surat pertukaran bahagian en. hairi

Download Surat Pertukaran Bahagian en. Hairi

If you can't read please download the document

Upload: hishamudin-mohamad-twontawi

Post on 20-Sep-2015

113 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

surat

TRANSCRIPT

Timbalan Pendaftar

UiTM MACHANGTARIKH:

Tuan,

PERMOHONAN PERTUKARAN BAHAGIAN


Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.Saya seperti nama di atas ingin memohon pertukaran dari Bahagian Hal Ehwal Akademik (Unit Peperiksaan) ke bahagian lain.

3.Tujuan permohonan ini dikemukakan kerana:

Saya mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan pinggang terseliuh dan saya pernah menjalani pemeriksaan baik pulih cara kerja (fisiotrapi) di Hospital Machang. Di Unit Peperiksaan, seriang melibatkan saya melakukan kerja-kerja berat yang menganggu masalah tersebut.

Saya juga telah bertugas di Unit Peperiksaan BHEA bermula bulan Jun 2011 sehingga sekarang dan ingin menimba pengalaman baru di bahagian lain bagi meingkatkan mutu dan motivasi perkhidmatan saya. Supaya dapat menyumbakan perkhidmatan kepada UiTM Machang dengan effektif dan berkesan.

Selain itu, masa kerja di Unit Peperiksaan BHEA yang selalu memerlukan komitmen saya diluar waktu pejabat iaitu sebelum, semasa dan selepas proses peperiksaan berjalan agak terganggu. Saya tidak dapat memenuhi keperluan masa kerja tersebut kerana tanggungjawab terhadap anak-anak yang bersekolah sehingga lewat malam sangat diperlukan. Ia sangat penting bagi menjami urusan persediaan bagi perjalanan peperiksaan Universiti berjalan dengan lancar.

4. Sehubungan dengan itu, besar harapan saya agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya terhadap permohonan saya ini. Saya berjanji akan sentiasa bekerja bersungguh-sungguh sama seperti yang telah saya sumbangkan di bahagian-bahagian sebelum ini demi meningkatkan kualiti kerja untuk menjadi seorang staf yang cemerlang.

5. Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini sangat dihargai dan diucapkan ribuaan terima kasih.Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,