suntikan kbat t4 bab 4

3
SUNTIKAN KBAT TINGKATAN 4 BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH 1. Pada pandangan anda, mengapakah masih ada anggota masyarakat kita yang bersikap jahil? Pada pandangan saya, masih ada dalam kalangan masyarakat kita yang bersikap jahil kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan didikan agama. Pemikiran yang cetek telah menyebabkan mereka bertindak tanpa batasan. Kekurangan didikan agama pula menyebabkan mereka tidak takut akan Tuhan. Hal ini menyebabkan mereka berani bertindak zalim dengan menindas golongan yang lemah. [Jawapan yang munasabah diterima] 2. Berdasarkan pemerhatian anda, adakah unsur-unsur jahiliah masih wujud dalam masyarakat hari ini? Berikan bukti. Sememangnya unsur-unsur jahiliah masih wujud dalam kalangan masyarakat kita. Buktinya, pembunuhan kanak- kanak termasuklah anak lelaki. Kedudukan wanita dianggap rendah sehingga diperlakukan dengan zalim seperti kes-kes rogol. Selain itu, golongan peniaga sanggup melakukan penyelewangan seperti memasukkan bahan kimia yang beracun dalam makanan, terutamanya susu bayi semata-mata untuk mengaut keuntungan. Golongan peminjam wang haram pula melipatgandakan riba dan membuat ugutan bunuh termasuk kepada ahli keluarga penghutang sekiranya gagal membayat hutang. Hal ini mengakibatkan penghutang terpaksa membunuh diri atau ahli keluarganya juga.

Upload: pching-yong

Post on 12-Dec-2015

77 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

latihan

TRANSCRIPT

Page 1: Suntikan Kbat t4 Bab 4

SUNTIKAN KBAT

TINGKATAN 4

BAB 4: KEMUNCULAN TAMADUN ISAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

1. Pada pandangan anda, mengapakah masih ada anggota masyarakat kita yang bersikap jahil?

Pada pandangan saya, masih ada dalam kalangan masyarakat kita yang bersikap jahil kerana kekurangan ilmu pengetahuan dan didikan agama. Pemikiran yang cetek telah menyebabkan mereka bertindak tanpa batasan. Kekurangan didikan agama pula menyebabkan mereka tidak takut akan Tuhan. Hal ini menyebabkan mereka berani bertindak zalim dengan menindas golongan yang lemah.

[Jawapan yang munasabah diterima]

2. Berdasarkan pemerhatian anda, adakah unsur-unsur jahiliah masih wujud dalam masyarakat hari ini? Berikan bukti.

Sememangnya unsur-unsur jahiliah masih wujud dalam kalangan masyarakat kita. Buktinya, pembunuhan kanak- kanak termasuklah anak lelaki. Kedudukan wanita dianggap rendah sehingga diperlakukan dengan zalim seperti kes-kes rogol. Selain itu, golongan peniaga sanggup melakukan penyelewangan seperti memasukkan bahan kimia yang beracun dalam makanan, terutamanya susu bayi semata-mata untuk mengaut keuntungan. Golongan peminjam wang haram pula melipatgandakan riba dan membuat ugutan bunuh termasuk kepada ahli keluarga penghutang sekiranya gagal membayat hutang. Hal ini mengakibatkan penghutang terpaksa membunuh diri atau ahli keluarganya juga.

[Jawapanyang munasabah diterima]

Page 2: Suntikan Kbat t4 Bab 4

3. Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berbeza budaya dan agama. Pada pendapat anda, bagaimanakah kita dapat mengelakkan daripada perasaan assabiah?

Pada pandangan saya, melalui sistem pendidikan kita perasaan assabiyah dapat dihapuskan. Misalnya, pendidikan moral menekankan pemahaman budaya dan agama pelbagai kaum. Pendidikan Sivik dan Kenegaraan melaksanakan projek-projek untuk menggalakkan perpaduan kaum. Di samping itu, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menghubungkan kita dengan erat sebagai rakyat Malaysia. Selain itu, aktiviti sukan dan berpersatuan menyatukan kita sebagai bangsa Malaysia yang bersatu-padu.

[Jawapanyang munasabah diterima]

4. Pada pendapat anda, bagaimanakah pengamalan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad SAW dapat membantu kita menjadi individu yang dipandang tinggi dalam masyarakat?

Pada pendapat saya, sifat amanah yang diamalkan menjadikan kita individu yang dipercayai sepenuhnya oleh rakan-rakan dan masyarakat. Di samping itu, sikap merendah diri dan bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat sama ada kaya atau miskin menjadikan kita disenangi dan dihormati oleh semua orang.

[Jawapanyang munasabah diterima)

5. Sebagai seorang remaja, kadang kala idea dan tindakan anda tidak ditentang oleh rakan- rakan. Bagaimanakah anda mengatasi cabaran ini?

Apabila idea dan tindakan saya tidak difahami dan ditentang oleh rakan-rakan, saya mestilah muhasabah diri. Saya juga akan memikirkan cara untuk menyampaikan pemikiran dengan sudut pandangan yang berbeza dan dan sentiasa bersangka baik supaya tindakan yang akan diambil lebih rasional. Saya juga tidak akan bertindak terburu-buru dan akan mengambil kira perasaan orang lain supaya semua pihak mendapat keuntungan daripada idea dan tindakan yang akan dilakukan.

[Jawapanyang munasabah diterima]