Pejabat Tanah Bandar Baharu yang terbukti oleh pihak pembeli, maka kedua-dua pihak ( Penjual Dan Pembeli ) berpuashati bolehlah membuat rundingcara untuk mendapat satu persetujuan secara bertulis oleh kedua-dua pihak yang ditetapkan selama SATU (1) BULAN atau mana-mana yang lebih awal. Perlanjutan adalah muktamad.

4. RISIKO PENJUALAN /PEMBELIAN4.1 Hartanah tersebut mestilah dibawah tanggungan Penjual dari tarikh perjanjian ini sekiranya terjadi kerosakan akibat kebakaran dan bencana alam atau lain-lain risiko sehingga pendaftaran hartanah tersebut dibuat di atas nama Pembeli.

4.2 Sekiranya berlaku hayat maut ( kematian ) di antara salah satu pihak (Penjual Dan Pembeli) maka waris-waris dipihak yang berkenaan adalah diwajibkan mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian ini dan hendaklah menguruskannya sehingga selesai pindahmilik hartanah ini.

4.3 Sekiranya Penjual membatalkan hasrat untuk menjual hartanah ini, maka penjual hendaklah membayar balik sejumlah wang pendahuluan yang telah dibayar oleh Pembeli iaitu RM40,000.00 ( Ringgit Malaysia : Empat Puluh Ribu sahaja.5. Syarat-syarat tambahan adalah seperti berikut :5.1 Tanah merah tidak dibenarkan dikorek melebihi paras bumi.

5.2 Tidak dibenarkan mengorek tanah 33 kaki dari sempadan tanah.

5.3 Pelesen hendaklah bertanggungjawab terhadap keselamatan pengguna jalan raya dan mematuhi peraturan undang-undang pihak pengurusan.

5.4 Pelesen hendaklah mematuhi syarat-syarat penggunaan jalan yang telah ditetapkan oleh JKR dimana pemindahan tanah merah tidak akan menjejaskan kebersihan jalan raya.

5.5 Pelesen hendaklah membina parit-parit untuk mengalirkan air jika berlaku hujan dan memastikan tidak berlaku banjir lumpur yang boleh menjejaskan kepentingan orang ramai.

5.6 Pelesen hendaklah memastikan kerja-kerja mengorek tanah merah adalah mengikut sistem teres / bertingkat-tingkat dan tidak menjadi cerun yang curam bagi mengelak runtuhan tanah.

5.7 Sekiranya berlaku sebarang runtuhan tanah semasa kerja-kerja pengorekan dilakukan, dan selepas habis kerja-kerja pengambilan tanah selesai maka pihak Pembeli akan bertanggungjawab.

5.8 Tempoh pengambilan tanah merah adalah selama 2 bulan.6. ADIL DAN SAKSAMAAdalah dipersetuji di antara Penjual dan Pembeli bahawa perjanjian ini adalah diniat dan dimaksudkan untuk berjalan secara adil dan saksama di antara kedua-duanya dan tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan di dalam perjanjian ini dan selepas dari perjanjian ini ditandatangi, jika terdapat sebarang pertelingkahan di antara Penjual dan pembeli maka Penjual dan Pembeli akan sesegera yang mungkin mengadakan perbincangan untuk mencapai kata sepakat atau kata putus terhadap pertelingkahan tersebut dan sekiranya dirasai perlu, maka Penjual dan pembeli boleh secara bersama membuat perubahan kepada mana-mana peruntukan perjanjian ini dengan syarat perubahan tersebut hendaklah dibuat secara bertulis.

PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL SEBELUM ini maka pihak-pihak yang tersebut di dalam perjanjian ini menurunkan tandatangan / cap jari mereka pada hari ini, bulan dan tahun yang tersebut di sini.

DITANDATANGI oleh)

Pemilik Tanah

)Saksi: )

.............................................) MOHD NASRI BIN ABDUL HAMID

) 630518-02-5613

Pemilik Tanah

)Saksi: )

.............................................) SHAHIMI BIN ABDUL HAMID

) 700408-02-5461

DITANDATANGI oleh)

Pembeli Tanah Merah

)Saksi: )

.............................................) KHOR KHOR CHAI

) 610521-02-5061