surat amaran

Upload: ibney-mia

Post on 02-Mar-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

surat amaran

TRANSCRIPT

KUARTERS INSTITUSI PENDIDIKAN CHERAS INDAHJALAN INDAH 30, TAMAN CHERAS INDAH 56100 KUALA LUMPUR((013)2657275 ( (603)([email protected]

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ruj. Kami: KIPCI/500/13/1 (1)

Tarikh: 14 Febuari 2015PEGAWAI PELAJARAN DAERAH

PEJABAT PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT

SAUJANA IMPIAN, KM 22, JALAN CHERAS

43000 KAJANG,

SELANGOR DARUL EHSAN.

(U.P: EN. AMIRMUSIDI BIN MAT SALLEH)Tuan/Puan,

MEMOHON TINDAKAN TERHADAP PENGHUNI YANG MELANGGAR PERATURAN KUARTERS KIP CHERAS INDAHPerkara di atas adalah dirujuk.2.Pihak jawatankuasa mendapati penghuni berikut telah melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pengurusan KIP Cheras Indah dan pekeliling bagi menduduki rumah kerajaan. Berikut dinyatakan kesalahan yang telah dilakukan oleh penghuni :

BilUnit KediamanKesalahan

1.C-1-2i. Meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan untuk penghuni blok lain.

ii. Menanggalkan pagar besi di koridor rumah.

2.C-2-2i. Meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan untuk penghuni blok lain.

ii. Kenderaan tidak bergerak untuk jangkamasa yang lama.

3.Pihak pengurusan KIP Cheras Indah secara sebulat suara telah bersetuju untuk memanjangkan perkara ini kepada pihak tuan memandangkan teguran secara lisan tidak diendahkan oleh penghuni.4.Bersama-sama dengan surat ini dilampirkan gambar-gambar kenderaan dan keadaan rumah untuk rujukan pihak tuan.

5.Pihak pengurusan mengharapkan agar pihak tuan/puan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya agar keharmonian antara penghuni dapat dikekalkan.

.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

............................................

(IBRAHIM BIN ISMAIL )

Penghulu

KIP Cheras Indah.s/k: Fail Penghulu

: Fail Pengurusan Maklumat Penghuni

Keadaan rumah dan kenderaan milik C-1-2 yang diletakkan di ruang parkir Blok B (W 3284 P), (WXA 3760), (BEL 3019)

Kenderaan milik C-2-2 yang diletakkan di ruang parkir Blok B dan kereta tersadai.

(tidak bergerak untuk tempoh yang lama).(WEM 7833)