ruj - smkstictcd.files.wordpress.com€¦  · web viewpihak sekolah telah pun menghubungi dan...

3
Ruj. Kami : SMKST 03/01/003/04/ ( ) Tarikh : 1 Ogos 2012 ______________________________ ______________________________ ______________________________ Tuan/Puan, MAKLUMAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH KALI PERTAMA MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959. Nama Pelajar : ____________________________________ No. KP/SB : ____________________________________ Tingkatan : ____________________________________ Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa anak/jagaan tuan telah melanggar disiplin dan peraturan sekolah iaitu Salah

Upload: others

Post on 17-Jan-2020

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Ruj. Kami : SMKST 03/01/003/04/ ( )

Tarikh : 1 Ogos 2012

______________________________

______________________________

______________________________

Tuan/Puan,

MAKLUMAN TINDAKAN TATATERTIB BUANG SEKOLAH KALI PERTAMA MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959.

Nama Pelajar  :  ____________________________________

No. KP/SB : ____________________________________

Tingkatan : ____________________________________

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Dimaklumkan  bahawa  anak/jagaan  tuan  telah  melanggar  disiplin

dan peraturan sekolah iaitu Salah Laku Ponteng Sekolah di mana anak

tuan/puan tidak hadir Ke Sekolah selama lebih 60 hari (tidak

berturutan/berkala). Pihak sekolah telah pun menghubungi  dan

memaklumkan  kepada  tuan  melalui  beberapa pucuk surat  amaran tetapi

tiada tindakan.

3. Anak/jagaan tuan telah didapati bersalah terhadap kesalahan tersebut

selaras dengan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. Saya

sebagai Pengetua berpuas hati bahawa adalah perlu dan sesuai untuk tujuan

mengekalkan disiplin di sekolah ini, dengan ini anak/jagaan tuan/puan

dikenakan  tindakan tatatertib Buang Sekolah dan keputusan ini berkuatkuasa

serta-merta mulai 1 Ogos 2012.

4. Pihak tuan boleh membuat rayuan untuk bersekolah semula kepada

pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor (alamat tercatat di bawah)

dalam tempoh 30 hari selepas menerima surat ini seperti dalam  Ordinan

Pe la ja ran  1957  d i   bawah Para  10(1 )  dan  10(2 ) ,  Pera tu ran-

Pera tu ran  Pe la ja ran (Disiplin  Sekolah)  1959.  Sila  tandatangan  akuan

terima  surat  makluman  ini menggunakan Surat Akuan Terima (lampiran)

yang disertakan bersama-sama ini.

Sekian, terima kasih,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

____________________________

s.k : 1. Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor

2. Pendaftar Sekolah-Sekolah, Jabatan Pelajaran Selangor, Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen , 40604 Shah Alam. (u.p: Unit Disiplin)