surat kiriman

9
HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI No.7, TJ 1/8, Taman Temerloh Jaya, 28000 Temerloh, PAHANG. DARUL MAKMUR ____________________________________________________________ ____________ Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, PAHANG. 28 FEBRUARI 2010 Tuan, Memohon Kemudahan Peminjaman Buku Latihan dan Rujukan Berhubung perkara di atas, saya Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi, murid Tahun 5 Amanah, ingin memohon agar diberikan kemudahan peminjaman buku latihan dan rujukan yang saya dapati banyak terdapat di bilik-bilik panitia mata pelajaran di Sekolah Kebangsaan Seri Tualang. 2. Ini kerana hampir 2 bulan lagi saya akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Saya berharap dengan peminjaman buku-buku itu nanti akan dapat membantu saya semasa mengulangkan kaji pelajaran. 3. Bersama-sama ini saya senaraikan buku-buku latihan dan rujukan yang diperlukan: I. Buku latihan dan rujukan Bahasa Melayu Tahun 5. II. Buku latihan dan rujukan Bahasa Inggeris Tahun 5. III. Buku latihan dan rujukan Matematik Tahun 5. IV. Buku latihan dan rujukan Sains Tahun 5. V. Buku latihan dan rujukan Pendidikan Agama Islam Tahun 5.

Upload: ajib

Post on 19-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat Kiriman

HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDINo.7, TJ 1/8, Taman Temerloh Jaya,28000 Temerloh,PAHANG. DARUL MAKMUR________________________________________________________________________Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,Temerloh,PAHANG.                                                                                            

28 FEBRUARI 2010

Tuan,

Memohon Kemudahan Peminjaman Buku Latihan dan Rujukan

Berhubung perkara di atas, saya Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi, murid Tahun 5 Amanah, ingin memohon agar diberikan kemudahan peminjaman buku latihan dan rujukan yang saya dapati banyak terdapat di bilik-bilik panitia mata pelajaran di Sekolah Kebangsaan Seri Tualang.

2.    Ini kerana hampir 2 bulan lagi saya akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Saya berharap dengan peminjaman buku-buku itu nanti akan dapat membantu saya semasa mengulangkan kaji pelajaran.

3.    Bersama-sama ini saya senaraikan buku-buku latihan dan rujukan yang diperlukan:

I.            Buku latihan dan rujukan Bahasa Melayu Tahun 5. II.            Buku latihan dan rujukan Bahasa Inggeris Tahun 5. III.            Buku latihan dan rujukan Matematik Tahun 5.IV.            Buku latihan dan rujukan Sains Tahun 5. V.            Buku latihan dan rujukan Pendidikan Agama Islam Tahun 5.

5.    Saya berharap agar pihak tuan mempertimbangkan pemohonan saya ini. Kerjasama dan keperihatinan tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.Yang benar,

................................................(Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi)

  No. 07,

Page 2: Surat Kiriman

                                                                                          Kampung Sungai Siput,

                                                                                          55000 Lubuk China,

                                                                                          Alor Gajah, Melaka. 

                                                                                           27 Ogos 2012

Assalamualaikum, menemui sahabatku Farhan yang diingati selalu. Semoga saudara sihat seisi keluarga. Apa khabar saudara? Di kesempatan ini ingin saya ceritakan sedikit pengalaman saya semasa menyertai sambutan Hari Keluarga anjuran tempat ibu saya bekerja. 

Sambutan itu diadakan di pantai peranginan Pengkalan Balak pada 12 Ogos yang lalu. Antara tujuannya adalah untuk merapatkan hubungan antara rakan sepejabat ibu saya. Semua peserta diminta berkumpul di pantai tersebut sebelum pukul 7.30 pagi untuk pendaftaran serta mendapatkan nombor bagi acara cabutan bertuah. 

Selepas itu, kami dijemput bersarapan dengan nasi lemak bungkus, air teh serta kuih-muih sebelum acara sukaneka dimulakan. Antara aktiviti dalam acara tersebut ialah pertandingan tarik tali, pertandingan bola baling dan pertandingan mencari harta karun. Saya sungguh gembira kerana turut menyertai dalam setiap aktiviti yang diadakan. Apatah lagi apabila keluarga kami mendapat tempat pertama dalam pertandingan mencari harta karun. 

Setelah semua aktiviti sukaneka selesai dijalankan, kami berehat selama setengah jam sambil menikmati minuman dan kuih-muih. Pada masa itu, saya berpeluang bergambar bersama keluarga dengan berlatarbelakangkan pemandangan yang indah di pantai tersebut. 

Kemudian, kami berpeluang bermandi-manda di pantai yang bersih itu. Ramai peserta yang menyewa kayak dan ‘jet ski’ untuk merasai pengalaman baharu. Saya sungguh seronok kerana ayah telah menyewa sebuah perahu untuk kami bersiar-siar di sekitar pantai. 

Kira-kira pukul 11.40 pagi, semua peserta diminta berkumpul untuk acara kemuncak iaitu acara cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah. Saya sungguh gembira kerana keluarga kami juga bernasib baik dalam cabutan nombor bertuah tersebut, di samping menerima beberapa lagi hadiah lain. 

Page 3: Surat Kiriman

Sebelum pulang , kami dijemput makan tengah hari dengan pelbagai masakan laut yang sungguh menyelerakan seperti sotong bakar dan kepah goreng. 

Sesungguhnya pengalaman ini amat menyeronokkan dan saya berharap akan berpeluang menyertai lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang. 

Akhir sekali, jika saudara ada pengalaman yang menarik, sudilah dikongsi bersama saya kerana saya sentiasa menunggu khabar daripada saudara. Diharap saudara sudi membalas surat saya ini. 

                                                                                                    Sahabatmu,

                                                                                                  Amiruddin

Page 4: Surat Kiriman

No. 74, RPS Merapoh,

28000 Merapoh,

Pahang Darul Makmur.

6 Februari 2011

            Assalamualaikum. Menemui kakandaku yang kini berada di Universiti Azhar semoga dalam keadaan sihat sejahtera.

Kakanda yang dikasihi,             Apa khabar kakanda sekarang? Adinda berharap agar kakanda sihat hendaknya. Adinda serta keluarga di sini sihat-sihat sahaja.             Surat kakanda telahpun adinda terima pada 31 Januari 2011 yang lalu. Adinda bersyukur kerana peperiksaan UPSR telah selesai. Alhamdulillah semua soalan yang dikemukan dapat adinda jawab dengan mudah. Sekarang ini adinda sedang menanti keputusannya dengan penuh debaran. Adinda berharap dan berdoa akan mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan tersebut. Diharap kakanda juga demikian, selalu mendoakan adinda agar berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti.Sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, adinda menghabiskan masa dengan membaca pelbagai buku terutamanya novel yang dipinjam dari perpustakaan sekolah atau daripada rakan-rakan yang ingin bertukar-tukar buku bacaan. Adinda ingin menggunakan masa yang banyak terluang ini dengan menambahkan ilmu pengetahuan.Pada hujung minggu nanti, adinda akan mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur. Adinda akan melawat Zoo Negara, Petrosains, Planetarium dan Masjid Negara. Dengan melawat ke tempat-tempat tersebut, adinda berharap akan dapat memberi pengalaman yang berguna, di samping menikmati pemandangan yang indah di sepanjang lawatan tersebut. 

Bilakah kakanda akan pulang ke kampung? Adinda dan keluarga di sini amat rindu akan kakanda. Adinda berharap kakanda dapat pulang dengan segera. Setakat inilah sahaja yang dapat adinda coretkan buat tatapan kakanda. Sambutlah salam sayang daripada adinda dan keluarga.

Adindamu,

  HasifZakwan.

Page 5: Surat Kiriman

Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Darau,22000, Jerteh,Terengganu.________________________________________________________________________Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Darau,22000, Jerteh,Terengganu.                                                            15 OKTOBER 1998              

Tuan,

Memohon Kebenaran Membuat LawatanDengan segala hormatnya di maklumkan bahawa Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke pameran buku yang bertempat di Kampung Raja, Besut.2.     Surat kebenaran ibu bapa telah diedarkan  dan sudah pun  mendapat jawapannya. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon kebenaran daripada tuan untuk ke pameran tersebut.    Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :                        Tarikh : 17.10.1998                        Masa   : 10.00 pagi                        Ahli     : 21 orang termasuk 2 guru pengiring                                          Kerjasama daripada tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,( NORAINI BT. IBRAHIM )Setiausaha, Persatuan Bahasa Melayu.

Page 6: Surat Kiriman

Kelab Sains,Sekolah Kebangsaan Darau,22000, Jerteh,Terengganu. ________________________________________________________________Pengarah,Stesen Penyiaran TV3,Sri Pentas,50164 Kuala Lumpur.                                                                18 OKTOBER 1998

Tuan,                                                    

Memohon Kebenaran Melawat Stesen Penyiaran TV3

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Sains Sekolah Kebangsaan Darau akan mengadakan lawatan ke Stesen Penyiaran TV3 di Sri Pentas.                   

2.     Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada murid-murid tentang cara-cara penerbitan dan penyiaran rancangan-rancangan di TV3.Tambahan pula televisyen merupakan satu alat komunikasi yang banyak memberi pengetahuan kepada murid-murid.     3.     Untuk makluman tuan, berikut adalah butir-butir lawatan kami :                                                 Tarikh : 25.11.1998                          Masa  : 10.30 pagi                          Ahli     : 39 orang termasuk 4 guru pengiring                                     4.     Kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberikan jawapan dengan segera. Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ribuan terima kasih.        Sekian.                             

Yang menjalankan tugas,            (UMMU ATIYAH BT. ABD. FATAH)Setiausaha,Kelab Sains.

A60, Kampung Bendahara,

Page 7: Surat Kiriman

84100 Muar,

 Johor Darul Takzim.

     

  16 Julai 2000

Ke hadapan nenda berdua yang berada di Taman Cenderawasih dengan selamatnya.

Nenda,

Bagaimanakah keadaan nenda berdua di sana? Cucunda berharap agar nenda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Cucunda dan keluarga di sini, sihat walafiat.

Tujuan cucunda menulis surat ini adalah untuk memberitahu bahawa cucunda akan pulang lewat ke kampung pada cuti persekolahan akan datang. Cucunda akan menyertai pertandingan bola sepak di sekolah. Pertandingan bola sepak itu adalah antara sekolah-sekolah rendah di daerah ini.

Cucunda berharap agar nenda berdua bersabar menanti kepulangan cucunda ke sana. Mungkin cucunda akan pulang dengan bonda sahaja. Ayahanda tidak dapat pulang ke kampung kerana terpaksa bertugas di Kuala Lumpur.

Nampaknya setakat ini sahaja yang dapat cucunda coretkan pada kali ini. Doakan kejayaan cucunda dalam pertandingan itu. Semoga bertemu nanti.

Cucunda yang jauh.

       Aminah