surat saman

2
Kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang Menara MPKj Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan 01 Julai 2009 Tuan, Rayuan Mengenepikan Kompaun Kesalahan Mempamerkan Iklan Tanpa Lesen dari MPKj Merujuk kepada perkara di atas, pihak tadika Raudhah al-Falah ada menerima notis peringatan bayaran kompaun bagi kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen dari MPKj bertarikh 10 Jun 2009 dan diterima pada 30 Jun 2009. 2. Berdasarkan surat tuan, kami mengaku melakukan kesalahan tersebut pada tarikh seperti di dalam surat tuan. 3. Bagi menguatkan hujah tadika, untuk pengetahuan pihak tuan tadika telah ditubuhkan pada tahun 2003 hinggalah sekarang. Pada tahun-tahun tersebut iklan telah dipamerkan dipagar Sek.Keb.Bandar Tun Hussien Onn 2 dengan kebenaran pihak sekolah melalui guru besar. Ini kerana melalui maklumat yang kami dapat dari MPKj, sebarang iklan yang hendak dipamerkan di permis persendirian atau di sekolah-sekolah, kebenaran tidak melalui MPKj. Lantaran itu iklan dipamerkan tanpa lesen dari pihak MPKj. 4. Pihak kami memohon agar rayuan ini diterima dan kami berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut pada masa-masa akan datang. Untuk pengetahuan pihak tuan juga, berdasarkan jumlah kompaun yang ditetapkan, pihak kami tidak berkemampuan untuk menjelaskannya kerana tadika ini adalah sebuah tadika yang kecil sahaja. Sebarang kerjasama dari pihak tuan kami ucapkan jazakumullahu khairan kathiran. Sekian,

Upload: amryina

Post on 30-Jun-2015

210 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: surat saman

Kepada

Yang DiPertuaMajlis Perbandaran KajangMenara MPKjJalan Cempaka PutihOff Jalan Semenyih43000 KajangSelangor Darul Ehsan 01 Julai 2009

Tuan,

Rayuan Mengenepikan Kompaun Kesalahan Mempamerkan Iklan Tanpa Lesen dari MPKj

Merujuk kepada perkara di atas, pihak tadika Raudhah al-Falah ada menerima notis peringatan bayaran kompaun bagi kesalahan mempamerkan iklan tanpa lesen dari MPKj bertarikh 10 Jun 2009 dan diterima pada 30 Jun 2009.

2. Berdasarkan surat tuan, kami mengaku melakukan kesalahan tersebut pada tarikh seperti di dalam surat tuan.

3. Bagi menguatkan hujah tadika, untuk pengetahuan pihak tuan tadika telah ditubuhkan pada tahun 2003 hinggalah sekarang. Pada tahun-tahun tersebut iklan telah dipamerkan dipagar Sek.Keb.Bandar Tun Hussien Onn 2 dengan kebenaran pihak sekolah melalui guru besar. Ini kerana melalui maklumat yang kami dapat dari MPKj, sebarang iklan yang hendak dipamerkan di permis persendirian atau di sekolah-sekolah, kebenaran tidak melalui MPKj. Lantaran itu iklan dipamerkan tanpa lesen dari pihak MPKj.

4. Pihak kami memohon agar rayuan ini diterima dan kami berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut pada masa-masa akan datang. Untuk pengetahuan pihak tuan juga, berdasarkan jumlah kompaun yang ditetapkan, pihak kami tidak berkemampuan untuk menjelaskannya kerana tadika ini adalah sebuah tadika yang kecil sahaja. Sebarang kerjasama dari pihak tuan kami ucapkan jazakumullahu khairan kathiran.

Sekian,

Yang Benar,

…………………………………….(Ust. Mohd Faisal al-Hafiz bin Mohd Noor)Mudir,Raudhah al-Falah