surat panggilan mesy.p. matematik 2015

5
Ruj.Kami : SKR/06/06/004(1) Tarikh : 9 FEB 2015 Kepada : 1. En. Salim b.Yusof (GB) 2. En. Suhairi b. Samat (GPK I) 3. En. Rosli b. Omar (GPK HEM) 4. En. Mohd Amin b. Abu Bakar 5. En Bahasran b. Abd Ghani 6. Pn. Zaipah bt Ismail 7. Pn. Hamidah bt Mat Daud MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2015 Merujuk perkara di atas sukacita dijemput tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat yang akan di adakan sebagaimana berikut : Tarikh : 10 Feb 2015 Hari : ISNIN Masa : 1.15 Tengah hari. Tempat : Bilik Mesyuarat SKR. 2. Agenda mesyuarat. 2.1 Ucapan Pengerusi. 2.2 Ucapan GPK 1 2.3 Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu. 2.4 Perkara Berbangkit 2.5 Penyelarasan Penulisan Buku Rekod 2.6 Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia 2.7 Hal-hal lain. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikkan BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas. ....................................................... (NORSAZILA BT AB. RAHMAN) Setiausaha Panitia Matematik SKR

Upload: norsazila-ab-rahman

Post on 19-Jul-2015

51 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat panggilan mesy.p. matematik 2015

Ruj.Kami : SKR/06/06/004(1) Tarikh : 9 FEB 2015 Kepada : 1. En. Salim b.Yusof (GB) 2. En. Suhairi b. Samat (GPK I) 3. En. Rosli b. Omar (GPK HEM) 4. En. Mohd Amin b. Abu Bakar 5. En Bahasran b. Abd Ghani 6. Pn. Zaipah bt Ismail 7. Pn. Hamidah bt Mat Daud

MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2015 Merujuk perkara di atas sukacita dijemput tuan/puan untuk menghadiri mesyuarat yang akan di adakan sebagaimana berikut : Tarikh : 10 Feb 2015 Hari : ISNIN Masa : 1.15 Tengah hari. Tempat : Bilik Mesyuarat SKR. 2. Agenda mesyuarat. 2.1 Ucapan Pengerusi. 2.2 Ucapan GPK 1 2.3 Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu.

2.4 Perkara Berbangkit 2.5 Penyelarasan Penulisan Buku Rekod

2.6 Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia 2.7 Hal-hal lain. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

“ Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikkan ”

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menjalankan tugas. ....................................................... (NORSAZILA BT AB. RAHMAN) Setiausaha Panitia Matematik SKR

Page 2: Surat panggilan mesy.p. matematik 2015

PERINGATAN MESYUARAT PANITIA MATEMATIK KALI PERTAMA 2015.

Tarikh : 10 Feb 2015.

Hari : Isnin. Masa : 1.15 Tengah hari.

Tempat : Bilik Mesyuarat SKR. Kehadiran.

1. En. Suhairi b. Samat (GPK I) 4. Pn. Hamidah bt Mat Daud

2. En. Mohd Amin b. Abu Bakar 5. Pn. Norsazila bt Ab. Rahman 3. Pn. Zaipah bt Ismail

Tidak hadir bersebab:

1. En. Rosli b. Omar (GPK HEM) - Kursus 2. En. Bahasran b. Abd Ghani - Pejabat Yayasan Terengganu

1. Ucapan Pengerusi.

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al- Fatihah. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua AJK ke mesyuarat panitia bagi kali yang pertama tahun ini.

1.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru matematik kerana kerjasama semua telah berjaya menjayakan aktiviti yang dirancang sepanjang tahun lepas.

1.3 Mengharapkan kejayaan yang lebih cemerlang pada tahun-tahun akan datang, InshaAllah. 1.4 Pada tahun 2014 dalam UPSR Panitia Matematik telah berjaya mendapat : A- 22 orang (50%) B- 8 orang (18.18%) C- 13 orang (29.55%) Lulus- 43 orang (97.73%)

D- 1 orang (2.27%) GPMP- 1.84% Bilangan calon 44 orang 1.5 Peningkatan yang ketara dari tahun 2013 :

A- 15 orang (24.59%) B- 9 orang (14.75%) C- 27 orang (44.26%) Lulus-51 orang (83.61%) D- 7 orang (11.48%) E- 3 orang (4.92%) Gagal-10 orang (16.39%) GPMP- (2.57) Bilangan calon 61 orang

1.6 Target UPSR tahun 2015 : A- 20 orang (38.46%) B- 17 orang (32.69%) C-15 orang (28.85%) Lulus-52 orang (100%)

1.7 Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli. Diharapkan tahun akan lebih berjaya dari tahun lepas dan target panitia akan tercapai.

Tindakan : Makluman semua AJK

Page 3: Surat panggilan mesy.p. matematik 2015

2. Ucapan GPK 1.

2.1 Mesyuarat dimulakan dengan membaca Al-Fatihah. 2.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru kerana sudi menghadir i mesyuarat Panitia

Matematik bagi kali yang pertama bagi tahun 2015. 2.3 Pada tahun ini Panitia Matematik bukan lagi dikenali dengan Panitia Teknologi (Panitia Matematik dan Panitia Sains). Di asingkan.

2.4 Mengemaskini fail panitia dengan memasukkan item seperti: a. Komponan 1: Pengurusan Panitia

- Surat arahan/pekeliling - Surat panggilan & minit mesyuarat - Anggaran perbelanjaan tahunan

- Perkembangan staf - Standard kualiti pendidikan Malaysia.

b. Komponan 2: Perancangan dan Laporan Jangka Panjang. - Pelan strategik, tektikal dan operasi - Modul

- Kajian Tindakan - Laporan projek, program dan aktiviti

- Senarai sumber/bahan rujukan c. Komponan 3 : Profil guru/ahli - Biodata ahli

- Jadual waktu individu/kelas - Jadual waktu penggunaan bilik khas

- Kursus dihadiri oleh ahli - Hasil pencerapan ahli d. Komponan 4 : Kurikulum

- Sukatan pelajaran - Huraian sukatan pelajaran

- Rancangan pengajaran tahunan - Rancangan pengajaran harian yang diselaraskan e. Komponan 5 : Penilaian/Pentaksiran

- Contoh kertas ujian/peperiksaan/skema markah - Analisa ujian/peperiksaan

- Rekod penilaian/pentaksiran - Contoh borang penilaian/pentaksiran - Standard prestasi mengikut standard pentaksiran

- Rekod semakan latihan murid f. Komponan 6 : Prestasi/pencapaian murid

- Analisa pencapaian akedemik murid - Analisa pencapaian murid peperiksaan/ujian dalaman - Analisa kemenjadian murid

2.5 Ahli panitia perlu merancang aktiviti yang dapat memberi menafaat kepada murid. 2.6 Panitia merupakan AJK kecil di bawah kurikulum sekolah. Perlu merancang cara meningkatkan

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Rancangan perlulah menjurus kepada guru dan memberikan menafaat kepada murid.

Page 4: Surat panggilan mesy.p. matematik 2015

2.7 Semua ahli perlu menggunakan sukatan pelajaran yang terkini khususnya kssr (DSKP- Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran). Tidak dilupakan juga Panduan Perkembangan

Pembelajaran Murid (PPPM) perlu dijadikan landasan pentaksiran dalam pdp. 2.8 Menyelaraskan penggunaan soalan untuk peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.

Tahun 1-3 guru matapelajaran menyediakan soalan. Tahun 4 & 5 Majlis Guru Besar. Tahun 6 bahan kecemerlangan. 2.9 Bagi guru tahun 1-5 perlu menilai tahap kebolehan murid sepanjang proses pdp (PBS). Penilaian

yang dibuat direkod dengan menggunakan borang ofline. Peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun juga salah satu cara penilaian yang boleh dibuat oleh guru.

3.0 LINUS (Literasi-BM dan Numerasi- MT) bagi tahun 2014 adalah seperti berikut : Tahun 1- 3 orang Tahun 3- semua lulus Tahun 2- 2 orang

3.1 Guru yang mengajar tahun 1, 2, dan 3 terutamanya subjek matematik perlu merancang sesuatu aktiviti dapat mengurangkan bilangan murid numerasi ini. Kearah sifar numerasi.

3.2 Sudut-sudut matematik di dalam setiap kelas boleh diwujudkan semula. Tanam sikap murid minat untuk belajar matematik. 3.3 Semua guru matematik perlu memainkan peranan bukan tunggu tahun 6 sahaja.

Tindakan : Makluman semua AJK, Pengerusi dan Setiausaha

3. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu. Disahkan oleh En. Mohd Aman b. Abu Bakar

Disokong oleh Pn. Zaipah bt Ismail

4. Perkara Berbangkit.

4.1 BISP telah lama dipotong.

8.5 Berkenaan bilik matematik- ada, murid tidak boleh dibawa masuk kerana tiada kerusi. Setiap peminjaman alat bantu perlu dicatat.

8.1 Cikgu Suhairi mengingatkan tentang kepentingan volume kerja murid untuk perhatian semua guru.Pada tahun ini diharap semua guru dapat menghantar buku kerja murid untuk disemak.

Tindakan : Makluman semua AJK

5. Penyelaran Penulisan Buku Rekod

5.1 Mesyuarat memutuskan penulisan rancangan harian bagi matematik adalah : a. Bidang

b. Tajuk c. Standard kandungan

d. Standard pembelajaran e. Aktiviti f. Elemen merentas kurikulum

g. Refleksi. Tindakan : Makluman semua AJK

Page 5: Surat panggilan mesy.p. matematik 2015

6. Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia

6.1 Lihat lampiran 1 untuk aktiviti panitia pada tahun ini.

7. Hal-hal lain.

7.1 Pn Hamidah memaklumkan pada baru-baru ini telah menghadiri Program Perkongsian Pintar dan

dimaklumkan bahawa SKR ditangga yang ke-9 terbaik dari 56 buah sekolah di Daerah Besut. Sekolah yang mendapat 50% A dalam UPSR pada tahun lepas.

7.2 Dimaklumkan juga pada tahun ini sebanyak 35% soalan adalah KBAT. Tindakan : Makluman semua AJK

Pengerusi mengharapkan kerjasama semua pihak untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancang

agar prestasi anak didik SKR dapat ditingkatkan, InshaAllah. Mesyuarat disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 ptg.

Dicatat dan disediakan oleh, Disahkan oleh,

------------------------------------ --------------------------------------

( NORSAZILA BT AB. RAHMAN ) ( EN.SUHAIRI SAMAT ) Setiausaha Panitia Teknologi , Guru Penolong Kanan 1 , SK.Renek SK.Renek