pendidikan al-quran - dalil talqi,tasmik,takrir

Upload: ensiklopedia-pendidikan-malaysia

Post on 30-May-2018

325 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    1/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2)

    Latihan m/s : 16

    Kemukakan dalil-dalil daripada Al Quran atau Al Hadith yang menjadi Nas kepada Kaedah

    Talaqqi-Musyafahah , Tasmi, Takrir & Tadarus

    Dalil Kaedah Talaqqi-Musyafahah

    106 :Maksudnya : Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau

    membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya

    beransur-ansur.

    : 18

    Maksudnya : Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu

    dengan perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.

    ] :

    [ :

    Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata

    kepada Ubay : Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu Ubay

    berkata : Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: Allah

    telah memilih dan menamakan kamu disisiku Maka Ubay pun menangis.

    1

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    2/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    ] : :

    [

    Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat

    orang iaitucAbdullah Bin Mascud , Salim , Mucaz dan Ubay Bin Kacab

    Dalil Kaedah Tasmi

    : ] :

    : :

    " : [ : "

    Maksudnya : Daripada cAbdullah Bin Mascud katanya : Rasulullah s.a.w telah berkata

    kepadaku : Bacalah Al Quran kepadaku Aku berkata : Adakah aku perlu membaca

    kepada kamu sedangkan Al Quran itu diturunkan kepadamu. Jawab Nabi :

    Sesungguhnya aku suka mendengar bacaan daripada orang lain Maka aku membuka

    surah Al Nisa ,tatkala sampai kepada ayat : " "

    Nabi berkata: Cukup! Maka aku berpaling kepadanya dan mengalir airmata dari kedua-

    dua matanya

    2

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    3/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    : ]

    [ Maksudnya : Daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w dibentangi ( dibaca) AlQuran satu kali pada tiap-tiap tahun, dan pada tahun beliau s.a.w wafat beliau dibentangiAl quran sebanyak dua kali .Beliau beriktikaf di sepuluh terakhir pada tiap-tiap tahun dibulan Ramadhan dan beriktikaf dua puluh terakhir pada tahun beliau diwafatkan.

    Dalil Kaedah Takrir

    [

    ...

    ]

    3

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    4/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    Maksudnya : Daripada Aishah Ummul Muminin r.a katanya : Wahyu yang mula-mula

    turun kepada Rasulullah s.a.w ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur.Biasanya mimpi

    itu terlihat jelas oleh beliau seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik

    hendak mengasingkan diri ke Gua Hira . Disitu beliau beribadat beberapa malam tidak

    pulang kerumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya . Setelah

    bekalan habis beliau kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan

    secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira hingga ke suatu ketika dating

    kepadanya al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua

    Hira tersebut.malaikat dating kepadanya lalu katanya : Bacalah! Jawab Nabi : Aku tidak

    pandai membaca . Kata Nabi selanjutnya menceritakan Aku ditarik dan dipeluknyasehingga aku merasa payah dan sukar .Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya

    pula membaca : Bacalah! katanya .Jawabku : Aku tidak pandai membaca Aku ditarik

    dan dipeluknya pula sampai aku merasa payah dan sukar.Kemudian aku dilepaskannya

    dan disuruhnya pula membaca : Bacalah! katanya .Jawabku : Aku tidak pandai

    membaca Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian dilepaskannya seraya

    berkata :

    Dalil Tadarus

    ]

    [ Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.a katanya : Rasulullah s.a.w adalah seorang yang

    amat pemurah dan terlebih pemurah ketika bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril datang

    menemuinya .Kebiasannya Jibril datang menemui Nabi pada tiap-tiap malam dalam bulan

    Ramadhan dan kedua-duanya bertadarus Al Quran.Sesungguhnya Rasulullah lebih

    bersifat pemurah daripada murahnya hembusan angin.

    4

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    5/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    5

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    6/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    Latihan m/s : 25

    1) Anda dikehendaki membuat pengurusan grafik banding beza antara Model 6 Bulan Khatam Al Quran dengan Model Tasmi Khatam

    Al Quran.

    PERBEZAAN

    MODEL 6 BULAN MODEL TASMI

    Tumpuan kepada penguasaan bacaan Al Quran untuktahun 1 dan aspek khatam Al Quran untuk tahun 2 6

    Tumpuan kepada bimbingan & rekod perkembanganbacaan Al Quran murid secara individu

    Tempohnya hanyalah pada 6 bulan pertama bagi setiapahun (Jan-Jun)

    Dibimbing secara berterusan

    Dilaksanakan dalam jadual waktu persekolahan Dilakukan diluar waktu persekolahan

    Proses P&P dijalankan secara individu menggunakankaedah talaqqi dan musyafahah

    Pembimbing terdiri dari guru j QAF .Akan tetapi pihaksekolah boleh melantik GPI atau guru akademik lain

    Dikendalikan oleh GPI & 3 orang guru j QAF dalam satumasa

    Menggunakan kaedah tasmi & seterusnya pencapaianmurid dinilai.

    Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaanIqra (6 bulan pertama)

    Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaanjuzu 1

    Pencapaian bacaan murid direkod dan dinilai sekurang-kurangnya sekali seminggu

    Penilaian bacaan Iqra direkodkan pada setiap bulan. 6

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    7/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    2) Tuliskan pengalaman anda semasa mengaplikasikan kedua-dua model diatas

    dengan menjelaskan permasalahan yang dihadapi serta cadangan

    penyelesaiannya

    Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

    Terdapat banyak permasalahan yang dihadapi oleh saya ketika melaksanakan kedua-dua

    model tersebut. Antara permasalahan tersebut ialah :

    Model 6 Bulan Khatam Al-Quran.

    1. Bilangan murid ramai dalam satu kumpulan.

    Cara penyelesaian :

    Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan diajar serentak mengikut

    tahap penguasaan murid. Murid yang mempunyai tahap yang tinggi

    dikehendaki mengajar murid tahap yang rendah atau dikenali sebagai

    pembimbing rakan al-Quran.

    2. Kawalan murid semasa sesi pembelajaran.

    Cara penyelesaian :

    Ketika sesi murid membaca al-Quran di hadapan guru, murid-murid yang lain

    dikehendaki menulis latihan dalam buku latihan.

    Model Tasmik

    1. Bilangan guru pembimbing tidak mencukupi.

    Cara penyelesaian :

    Guru Besar telah menawarkan kepada guru-guru akademik yang lain untuk

    menjadi guru pembimbing.

    2. Buku Iqra tidak mencukupi.

    Cara penyelesaian :

    Sekolah telah menfotostatkan buku iqra dan dibekalkan kepada murid.

    7

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    8/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    Latihan m/s : 28

    Hasilkan grafik yang menggambarkan sanad Imam cAsim riwayat Hafs torik Syatibi

    8

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    9/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    Latihan m/s : 32

    Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan tartil pada ayat 4

    surah al Muzzamil ( )

    o Mujahid Bin Jabar Al Makkiy ( )

    Diriwayatkan daripada Ibn Juraij daripada Mujahid Bin Jabar Al Makkiy bahawa beliau

    telah menafsirkan ayat 4 surah al Muzammil : Mengelokkan / berlembut-lembut dalam

    bacaan

    o Al Dhahak ( )

    Diriwayatkan daripada Jabir daripada Al Dhahak katanya : Menjelaskan bacaan huruf

    demi huruf

    o Ibnu Abbas ( )

    Menjelaskan bacaan dengan sejelas-jelasnya

    o Tafsir Al Qurtuby ( )

    Jangan bergopoh-gapah ketika membaca Al Quran bahkan bacalah dengan perlahan-

    lahan dan jelas disamping taddabur (meneliti) maknanya .

    Diriwayatkan daripada Al Hasan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melintasi

    dan mendengar bacaan seorang lelaki yang membaca ayat Al Quran sambil menangis .

    Maka sabda Rasulullah : Adalah kamu semua mendengar kepada firman Allah taala

    yang berbunyi : ( ) ? Maka inilah (yang dinamakan) Tartil.

    o Tafsir Ibnu Kathir( )

    Bacalah Al-Quran dengan bacaan yang lembut dan perlahan supaya mudah ke atas

    kamu untuk memahami Al-Quran dan tadabbur (meneliti) maknanya.

    9

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    10/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    o Tafsir Al Khazin ( )

    Tatkala Allah taala memerintahkan kamu dengan solat pada waktu malam ,

    disertakannya dengan membaca Al Quran secara tartil sehingga dapatlah orang yangbersembahyang itu hadir (khusyu) dalam hati mereka , berfikir dan meneliliti pada

    hakikat ayat dan maksud-maksudnya .Apabila sampai kepada ayat untuk mengingati

    Allah ,hatinya dapat merasakan keagungan Allah dan apabila sampai kepada ayat-ayat

    untuk balasan baik dan buruk terhasil pengharapan dan perasaan takut. Manakala tatkala

    sampai kepada ayat kisah-kisah dan perumpamaan terhasillah pengitibaran.Maka akan

    tersinarlah hatinya dengan cahaya makrifatullah . Adapun dengan membaca secara laju

    akan menunjukkan (si pembaca) tidak tadabbur kepada makna ayat-ayat dan inilah yang

    dimaksudkan dengan perkataan tartil itu.

    o Tafsir Al Nasafi ( )

    Menjelaskan dan menghuraikan bacaan dengan sejelas-jelasnya ataupun membaca

    dengan tenang dengan menjelaskan satu-satu huruf, menjaga waqaf dan memanjangkan

    harakat (yang perlu dipanjangkan)

    10

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    11/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    Latihan m/s : 36

    Dapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hikmah hukum ro yang boleh dibaca dua

    wajah di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.

    Hukum ro yang boleh dibaca dua wajah bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian :

    1) Bahagian Pertama

    Ro yang boleh dibaca secara tafkhim & tarqiq akan tetapi tarqiq lebih utama. Bahagian

    ini dibahagikan kepada 4 jenis :

    1.1. Huruf Ro yang diwaqafkan dengan sukun dan selepasnya huruf ya yang dihazaf

    untuk meringankan bacaan .Terdapat hanya dua kalimah didalam Al Quran iaitu :

    ( ) yang didahului dengan huruf wau, dan ( ) .Ditarqiqkan pada kedua-duanya ini kerana melihat kepada asal iaitu huruf ya yang

    dihazaf untuk meringankan bacaan dan dan melihat ketika dibaca wasal bahawa ianya

    ditarqiqkan kerana berbaris kasrah maka berlakunya keadaan waqaf sebagaimana

    wasal.Adapun ianya dibaca dengan tafkhim bukan kerana melihat kepada asal dan

    bacaan wasal , akan tetapi dikira dengan sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dengan

    sukun bersama-sama dihazafkan huruf ya.

    1.2. Huruf Ro yang diwaqafkan dengan sukun dan selepasnya huruf ya yang dihazaf

    dengan sebab bina ( Hazaf huruf illah iaitu ya).Terdapat hanya satu kalimah sahaja

    iaitu :

    ( ) sama ada didahului dengan huruf fa atau ( ) .Ditarqiqkan pada kedua-duanya ini kerana melihat kepada asal iaitu huruf ya yang

    dihazaf dengan sebab bina dan dan melihat ketika dibaca wasal bahawa ianya

    ditarqiqkan kerana berbaris kasrah maka berlakunya keadaan waqaf sebagaimana wasal

    .Adapun ianya dibaca dengan tafkhim bukan kerana melihat kepada asal dan bacaan

    11

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    12/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    wasal , akan tetapi dikira dengan sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dengan sukun

    bersama-sama dihazafkan huruf ya.

    1.3. Huruf Royang diwaqafkan dengan sukun dan sebelum huruf ro itu terdapat huruf

    mati daripada huruf istila dan sebelum huruf mati terdapat huruf yang berbaris

    bawah dan jika dalam keadaan wasal berbaris bawah. Terdapat hanya satu tempat

    di dalam Al-Quran iaitu:

    ()

    Ditarqiqkan bacaan ini kerana melihat kepada tarqiqnya ro itu apabila dibaca secara

    wasal dan dilihat juga kepada kasrah yang ada sebelum huruf sakin daripada huruf istila

    (huruf tho) dengan mengabaikan pandangan terhadap huruf sakin istila yang berada di

    tengah-tengah huruf itu. Adapun ianya dibaca dengan tafkhim kerana dikira dengan

    sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dan tidak dikira dengan wasal. Dianggap juga huruf

    sakin yang berada di antara dua kasrah iaitu huruf tho sebagai benteng untuk mencegah

    daripada dibaca secara tarqiq. Ini kerana huruf tho merupakan salah satu huruf istila

    yang kuat.

    1.4. Ro mati di tengah kalimah selepas huruf yang berbaris bawah asal dan selepasnya

    terdapat huruf istila yang juga berbaris bawah dalam satu kalimah tersebut.

    Terdapat hanya satu lafaz di dalam Al-Quran iaitu:

    ()Ditarqiqkan pada bacaan ini kerana melihat kepada kasrah yang ada sebelumnya dan

    bukan melihat kepada huruf istila yang ada selepasnya dengan sebab huruf istila itu

    berbaris bawah. Baris kasrah menjadikan huruf istila itu pada martabat yang lemah untuk

    ditafkhimkan ro, maka di sini tarqiq ro lebih sesuai. Adapun ianya dibaca dengan tafkhim

    kerana melihat kepada huruf istila selepasnya dan bukan melihat kepada baris kasrah

    yang berada sebelumnya dan juga bukan melihat kepada huruf istila yang berbaris

    bawah.

    2) Bahagian Kedua

    Ro yang boleh dibaca secara tafkhim & tarqiq akan tetapi tafkhim lebih utama.

    Bahagian ini dibahagikan pula kepada 2 jenis :

    12

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    13/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    2.1. Ro yang diwaqafkan padanya dengan sukun dan sebelum ro itu terdapat huruf

    istilayang sakin dan sebelum huruf istila yang sakin itu terdapat huruf yang

    berbaris bawah. Huruf ro ini jika dalam keadaan wasal ia dibaca dengan baris atas.

    Terdapat hanya satu tempat di dalam Al-Quran iaitu:

    ( (Ditafkhimkan pada bacaan ini kerana melihat kepada keadaannya ketika wasal yang

    mana wajib dibaca dengan tafkhim dengan mengabaikan pandangan terhadap kasrah

    yang berada sebelum huruf istila yang memisahkan diantara kasrah dan huruf ro.Huruf

    istla ini dikira sebagai benteng untuk mencegah daripada bacaan tarqiq. Adapun ianya

    dibaca dengan tarqiq kerana tidak melihat kepada keadaannya ketika wasal, akan tetapi

    dikira sesuatu yang mendatang iaitu waqaf dan juga diitibarkan kasrah yang wujud

    sebelum huruf istila sebagai penyebab yang mewajibkan bacaan tarqiq tanpa melihat

    kepada huruf istila.

    2.2. Ro yang diwaqafkan padanya dengan sukun dan sebelumnya huruf berbaris fatah

    atau dhomah atau sakin yang didahului dengan baris fatah atau dhomah .Huruf roini dalam keadaan wasal ianya berbaris kasrah.

    o Sebelum ro berbaris atas ( )

    o Sebelum ro berbaris dhommah ( )

    o Sebelum ro sakin yang didahului dengan baris fatah ( , )

    o Sebelum ro sakin yang didahului dengan baris dhommah ( )

    Ditafkhimkan pada bacaan ini kerana tidak melihat kepada keadaannya ketika wasal ,

    akan tetapi dilihat kepada sukun yang mendatang dan juga dikira tafkhim kerana tidak ada

    sebelumnya apa-apa yang membolehkannya dibaca dengan tarqiq. Adapun ianya dibaca

    dengan tarqiq kerana melihat kepada keadaannya ketika wasal yang mana ianya wajib

    13

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    14/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    ditarqiqkan dengan sebab ianya berbaris kasrah..Hukum ketika waqaf ini diitibarkan sama

    sebagaimana semasa wasal.

    14

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    15/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    Hasilkan peta minda yang menggambarkan perbezaan antara idgham-idgham mutamasilain , mutaqaribain , mutajanisain.

    MUTAMASILAI MUTAJANISAINMUTAQARIBAI

    Berlaku diantara huruf-hurufyang berhampiran dari segimakhraj dan sifat.

    Hukum bacaannya Izharmengikut Riwayat Hafs kecualihuruf lam dan ro wajibdiidghamkan secara IdghamKamil tanpa dengung.

    Dinamakan juga dengan IdghamAl Mutaqaribaini Saghir

    Berlaku diantara dua huruf yangbersamaan dari segi makhrajdan sifat.

    Hukum bacaannya Wajib Idghammengikut bacaan Riwayat Hafs

    Dinamakan juga dengan namaIdgham Al Mutamasilaini Saghir

    Berlaku diantara dua huruf yangbersamaan dari segi makhrajtetapi berlainan sifat.

    Hukum bacaannya Izharmengikut bacaan Riwayat Hafs ,kecuali pada enam tempat darit iga makhraj wajib dibacaIdgham.

    Dinamakan juga dengan IdghamAl Mutajanisaini Saghir

    15

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    16/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    Latihan m/s : 39

    Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut :

    mad wajib , mad lazim , mad jaiz , mad farq , mad tamkin & mad taczim.

    Mad Wajib Muttasil

    Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah yang sama..

    Ia dinamakan mad wajib kerana para qurra telah bersepakat memadkannya lebih

    daripada mad asli iaitu dengan empat, lima atau enam harakat. Ia juga dinamakan mad

    muttasil kerana huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berangkai dalam satu kalimah

    Mad Jaiz Munfasil

    Huruf mad berada di akhir kalimah yang pertama dan huruf hamzah berada diawal

    kalimah berikutnya , maka huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berasingan(munfasil)

    dalam dua kalimah.

    Ia juga dinamakan mad jaiz (harus) kerana para Qurra berselisih pendapat

    mengenai kadar panjang bacaan madnya , diantaranya ada yang membacanya dengan

    kadar dua harakat ,ada yang membacanya dengan empat atau lima dan ada yang

    membacanya dengan enam harakat. Dinamakan munfasil (berasingan) pula kerana

    terpisahnya sebab iaitu huruf hamzah dengan huruf mad dalam dua kalimah.

    Mad Lazim

    Selepas huruf mad terdapat huruf bertanda sukun asli wujud dikala bacaan bersambung

    atau berhenti bacaan diatasnya , yakni tanda sukun ini sebagai sebab bacaan mad lazim

    dalam dua keadaan dan kerana semua qurra bersepakat ia lazim (mesti) dibaca dengan

    kadar mad enam harakat maka ia dinamakan mad lazim. Mad ini terbahagi kepada dua

    iaitu :

    o Mad Lazim Kalimi

    i) Mad Lazim Kalimi Muthaqqal = Mad lazim yang berlaku dalam satu

    kalimah yang bertasydid

    ii) Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf = Mad lazim yang berlaku dalam satu

    kalimah yang tidak bertasydid

    16

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    17/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    o Mad Lazim Harfi

    i) Mad Lazim Harfi Muthaqqal = Mad lazim yang berlaku dalam satu huruf

    yang bertasydid

    ii) Mad Lazim Harfi Mukhaffaf = Mad lazim yang berlaku dalam satu huruf

    yang tidak bertasydid

    Mad Farq

    Mad terdapat pada huruf hamzah istifham (pertanyaan) diawal kalimah pada ketika

    pertemuannya dengan huruf hamzah wasal (bersambung) , maka bacaan hamzah

    istifham dimadkan dengan kadar enam harakat kerana huruf hamzah wasal (bersambung)

    diibdalkan(ditukar) menjadi huruf mad alif dan diikuti dengan huruf lam bertanda sukun.

    Dinamakan dengan mad farq (membezakan) kerana membezakan diantara ayat al

    istifham (pertanyaan) dan al khabar (pemberitaan).Ianya juga dinamakan dengan nama

    Mad Lazim Kalimi.

    Mad Tamkin

    Terdapat dua pendapat :

    1) Iaitu satu tempoh yang sekejap dalam kadar dua harakat yang wajib dimadkan untukmenceraikan diantara dua huruf wau ) ) seperti ) ) atau dua huruf ya (

    ) seperti ( ) kerana bimbang berlakunya idgham atau isqath (gugur) . Ianya juga

    diitibarkan dengan Mad Tabie1

    2) Mad pada huruf ya ( ) pertama bertasydid serta berbaris bawah yang diikuti dengan

    huruf ya( ) kedua sebagai huruf mad , maka bacaannya tetap dengan dua harakat

    pada bacaannya bersambung dengan huruf yang berikutnya. Dinamakan dengan mad

    tamkin kerana mad ini keluar secara tetap dengan sebab syiddah. 2

    Mad Taczim

    Mad pada perkataan ( ) yang bererti tidak ketika pertemuaannya dengan

    perkataan ( ) yang terdapat pada kalimah Tauhid. Bagi mereka yang membaca Mad

    1 LihatAl Idhaah fi Usul Qiraah ,hlm 202 Lihat Haqqul Tilawah hlm. 136

    17

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    18/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    Munfasil dengan kadar dua harakat (torik Jazari) , apabila perkataan ( ) dalam

    kalimah Tauhid , ianya dibaca dengan kadar enam harakat.

    Ianya juga dinamakan dengan nama mad mubalaghah (berlebihan) kerana

    melebihkan penafian Tuhan selain Allah s.a.w.

    18

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    19/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    Latihan m/s : 40

    Senaraikan waqaf-waqaf Jibril yang disepakati yang terdapat didalam Al Quran &

    kenapakah ditempat-tempat tersebut kita disunnahkan waqaf.

    Waqaf Jibril3

    Waqaf ini dinamakan dengan nama Waqaf Jibril kerana malaikat Jibril mewaqafkan

    bacaan pada tempat-tempat ini dan bacaan waqaf ini telah diikuti oleh Nabi s.a.w. Jadi

    oleh kerana itulah ianya disunnahkan waqaf pada tempat-tempat tersebut. Di dalam Al

    Quran terdapat sepuluh tempat yang telah disepakati oleh para ulama iaitu :

    1) Surah Al Baqarah ayat 148

    .

    2) Surah Ali Imran ayat 95

    .

    3) Surah Al Maidah ayat 48

    .

    4) Surah Al Maidah ayat 116

    .

    5) Surah Yusuf ayat 108

    .

    6) Surah Ar Racd ayat 17

    .

    3 Muhammad Bin Shahadah Al Ghul , BughyatucIbadi al Rahman Litahqiq Tajwid Al Quran , Dar Ibn Qayyim ,Al Mamlakah Al cArabiyyah Al Sucudiyyah , 1999M , hlm. 66-67

    19

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    20/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    7) Surah Al Nahl ayat 5

    .

    8) Surah Al Sajadah ayat 18

    9) Surah Yasin ayat 76

    10) Surah Al Nazicaat ayat 23

    . .

    Akan tetapi berlaku perbezaan pendapat bagi sesetengah ulama dalam menentukan

    waqaf Jibril ini.Sebagai contoh dalam kitab Haqqu Al Tilawah4 terdapat dua ayat yang

    berbeza dengan ayat-ayat di atas iaitu :

    1) Surah Al Maidah ayat 116 (dengan menggantikan ayat 48 dalam Surah Al Maidah)

    *

    2) Surah Al Qadr ayat 3-4 (dengan menggantikan ayat 76 dalam Surah Yasin)

    *

    Namun begitu masih banyak lagi perselisihan dan perbezaan yang terdapat dalam kitab-

    kitab ilmu Tajwid yang sebahagiannya tidak disebut disini.

    4 Husni Shaykh cUsman , Haqqu Al Tilawah , Maktabah Al Manar , Al Urdun , 1990M , hlm. 49

    20

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    21/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    Latihan m/s : 42

    Layari laman web qquran (www.qquran.com)

    a) Cari maklumat-maklumat berkaitan dengan nama-nama Qari Mesir yang terkenal

    1) Sheikh Muhammad Sidik Al Minshawi

    Sheikh Muhammad Sidik Minshawi di lahirkan pada tahun 1920 dan meninggal

    dunia pada tahun 1969. Beliau merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik.

    Sewaktu hidup beliau memberikan sumbangan yang besar kepada bidang al-Quran.

    Beliau telah menghafaz al-Quran ketika berumur 11 tahun dengan Sheikh Muhammad Al-

    Namki sebelum beliau belajar berkenaan hukum-hukum bacaan dengan Sheikh

    Muhammad Abu Al-cAla dan Sheikh Muhammad Sacudi di Kaherah. Beliau telah

    menziarahi beberapa negara Arab dan negara Islam dan beliau sangat dihormati oleh

    sebahagian negara-negara tersebut. Beliau telah meninggalkan lebih dari 150 rakaman

    bacaan al-Quran dengan stesen radio Republik Arab Mesir dan stesen radio yang lain.

    Beliau di ibaratkan dengan pepatah arab yg bermaksud " anak kepada angsa yang

    pandai berenang" kerana beliau sebenarnya mewarisi bacaan yang baik dan ilmu al-

    Quran daripada ayahnya yang juga seorang yang mahir dalam bidang al-Quran dan

    mempunyai sejarah yang tersendiri dalam bidang al-Quran. Beliau merupakan salah

    seorang yang sanggup menghabiskan kehidupannya dengan Al Quran dan tidak ada tolok

    bandingannya di dalam dunia tilawah Al Quran.

    2) Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi

    Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi dilahirkan pada awal bulan Zulhijjah tahun 1330

    bersamaan 17 September 1917 di kampung Shoubra An-Namlah ,Thanta di Muhafazah

    Gharbiyyah, Mesir . Beliau mula menghafaz al-Quran sejak berusia 8 tahun dan

    menerima pendidikan di Al-Azhar. Kemudian beliau banyak meluangkan masa untuk

    mempelajari ilmu al-Quran kerana beliau juga mempunyai suara dan bacaan al-Quranyang baik.Beliau pernah mendapat tempat pertama didalam peperiksaan pemilihan untuk

    21

    http://www.qquran.com/http://www.qquran.com/
  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    22/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    bacaan didalam siaran Radio pada tahun 1944 . Disamping itu, beliau pernah menjadi

    Qari masjid Al-Ahmadi dan masjid Al-Husaini serta pernah menjadi wakil kepada Qari-Qari

    di Mesir.

    Beliau di antara orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs

    daripada 'Asim pada tahun 1961. Kemudian pada tahun 1964 beliau telah merakam

    bacaan riwayat Warsh daripada Nafi' dan pada tahun 1968 pula merakam bacaan Qolun

    dan Duri dan pada tahun yang sama juga beliau telah merakam bacaan yang dinamakan

    al Mushaf al Muallim (mushaf guru) . Beliau juga telah dilantik sebagai ketua bagi

    Persatuan Qari-Qari Dunia Islam. Pernah menyampaikan bacaan pada muktamar-

    muktamar. Beliau juga banyak menziarahi negara-negara arab , negara-negara Islam Asia

    dan negara-negara Afrika serta telah mengislamkan ramai orang.

    Beliau juga merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan

    pertubuhan Qari al-Quran di Mesir dan menjaga kepentingan mereka serta menyediakan

    jalan hidup yang baik. Beliau juga menyeru kepentingan penubuhan institut tahfiz al-

    Quran di setiap bandar dan kampung dan melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-

    masjid dan institut-institut untuk tahfiz al-Quran di Kaherah.

    Pada akhir hayat beliau, beliau berusaha memantapkan masjid-masjid, maahad-

    maahad agama dan sekolah-sekolah tahfiz di tanah kelahirannya. Beliau telah

    mewasiatkan 1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al-Quran dan penghafaz-penghafaz al-

    Quran dan derma untuk semua kegiatan yang baik. Beliau wafat pada petang hari Isnin

    16 Muharram bersamaan 24 November 1980 .

    Antara tulisan beliau :

    1. 2.

    3.

    4.

    5.

    22

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    23/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    6.

    7.

    8.

    9.

    10.

    11.

    12.

    13. Dan juga artikel-artikel beliau didalam majalah

    Sheikh Abdul Basit Muhammad Abdul Samad

    Kelahiran & Nasabnya

    Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di kampung Al Maracizah yang terletak di

    bandar Armanat di Muhafazah Qina di selatan Mesir. Beliau dibesarkan di sebuah

    kawasan yang penduduknya mementingkan pendidikan tahfiz dan tajwid Al Quran.

    Datuknya adalah merupakan seorang yang kuat beribadat dan menitikberatkan hafazan

    dan hukum hakam Al Quran. Begitu juga ayahnya yang merupakan seorang ulama

    Tajwid.

    Sebahagian adik beradiknya juga merupakan penghafaz Al Quran dengan ini

    mendorong beliau menghafaz Al Quran ketika umurnya mencecah 6 tahun. Pada masa itu

    juga beliau telah meminta untuk belajar dengan seorang sheikh yang bernama Sheikh Al

    Amir di Armanat dan sheikh tersebut telah menerimanya dengan hati yang terbuka kerana

    beliau melihat terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kelayakan beliau untuk

    berkecimpung dalam bidang Al Quran di samping bakat beliau yang boleh digilap ketika

    sheikhnya mendengar beliau membaca Al Quran. Sheikhnya iaitu Sheikh Al Amirmenyatakan bahawa beliau juga mempunyai kepintaran, keistimewaan serta cepat

    23

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    24/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    menguasai apa yang diajar disebabkan keprihatinan dan kesungguhan yang jitu daripada

    beliau dalam mengikuti apa yang diajar oleh sheikhnya. Beliau juga meneliti setiap hukum

    hakam di dalam makhraj lafaz-lafaz, waqaf dan ibtida di samping kelunakan suaranya

    yang sedap didengar. Begitu juga ketika beliau pulang ke rumah, beliau mengalunkan apa

    yang dipelajari daripada sheikhnya dengan suara yang merdu sehingga akan berhenti

    setiap orang yang mendengarnya.

    Sheikh Abdul Basit telah berkata dalam karangannya Ketika umurku 10 tahun

    aku telah dapat menyempurnakan hafazan Al-Quran yang tercurah ke atas lidahku seperti

    sungai yang mengalir dan bapaku adalah seorang pegawai di Kementerian Perhubungan.

    Manakala datukku merupakan seorang ulamak maka aku meminta daripada mereka

    berdua untuk mempelajari ilmu qiraat dan mereka menyarankanku supaya pergi ke

    bandar Tanta di Al-Wajhu Al-Bahri untuk mentalaqqi segala ilmu-ilmu Al-Quran dan Qiraat

    di hadapan Sheikh Muhammad Salim, akan tetapi jarak di antara Armanat yang

    merupakan salah satu bandar di selatan Mesir dengan Tanta yang merupakan salah satu

    bandar di Al Wajhu Al Bahri amatlah jauh. Walaupun demikian, demi memikirkan matlamat

    dan masa depanku, aku teruskan juga untuk bermusafir. Sehari sebelum bertolak ke Tanta

    aku mendapat tahu Sheikh Muhammad Salim akan datang ke Armanat untuk menetap di

    situ sebagai seorang guru Qiraat di sebuah maahad agama di Armanat. Ahli kampung

    Armanat telah telah menyambutnya dengan meriah kerana mereka mengetahui

    kemampuan beliau dalam bidang Al-Quran dan keilmuan. Takdir seolah-olah telah

    menetapkan bahawa sheikh ini datang pada masa yang sesuai. Maka ahli kampung juga

    telah menubuhkan satu persatuan Al-Quran di Asfun Al-Mutacinah yang mana di situ

    diadakan kelas tahfiz dan diajar ilmu Al-Quran dan Qiraat. Di situlah aku mempelajari

    segala ilmu Al-Quran di samping aku menghafaz matan Al-Shatibiyyah yang merupakan

    matan khas dalam ilmu qiraat.

    Setelah beliau mencecah umur 12 tahun, beliau memulakan penyebaran dakwah

    di setiap bandar-bandar dan kampung-kampung di Muhafazah Qina khususnya di Asfun

    Mutacinah dengan bantuan Sheikh Mohammad Salim di setiap tempat yang beliau pergi.

    Di penghujung tahun 1951 Sheikh Al Dhiba yang merupakan salah seorang gurunya telah

    meminta beliau untuk menjadi Qari di siaran Radio akan tetapi beliau ingin

    menangguhkannya kerana memikirkan kepada kampung dan ahli keluarganya. Ini kerana

    proses rakaman memerlukan jadual yang khusus. Namun begitu Sheikh Al Dhiba berjaya

    juga merakamkan bacaan beliau ketika sambutan Maulid Sayyidah Zainab. Disinilah

    bermulanya kemasyhuran beliau dan rakaman ini telah dikemukakan kepada Lujnah

    Penyiaran. Pada tahun 1951 ini juga beliau telah merakamkan bacaannya di Radio dan

    seterusnya menjadi salah seorang yang terkenal didalam bidang tilawah Al Quran.

    24

  • 8/14/2019 PENDIDIKAN AL-QURAN - Dalil Talqi,Tasmik,Takrir

    25/25

    Mohd Nameri b. HamzahMPTAR

    Beliau telah wafat pada hari Rabu, 30 November 1988 setelah sekian lama

    mengidap penyakit kencing manis dan hati. Pada hari kematiannya puluhan ribu peminat-

    peminatnya, duta-duta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara mengiringi

    jenazahnya dan kewafatannya merupakan satu kehilangan yang besar dalam dunia

    tilawah Al-Quran.

    b) Pilih satu tokoh Al Quran Mesir yang anda minati & nyatakan sumbangannya

    terhadap Al Quran.

    Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi.

    Sumbangannya terhadap Al-Quran :

    1. Qari di Masjid Ahmadi dan Masjid Husaini.

    2. Orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs

    daripada 'Asim pada tahun 1961.

    3. merakam bacaan riwayat Warsh daripada Nafi' dan pada tahun 1968 pulamerakam bacaan Qolun dan Duri dan pada tahun yang sama juga beliau

    telah merakam bacaan yang dinamakan al Mushaf al Muallim (mushaf

    guru).

    4. Ketua bagi Persatuan Qari-Qari Dunia Islam.

    5. Merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan

    pertubuhan Qari al-Quran di Mesir.

    6. Menubuhkan institut tahfiz al-Quran di setiap bandar dan kampung dan

    melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-masjid dan institut-institut untuktahfiz al-Quran di Kaherah.

    7. Mewasiatkan 1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al-Quran dan

    penghafaz-penghafaz al-Quran dan menderma untuk semua kegiatan yang

    baik.