surat sponsor pl 2016

Upload: amin1995

Post on 07-Mar-2016

22 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

contoh surat sponsor untuk ke pulau pangkor

TRANSCRIPT

JABATAN SAINS SUKAN, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,CHERAS, KUALA LUMPUR Rujukan : JSS/3/16/(2) Tarikh : 04 Februari 2016______________________

_______________________ _______________________ _______________________ Faks : Assalamualaikum wrt. wbt., Y.Bhg. Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan,

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MENJAYAKAN PROGRAM PENDIDIKAN LUAR KUMPULAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2014 DI PANGKOR RIMBA, TELUK NIPAH, PERAK. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa guru pelatih Pendidikan Jasmani Semester 4 ambilan Jun 2014 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur akan mengadakan aktiviti Pendidikan Luar.

3.Tujuan utama aktiviti Pendidikan Luar ini diadakan adalah untuk mengaplikasikan pembelajaran rekreasi melalui pengalaman dengan mengambil kira faktor fizikal, sosial, dan budaya individu dan kumpulan.

4.Butiran lanjut tentang aktiviti Pendidikan Luar ini adalah seperti berikut :

i) Nama program :Pendidikan luar

ii) Tempat

:Pangkor, Rimba Kem, Teluk Nipah , Perak

iii) Tarikh

:21 Mac 2016 hingga 26 Mac 2016

iv) Bil. Peserta IPGKIK:20 Guru pelatih dan 6 Pensyarah Pengiring.v) Aktiviti

:Abseiling

Ikhtiar hidup

Kajian flora dan fauna

Kayak

Orienteering

Snorkeling

Keselamatan dan keyakinan dalam air6.Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rasa rendah diri ingin memohon, sumbangan daripada Y.Bhg.Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan untuk menjayakan Program Pendidikan Luar di Pangkor Rimba, Teluk Nipah, Perak.

7.Harapan kami dengan adanya sumbangan pihak Y.Bhg.Datuk/ Datin/ Tuan/ Puan dapat meringankan beban kami untuk menjayakan program ini. Bersama-sama ini dilampirkan kertas kerja Program Rekreasi untuk makluman dan perhatian pihak tuan. Sumbangan tuan boleh disalurkan melalui akaun MAYBANK KOPERASI IPG ILMU KHAS KUALA LUMPUR BERHAD (564762201909). Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi urusetia Progam Pendidikan Luar).

9.Sokongan dan keprihatinan daripada pihak Y.Bhg.Datuk/Datin/Tuan/Puan untuk menjayakan program ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.HULURKAN SUMBANGAN, RINGANKAN BEBAN

Yang menjalankan tugas,

Disokong oleh , ( JEZRON JULADIUS ) (MOKHTAR BIN AHMAD)Pengarah, ,

Ketua Jabatan,Program Pendidikan Luar

Jabatan Sains Sukan.PISMP Ambilan Jun 2014, IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Ilmu Khas, Cheras,Kuala Lumpur.Cheras, Kuala Lumpur. BORANG JAWAPAN TAJAAN DAN SUMBANGAN KEWANGAN

Program Pendidikan LuarSila lengkapkan maklumat di bawah dan kembalikan kepada urusetia tajaan/ sumbanganProgram Pendidkan Luar sebelum 16 MAC 2016. Sila pastikan Y.Bhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puansertakan butiran lengkap bersama-sama borang jawapan.

Nama

:

Nama Syarikat/Firma:

Alamat

:

No.Telefon/fax

:

Dengan ini saya bersetuju untuk memberi sumbangan dalam bentuk kewangan sebanyak

Bersama-sama ini disertakan cek dari Bank

Bernombor :

atas nama akaun MAYBANK KOPERASI IPG ILMU KHAS KUALA LUMPUR BERHAD

(564762201909).Dengan tulus ikhlas,

Tandatangan dan Cop Rasmi

Tarikh :