suntikan vitamin c dan botox

4
SUNTIKAN VITAMIN C DAN BOTOX Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 12:39 PM Soalan; ASSALAMUALAIKUM USTAZ, Saya ada sedikit kemusyhkilan tentang hukum menyuntik vitamin C pada permukaan kulit wajah dengan tujuan menghilangkan parut muka. adakah ianya sama dengan suntikan botox? bagaimana pula dengan pekerja yang menyuntik vitamin tersebut? harap ustaz dapat memberikan penjelasan. terima kasih. Jawapan; Membuat perubahan yang bersifat kekal pada badan (melalui suntikan, pembedahan atau sebagainya), jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan pada badan (supaya ia kembali kepada keadaan normalnya atau kepada rupa biasanya), ia diharuskan dengan syarat bahan yang digunakan adalah halal/suci dan tidak menyebabkan mudarat yang lebih besar dari kecacatan yang sedia ada itu. Adapun jika tujuannya semata-mata kecantikan, ia dilarang kerana termasuk dalam mengubah ciptaan Allah dan melakukan pembaziran tanpa perlu. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.) Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Upload: ina

Post on 05-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kemusyhkilan tentang hukum menyuntik vitamin C pada permukaan kulit wajah dengan tujuan menghilangkan parut muka. adakah ianya sama dengan suntikan botox? bagaimana pula dengan pekerja yang menyuntik vitamin tersebut?

TRANSCRIPT

Page 1: Suntikan Vitamin c Dan Botox

SUNTIKAN VITAMIN C DAN BOTOX

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 12:39 PM Soalan; ASSALAMUALAIKUM USTAZ, Saya ada sedikit kemusyhkilan tentang hukum menyuntik vitamin C pada permukaan kulit wajah dengan tujuan menghilangkan parut muka. adakah ianya sama dengan suntikan botox? bagaimana pula dengan pekerja yang menyuntik vitamin tersebut? harap ustaz dapat memberikan penjelasan. terima kasih.

Jawapan;

Membuat perubahan yang bersifat kekal pada badan (melalui suntikan, pembedahan atau sebagainya), jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan pada badan (supaya ia kembali kepada keadaan normalnya atau kepada rupa biasanya), ia diharuskan dengan syarat bahan yang digunakan adalah halal/suci dan tidak menyebabkan mudarat yang lebih besar dari kecacatan yang sedia ada itu.

Adapun jika tujuannya semata-mata kecantikan, ia dilarang kerana termasuk dalam mengubah ciptaan Allah dan melakukan pembaziran tanpa perlu. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Kesimpulannya, menyuntik vitamin C, Botox atau sebagainya jika tujuannya adalah untuk membaiki kecacatan di kulit atau badan (seperti parut yang menjelekkan pada pandangan orang lain dan menyukarkan penampilan diri), diharuskan dengan syarat-syarat tadi. Adapun hanya semata-mata untuk menghias diri seperti supaya kulit kelihatan lebih tegang, nampak lebih muda dan sebagainya, tidak harus kerana ia mengubah ciptaan Allah, melakukan pembaziran tanpa perlu dan mungkin juga menyebabkan pemalsuan/penipuan (jika membabitkan orang lain).

Mengenai pekerjaan menyuntik vitamin tersebut, ia kembali kepada tujuan tadi. Jika pusat rawatan menjalankan rawatan mengikut skop yang diharuskan oleh Syariat Islam, haruslah seorang muslim berkerja di situ. Jika ia menjalankan rawatan hanya mengikut kehendak pelanggan, tanpa mengambil berat ketetapan Syariat, tidak harus seorang muslim berkerja di situ kerana gaji/upahnya berlegar di antara haram dan syubhah.

Tambahan;

1. Adapun berusaha mengekal kemudaan dan kecantikan kulit dengan pemakanan (herba atau

Page 2: Suntikan Vitamin c Dan Botox

sebagainya), ia diharuskan kerana usaha itu melalui proses semulajadi tubuh, bukan dengan melakukan sesuatu untuk mengubah ciptaan Allah. Disyaratkan makanan itu halal dan tidak memudaratkan.2. Begitu juga diharuskan bahan-bahan kosmetik yang bersifat luaran seperti bedak, krim dan sebagainya kerana sekalipun berlaku perubahan pada kulit, ia bukan bersifat kekal di mana ia akan tertanggal atau boleh ditanggalkan. Maka ia mengambil hukum mewarnai rambut, bercelak dan berinai yang diharuskan dengan nas Syarak. Namun disyaratkan bahan-bahan kosmetik itu suci dan tidak memudaratkan tubuh/kulit.

Wallahu a’lam. http://ilmudanulamak.blogspot.com/2011/05/suntikan-vitamin-c-dan-botox.html

Suntikan Botox Haram- Pakar Syariah

Kaedah rawatan menegangkan kulit muka dengan menggunakan suntikan Botox (Botulinum Toxix A) adalah haram di sisi Islam kerana ia disifatkan sebagai satu penipuan dan mengubah kejadian Allah.

Dua pensyarah syariah dari Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Nasran Mohamad dan Ahmad Dahlan Salleh berkata, hukum suntikan Botox adalah haram kerana ia tidak mematuhi peraturan am dalam proses menjaga dan mencantikkan wajah yang dibenarkan dalam Islam.

Mereka berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam pada Seminar Kebangsaan Produk Halal 2006 anjuran Sekretariat Falsafah, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Mohd. Nasran berkata, dalam Islam, rawatan rupa paras untuk memulihkan kecacatan dan menghiaskan diri adalah dibenarkan malah manusia memangnya digalak untuk berhias diri dengan syarat tidak melampau.

Suntikan Botox yang popular di negara ini adalah dianggap melampau kerana ia adalah kaedah ‘muda segera’ dengan suntikan bahan larutan sejati toksin botulinum yang sangat beracun.

Mohd. Nasran berkata, suntikan Botox sebenarnya bukanlah rawatan sebaliknya ia adalah satu ‘penipuan' untuk seseorang itu kelihatan cantik dan mengubah ciptaan Allah tanpa sesuatu keperluan seperti memperbaiki kecacatan adalah dilarang dalam Islam.

“Ia telah dijadikan sebagai proses membendung penuaan berbanding rawatan tradisi dan suntikan Botox bukanlah rawatan untuk memulihkan kecacatan sebaliknya ia digunakan untuk menipu dan mengubah fitrah penuaan”, kata beliau.

Page 3: Suntikan Vitamin c Dan Botox

Katanya, pengharaman Botox adalah bersandarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang melarang manusia berbuat demikian.

Antara ayat yang melarang itu ialah dalam surah al-A'raf ayat 31-32, Surah al- Baqarah ayat 135.

Katanya, selain itu, terdapat juga hadis yang melarang umat Islam berbuat demikian yang diriwayatkan oleh Ibnu Masuud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat kepada sesiapa yang mencacah kulitnya serta orang yang meminta agar dicacah kulitnya”.

Mohd. Nasran berkata, dalam Islam pembedahan untuk kecantikan hanya dibenarkan bagi tujuan memperbaiki wajah seseorang itu yang cacat sama ada cacat sejak lahir ataupun cacat akibat kemalangan malah Rasulullah pernah membenarkan seorang yang cacat hidung, Arfajah menutup hidungnya yang lompong dengan emas.

Katanya, hukum pembedahan kosmetik seperti menegang buah dada, hidung, telinga, bibir, geraham, dagu, kening dan punggung menjadi haram jika ia dilakukan bagi tujuan memenuhi hawa nafsu, penipuan supaya kelihatan menarik untuk memikat seseorang.

“Jika ini dilakukan, para doktor yang terlibat dalam menjalankan pembedahan ini serta wanita atau lelaki yang terbabit akan menanggung dosa,” kata beliau.

– Bernama

-------

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm Posted by mohd suffian hj jaafar at 12:56 AM

http://fatwaulama.blogspot.com/2006/07/suntikan-botox-haram-pakar-syariah.html