surat rasmi ( bengkel )

2
Rujukan Kami : SMKLB/Koku/pert/2/2014 Tarikh : 10 Mei 2014 Guru Besar SekolahKebangsaan Agama(MIS) Miri 98000 Miri Sarawak. Tuan UNDANGAN MENJADI HAKIM PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU IRAMA MALAYSIA PERINGKAT DAERAH MIRI PADA 20 MEI 2014 Sukacita saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. 2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa SMK Luar Bandar Miri akan menganjurkan Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Irama Malaysia Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Bahagian Miri.Butiran berkenaan dengan pertandingan adalah seperti ketetapan di bawah: Tarikh : 20 Mei 2014 (Isnin) Masa : 7:30 pagi Tempat : Dewan Firdausi SMK Luar Bandar Miri. 3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat memberi pelepasan kepada Encik Akmal Falihin Bin Ahmad untuk menjadi hakim bagi pertandingan tersebut. 4. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Encik Ahmad Azizi Bin Sulaiman ditalian 085-710260 (pejabat) / 013-8093407.Segala pertimbangan dan kerjasama pihak tuan, kami dahului dengan setinggi- tinggi terima kasih. Sekian, salam hormat. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Upload: aizah-subeli

Post on 14-Jul-2016

296 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Rasmi ( Bengkel )

Rujukan Kami : SMKLB/Koku/pert/2/2014Tarikh : 10 Mei 2014

Guru BesarSekolahKebangsaan Agama(MIS) Miri98000 MiriSarawak.

Tuan

UNDANGAN MENJADI HAKIM PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO LAGU IRAMA MALAYSIA PERINGKAT DAERAH MIRI PADA 20 MEI 2014

Sukacita saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa SMK Luar Bandar Miri akan menganjurkan Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Irama Malaysia Peringkat Sekolah-sekolah Menengah Bahagian Miri.Butiran berkenaan dengan pertandingan adalah seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 20 Mei 2014 (Isnin)Masa : 7:30 pagiTempat : Dewan Firdausi SMK Luar Bandar Miri.

3. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat memberi pelepasan kepada Encik Akmal Falihin Bin Ahmad untuk menjadi hakim bagi pertandingan tersebut.

4. Sebarang pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi Encik Ahmad Azizi Bin Sulaiman ditalian 085-710260 (pejabat) / 013-8093407.Segala pertimbangan dan kerjasama pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian, salam hormat.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

…………………………………………

(MARCUS GAU LIAN)PengetuaSMK Luar Bandar Miri.